Tuesday, January 28, 2020

Selamat Datang 2020

Aku menyambut awal 2020 dengan berkenduri di rumah Nina. Dia baru berpindah ke rumah baru. Jadi, kami Geng Luncheon berkumpul di PV10 untuk makan-makan sambil bergosip. Terima kasih Nina. Kali ni aku bawa anggur dan aiskrim Baskin Robbins. Sebab ada promo hujung bulan, bolehlah beli. Anggur sekarang lagi murah dari tembikai ya. Dan tak payah potong. Sesuai juga untuk budak-budak. Kalau ada duit lebih, beli yang takde biji. Gemar banyak budak-budak.

Geng Luncheon 

Punyalah rancak berborak sampai lepas maghrib baru aku balik. Dari pukul 3 petang kot. Itupun sebab mak dah call tanya aku dah balik ke belum? Dia risau aku takde parking kat rumah baru. Ye, rumah baru. Alhamdulillah, aku sambut tahun baru dengan satu komitmen yang menarik. 1hb Jan 2020 merupakan hari pertama aku tidur di rumah baru. Walaupun komitmen aku ni, dah terlari dari perancangan awal dan menyebabkan aku hutang keliling pinggang, segala puji bagi Allah kerana memudahkan kepada aku untuk ada rumah sendiri. 

Aku beli rumah subsale dekat Taman Sri Sentosa. Dah setahun juga cadang nak beli. Pakcik yang nak jual rumah ni, dah habis bayar. Tapi, dia tak tukar nama lagi. So, ambil masa. Dah nak setengah tahun proses dia yang rumah tu pun orang sewa dah keluar. Aku saja cuba nasib nak minta kunci nak kemas dulu. Sebab tak mampu nak bayar sewa bilik dengan sewa rumah sekaligus. Makcik tu bagi pulak.. 

Alhamdulillah. Dapatlah aku kemas dulu. Proses kemas ni, melibatkan ramai tenaga kerja dan tenaga saudara. Keluarga adalah untuk disusahkan yer kawan-kawan. Haha. Tapi, Liza termasuk keluarga sekali. Sekali dengan Nga. Waktu nak kemas barang dari atas nak turun tu, Liza suggest guna workers kat site. Aku tanya Nga, dia tolong arrangekan. Mujur ada diorang. Banyak giler barang nak bawa turun tingkat lima tu. Tak tau aku berapa trip diorang turun naik. Aku dengan Liza, kemas kat atas je. 

Balik bawa workers, dia sempat muntah. Haha

Semua nak bawa turun dari tingkat 5

Yang ni clear sikit. Tikar getah dah buka

Siap tinggalkan TV. Aku bagi kat kedai letrik je. 

Minta tolong Muzakir cat

Minta tolong ayah juga

Lama punya wiring

Lepas tu minta tolong Muzakir pasangkan kipas dengan lampu dan betulkan wiring. Wiring dia dah lama. Mina dengan Muzakir tolong cat sekali. Aku cari juga gambar kak Mina mengecat, tak jumpa. Hehe.

Dalam bulan 11 macam tu, makcik tu dah tanya balik bila nak masuk? Kalau tak, dia nak kunci balik. Aku pula, salah percaturan. Ingat nak bayar baki downpayment yang 20% tu melalui pengeluaran KWSP. Tapi, tak boleh. So, hutanglah aku keliling pinggang untuk bayar baki deposit. Hutang dengan Mina, Kak Cik, Kak Fisha dan Mamat. Takpelah. Pelan-pelan.

Lepas makcik tu minta kunci, aku cepat-cepat siap cat lantai dan betulkan apa-apa yang patut untuk aku masuk juga bulan 12. Bulan Jan 2020, aku let go bilik dan masuk rumah baru. Iyalah, orang dah berbudi. Kita berbahasalah. Bulan Jan 2020 aku dah bayar sewa ke makcik tu. Tengah bulan pula, aku bayar deposit ke lawyer. Tak sure bulan Feb, aku dah bayar bank ke tak. Takpelah. Mana-mana je.

Muzakir dah cat dinding

Anak buah cat lantai pula

Kerahan tenaga

Semua kena angkat. Demam-demam pun

Makkkkk... Orang ada rumah kat KayEll

Terima kasih Kak Fisha yang tolong arrange barang aku dari bilik sewa dan paksa aku pindah juga. Dia bersusah-susah untuk aku pindah. Hari yang nak angkut barang dari bilik aku tu, dia siap-siap masak untuk kami makan lepas mengangkat barang. Mamat yang pilih tarikh 28hb Dec untuk aku angkut barang-barang dengan bantuan anak buah.

Ko tengok barang satu bilik

Haha. Aku nak solat, tolak tepi je

Selamat tinggal. 11 tahun di Seksyen 14

Kak Fisha siap-siap masak untuk kami

Mamat pun kena kerah gak

Pintu nak buang. Dari tingkat 5 angkat

Masa ni dah tak larat kot

Karpet Ami tolong beli kat Nilai

Tempat kunci hadiah dari Kak Cik

Bilik lagi satu

Aku masuk memang bawa barang dari bilik je. Dan aku beli almari kain untuk letak baju. Tapi, barang dari bilik pun banyak. Jadi barang satu rumah. Haha. Tak pandai kemas. Semua barang rasa nak guna balik.

Sekarang, aku dah ada rutin baru. Sapu sampah, mop rumah, buang sampah dan nak tukar cadar katil. Lap tingkap belum lagi. Masak-masak nanti. Komitmen ini, walaupun telah tersasar budgetnya, aku sambut dengan gembira. Walaupun kadang-kadang malam, aku balik dan tidur sahaja, ada masa aku membuat rutin yang lain juga.

Kalau balik lambat dari pejabat, dah siap-siap baca doa makan. Dengan doa, adalah parking. Alhamdulillah rezeki parking ada je.

Selamat datang 2020. Semoga bertambah kebaikan dalam amal kita semua. InsyaAllah ada kenduri besar bulan Ogos  dengan Disember nanti. Doakan. Azam yang tidak termakbul tahun lepas, masih disambung tahun ini. Aku doakan semua impian kecil dan besar pembaca blog ni (bajet ramai followers? Haha.) dimakbulkan Allah dan dikurniakan umur yang berkat. 

Love..

Wednesday, January 22, 2020

Dalam Kereta bersama Anak Buah

Nenek Rammelah dah lama tak buat kenduri. Dulu rasa macam selalu je nenek buat kenduri kalau kami dah lama tak berkumpul. Sekarang, macam banyak kenduri belah nenek Saabah. Takpelah. Mana-manalah. Janji mari memeriahkan majlis. Kali ni nenek buat kenduri nak pergi umrah. Ayah tak balik kampung kali ni. Ada tamrin kat Bentong. Mak balik dengan Along hari Jumaat. Kak Cik dah balik Jumaat juga. Jadi, aku balik dengan Ami dan anak-anak dia.

Pukul 9 pagi baru gerak. Haha


Nak melayan budak-budak ni dalam kereta memang satu hallah. Acap nak main telefon. Boleh dia nangis. Ami buat bodoh je. Tak nak ajar anak main telefon lebih-lebih. Dan bukan semua benda kau nak, kau boleh dapat yer. Aku malas nak masuk campur. Dengar je Acap merengek sampai tertidur budak tu kat pangku Ami.

Afiq dengan Akmal pun Ami tak bagi tengok handset dalam kereta. Masing-masing dok bercerita je. Kita lah yang kena tanya, baru mereka akan bercerita. 

Balik pun sama juga. Orang yang sama. Start-start kereta je, Acap dah request. 'Alang, nanti kita berhenti dekat stesen minyak. Nak belikan air yang ibu suka'. Kemahin dia punya lembut tu. Geram je. Sebab masa nak balik kampung, aku singgah stesen minyak nak topup Touch n Go, standard lah budak-budak ni, time ni ar nak beli air sedap pau makcik dia. Haha. Acap ingat, balik ni dapatlah juga. Kirim salam. Aku tak layan. Tak semua benda kau nak boleh dapat yer Acap. 

Balik Klang.

Acap yang gedik. 
Tengah test auto detect tapak tangan untuk capture gambar

Semua pun cuba

Kau memang kena buat banyak benda dalam kereta untuk maintain budak-budak ni. Dan kena kental atau kalah. Kalau malas layan, kau boleh je terus bagi gadget untuk budak ni senyap. Tapi, tak membantu untuk kau nak ajar dia displin. Aku kalau bayangkan Along bawa kereta dengan Afifah lagilah sedih. Memang tak boleh control. Kesian Along sebenarnya (pada masa yang sama geram. Kang orang kata, kau takde anak, tak tau. Lantak. Haha.). Susah tau nak jaga anak, lagi-lagi kalau single parents. Aku doakan yang terbaik untuk Along dan Kak Mi. Semoga dipermudahkan semua urusan diorang. Maaf kalau orang tersalah bantu atau tegur. Sayang semua LillahiTaala.

Bestnya jadi budak..

Tapi, dah besar pun best juga. Warna-warni


Ada satu lagi kes, sebelum nak balik Klang, kaki Akmal kena kaca. Dia jalan terhenjut-henjut, bila tanya dia kata nak balik Klang, nak tunggu Atok cabut. Trust in men. Mereka dapat dari Atok. Aku pun takut juga nak cabut, aku panggil Kak Cik. Kak Cik selesaikannya. Kak Cik orang yang boleh dipercayai bila sampai bab kesihatan. Acap dulu masa lepas sunat, aku nak letak ubat, dia nak Kak Cik. Benda trust terhadap family ni benda yang aku suka. Aku harap, suami aku boleh jadi contoh tauladan lelaki yang baik untuk anak-anak buah ikut. 

Walau buruk camne treatment family kau terhadap kau, mereka adalah orang yang kau boleh percaya. Dan Alhamdulillah, aku ada tu. Setiap family ada problem sendiri. Fakta. Tapi, macammana kau nak belajar benda-benda yang baik dari family kau tu yang kau perlu buat. Keluarga adalah benda yang kau tak boleh pilih. Allah dah bagi, maka itu yang terbaik untuk kau.

Untuk semua ini, tiadalah doa lain melainkan meminta semua ujian keluarga, anak, kerja dan dunia ini kita lepas dengan berjayanya di mata Allah, dan kelak di syurga kita diketemukan semula. Amin.

Love..

Saturday, January 11, 2020

Kisah Pak Guard

Ada seorang pak guard di pejabat saya. Shift dia pukul 7 malam ke 7 pagi. Guard ni pernah bagi  minyak wangi kepada Leha. Leha rasa tak selesa. Selepas itu, Leha tidak lagi menegurnya. Saya yang ketika itu mendengar Leha bercerita, secara berseloroh berkata, “Kenapalah dia nak orang yang dah kawen? Yang aku single ni, dia taknak pula.”

Jaga-jaga dengan kata-kata yang berupa doa yer kawan-kawan. Selepas kejadian saya menegur Leha, ada beberapa kali saya pulang lewat dari pejabat, dia akan membuatkan saya minuman panas. Saya ambil sahaja tanpa meminumnya. Risau juga. Saya menceritakan kepada rakan semasa makan tengahari. Mereka memberikan respon yang tidak senang. Sampai ke tahap mahu memaklumkan kepada admin kerana risau saya akan diapa-apakan kelak. Saya tidak mahu dia diberhentikan. Kata mereka, mungkin dia cuma akan dipindahkan sahaja ke tempat lain. Saya masih tidak mahu membuat apa-apa. Cuma berdoa sahaja Allah membantu saya. Saya mahu membuat baik sahaja kepada dia kerana keluarganya jauh. 

Baru-baru ini, ada lagi satu kejadian yang saya tidak maklumkan kepada geng makan saya. Yang jika saya maklumkan, pastilah masing-masing tidak senang duduk. Hehe. 

Seperti biasa, dia akan membuat minuman panas untuk saya. Dia datang dan memberi kepada saya. 

Saya : You don't need to do this to me. 
Dia : This oat (sambil menghulurkan cawan kepada saya) you like it? 
Saya : (saya senyum saja sambil mengambil cawan yang dihulurkan) Thank you. 
Dia : I like you. 
Haha. Saya senyum je. Sambil membuat kerja. Dan dia kembali menyambung kerjanya di luar. 

Di masa lain, semasa mahu pulang, saya melambai kepadanya. Satu lagi kejadian yang saya tidak akan cerita kepada geng makan saya. 

Saya : Bye. Good night. 
Dia : Good night. Your phone no? 
Saya : Hehe. No. No phone no. 
Dan saya pulang. 

Tidaklah salah dia mahu mencuba nasib. Saya tidaklah senaif mahu memberi nombor saya kepada dia. Juga tidaklah menjadikan alasan untuk tidak berbaik dengan dia disebabkan itu. 

Saya pernah mendengar Azlan Nabeez Khan memberikan perspektif untuk orang-orang yang datang ke Malaysia mencari kerja. Mereka ini jauh dari keluarga. Kita tidak seharus melayan mereka seperti mereka itu lagi bawah dari kita. 

Someone said 'I like you' to me. Haha


Love..

Monday, December 23, 2019

Cerita dalam kereta dengan Nafisah

Sudah hampir menginjak ke tahun baru. Banyak cerita belum sempat saya tulis. Cerita ini sudah bersarang di draft tanpa saya post. Tidak pasti kenapa. Saya post kan juga hari ni. Kisah perjalanan dalam kereta bersama Nafisah.

----------------------------------

Balik dari majlis perkahwinan Fahmi, saya pulang ke Klang bersama Nafisah. Kami membawa Fikri dan akan menghantar Baim ke Batu Caves. Kami bergerak dari kampung selepas Zuhur. Selepas makan dekat rumah Acik. 

Sepanjang perjalanan, Nafisah berborak dengan saya dengan dahsyatnya. Saya biasa membebel dalam kereta dahulu. Tetapi sekarang, rasanya dah penat kot. Lantaklah korang. Dah besar panjang. Lebih kepada berborak sahaja. Sampai satu waktu di dalam kereta, Nafisah bertanya kepada saya, apa yang kau rasa kelebihan kau. Nyatakan lima. Haha. Kitorang mengambil giliran untuk berborak sesama kami. Puas jugalah fikir kelebihan-kelebihan saya.

So, saya nyatakan kelebihan saya di sini. 

  1. Saya seorang yang memudahkan orang. Kebanyakan benda, saya lebih suka mengambil pendekatan tak kisah. Biar senang orang. Mungkin kerana saya juga tiada apa-apa yang mahu di dalam diri. Jadi, perkara memudahkan orang ini merupakan perkara yang saya sangat sukai. Bila saya sudah ada yang saya sukai, saya akan cuba menegakkan apa yang saya mahu. Kadang-kadang saya merasa, lebih mudah memudahkan berbanding mahu bergaduh untuk apa yang saya mahu. 
  2. Antara sifat yang saya ambil dari ayah, adalah tidak cepat marah. Tetapi, jika marah. Siaplah masing-masing. Sampai sekarang tak baik-baik. Ayah dulu garang juga masa kami kecil. Tapi, jarang marah. 
  3. Saya seorang yang affectionate. Saya boleh sahaja peluk adik-adik saya dan mencium mereka. Saya tidak pasti saya ambil dari siapa habit ini. Tapi, saya suka. Terutamanya anak buah saya. The most huggable person pastilah Acap. Rasa macam boleh release stress je bila peluk orang. Lagi satu yang saya perasan dulu, masa adik saya kecik, bila tengok TV, mesti tangan saya ke, kaki ke nak attached dengan dia. Pegang rambut ke, kaki saya letak atas kaki dia ke. Tak kiralah apa anggota pun janji sentuh. Haha. I'm affectionate like that guys.. 
  4. Saya ada kemahiran membantu di dapur. Pernah saya kenal dengan orang, dia tanya saya boleh masak ke? Saya kata tak pandai. Tapi, saya ada kemahiran membantu di dapur. Jika dia tak mahu saya sebab itu, dia yang rugi. Haha. Bagi saya, memasak adalah tempat yang best untuk berborak dan mingle around tanpa gangguan. Kerana masing-masing kena pegang pisau dan bukan phone. Kena buat kerja. 
  5. Lagi kelebihan saya adalaah dikelilingi oleh orang yang baik. Saya bersyukur dengan ini. Bak kata Faezah, 'Nadiah ni takde kawan pelik-pelik. Semuanya baik-baik.' Haha. Jujur, saya pun perasan. Saya tak kuat. Saya mungkin cepat terpengaruh dengan orang jahat dan jadi jahat juga. Jadi, Allah selamatkan saya. 
Untuk Kak Fisha, kelebihan atau benda yang dia suka adalah :- 

  1. Suka tengok youtube. 
  2. Suka memasak. Saya sangaat setuju. Dia memang akan masak dengan gembira untuk ayah, emak dan anak buah kami bila cuti sekolah.
Maaf, lain dah lupa. Haha. Sayang, akak sayang awak tau. Terlalu banyak kebaikan awak yang akak suka. Seperti :-
  1. Pandai mengemas - siap lah rumah kami kat Klang dia deko. 
  2. Pandai jaga anak buah - dengan Uda memang kena ngaji lepas maghrib, kena buat kerja, kena solat kat surau. 
  3. Kelakar-walaupun hambar
  4. Pandai masak-balik cuti je rajin layan kami nak makan apa
  5. Rajin fikirkan orang lain-terutamanya aku. 

Kami sambung  kekurangan diri pula. Saya punya adalah :-
  1. Time management
  2. Tidak kisah
  3. Budget. 
Saya akan cuba improve tiga benda yang crucial ni pada tahun 2020. Selamat semua..

Sayang sangat!!

Love..

Saturday, December 21, 2019

Tidak habis lagi

Hari ini mengingatkanku
Kepada kamu
Sudah beberapa bulan berlalu
Ingatan itu kembali bertamu

Rasa ini memerlukan masa
Untuk aku buang semua
Terfikir kadang kala
Mungkin kau di depan mata

Pergilah dari ingatan
Hilanglah dari pandangan
Ia tidak semudah sangkaan
Kerja ini makan tahun mendatang

Aku tidak bisa berbuat biasa
Jika ketemu senyap adanya
Kita tidak punya urusan bersama
Yang memerlukan aku berkata

Bukan luka atau kecewa
Aku memang tidak berbicara
Dengan lelaki sesuka-suka
Tanpa sebab atau kerja

Aku pasti kau tidak apa
Siapalah aku di mata
Tetapi lantaklah apa kau rasa
Tiada kaitan denganku jua

Yang pasti
Mengingat kau akan menjadi
Aku menulis puisi
Adakah ini diri

Malas aku mengkaji
Aku rasa lawak sekali
Jika dicerita panjang nanti
Lebih baik begini

Akan ada sesi lagi
Atau habis di sini
Wujud ke beberapa siri
Aku juga tak pasti


Move on

Love..