Sunday, July 21, 2019

Siri berborak dengan ayah

Mak sekarang nak berjalan. Sementara ada rezeki dan Allah izin, kita layankan. Mak kata nak pergi melawat sahabatnya di Kedah. Sebelum pergi Kedah, kami makan dulu di Klang. Masa makan, borak-borak dengan mak ayah. Akukan suka bercerita.

Dok ceritalah pasal Muhammad, kawan-kawan dia yang hebat. 

Aku : Hebatnya kawan-kawan awak. 
Mad : Orang nak masuk syurga ni memang hebat-hebat kak. 
Aku : Nak masuk syurga ni ada macam-macam cara. Akak pilih cara lainlah. Bukan cara yang hebat tu. Tak kira lah bukan syurga atas pun. Janji masuk syurga. 

Aku geleng kepala juga dengan cita-cita yang tak tinggi dan hidup biasa-biasa je ni. Walhal, orang kelling aku ni hebat-hebat kot. 

Teringat cerita dengan Mak Ngah, sebab kami ulas orang yang tak reti nak bagi signal ni, ada neraka khas untuk mereka. Mak Ngah kata, jangan doakan orang masuk neraka. Ayah pula bagi analogi. 

Ayah : Kita, kalau benci pun dengan jiran kita, kalau rumah dia terbakar, mesti kita nak tolong padankan juga dan nak tolong dia. Kita taknak biar dia terbakar. 
Aku : Haah. 
Ayah : Api neraka lagi dahsyat dari tu. Jadi, takkan kita nak biarkan dia masuk situ. 

Allah. Aku doakan semua orang yang aku sayang dan orang sekeliling aku masuk syurga. Atas sebab rahmat Allah dan atas cara apa pun juga. Bersama-samalah kita mencari sesama kita di sana kelak. 

Dalam pada masa yang sama, mari mencari kekuatan untuk menjadi orang yang lebih hebat dari biasa. 

Great things never came from comfort zone. - Quote

Asal kak cik pula yang drive 

Sampai rumah Daus

My heart..


Love..

Sunday, July 14, 2019

Nota diri

Hari ni hari Ahad
Kebiasaanku hanya di Klang
Masa sarapan dan memasak makanan
Adalah masa untuk mengemaskini cerita
Seminggu di bilik sewa
Untuk pengetahuan keluarga tercinta

Baru-baru ini ada orang menghantar pesanan
Mahu berkenalan katanya
Tidak mengapa bagiku seperti biasa
Cuma kita perlu berjumpa
Kerana selepas itu, pasti banyak lagi yang perlu dikira dan dikata
Sudah pasti ke arah bekeluarga
Itukan tujuan utama?

Beliau cuma mengiyakan sahaja
InsyaAllah ada rezeki katanya
Berjumpalah kita
Kenapa takut jika mahu bersama
Aku bukan makan orang pastinya
Cuma mahu kepastian
Benarkah ini yang kau dan aku mahukan

Allah Maha Kaya dan Penyayang
Semua rasa untuk aku diberikan
Begini rupanya perasaan
Bila orang lain memulakan
Semoga aku menimbang semua
Tidak memberi harapan dan tidak menutup peluang
Untuk aku dan si penanya
Marilah mengenal sesama

Juga untuk diri sendiri
Sudah-sudahlah bercerita sesuatu yang tak pasti
Manusia hanya mampu berdiskusi
Menebak itu dan ini
Tidak tahu apa yang kau lalui
Maka, selepas ini
Semoga lebih senyap dan berhati-hati
Walau teruja setinggi-tinggi
Teruslah mengunci
Berikan kad sahaja nanti
Janji?


Selasa 090719 - Pak Busu dan Mak Usu berangkat 

Isnin 080719 - Tukar geran kereta Persona

Khamis 100719 - Jumpa kawan Tim

Rabu 090919 - Juare datang bawa orkid

Khamis 100719 - Contracts conference

Love..

Friday, July 12, 2019

Hapuslah Kenangan Itu

Masa terlalu cepat berlalu
Semuanya terlalu laju
Dari minggu ke seminggu
Waktu ke waktu

Aku tetap berada di situ
Menjalani hari tanpa kamu
Kerana kau masih membisu
Hanya kenangan bertamu

Aku masih menunggu
Pudar atau hilang semua itu
Dari fikiran dan akal warasku
Dan hidup tenang seperti dulu


Southgate
120719

Love..

Tuesday, June 11, 2019

Nadiah dah 34 tahun

Apa ada pada umur? Hehe. Walaupun dah 34 tahun ni. 

Saya merasai peralihan umur yang sangat ketara adalah pada umur 27 tahun dan 30 tahun. Yang lain, ia hanyalah angka. Mungkin akan merasainya pada umur 35 tahun kerana lebih mahu ke umur 40 tahun. Umur-umur yang lain, hanya berlalu sepi seperti hari-hari biasa. 

Umur 27 tahun adalah kerana, apabila saya habis belajar dan bila orang bertanya bila saya mahu berkahwin, saya akan menjawab pada umur 27 tahun. Umur itu telah berlalu. Umur 30 pula adalah perasaan dari 20-an ke 30-an. Terasa makin tua. Hehe. Itu sahaja. Sambutan yang lain, saya rasa biasa-biasa sahaja. Tidak memberi signifikasi yang besar kepada saya. 

Tahun ini, seperti tahun-tahun sebelumnya, nikmat yang saya tidak dustakan adalah sambutan dari kenalkan rapat. Saya lebih menyukai jika mereka tidak menyambutnya kerana saya juga bukan jenis orang yang rajin mengingat tarikh lahir orang dan mahu menyambutnya. Tetapi, untuk nikmat orang masih menyambutnya untuk saya, Alhamdulillah dan semoga Allah memberikan kebaikan dan kegembiraan yang lebih kepada kamu semua kerana telah menggembirakan orang lain. 

Yang pertama, pastilah geng luncheon yang menyambutnya ketika majlis berbuka puasa di rumah Ju'are. Nina belikan kek aiskrim durian yang sedap tapi susah nak potong. Tapi, okay je. Surprise menjadi kerana saya tidak terfikir langsung.





Oleh kerana hari jadi saya jatuh pada bulan puasa, makan haruslah tidak ada sambutan di pejabat dari pada Ai Tee fikir saya. Silap rupanya. Ai Tee telah membelikan Liza kek dan menyuruhnya membawa pulang semua kek itu. Liza menyambut hari jadinya lebih awal dari saya. Saya sudah mnganggak Ai Tee akan membelikan untuk saya juga. Awal-awal dah bagitau Nina, boleh tak request Ai Tee tak payah beli kek? Haha. Budget anak buah kesayangan. 

Lagi satu yang baru adalah WhatsApp group untuk Commercial yang setakat ini digunakan untuk wish birthday orang sahaja. Saya sudah memesan kepada Ai Tee, Mr. Lim dan Geng Luncheon supaya tidak memasukkan saya ke dalam group itu. Pada hari kejadian, awal-awal jam 7.15 am, Keng Meng dah wish dalam group. Bertalu-talu orang wish. Haha. Segan betul. Dahlah birthday saya sama tarikh dengan Senior Manager saya Alice. Yang comelnya Tim datang dengan Steve wish personally dekat saya. Comel!!! 

Pagi kejadian juga, saya cakap dengan Ai Tee, 'If you wish to buy me a cake, no needlah. Rumah sewa I peti sejuk penuh,' Sebab masa Liza, Ai Tee beli kek masa lunch. Bajet, tak payahlah diorang beli. Sekali Ai Tee kata, 'Dah beli dah. Dalam freezer,' Dia half day hari tu. Haha. Cis, lambat tindakan kau ni. Tapi, takpelah. Kek dia beli tu sedap kot. Saya letak je dekat freezer ofis, nak balik Klang hari Jumaat, bawa balik. Mak suka sebab tak manis sangat.






Petangnya lepas kerja, keluar dengan Aleen. Sebab dia ada kat sini. Kami berbuka puasa bersama. Cadang mahu ke Kyochon. Beratur orang. Maka kami ke Dubuyo sahaja. Masih mengekalkan tema Korea ya kawan-kawan. 






Alhamdulillah untuk semua nikmat umur, kesihatan, rezeki, keluarga, kereta, rumah, iman, Islam, sahabat, pekerjaan, akal fikiran, anggota tubuh badan, ilmu, amal dan banyak lagi nikmat Allah yang ada pada saya. Semoga dapaat memberi kebaikan lebih banyak, beramal lebih banyak, belajar lebih rajin, menjadi hamba yang lebih bertaqwa, anak yang solehah, pekerja yang lebih amanah dan bertanggungjawab ya Nadiah binti Zainal. Selamat Hari Lahir. I love you so much! 



Love..

Friday, June 7, 2019

Rindu

Benar
Kau datang tanpa dipaksa
Memberi rasa tanpa dijangka
Tidak terlalu memaksa
Aku tidak perlu berpura
Kau terima seadanya
Hubungan ini luar biasa
Kau menyambut saat aku memula
Memang jauh dari norma
Benarlah jika kita selesa
Banyak benda untuk dibicara
Satu persatu benda ditanya
Dan kau menjawab tanpa dipaksa

Ya
Aku menduga-duga
Ikatan ini sampai ke mana
Tidak mahu terlalu meminta
Walaupun itu tujuan utama
Biarlah kita mengenal sesama
Pesan sahabatku
Usah memikir terlalu lama
Menambahkan pening di kepala
Cukup untuk sekarang sahaja
Yang lain, kau nyahkan jua

Akur
Kuturutkan katanya
Menikmati sahaja peristiwa
Menjiwai rasa
Berkongsi cerita
Dari diri, kerjaya dan keluarga
Benarkah ini rasanya
Beginikah caranya
Selesa itu membesar makna
Jarang aku sebegini rupa
Aku terima dengan gembira
Sehingga aku terlena seketika
Menganggap ia sesuatu yang istimewa

Terlupa
Aku terbang terlalu tinggi
Walau sudah terdetik di hati
Berpijak sedikit pada realiti
Kelak jatuh kurang disakiti
Degil juga rupanya diri
Masih mahu bermimpi
Walau tidak tidur di siang hari

Tiba-tiba
Kau seperti mahu menghilang diri
Membalas pesanan tidak seperti
Hari-hari sebelum ini
Aku masih tercari-cari
Silap apa yang telah terjadi
Dan aku tidak jumpa walau seinci
Kurasa kau bukan begini
Membiarkan aku seorang diri
Ku percaya pasti
Kau punya alasan kukuhmu sendiri

Percaya
Dengan semuanya
Aku melihat ini sebagai tanda
Yang kau bukan orangnya
Seperti sebelum-sebelumnya
Habis tenang tanpa ke fasa
Untuk peringkat seterusnya

Pelik
Kau tinggalkanku rasa berbeza
Rasa yang tidak pernah aku ada
Kepada jantina berbeza
Kukira inilah rindu yang diperkata
Untuk orang bercinta
Walau kita tidak pernah ada apa-apa

Oh
Inilah rasanya
Inilah gembiranya
Inilah sakitnya
Aku sedang merasainya
Terima kasih untuk pengalaman berbeza
Jujur, aku menikmati semuanya

Semoga
Semuanya baik-baik sahaja
Untuk aku, kau dan kita
Biarlah masa merungkai segala
Walau kita tidak berdua
Kita masih sekerja
Mogaku tidak memendam rasa
Dan melayan kau dengan berbeza
Sebagai tanda kematangan jiwa
Jika bukan jodoh, masih bisa bekerja bersama

Aku punya rencana
Kau juga pasti ada
Rencana Allah jualah yang kita kira
Terbaik di alam semesta
Yang Maha tahu kehendak hambaNya
Aku redha atas semua

Kekasih awal dan akhir. #tilljannah

Kesang Tua, Jasin
07 Jun 2019

Love..