Thursday, January 4, 2018

Cerita Cikgu

Sudah masuk tahun baru, maka tugas Uber tak berbayar adalah menghantar pejuang anak bangsa ke lapangan terbang. Cikgu Nafisah akan meneruskan perjalanan seorang cikgu di Sarawak. Kali ini Fisha ambil luggage. Jadi kena pergi awal dan saya siap ajak emak. Mak pun okay je. Sebelum nak check-in, kita makan dulu. Duit habis kat makan je saya ni. Lepas tu mengadu gemuk, baju kurung pun dah tak muat. Haha. Perangai betul.



Saya suka apabila Fisha balik ke Klang, rumah kami kemas dan kalau dia masak, memang lain resepi dari yang biasa. Ayah mesti suka juga. Emak lagilah. Bila ada Fisha, biasanya kerja-kerja rumah memang kawtim. Cuti sekolah bulan 12 memang hari yang ditunggu-tunggu. Cuti lama, maka banyak aktiviti Fisha boleh buat. Selain memang sibuk dengan kawan-kawan yang berkahwin dan berjumpa dengan dia yang jauh ni, aktiviti utama pastinya mengemas rumah.

Ubahsuai ruang tamu dan bilik kami adalah inspirasi dia. Dia selesaikan baju-baju yang dah tak pakai, sedekah dekat surau, kemas tudung, clearkan almari bagi kosong, mop rumah, vacuum. Semualah. Lagilah dia memang allergic dengan habuk. Memang kemaslah rumah kami. #memangcalonmenantumakawak

Selain tu, dia dan Kak Cik akan buat acara tahunan setiap cuti sekolah bulan 12. Aktiviti membawa anak-anak buah kami berjalan. Tahun lepas mereka ke Times Square. Saya tak berkesempatan ikut. Tahun 2017, kami ke Pusat Sains Negara. Berjaya cuti sebab Wai Fong dah Final. Alhamdulillah (need to do an entry for this. Please rajin Nadiah).





Kali ni jalan meriah sikit sebab bawa emak, Along dan anak Cik Lia sekali Hasif dan Sofiah. Fisha bersungguh masak nasi lemak pagi tu untuk kami makan tengahari. Rajin budak ni. Memang lagi sekali #calonmenantumakawak. ;p Semoga gembiralah anak-anak buahku sayang dan membesar menjadi orang yang bermanfaat untuk orang lain.

Rombongan Mak Lang ke Pusat Sains Negara


Melayan


Nak balik dah


Lepas mandi kolam, masing-masing lapar


Untuk anak-anak buah ni, memang jadual diorang terisi bila ada Fisha. Dia ajar, bangun tidur kena gosok gigi, sarapan, baru tengok tv. Cik Lia siap hantar Hasif dengan Sofiah tuisyen dengan Fisha. Pak Chim hantar masa pergi kerja, ambil balik masa nak balik makan tengahari. Pada masa yang sama, Fisha akan ajar sekali anak buah kitorang. Lepas tu, Fisha ajar diorang lepas Maghrib kena ngaji. Lepas tu main Saidina. Melayan jelah budak-budak ni cuti sekolah.

Kak Fisha ni walaupun belum berkahwin, masih lagi fikir pasal anak-anak ni. Janganlah korang kata, orang tak kahwin, tak tahu macammana nak jaga anak. Kalau memang korang niat nak ajar budak, tak kisahlah anak sendiri ke anak orang. Ajar je. Lagi-lagilah cikgu ni. Semoga kahwin tahun ni Fisha!

Petang-petang layan diorang


Cari baju untuk wedding Abang Daus


Esok Kak Fisha nak balik dah. 

Aku, Kak Fisha dengan Kak Cik selalu borak-borak pasal anak buah kitorang. Walaupun takde anak sendiri, anak buah ni kira macam tanggungjawab kitorang juga nak jadikan dia manusia. Tapi, itulah, apa yang kitorang fikir dan cakap mungkin tak sama dengan apa yang mak dan ayah diorang fikir. Kalau boleh terima, oklah. Kalau tak boleh terima takde masalah sebenarnya. Benda boleh bawa bincang. Satu insiden masa cuti sekolah kali ni sangat mengesankan saya. Mungkin atas keterlanjuran saya bercakap, menyebabkan perkara itu berlaku. Saya dan semua perlu belajar dari kes ini. Oh, entri ini untuk Fisha sebenarnya, sila jangan menyempang. Hehe.

Sayang, terima kasih untuk semua yang awak tunjukkan, cakapkan, bebelkan, annoyingkan juga dengan perangai selalu je nak cakap macam akak ni anak buah awak. (-.-). Apa pun awak, akak terima je dan sayang seadanya. Semoga urusan awak dipermudahkan Allah selalu dan akak doakan pekerjaan ini menjadi ibadah dan asbab Allah memberikan rahmat untuk awak masuk syurga sayang. We proud of you! Me especially.

Love..

Thursday, December 21, 2017

Catatan Seorang Alang

Hari yang gembira untuk kita
Kenangan indah dicipta bersama
Kamu yang rancak bercerita
Semua mahu diteroka
Semua mahu dicuba
Kami hanya layankan sahaja

Kamu yang kami menumpang kasih sayang
Berkongsi pangajaran
Belajar dari kesilapan
Bersama-sama bertahan
Untuk semua arahan, ketegasan dan perhatian
Maaf jika berlebihan
Terimalah dengan tenang
Semoga berguna di masa hadapan

Terbanglah sayang
Kami lepaskan tali kepercayaan
Bersama doa-doa kami titipkan
Ingat kami di susah senang
Pulanglah jika buntu jalan
Kita bersama berpimpin tangan
Atasi tiap kesusahan

Sayang sayang Alang
Satu doa yang selalu diucapkan
Moga masa depanmu sentiasa dipeluk Tuhan

Southgate
211217






Love..

Sunday, December 3, 2017

Cerita Artis

Naziha dan saya berkongsi banyak benda yang sama. Bukan minat benda yang sama, berkongsi banyak cerita yang kami boleh relatekan. Seperti apabila bercerita mengenai benda-benda viral di twitter, kami masing-masing tak aktif di facebook, geng menonton wayang cerita yang orang tak tengok di pawagam, boleh cerita pasal k-pop (dia minat yonghwa, saya minat seohyun dan dia tak suka seohyun. Haha..), cerita pasal publisher buku dan apa entah lagi. Senang cerita, frekuensi cerita kami sama. Kak Fisha boleh masuk sikit, tapi dengan Kak Cik banyak sikit. Sebab dah biasa borak. Jadi bila dia kutuk saya (selalu) atau saya kutuk dia (jarang kot. Hehe..), kami tak ambil rasa. Tahu, masing-masing nak jadi lagi baik. Saya juga rapat dengan Along, Ami dengan Mina sebelum mereka berkahwin, tapi saya lupa cerita-cerita dengan mereka. Dulu tiada blog. Hehe.

Antara benda yang Naziha dan saya berkongsi adalah minat Redza Minhat. Tengok wayang cerita KIL yang kurang dari 10 orang dalam pawagam tau. Support punya pasal. Tengok Terbaik Dari Langit sebab dia tulis. Pun tak ramai orang dalam pawagam. Follow dalam twitter sampai kenallah circulation of friends dia. Tengok telemovie yang kawan-kawan dia produce. Kalau baca twitter dia, memang mind-blowing jugalah. Budak bijak. Kerja dekat Bank Negara sambil buat seni-seni ni. Very smart person. Kira memang admirelah dia ni.

Satu hari, Kak Cik dapat contact dari kawan dia di PPUM, ada orang nak beli tape yang letak dekat lutut (strapping) untuk elak kecederaan semasa bersukan. Saya pernah tolong hantar strapping ni di futsal centre Subang. Naziha berkongsi bersama kawan-kawannya menjual tape ni. Berbalik kepada kawannya di PPUM, katanya, Redza Minhat mahu membelinya. Kak Cik tak percaya. Sehinggalah, dapat pesanan sendiri dari tuan punya badan. Pergh pergh pergh. Mahu penghantaran di Subang. Kak Cik dan Kak Fisha pergi pada Jumaat pagi. Pergh pergh pergh. Saya sedikit cemburu tapi gembira. Memang tidak sangka. Sangat. Peluang jumpa sebegitu rupa. 

Dalam dunia di mana pembohongan mudah berleluasa, perlunya kita menyelidiki sumber asal sesuatu perkara. Jika tidak, ikutilah sesiapa yang bijak pandai supaya selalu mengingatkan kita benda-benda yang berilmiah. Kurangkan melihat siakap keli, rotikaya dan sebagainya. Berkawan dengan penjual minyak wangi, tempias wanginya pasti terkena kita. Berkawan dengan bijak pandai, semoga kepandaiannya juga menjadi pendorong kita menjadi lebih berilmu. Walaupun ianya seorang artis. 😙

That halal gap. Haha

Versi Kak Fisha lagi jauh. Haha.
 
Oleh kerana cerita artis, tahniah kepada Fattzura. Minat Fazura sejak Gol dan Gincu lagi. Tak minat Fattah, tapi percaya dia seorang yang hebat dan baik. Semoga berbahagia sampai ke syurga. Doa laju-laju untuk dapat jodoh yang masing-masing akan menjadi lebih baik bila bersama. Allahuma Amin. InsyaAllah.


Menaip blog semasa dalam perjalanan ke Port Dickson untuk Hari Keluarga Haji Bujang. 😊😊

Love..

Friday, November 24, 2017

Kisah Steve

Saya sedang berbincang dengan Ai Tee untuk Final Wai Fong yang akhirnya berjaya diterjemahkan ke dalam kertas kerja. Yeay. Alhamdulillah. Kemudian, Steve datang untuk bertanya sesuatu kepada Ai Tee.

Steve : Don't go anywhere (merujuk kepada saya). It's a two seconds question. 
*sambil bertanya soalan kepada Ai Tee*
Saya : One, two. *mengira dengan laju*
Steve memandang saya sambil tersenyum nipis. 
Steve : You should count, one... two... (mengira dengan perlahan)
Saya mengangguk, senyum dan memandang ke Nic. Kemudian Steve meneruskan perbincangan bersama Ai Tee.

Chill mate! (Dia biasa memanggil orang dengan gelaran ini). It's Friday. Haha. 

Hujung minggu ni jadi bridesmaids untuk nad. Tolong doakan untuk saya, Lyza  dan Miera juga bertemu jodoh dalam masa terdekat. Nak cuti 3 bulan. Hehe.

Fine dining sub-con belanja semalam

Melawa bila hujung minggu pergi pejabat

Ini juga
p/s : update blog masa tunggu Cikgu Nafisah balik dari Sarawak. Cuti sekolah dah bermula. :)

Love..

Monday, November 20, 2017

Insentif

Walaupun pending banyak post untuk ditulis, tetapi saya meneruskan dengan yang ini dahulu. Tak lain dan tak bukan, hanya untuk ingatan saya yang sering lupa ini. Minggu lepas, kami mendapat imbuhan (incentive) di atas keberjayaan menyiapkaan MRT Line 1 - Sungai Buloh Kajang. Ini kalau management search, boleh terus jumpa entri ni. Terus saya dapat notis 24 jam. Haha. Lantaklah. 

Sebelum mendapat surat, Construction Manager saya telah memberikan harapan kepada saya menyatakan paling sedikit akan mendapat 1.5 bulan dan paling banyak akan mendapat 3 bulan melihat kepada di mana kamu ditempatkan. Jika di site, mungkin 3 bulan kerana kerja lebih banyak, jika di pejabat, kemungkinan 1.5 bulan. Ikutlah. Tapi, pergh, perasaan gembiranya masa tu. Sebenarnya, tiada perancangan pun mahu membuat apa dengan duit itu, cuma jumlahnya memang menggembirakan jiwa raga jika dapat. Malangnya, apabila menerima surat, tidak seperti yang diharapkan. Kecewa saya. Tidak sampai sebulan juga. 

Jika dulu, saya hanya bersyukur mendapat apapun jumlahnya. Tetapi sekarang, saya sedang mengexplore rasa-rasa baru. Membuat sesuatu yang saya suka. Mencuba menggunakan kepala lebih sedikit. Maka, saya mula memikir-mikir mahu mencari kerja lain kerana management kali ini agak kedekut. Haha. Ditambah pula sudah hampir sepuluh tahun di sini. Sudah sampai masanya untuk saya mengeluarkan diri dari comfort zone yang tak berapa nak comfort ini.

Pucuk dicita, Anuar, engineer lama saya semasa di Pasar Seni, menghantar pesanan kepada saya. Mahu mengajak memasuki team baru yang akan dibentuk untuk satu company yang agak terkenal. Tetapi, saya tidak tahu. Haha. Al-maklumlah, tidak membaca The Edge. Hanya Malaysiakini sahaja. Apabila saya menceritakan kepada rakan saya, semua tahu syarikat itu besar dan stabil. Saya pula, apabila Anuar mengajak, eksaited kerana mahu berpindah tempat kerja sahaja. Tidaklah tahu mengenai latar-belakang syarikat itu. Saya sebenarnya mahu ke Australia. Perancangan untuk tinggal bersama Ili supaya dapat mengurangkan sedikit perasaan risau ibubapa Ili apabila Ili di sana. 

Ayah kata, "Jangan yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran." Maka, saya menghantar resume saya kepada Anuar. Masih tiada panggilan setakat ini. Ini akan jadi interview kerja saya yang kedua sepanjang 10 tahun bekerja. Doakan saya semoga urusan dipermudahkan walau apapun yang saya buat. Jazakallah. Saya juga mendoakan yang sama kepada anda semua.

Saya baru mahu mengambil tanggungjawab menentukan hidup sendiri setelah selama ini Alhamdulillah Allah dorongkan perjalanan hidup saya mudah sahaja dari segi pelajaran dan kerjaya. Semua berjalan tanpa saya perlu memikirkan dengan begitu bersusah-payah. Mungkin kerana, saya dahulu mudah mendengar kata orang. Kawan Achik kata ambil QS kerana matematik saya kuat, saya pun apply sahaja. Kerjaya pula, Miera mengajak saya menemaninya pergi interview semasa semester terakhir di UiTM, dan saya pun meneman sahaja. Masing-masing dapat. Semuanya dupermudahkan. Sehingga duit bonus saya juga ditentukan oleh Kak Long saya untuk membeli rumah. Selagi saya okay, saya okay sahaja. Senang dan tenang saya dahulu.

Masuk Southgate, macam-macam belajar dan masih belajar. Saya memang menjadi orang yang baru. Yang lebih baik saya doakan. Walaupun nampak semakin jahat. Haha. My life start at 32. Kelakar rasanya. Hehe. Tapi, ia adalah sesuatu yang menarik. Saya akan dapat membuat banyak kerja sebenarnya jika saya merancang. Ianya sukar. Saya banyak bergaduh dengan orang untuk menjadi itu. Tetapi, saya perlu jujur dengan rasa saya sekarang. Semua benda, InsyaAllah ada penyelesaiannya. Ini saya belajar dari Ai Tee. Saya belajar dari Ai Tee juga untuk tidak mengapa membuat salah, janji belajar darinya. Alhamdulillah dengan kehadiran Ai Tee dan Mr. Lim dalam kehidupan tiga tahun di sini. Ada potensi-potensi dalam badan saya yang masih boleh digali. Untuk kegunaan saya dan orang lain. Saya sentiasa berdoa semoga Allah sentiasa tunjukkan kita semua jalan yang diredhaiNya. 

Saya sedikit cemburu sebenarnya dengan budak-budak muda yang hebat seperti Musa Nuwayri, Muhammad (Presiden Muslim Volunteer Malaysia), Ainie Haziqa dan Fatiha Shuib. Tetapi, lain orang, lain perjalanan hidupnya. Kita cuba sahaja apa yang kita rasa akan memberi kebaikan kepada ramai di dalam kapasiti kita. Hidup ini tidak lama dan bukan untuk kita sahaja. Tetapi tidak salah untuk berubah ke arah yang lebih baik. Jika mereka-mereka dapat masuk syurga dengan semua kebaikan/kesusahan yang mereka buat untuk membantu orang lain, adakah saya boleh masuk syurga dengan hanya bersyukur dengan apa yang saya buat selama ini sahaja? Pasti ada lebih yang saya boleh lakukan. Kerana Syurga Bukan Percuma.

Baru lepas order

Birthday Mimi sekali

Saya suka candid

Ai Tee belanja sebab dia dapat banyak insentif
Love..