Sunday, November 10, 2013

Konvokesyen Kak Lin

Alhamdulillah segala puji hanya untukMu Ya Allah. Selamat sudah sepupu kesayangan saya menghabiskan Masternya. Saya tumpang gembira. Segala jerih-perihnya belajar, berviva dan membuat thesis akhirnya berbaloi. Wah!! Bila saya mahu menyambung pelajaran ini? Mak Ngah kata, graduan Master sahaja sudah melebihi seribu orang. Ijazah Sarjana Muda seperti saya lagilah bersepah-sepah. Hihi.

Bersama-sama adik saya yang bakal juga menghabiskan pelajaran masing-masing, saya meraikan kegembiraan Alin di UiTM Shah Alam. Semua jalan masuk ke UiTM diblock. Mujur saya merupakan alumni UiTM dan pernah duduk di kampus. Maka saya secara illegalnya memarkir di tempat pensyarah semata-mata mahu mengelak parkir yang jauh dan terpaksa menaiki bas UiTM. Berjalan kaki kami ke Dewan. Sangkaan saya di dewan besar UiTM tempat saya berkonvo lalu. Rupanya sudah bertukar dewan. Mujur kami belum sampai ke sana.    


Jalan-jalan cari dewan. 

Dewan Agung Tuanku Canselor. Dewan baru ni. 

Yeay!!! Dah konvo. 

Bersama bunga-bunga keluarga Othman. 

Tahniah Kak Lin. Kak Lin sangat.. Haha. ;p


Korang konvo lepas ni pula. :D

Satu-satu wakil hero sebelum terbang semula ke Mesir nanti. 

Nak pulang balik jubah hari ni, kena isi borang. Senang kerja. Tak payah datang balik untuk hantar jubah sahaja.

Tak tau nak kata apa. Haha. ;p

Sajak sangat sayang. Dah macam konvo awak yang konvo. 

Kami kemudian membuli penerima ijazah dengan menyuruh belanja makan tengahari. Haha. Tanpa segan silu, kami makan di Pak Li kopitiam di Seksyen 7. Berborak dengan saudara-mara memang best. Lama dah tak borak. Moment tu memang best. Terima kasih Kak Lin. 

Selepas makan, saya menemani adik saya ke Perpustakaan Raja Uda kerana Nafisah masih di dalam mood peperiksaan. Hari Khamis ini dia mempunyai kertas peperiksaan. Dia tengah study dan saya, hapdate blog. Masing-masing sibuk belajar ni. Apa yang saya buat? Haha. InsyaALLAH, masih belajar, cuma tidak formal sahaja. Belajar sampai ke liang lahad.    

Nak pergi study ni. Mood gembira habis. 



Malam ini ada kuliah Dr. Mohd Asri di KGPA. Jika berkelapangan, saya rajin mengikutinya. Tetapi, sudah petang dan saya masih di perpustakaan. Jadi, mungkin kali ini hanya melihat di Youtube sahaja. Haha. Alhamdulillah, saya rajin mengikuti kuliah-kuliah seperti itu. Dengan bantuan twitter, saya berkesempatan menghadiri majlis-majlis ilmu kerana sangat banyak majlis ilmu di kawasan lembah klang ini. Oleh kerana saya kurang bab-bab membaca (tetapi perlu ubah itu), saya lebih gemar mendengar.

Jumaat lalu, saya berkesempatan menghadiri satu program santai di kedai mamak Hakim di Seksyen 7. Panggilan kepada program ini adalah lepak maqasid. Saya tahu melalui twitter seorang Ustaz yang dikenalkan oleh Alin. Ustaz Wan Ji. Saya juga mengenali beliau sebagai seorang kolumnis laman web Projek Dialog yang saya pernah baca link oleh seorang aktivis Teach For The Need (TFTN). Itu juga saya follow di twitter. Kebaikan media sosial pada saya. Hehe. Saya berborak dengan seorang budak perempuan (Amalina-pelajar medic di UM) yang juga hadir ke kedai mamak itu, saya mendapat tahu program itu dianjurkan oleh Sekolah Pemikiran As-Syayatibi. 

Program sempoi ini memang baru untuk saya. Kami datang, seorang peguam membentangkan tajuknya dalam 20 minit dan kemudian sesi soal jawab. Boleh order roti canai, nan, teh tarik dan semua makanan yang disediakan oleh kedai tersebut. Tetapi, bayar sendiri-sendiri ya. Dan buat julung-julung kalinya, program ini saya lihat ramai penyertaan di kalangan orang lelaki. Memang saya dan Amalina sahaja perempuan pada mulanya sebelum datang lagi 4 orang perempuan. Yang lain semua lelaki. Kata Amalina, biasanya tidak ramai orang perempuan menyertai program ini. Melalui pengalaman saya menghadiri talk atau program yang berbayar, kebanyakannya dihadiri oleh wanita. Rupa-rupanya mereka lebih gemar ke program lepak-lepak seperti ini. Kira ok juga. Semakin banyak yang saya dengar, semakin banyak yang saya tidak tahu. Jangan pernah curiga pada kemampuan otak sendiri. Saya tak habis explore otak sendiri ni. Haha. 

Saya pernah mendengar, Jika Allah mengkehendaki kebaikan ke atas seseorang, Allah beri kefahaman tentang agama. Juga pernah mendengar yang ilmu itu seharusnya mendekatkan kita kepada Allah. Selamat belajar semua. Semoga kita semua tergolong di dalam golongan orang yang Allah mahukan kebaikan ke atas kita. Amin.    

Love..

Teater Kompilasi Namron

Saya berjaya untuk kali ketiganya menonton teater. Teater pertama adalah Siti di Alam Fantasi lakonan Amy Mastura. Mak Ina membawa saya ketika kecil. Tetapi saya tidak mengingatinya. Teater kedua adalah Lat the Musical. Teater percuma yang saya tonton kerana mendapat tajaan pejabat saya di atas penajaan syarikat saya ke atas teater tersebut. Bagi saya, teater adalah lebih susah kerana perlu dilakonkan secara langsung dan tidak ada cut or action back. Latihan pastinya sangat perlu! 

Sebab utama menonton teater ini adalah lokasi tayangan adalah sekangkang kera dari pejabat saya. Bertempat di Damansara Performing Art Centre (DPAC), teater yang diarahkan oleh Namron ini mencuri perhatian saya. Lakonan berkesan dari Sharifah Amani, Vanidah Imran, Aqasha (pandai berteater juga dia) dan yang paling terkesan pastinya Sofia Jane. Berbeza dengan teater Lat the Musical yang menggunakan banyak props, teater ini hanya pelakon sahaja bermonolog seorang di tengah bilik. Menarik saya kira. 

Peneman saya membuat kerja ini ialah Lyza dan Nad. Mereka tidak pernah menonton teater dan saya bawa mereka melihat teater yang agak 'berat' untuk saya. Tetapi mereka enjoy juga. Hehe. Nasiblah korang menjadi geng saya. 

Selepas habis tayangan, kami menunggu sebentar untuk bergambar bersama pelakon. Tetapi, tidak banyak sangat gambar yang kami ambil bersama. Tak suka sangat bergambar bersama artis-artis ni. Haha. Boleh percaya ke? Ramai orang juga. Jadi, mana yang sempat sahaja kami tangkap. 

Kecil sahaja Amani ni. Bawah bahu saya. Tapi, berlakon power sangat ni. Watak sebagai Indah. 

Kami juga tidak mengambil autograph mereka. Haha. 

Aqasha. Lain sangat nampak berlakon teater ni. Hebat juga mamat ni rupanya. Watak Laut.

Sofia Jane is superb!! Slot dia sahaja ada lebih kurang 40 minit. Sorang-sorang monolog kat tengah bilik tu. Dengan skrip laju dan sangat menghayati watak sebagai Bulan, isteri yang dicurangi suami.

Vanidah Imran sebagai lawyer yang berkaliber dan ingin membela Laut (Aqasha) tetapi berperang dengan profesionalisme dan individu sebagai seoang isteri. 

Tahniah kepada semua yang menjayakan teater ini. Namron sangat bagus dengan mengarah teater ini dan tahniah Rumah Anak Teater kerana berjaya menerbitkannya. Tanpa props yang banyak, emosi wataknya masih sampai. Cuma temanya sukar untuk saya faham sangat. Nampak tak tak berapa nak seni sangat saya?  Tetapi, sangat enjoy dan kadang-kadang sesak nafas juga. Huhu.   

Selepas itu kami bergambar di kawasan DPAC. Memang cantik. Nampak dari luar seperti bangunan yang tidak siap kerana masih terdapat renovation kedai lagi di sebelah-menyebelahnya. 

Ada teater Beng Hock juga.

Lihatlah dinding dan seni ini kata Nad. Aku tak faham apa-apa, kata Lyza. Hehe.


Art sangat ni.


Nad nak pergi pasar. ;p

Macam faham je kami kan? 

Antara deko di dalam DPAC

Semasa kami sampai hujan lebat. Mujur ada payung di dalam kereta Lyza. Dan menariknya ada tempat letak payung disediakan di DPAC. Jika tidak, basahlah Black Box tu kami bawa masuk payung. ><

Cak!! 

Antara deko di luar DPAC. Payung yang banyak tergantung di bumbung. Tunggu Mary Poppin je ni.

Nad suka gambar ni. Macam kat oversea sangat. 

Tenang. Di luar DPAC


Kami singgah di pejabat saya untuk solat Asar dan kemudiannya bergambar lagi di kawasan sekitar pejabat saya pula. Jangan tidak tahu, kawasan pejabat saya merupakan tempat pengambaran untuk post-wedding Lisa Surihani dan Yusry tau. So, mood feeling artis-artis sangat time bergambar tu. ;p Nampak tak kenapa kami tidak hairan sangat bergambar dengan artis-artis ini. Kami bergambar saja sudah macam mereka. Muahaha. Cuma tak ramai orang tengok sahaja. Nad memang suka menangkap dan mengedit gambar. Maka, Lyza dan saya adalah sangat suka ditangkap gambarnya. We are completed each other. Giteww.. Haha..

Lauk mak masak untuk pengantin baru, saya culik sikit. Kampung tak, bawa bekal pergi tengok teater? 

Hasil edit dari Nad. Susah nak dapat gambar ni. Dua hari lepas tu baru dia whatsapp kitorang.

Tak sangka cantik macam ini. Kami dah hari-hari lalu, dah rasa biasa je. Nad teruja habis kot. 

Buaian besar. Untuk dua orang tau.

Saya suka gambar ini. Berhadapan dengan gym saya. 

Kami menghantar Nad pulang ke Selayang. Malam baru pulang ke rumah. Mak dan keluarga saya meraikan Mak Ina dan Pakcik Ghani hari itu. Dari rumah kami, ke rumah Pak Busu dan seterusnya ke rumah Pak Chim. Saya tertinggal masa itu. Mana tahu Mak Ina mahu datang hujung minggu itu. Dah beli tiket semasa Mak Ina memberitahu mahu datang ke rumah. Saya sempat membantu emak di dapur sahaja dan harus terus ke Petaling Jaya selepas itu. Tidak sempat beramah-mesra bersama pengantin. Tidak mengapa, kita punya masa berkenalan yang sangat panjang selepas ini. :D

Love..

Wednesday, October 30, 2013

Perkahwinan Yang Menggembirakan

Saya mahu menulis panjang. Tetapi untuk kali ini, biarlah gambar ini berbicara dahulu. Terima kasih kepada Zack di atas gambar-gambar yang sangat menarik ini. Memang sangat bermakna.

Saya suka kenduri. Masak-masak. Tetapi ia adalah sangat penat. ><

Bawa datang dari Klang mesin potong tulang lembu. Terbaik. 

Apa yang penting? Kerjasama.. 


Nek Som ketua masak lauk. Sangat sedap kot.

Pakcik dan Achik Didi. Tokey ayam goreng berempah.

Rewang~~~

Semangat tak sebelum kenduri? Belum dapat uniform tajaan lagi masa ni.

Hasil jerit perih Mak Usu, Mina dan Kak Chik. Simple and sweet. :D

Model bunting tajaan Pak Chim. ;p

Atok Ali kesayangan. 

Dah tukar baju rewang. 

Bermula kenduri di halaman nenda.

Our hereos. Hebat di lapangan masing-masing. 

Saudara dunia akhirat. Adik Cik Lia juga menghadirkan diri dari Klang.

Sofea pembantu dan peneman nenek. 

Imam meminta izin pengantin perempuan. Haruslah kata setuju. ;p

Setuju Tok Imam. :)

Dugeun dugeun..

Kecuakkan. Ceh, macam ko yang nak kena akadnya. Haha.

Mekna dan Achik.

Encik Anuar saksi ke? 

Tanya pengantin lelaki pula. 

Sebak



Alhamdulillah. Semoga dirahmati Allah

Semoga sentiasa di bawah rahmat dan kasih sayang Allah

My besties. *Love*


Nenek terchenta. Tulang belakang kenduri.

Bersama emak mertua Mekna.

Imam dah selesai tugas. Makan time. Comel je Encik Anuar teman.

Adik beradik yang sempat dipanggil. Ramai sangat, tak sempat kumpul semua. 

Sayang sangat ni.

Bersama ahli keluarga Pakcik Ghani

Keluarga YPU 

Adik-beradik KAMY

Pengantin Baru. Semoga bahagia sampai ke syurga. 

Pengantin lama. Tetapi masih macam baru. 

Bakal pengantin. Haha. ;p

Keluarga saya yang terchenta. 

Love you all till jannah. 

Keluarga Mak Ngah. Amir dan Aiman, kami merindui kamu. 

Bak kata Arep, Pelayan kami semasa cuti sekolah selepas dihantar ke kampung. Terima kasih Mekna, Achik dan Pak Busu. 

Keluarga Pak Chim pun dah ramai. Tak cukup korum ni. Hehe.

Ok. Adik-beradik dah cukup. :D

Pakaian ditaja oleh Hussin and Co. 

Tulang belakang pemungut pinggan, pembasuh cawan dan pengemas meja. Kamu semua hebat!

Anak buah saya yang comel.

Yang ni pun comel juga.

Kawan baik kawan baik saya dan kini menjadi kawan baik saya. Sangat-sangat membantu memake-upkan Mekna dan pengapitnya. Hehe.


Mood berkahwin masih tidak habis. Ok, berhenti setakat ini dahulu. Kawan baik saya dan makcik saya (kawan baik juga) sudah selamat diijabkabul. Saya mahu menulis panjang, tetapi untuk sementara, sila bergembira dengan gambar dahulu ya.

Buat Mak Ina dan Pakcik Ghani, "Selamat Pengantin Baru dan Selamat Bercinta Sampai ke Syurga"

Love..