Saturday, September 13, 2014

Cerita Pesta Buku Selangor 2014

Kak Chik mahu mencari buku Diagnosis. Saya mahu mencari buku Desaturasi Merah Jambu. Promosi untuk 3 buku RM50 berlangsung di booth Indieke, Pesta Buku Selangor. Semua gara-gara media sosial. Bila orang kata best dan hari-hari penulis re-tweet, tak ke nak terasa nak beli? Walaupun kadang-kadang tahu tak baca. Mujurlah sudah baca hampir separuh buku yang dibeli dua minggu yang lepas. Tidak ralat sangat menulis entri ini. Walaupun, ceritanya sebenarnya santai sahaja, yang itu kita senyapkan. Hehe. 
Tetapi, entri ini bukan kerana itu. Entri ini kerana ini. 


Terserempak dengan Pak Busu, minta tolong Pak Busu cakap dengan penulis buku Pedagogi Bahasa Tertindas, Zul Fikri Zamir mahu bergambar dan mengambil tanda-tangannya di buku. Kata saya, mahu dihadiahkan kepada cikgu Nafisah yang sedang sibuk membuat assignment di rumah. Zamir juga sedang sibuk dengan The Wakaf Project. Projek membuat perpustakaan kecil di rumah anak yatim. Kepada yang mahu menghulurkan sumbangan adalah amat-amat digalakkan. :)

Selepas makan malam di Kenny Rogers bersama Naziha, kami pulang ke rumah. Ketika sedang mengemas diri di tingkat atas, Naziha menjerit dari bawah sambil menunjukkan telefonnya. Taraa... 


Dari pandangan belakang ya. Hihi. Masuk dalam Instagram Dubook Press walaupun maklumat salah. Lawak ini tidak berakhir hari itu. Selang beberapa hari, Nafisah pula menghantar satu lagi gambar. 


Nampak tak macam cantik je kami dari pandangan belakang? Sampai dua kali masuk Insta orang. Hehe. :)
Love..

Friday, September 12, 2014

Jodoh

Antara rahsia dalam banyak rahsia Allah. Jodoh. Bukan setakat kita tidak tahu siapa jodoh kita, kita juga tidak tahu pengakhiran jodoh kita. Berkahwin bukanlah bermaksud itu jodoh kita selama-lamanya (Tetapi kita boleh berdoa supaya jodoh kita ini bukan sahaja di dunia, malah sehingga ke syurga). 
Saya mendoakan yang baik -baik sahaja untuk kakak kesayangan saya dan anak-anaknya. Terlalu banyak hikmah yang kami perlu cari untuk ujian dan kasih sayang ini. Semoga kami berjumpanya satu-persatu. Orang doakan kau tabah dan kuat Kak Mi. Semoga dipermudahkan Allah untuk semua urusan. 

Love..

Thursday, September 4, 2014

Tunangan Aminah

Melampau jugalah hapdate blog pasal tunang sepupu tetapi tidak adik sendiri. Tahu Aminah nanti, kecil hati. Katanya nanti 'Semua orang dah tak sayang Mina'. Haha. Adik saya yang sorang ni. Manja. Nampak sahaja tough. Dalam hati ada rama-rama tengah menari. 

Mari bercerita pasal pertunangan adik saya yang nak melangkah bendul jika saya masih tidak jumpa empunya tulang rusuk (ewww~~) saya sebelum bulan 3 tahun depan. Boleh fikir nak minta apa dari sekarang ni. Hehe. Majlis ini diadakan tanpa perancangan yang terang boleh saya kira. Majlis berjalan lancar. Sebelum nak bertunang, emosi cik tunang bercampur-gaul menyebabkan kami adik-beradik selalu bertekak. Hehe. Alhamdulillah. Selesai juga akhirnya. Aminah membuat sendiri hantarannya. Menggunakan bekas Achik dan Mak Ina dahulu. Recycle. Tetapi kena pandai buatlah. Kalau dapat kat tangan saya memang semua masuk kotak. Nak letak bunga-bunga ni memang tak retilah. 

Satu kisah mengenai bunga yang saya tidak lupa adalah ketika mahu membasuh bunga plastik hiasan di atas tv di rumah nenek Sa'abah sempena raya. Untuk gubahan yang pertama, saya cabut dari spannya. Kemudian, saya menghadapi masalah memasang semula mengikut rasa hati cantik. Tak cantik langsung. Untuk gubahan seterusnya, saya cuma merendam gubahan secara terbalik di dalam baldi tanpa mencabutnya dari span. Malas nak fikir macammana nak pasang balik. Hehe.

Kembali kepada cerita tunangan Mina, hantaran settle. Saya balik ke Klang malam Jumaat selepas waktu pejabat. Hantaran semua sudah siap kecuali buah-buahan belum dimasukkan ke dalam bakul. Esok baru nak buat. Nenek dah ada kat Klang. Daus menjemput nenek bersama sedikit peralatan untuk memasak esok hari. Balik kerja, macam tiada apa akan terjadi esok. Kak Mi siap bekerja lagi pada hari kejadian. Nisah datang mahu menolong, terkagum sebentar melihat kami seperti biasa sahaja. Seperti esok adalah hujung-hujung minggu yang biasa. Haha. Kelakar pun ada. 

Esok paginya, bermulalah kisah pengemasan dan acara masak-memasak. Seperti biasa, kenduri adalah masa yang sangat best untuk merapatkan sillaturrahim. Dah biasa membuat kenduri, semakin pakar. Saya mahu mengasah kembali kemahiran membantu di dapur, maka mengambil tanggungjawab di dapur. Nafisah dan Naziha mengemas hadapan. Tukar tikar, pasang karpet, lap kipas dan sama waktu dengannya. Pak Chim juga sempat menyapu sampah tu. Anak Mak Chah juga membantu di dapur. Apa yang penting? Kerjasama. Dibesarkan dalam keluarga besar dan selalu berkumpul adalah sangat seronok. Semoga bakal suami saya boleh masuk dengan ahli keluarga saya. Ehem. Hehe. Dah dapat dua orang pemalu dalam keluarga, saya nak yang tak malu pula. Haha. Tunang Aminah saya kurang pasti. Semoga dia masuklah dengan kami nanti. :)

Penat pula menaip di telefon ni. Masukkan gambar sahajalah. Selamat menjamu mata. 

Selamat bertunang Aminah. Akak doakan dipermudahkan sehingga ke jannah. Kawal sikit emosi tu. Nak jadi bini orang sudah. :p






Cantik tak Mina? Hihi. Tu tagline dia yer.

Kak Mi kerja. Daus tidur. Haha.

Bakal adik ipar. :)

Bersama hantaran dari air tangan sendiri. Tahniah. 

Kak Fiza menjadi juru andam. 

Terima kasih kepada semua keluarga yang bertungkus-lumus membantu kami. Juga  kepada yang memeriahkan majlis kali ini. InsyaAllah, kenduri ke kita bulan 3 nanti. :)

Love..

Kebahagiaan

                     

Sepupu saya selamat bertunang hari Rabu yang lepas. Fatimah merupakan anak ketiga dari empat orang adik-beradik. Anak kepada arwah Pak Ngah saya.

Kisah pertunangannya mudah. Selepas nenek sakit akibat terjatuh bulan puasa yang lepas dan Timah juga sedang mencari pekerjaan. Maka Timah menawarkan diri bekerja menjaga nenek di kampung. Dia bertawasul mahu mendapat jodoh dengan menjaga nenek. Maka, Allah bertindak mengikut sangkaan hambaNya. Tidak sampai dua bulan. Allah. 

Mendengar kisah-kisah sebegini sungguh mengujakan. Saya juga mengimpikan akan dipermudahkan urusan jodoh ini. Tak nak kenal lama-lama sangat. (Tapi pada masa yang sama, cuak juga kalau sekejap sangat. Hehe. Budak konfius). Tidak mengapa, serahkan semuanya kepada Yang Maha Esa. Bila sampai masanya Allah kata Jadilah, maka jadilah. Siapa kita untuk berkata benda itu cepat atau lambat? Saya mendoakan dipermudahkan urusan menuju perkahwinan kelak Timah.

Betapa cantiknya kebahagiaan, Allah tidak meletakkannya pada menjadi bujang, berkahwin, berkahwin lebih dari satu, berpisah dan sebagainya status yang ada di masa kini. Ia adalah bagaimana kita menikmati semua nikmat yang telah Allah berikan kepada kita. Terlalu banyak nikmat Allah, kepada saya. Keluarga, kesihatan, kematangan, sahabat, pekerjaan, ketenangan, kewangan, kasih sayang, kenderaan, dan terlalu banyak lagi. Sangat banyak. Alhamdulillah. Bagaimana mungkin saya boleh meminta diberi jika belum masanya untuk yang satu itu? 

Bila sampai masanya, Jadilah, maka jadilah.  

Saturday, August 2, 2014

Nikmat sihat sebelum sakit

Nenek Sa'abah selamat menjalani pembedahan menukar tulang pinggul beberapa hari sebelum raya akibat terjatuh ketika memasang langsir. Selepas didiagnos retak dan terpaksa melakukan pembedahan, nenek yang ketika itu dirujuk ke Hospital Besar Melaka terpaksa menunggu giliran dan masanya adalah selepas raya baru boleh menjalani pembedahan. Lama sangat untuk nenek menanggung rasa sakit itu. Setelah berbincang dengan Acik Oya dan Busu Bani, maka nenek bersetuju ke Hospital Pantai. Menggunakan simpanan Tabung Haji nenek (setelah Pak Lang menelefon Hospital Pantai untuk mengetahui anggaran kos. Tidak lari dari anggaran sebelumnya, kos semuanya hampir RM16k). Alhamdulillah, sehari selepas masuk ke Hospital Pantai Melaka, nenek terus menjalani pembedahan. Mujur ada Anisah anak Pak Lang yang sedang bercuti semester pulang ke kampung menjaga nenek. Selepas ini nenek perlu melatih kaki supaya dapat berjalan semula. Dengan bantuan bakal pakar fisio, hehe, InsyaAllah Allah permudahkan nenek boleh berjalan semula nanti. Nenek saya orang yang kuat dan tabah. Semoga nenek sayang saya ini cepat sembuh. :)

 Nenek selepas pembedahan. Tetamu yang datang silih-berganti.

 Malam terakhir Ramadhan saya dan Timah menemani nenek menggantikan Nisah. Gmabar ni masa pagi 29 Ramadhan dan tengah tunggu doktor nak bagi nenek raya kat rumah ke tidak. 

 Kami pulang ke kampung pada Sabtu pagi terus ke Hospital Pantai Melaka.

Fisio datang mengajar nenek teknik-teknik berjalan dengan betul untuk lebih cepat sembuh.

Menaiki ambulan untuk berpindah ke Hospital Pantai.

Satu lagi cerita sakit adalah ketika beraya di rumah kawan baik saya yang bakal berkahwin minggu depan (Along, orang doakan semoga bahagia sampai syurga), Habibah kami sempat berkongsi cerita adik perempuan (satu-satunya adik beradik sama ibu dan bapa) yang mengalami tortikolis (lebih kurang slipdisk tetapi di tulang tengkorak C5 & C6 yang terlari dari landasannya) menyebabkan kepalanya sentiasa senget ke sebelah kanan dan tidak dapat kembali ke posisi asal. Terpaksa menggunakan tangan untuk menolak kembali mukanya. Mendapat sakit ini akibat terjatuh dari bilik air dan tidak merasa sakit. Selepas hampir tiga bulan kemudian mula merasa simpton-simpton seperti tegang di bahagian bahu (dalam fikiranya mungkin stress akibat bekerja) dan yang paling menyedihkan adalah apabila sujud, bahagian yang menyentuh sejadah adalah pipi. Hampir tiga bulan juga kawan saya dan emaknya memujuk adik mereka, setiap hari mereka bergenang airmata. Pastinya masa itu sangat kritikal emosi keluarga ini. Allah. Alhamdulillah, adiknya semakin positif sekarang. Hidup bergantung dengan ubat dan sekarang membuat rawatan fisio di KL. Saya mendoakan ketabahan dan kekuatan untuk keluarga kawan baik saya ini. Umur adiknya baru 23 tahun. Jangan ingat umur menjamin kehidupan sihat kita. Gunakanlah segala kelebihan yang Allah berikan untuk membuat amal kebaikan dan mengutip pahala-pahala untuk mendapat rahmat Allah kelak. 

Semakin banyak kes fisio di sekeliling saya sekarang. Naziha, ilmu awak tidak kurang hebat. Banyak dapat tolong orang. Semoga menjadi ladang pahala kamu di akhirat kelak. Sedang bercerita mengenai adik kawan saya, ingatan saya teringat sepupu kesayangan saya Muhammad. Dia telah dua kali mengalami kemalangan jalanraya dan tiada sebarang kecederaan teruk yang dilihat. Saya telah menasihatinya untuk ke hospital supaya dapat membuat rawatan lanjut setelah mendengar cerita adik kawan saya ini. Semoga awak dengar Mad dan semoga awak selamat dari sebarang kecederaan dalaman. 

Bersama-sama mereka sepanjang cuti raya seminggu ini menginsafkan saya. Betapa saya tidak menggunakan nikmat sihat yang Allah berikan untuk saya melakukan yang lebih baik untuk diri sendiri. Saya perlu untuk mengurangkan kemalasan, mengurangkan merungut, sentiasa bersyukur, lebih bertanggungjawab terutamanya kepada ahli keluarga saya, membuat sesuatu pekerjaan dengan ikhlas dan sehabis baik dan banyak lagi yang perlu saya baiki untuk menjadi muslim yang lebih baik dari hari ke sehari. Doakan saya dan saya juga doakan kamu semua. Semoga kita tidak termasuk di dalam golongan yang Rasulullah s.a.w kata celaka di mana hari ini lebih buruk dari hari semalam. Semoga kita berusaha menjadi orang yang beruntung di mana hari ini adalah lebih baik dari semalam. :) 

Dikesempatan ini saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya. Maaf jika hasil tulisan saya ini menyinggung perasaan kamu. Tidaklah membawa maksud itu melainkan semuanya adalah kenangan kasih sayang dan pengajaran untuk diri saya. Semoga semua amal kita semasa bulan puasa diterima Allah. 

Love..