Saturday, June 2, 2018

Syukur

Saya terpanggil membuat post kegembiraan ini apabila melihat video ini. Video mengenai Menteri-menteri yang baru untuk kerajaan yang baru. Alhamdulillah. Allah beri kemenangan kepada rakyat. Rakyat telah memilih. 

Pagi 10 May 2018, saya mendapat pesanan dari Fatimah, anak arwah Pak Ngah Zaini berbunyi, 

"Tahniah kak ya. Betullah kata Pak Long, Allah ada."

Hal ini kerana, ketika berkempen di Temerloh dan singgah di rumah Mak Ngah, Fatimah bertanya, bolehkah kita menang? Saya masih ragu-ragu. Dengan mengundi pada Rabunya, persempadanan semula dan berbagai taktik kotor BN yang mahu mengekalkan kejayaan pada pilihanraya kali ini, menyebabkan saya kurang yakin. Lagilah pada pilihanraya yang lepas, dengan harapan #inikalilah pun masih belum berjaya mengambil-alih Malaysia. Tetapi, ayah begitu yakin mengatakan yang kita akan menang kali ini. Sebelum kemasukan Bersatu dalam Pakatan Harapan, mungkin sukar. Tetapi, sosok Mahathir ini memberikan impak yang lain pada pandangan ayah. Saya membidas mengatakan kekhuatiran taktik yang akan dilakukan oleh BN. Ayah kata, "Apa pun yang diorang lakukan, Allah ada." Hehe. Saya masih tak yakin. Betapa lemahnya iman saya. Tetapi, masih selalu berdoa untuk kejayaan kami. 

Dan SubhanAllah, Alhamdulillah, AllahuAkbar. Segala puji dan syukur hanya dipanjatkan kepada Allah. Kejayaan ini sangat tidak disangka oleh saya. Sujud syukur saya atas kemenangan ini. Dan sujud syukur saya atas kejayaan En. Anuar juga. Perasaan yang masih tidak sangka ini saya bawa sehingga minggu pertama, perlantikan menteri dan sekarang juga. Kadang-kadang saya menangis melihat kerajaan yang baru. Melihat perlantikan Mat Sabu, Lim Guan Eng, Dr. Zul, Dr. Maszlee dan semua Menteri-menteri yang bijak terutamanya Mahathir mentadbir Malaysia menyukakan saya. Semoga terhapuslah proses pembodohan rakyat oleh Menteri-menteri yang kurang bijak dan bangkitlah rakyat Malaysia yang lebih kritis dan bijak bersama kepimpinan bersama rakyat ini. 


Ahli Parlimen saya. Kota Raja. 
Meraikan kejayaan YB P088. :)

Keluarga YPU
Selama 20 hari memegang tampuk kepimpinan, Alhamdulillah, banyak yang terjadi. GST dihapuskan. KWSP untuk surirumah tangga. Harga minyak diselaraskan untuk Ron95.  Juga jika mengikuti laman sosial YB sekarang, semuanya merakyat. YB Lembah Pantai, Fahmi Fadzil, Young Syefura, Hannah Yeoh dan Yeo Bee Yin jangan cakaplah. Semua bekerja. Segala puji dan syukur kepada Allah untuk nikmat ini. Tidak dinafikan kejutan dengan terbongkarnya kegilaan terhadap beg dan duit yang berjuta-juta disimpan di rumah. Kadang-kadang terfikir, jika tidak menang, mesti tidak tahu ini semua. Allah. Allah. 

Berjuta-juta ucapan tahniah dan terima kasih kepada seluruh rakyat Malaysia yang begitu baik. Bermula dengan #pulangmengundi, menukar kerajaan yang lama dan kemudian Tabung Harapan Negara. Anda semua sangat menginsafkan saya. Semoga kita akan menjadi lebih baik dan lebih memberi untuk kesejahteraan Malaysia. I love you Malaysia. I love you Malaysian. 



Love..

Tuesday, May 15, 2018

Percaturan

Post sepatutnya sebelum pilihanraya, dari #kitamestimenang sampai #kitasudahmenang. Baru nak post.
______________________

Seminggu dua ni aku sibuk ke Temerloh membantu En. Anuar berkempen. Bantu? Hehe. Lebih kepada bagi moral support je. Tetapi, keberadaan aku tu sangat berkesan untuk aku, bukan En. Anuar sangat pun. Peluang untuk ikut orang dan belajar benda baru ni memang aku hargai. Kalau tak, aku dekat rumah je ar. Tapi, tak salah pun nak rehat-rehat kat rumah. Aku ada kalanya kalau takde program apa-apa, memang membongkang je ar kat rumah. Kesian mak. Anak rajin-rajin tolong kat luar, kat rumah membongkang. Haha. Tapi, aku masak juga tau kat rumah. Masa tulah nak menyembang dengan adik-adik. Macam pernah bacakan?  

Masuk minggu lepas, dah tiga kali aku turun. Sekali dengan Kak Ana, kawan En. Anuar. Masa tu, kami bagi leaflet dekat Starmall. Punyalah aku cuak. Sebab awal-awal nak bagi dah kena tegur dengan orang BN. Terus aku takut nak bagi. Haha. Dalam hati ada taman. Dengan Kak Ana ni, memang kau tak rasa bosan. Layan dia bercakap saja ar. Siap dia cakap, "Sorry yer, akak banyak cakap. But, I'm making money with talking". Pernah ada Consultant Firm sendiri yang bila orang panggil bercakap untuk 3 jam, bayaran RM30k. Pergh pergh pergh. Sekarang dah banyak bantu AMANAH. Seronok jadi orang banyak duit ni, boleh tolong banyak orang. Tapi, yang takde banyak pun, boleh tolong orang dengan banyak cara. Angkat kayu dekat tengah jalan, senyum dan bagi salam dekat orang.

Kak Anaa

Patin dulu




Dua minggu lepas, pergi dengan Mak Ina dengan Pakcik Ghani. Kali ni, lagi jauh langkauan. Pergi masuk Felda, join konvoi dengan DAP dan ada join orang India bagi flyers dekat taman. Aku suka cara orang Cina buat kerja. Very organised. Untuk aku yang tak teratur ni, aku rasa, kena belajar banyak dengan orang cina ni. Sistematik dan Islamik kalah kita orang Islam. Untunglah kawasan En. Anuar dekat Pahang, bolehlah ulang-alik. Sejam setengah sahaja. Kalau di Perlis, memang penamaan calon sahaja pergi.

Bila masuk kampung-kampung ni, kau akan nampak banyak orang yang tak terbela. Hidup diorang biasa sahaja, tidaklah merempat. Tapi, kalau pentadbiran telus, kau boleh bantu banyak. Masa dengar talk dari YB Yeo Bee Yin kat program DAP, dia cerita yang bila DAP masuk KOMTAR, tengok akaun hutang negeri RM900 juta dekat kerajaan persekutuan. Sekarang dah 10 tahun, cuba teka berapa? Aku dalam kepala dok fikir dalam 100 ke 200 juta kot. Tapi, salah. Setelah 10 tahun mentadbir Pulau Pinang, kerajaan berjaya melangsaikan semua RM900 juta tersebut. Dalam 100juta setahun purata. Maknanya, selepas bayar hutang ni, ada surplus RM100 juta untuk rakyat Pulau Pinang. Selamatlah kamu merasa nikmat-nikmat di bawah kerajaan negeri itu nanti. Doakan rakyat Malaysia juga dapat merasakannya apabila bertukar kerajaan 10 May ini nanti Amin.

Oh, cuba teka kerajaan Pahang berhutang dengan kerajaan Persekutuan? Takpe, saya bagi jawapan terus. Lebih RM1 billion. Mantap bukan? Lepas ni, kalau kita ambil Pahang, jenuh nak membayar hutang depa sahaja.

Mak ayah hantar kat rumah En. Anuar


Bawa Tok. 
Mari kita mula. The ladies


Pas dan BN berkongsi batang bendera

Yeo Bee Yin

DAP Mentakab

En. Jamal, orang kuat En. Anuar

Selesai program





Minggu lepas saya pergi untuk penamaan calon. Memandu seorang dari KL ke Temerloh straightly dari pejabat hari Jumaat untuk sertai solat hajat cadangnya. Terlepas, kerana sampai-sampai orang sudah solat. Tunggu Mak Ina sampai, makan sekali dan terus pergi tengok budak main futsal, lepas tu jumpa orang. Sampai rumah pukul 12.30 malam.

Esoknya penamaan calon yang paling lama dalam sejarah saya. Sampai pukul 1.30 petang kami tunggu. Tetapi sabar kami menunggu En. Anuar. Alhamdulillah selesai. Benda pertama yang ditanya adalah penyata insolvensi yang semalamnya pukul 1.00 malam En Anuar perasan yang insolvensi dia takde. Minta tolong staf dia tolong print, tak boleh masuk pula. Sampai pukul 6 pagi, baru Ammar dapat print.

Selepas selesai penamaan calon, kami pergi makan. Berehat sebentar, dan sambung semula mesyuarat di pejabat. Petang sedikit, saya mengundur diri untuk minggu ini. Sudah tiga kali ke Temerloh, tetapi tidak singgah ke rumah Mak Ngah merapatkan silaturrahim. Maka, kali ini saya singgah.

Niat untuk mengempen ke Mak Ngah memangkah En. Anuar tidak susah. Mak Ngah nampaknya memang mengetahui isu-isu semasa. Kekucar-kaciran PAS, dan kewujudan AMANAH. Saya pulang pada hari Ahad. Menjalankan tanggungjawab sebagai anak dan adik yang baik kepada emak dan Kak Mi ke Jaya Jusco petang itu.

Ya Allah, Kau menangkan keADILan, rahmatilah negara kami dengan pemimpin-pemimpin yang bertanggungjawab terhadap amanah yang diberikan supaya dapat membantu rakyat yang memerlukan.#kaliini #kitamestimenang 

Love..

Sunday, April 1, 2018

Kisah Diri

Di satu petang Jumaat di pejabat selepas makan tengahari.

Juare : Nadiah, apasal kau tak sambung belajar? Buat Master. Kau bukan buat apa-apa pun.
Aku : Wei, aku nak kawenlah. Sity, aku nak kawen. (Merengek bermanja-manja dengan Sity)
Sity : Jangan cakap macam tu, sedih sangat aku dengar. 

Haha. Aku nikan manja orangnya. Suka nak bermanja dengan orang. *silamuntah*

Juare dengan Sity adalah orang yang konsisten untuk jual nama aku bila nampak ada available candidate untuk aku dekat-dekat kitorang. Tak kiralah, tengah makan pagi, tengahari, makan company atau dalam lif sekalipun. Dia menjerit nama aku nak bagi orang lain tau. Mula-mula aku segan, tapi tahu diorang sayang. Kita biarkan jelah. Terima kasih korang atas perhatian.

................................

Kerja addendum dah compile semua walaupun tak keluar lagi sebab nak tunjuk dekat Michelle, kira lapang sikit waktu petang itu. Jadi, aku mesej Kak Pit, kakak Finance yang baik hati dekat ofis. Sebenarnya Kak Pit ni kawan Miera masa dekat Kamunting dulu. Masuk sini, terus jadi kawan aku juga sebab Miera selalu cerita pasal aku dekat Kak Pit. Kak Pit baru kehilangan adiknya Selasa lepas. Dan sekarang, anaknya pula masuk hospital akibat batuk-batuk sehingga muntah. Aku mesej untuk ucap takziah sebab adik dia, lepas tu dia kata anak dia dekat hospital. Bekas suami dia jaga. Akak ni dah bercerai dan ada anak dua orang dia kena jaga. Dia kerja dekat KL dan anak-anak dia mak ayah dia jaga. Hujung minggu, Kak Pit balik sana. Mendengar cerita ini, menyedarkan aku.

................................

Aku pun baru sempat mesej makcikku yang belum ada rezeki dikurniakan anak lagi setelah bertahun-tahun berkahwin. Membuat IVF baru-baru ini dan masih belum punya rezeki. Aku mendoakan kekuatan untuk makcik dan pakcikku. Semoga dipermudahkan semua urusan. Semoga Allah memperlihatkan hikmah-hikmah atas kejadian ini. Dan semoga Allah memandang doa-doa kita dengan kasih sayang.

.................................

Kemudian aku menghantar mesej mengajak adikku pulang ke Klang esok kerana adik lelakiku yang baru berkahwin pulang minggu ini. Selamba dia menghantar pesan yang saya rasa kerana geram terhadap suami, tetapi terlepas kepada kami. Allahu. Bertabahlah sayang. Akak tahu awak baca sayang. Akak rasa tindakan itu kurang sesuai, tetapi pasti ada alasan awak buat begitu. Semoga awak baik-baik sahaja sayang. Akak sayang awak. 

................................

Semua cerita ini terjadi pada petang Jumaat. Betapa, saya sebenarnya perlu kuat untuk masuk ke alam perkahwinan ini. Untuk menghadapi semua geram, sayang, marah, tidak puas hati, bersyukur, menerima kelebihan mahupun kekurangan, bergaul dengan keluarga mertua, bertolak-ansur yang banyak dan saya rasa banyak lagi. Perkahwinan bukanlah penghujungnya. Ia adalah permulaan. Dari berdua, berdua dengan jangka masa yang lama, bertiga, empat ataupun lima enam, bersama selamanya atau berpisah separuh jalan, berkahwin semula, atau seorang, bercucu atau tidak, sukar sekali kita menduga. 

Yang pasti, bersangka baiklah dengan semua ketentuan Ilahi. Allah memelihara kita selama ini. Pasti yang terbaik Dia mahukan untuk hambaNya. Alhamdulillah untuk perasaan yang masih mahu berkahwin walaupun keluarga asas saya mempunyai sejarah yang perkahwinan tidak semestinya bersama. Saya percaya perkahwinan adalah sesuatu yang menggembirakan. Apabila kita berkahwin dengan orang yang kita sayang dan dia menyayangi kita kerana, jika tidak, pasti dia tidak akan bersetuju atas perkahwinan itu. Dan proses selepasnya adalah kematangan. Sama seperti jika kita tidak berkahwin. Sentiasalah berdoa pada Allah untuk kita menjadi lebih baik. Doa. Doa. 

Saya mendengar ceramah pagi tadi, mengenai bekal apa yang perlu kita bawa untuk akhirat nanti. Bukan pangkat, harta, anak-anak atau pun segalanya. Ia adalah Taqwa. Perkataan Taqwa terdapat hampir 227 kali disebut di dalam Al-Quran. Lebih banyak dari solat dan puasa. Peringatan untuk diri sendiri. 

Diambil di sini.

p/s : Baik-baik, selepas ini cerita pasal Daus. Hehe.



Love..

Tuesday, March 27, 2018

Rindu - Anak Buah

Rindu. Sejenis kerinduan kepada anak buah sendiri memang saya syukuri. Semenjak anak buah saya tinggal bersama bekas abang ipar awal tahun ini, hujung minggu kami kadang-kadang akan sunyi jika abang ipar tidak menghantar mereka. Biasa mereka ada di rumah hujung minggu, dan menyepahkan barang dan menyemakkan. Kadang-kadang, saya terfikir nak buat apa dengan budak-budak ini. Bukan paandai tidur petang. Makcik dia, sibuk nak tidur petang-petang tau. Hehe. Benarlah kita ini selalu teringat apabila mereka sudah tiada di depan mata. Barulah rasa rindu, geram bagai. Masa depan mata, haram. Perpindahan ini, walaupun disebabkan takdir, sedikit sebanyak disebabkan saya yang menyuruh Kak Mi berpindah kerja. Argh. Cerita itu. Saya perlu belajar mendidik hati yang tidak semua keinginan saya adalah yang terbaik untuk orang lain. Saya manusia biasa. Sila belajar dari kesilapan Nadiah.

Teringat saya saat mendengar cerita yang bekas abang ipar saya mahu mengambil anak buah kami, saya menangis. Ayah saya yang jarang mencampuri urusan anak-anak turut sama mengambil langkah dengan bersemuka dengan abang ipar saya bagi menjelaskan apa yang kami ingin dia lakukan kepada anak-anak dia. Setelah itu, kami meredhakan pemergian mereka. Kata Naziha, bagilah ayahnya pula merasa kasih sayang anak-anak dia. Dan pada masa yang sama, dapatlah Kak Mi saya berehat sedikit. Juga untuk emak dan ayah saya. Dengan tidak semena-mena, emak sudah pandai mengajak saya bercuti kerana tidak ada budak yang perlu dijaga. Jika dahulu, semasa kami mengajak, pasti dia akan berkata, Akmal nak sekolahlah, Afiqlah. Sekarang, mari berjalan emak. Haha. Pengembaraan kita seterusnya, InsyaAllah Acheh.

Setelah tiga bulan ini, saya melihat benda positif kepada anak buah saya. Walaupun semakin kurus, mungkin merindukan ibu mereka atau masing-masing sedang membesar saya kurang pasti. Setakat pengetahuan kami, Hairol dan isterinya menjaga elok anak buah kami. Alhamdulillah. Selain itu, saya melihat abang Afiq semakin berani berbanding dulu. Mungkin telah diletakkan tanggungjawab abang kepadanya yang sebelum ini, boleh dikongsi bersama ibu, tetapi apabila di rumah abah mereka, dia memang harus menjadi abang. Dari dahulu lagi, abang Afiq memang melebihkan adik-adik cuma kurang berani sedikit. Sekarang sudah semakin berani jika disuruh membuat sesuatu, dia akan membuatnya. Dah pandai menjawab juga. Tidak mengapa, bagi sel-sel otak bersambung. 

Akmal terbalik. Dia semakin kurang nak berfikir. Jika ditanya, dia akan menjawab tidak tahu. Keterbalikan dari Afiq dahulu. Tetapi, masih banyak cakap. Hehe. Tidak mengapa juga, proses pembelajaran itu panjang. Asyraf, masih comel seperti dulu. Buat kesayangan Alang ni, belajarlah dan menjelajah ke seluruh dunia ini. Masa kecil ini adalah masa kamu belajar membuat salah dan belajar dari kesilapan itu untuk jadi lebih baik. Alang ni, dah besar baru nak merasa hidup. Alhamdulilah juga. Sering terlupa nikmat-nikmat kecil di keliling kita. 

Untuk semua nikmat kasih sayang ini, terima kasih kepada Along dan Kak Mi kerana melahirkan anak buah untuk kami menumpang cinta. Orang sentiasa doakan korang bertemu jodoh yang baik dan menjadi penyejuk mata dan hati di masa hadapan.











Love..

Thursday, March 22, 2018

Pemilihan Pekerjaan

Sepanjang di sini, saya telah hadapi tiga pemilihan untuk pekerjaan dari bosses. Yang pastinya, saya di bahagian yang tidak terpilih. 

Pemilihan pertama, semasa mula-mula saya masuk ke Gamuda dan belum ditentukan mahu ke mana lagi di dalam department. En. Nadzri perlu memilih, dan dia memilih Am untuk masuk ke team claim. Waktu tu, saya dah rasa macam, takpelah. Saya tak berapa bagus. Haha. Gitu sekali perasaannya. Sebenarnya, mestilah En. Nadzri nak lelaki. Senang sikit. Apalah kau ni. Emo. Kemudian, saya dimasukkan ke team N7 di bawah Pooi Lai. Alhamdulillah juga untuk pengalaman yang bermakna itu.

Yang kedua, ketika di Southgate, semasa saya masih lagi tidak tahu mahu ke mana, Mr. Gua telah menemuramah saya dan Faezah untuk diambil di bawahnya. Faezah terpilih. Sekali lagi saya terfikir. Saya memang susah deliver benda ke orang ke macammana? Kemudian saya diletakkan di bawah Ai Tee di bawah Pasar Seni. Dan dia adalah jauh lebih baik dan menarik berbanding saya di bawah Mr. Gua.  

Semalam Ai Tee bertanya kepada saya, mahu menukarkan saya ke Titiwangsa. Team di bawahnya sudah ada tiga orang senior. Nina, Nic dan saya. Nina mahu membuat RC works untuk Line 2. Saya dan Nic sudah mempunyai pengalaman RC di Line 1. Dan Nic lelaki. Kami team Chan Sow Lin tiada lelaki. Jadi, dia perlu kekal. Maka, calon untuk dipindahkan ialah saya. Ai Tee kata, "I takde pilih orang punya. Semua I sayang. Sebab  itu I tanya you dulu." Dan Nadiah being Nadiah. Dengan tidak berfikir panjang, okkan sahaja. After all, dia adalah kerja sahaja. 

Kalau benda ini jadi, saya akan berboskan Kher Win. Dengan tidak menafikan cara kerjanya yang lebih sempoi dari Ai Tee jika dilihat secara kasar, saya berharap akan jadi lebih baik setiap hari. Sudah-sudahlah bergantung harap kepada Ai Tee. Sudah sampai masa saya terbang sendiri. Bak kata Kerul dekat Ai Tee, "You can't defend Nadiah all the time. Campak dia buat IVS3." Haha.Gila budak tu. Nak suruh saya handle IVS3. Tidak dinafikan, saya banyak berlindung dengan Ai Tee. Dia memang seorang yang back-up staf punya. Dah sampai masa saya keluar dari comfort zone saya.

Kerul, kau yang resign, semua pun effect. Tapi, terima kasih. At least, aku akan buat benda lain. Kau dah tentu-tentulah. Semoga kita jadi pekerja yang bertanggungjawab dan lebih bermanfaat. Dapat itqan dalam kerjakan bagus. Haruslah dimulai dengan niat bekerja kerana Allah. 


Geng Luncheon

The day, Kerul received the news

The ladies


Dalam satu hadis Rasullulah s.a.w. 


"Sesungguhnya Allah menyintai seseorang hamba yang apabila bekerja, ia menyempurnakan pekerjaannya (Itqan) " - HR Thabrani


Love..