Thursday, September 12, 2013

Lagi Kisah Raya 2013. :D

Selain daripada menggosok baju raya untuk seisi keluarga, mengemas baju untuk dipakai pada hari pertama, kedua dan seterusnya dan mengemas baju yang perlu dibawa ketika proses pemindahan tempat tidur dari rumah nenek Sa’abah ke rumah nenek Rammelah, kerja-kerja yang perlu dilakukan secara bergilir-gilir di kampung ketika hari raya adalah membasuh baju. Oleh kerana ahli keluarga saya ramai, maka setiap hari perlu membasuh baju. Jika tidak. Pergh, memang tidak dapat bayangkan berapa banyak baju untuk pusingan seterusnya.

Yang gembiranya di kampung saya ada mesin basuh fully-auto.Sangat membantu :D. Jika di rumah nenek Sa’abah memang nenek memilikinya, tetapi di rumah nenek Rammelah hanya ada semi-auto. Tidak mengapa, kerana ada di rumah Mak Chah. Adik emak saya yang tinggal di belakang rumah nenek saya. Memang bagus, banyak pahala Mak Chah ini. Setiap kali pulang ke kampung, memang tidak muat di rumah nenek sahaja. Maka, rumah Mak Chah akan menjadi pilihan sepupu-sepupu saya yang bujang berkampung untuk mandi, menonton tv dan berinternet. Kadang-kadang sehingga makan juga Mak Chah sediakan. Pilihan untuk anak dara mengelat buat kerja pun iya juga. Haha. Korang memang tak aci. Dulu akak baya-baya korang dah masuk dapur tau. -,-

Malam raya kedua tu, saya membasuh baju di rumah Mak Chah. Mood rajin dah datang. Dengan rela hati saja membasuh baju. Kalau mood malas, memang mahu buat macam-macam permainan nak menentukan siapa yang kena basuh. Tetapi sekarang, adik-adik saya semakin rajin dan dah pandai bertolak-ansur. Jika saya membuat yang ini, saya dibenarkan untuk mengelat membuat kerja yang lain. Sama juga seperti mereka. Apa yang penting? Kerjasama. Pandai. Tepuk bahu sendiri. Sementara menunggu baju selesai di basuh mesin, saya melepak di bilik Mariam. Biasanya bilik ini penuh dengan anak-anak dara sahaja. Tetapi memandangkan Mak Chah (Anak dara - Masyitoh dan Mariam) beraya di Kedah dan Pak Chim di Pahang (Anak dara - Sarah), maka bilik mereka kosong. Apa yang ada di bilik anak dara? Cuba teka. Benda yang Rahman tidak suka. Novel cinta melayu yang berlambak. Ada sealmari kecil. Saya dulu selalu (sampai sekarang juga. Hehe.) dimarahi Alin jika membaca novel melayu.  Memang tak membina sebenarnya. Cerita melayu seperti boleh diteka jalan ceritanya. Watak lelaki mestilah hensem dan kaya gila. Watak heroin pula adalah orang kampung tapi masih cun dan pandai serba-serbi. Tak realistik. :p Kemudian terpaksa kahwin kontrak. Lepas tu jatuh cinta masing-masing. Sebelum tu mesti nak sorok perasaan sebab takut pasangan tak terima. Susah benar nak berterus-terang. Menyampah. Saja nak bagi tebal buku nak baca. Haha. Siap ada rumusan, tetapi kau juga yang baca novel tu berulang-ulang kali kan? *facepalm*.

Maka, malam tu untuk kesekian kalinya mengulang cerita Hlovate aA + bB. Naziha yang memperkenalkan saya dengan penulis ini. Penulis ini merahsiakan maklumat dirinya sekali dengan jantina. Sehingga kini, pembaca-pembaca bukunya masih berteka-teki apakah jantinanya. Saya merasakan seperti perempuan. Naziha merasakan seperti lelaki. Nafisah dengan semangat berjayanya mengatakan dengan konfiden bahawa lelaki. Kata Naziha, Hlovate tidak mahu kehidupannya diganggu. Nanti dia tidak boleh makan nasi beralas daun pisang di KLIA lagi jika dirinya telah dikenali umum. Nampak tak rendah hati di situ? Saya doakan kejayaan beliau dunia dan akhirat. Bukunya memang memberi inspirasi. Sangat banyak ilmu saudara/i ini kerana watak-watak dalam ceritanya berbeza-beza profesion. Ketika dia menceritakan mengenai pekerjaan itu sangat detail. Kagum. Sebelum nak menulis, haruslah dia membuat banyak rujukan. Sangat banyak.  

Tiada dalam koleksi Naziha. Entah siapa pinjam katanya. 

Baca punya baca, sudah pukul 2 pagi. Saya meninjau ke rumah nenek saya sudah gelap. Maka, saya tidur di rumah Mak Chah sahaja malam itu. Keesokan paginya, selepas subuh di bilik saya mahu pulang ke rumah nenek. Semasa melalui ruang tamu rumah Mak Chah, Pak Amjah sedang bertazkirah bersama Hafis dan Sobri. Teringat saya di zaman kami kecil-kecil dahulu. Pak Amjah akan mengejut kami subuh dan kemudian memberikan sedikit tazkirah. Biasanya saya dah lari menyambung tidur di tempat lain. Hehe. Kecil lagi masa itu, mana nak dengar ilmu ni. Sekarang dah rajin tau cari majlis ilmu. Semoga ia kekal. Saya hanya sempat mendengar Pak Amjah bercerita mengenai syaitan sebelum keluar dari rumah Mak Chah. Jika mengikuti mengenai ajaran Global Ikhwan, kami mencurigai akidahnya. Tetapi, jika dilihat dari segi pengamalan Islam, memang kita kalah. Mana ayah saya buat tazkirah pagi-pagi lepas subuh tu. Hehe. Benarlah kata Saidina Ali r.a, ‘Kebatilan yang tersusun mampu mengalahkan kebenaran yang tidak tersusun.’

Saya mendoakan semoga Allah memberikan petunjuk, taufik dan hidayah untuk Pak Amjah sekeluarga dan semua yang terlibat dengan ajaran-ajaran yang tidak berlandaskan Al-Quran dan Sunnah Rasulullah s.a.w. Semoga kita semua sentiasa di bawah rahmat dan kasih sayang Allah di dunia dan yang pastinya di akhirat. 


Love..

Hari Raya Kedua

Sebelum keluar beraya pada hari kedua, kami sempat bergambar di halaman rumah nenek. Kali ini yang menariknya Pak Amjah kami turut beraya bersama kami. Setelah hampir dua tahun di Madinah bersama Global Ikhwan di sana, kini dia kembali beraya bersama-sama kami. Alhamdulillah. 

Walaupun tidak ramai adik beradik emak saya beraya di Jasin namun keluarga yang ada sudah semakin membesar rupanya.Walaupun hanya sebahagian, sudah seramai di bawah.  

Keluarga Pak Long, Mak Ngah, Mak, Pak Amjah dan Mak Ina sahaja beraya awal di kampung tahun ini.

Tanpa keluarga Mak Chah, Pak Chim, Achik dan Pak Busu.

Ahli baru tahun ini adalah Shikin, isteri Arif. Keluarga Pak Long juga sudah membesar ya sekarang. Nak lawan ayah lettew. Hehe..

Mak Ina, tahun depan di mana ya? ;p

Izzul dan Aiman tiada beraya di Malaysia tahun ini. Amir juga bakal menyusul. Semoga kalian berjaya. :)


Keluarga asas saya. Kakak saya di rumah Nenek Sa'abah. Yang bujang-bujang sahaja beraya bersama mak dan ayah. Tahun depan tidak pasti. Haha. 

Beraya di rumah Tok Ngah di Melaka. Pada mulanya keluarga saya beraya bersama keluarga sebelah ayah baru pulang dari beraya di rumah Pok Teh di Melaka, langsung singgah ke rumah Tok Ngah. Terjumpa keluarga sebelah emak di sini. Dasar saudara seMelaka. Hehe.

Baju yang sempat dibeli di Jalan TAR sebelum balik beraya di kampung. Lepas ini memang jadi baju kerja sahajalah. Jarang beli baju. Jadi, baju raya adalah baju kerja kemudiannya. 

Masih penuh jadual beraya pada hari kedua. Ayah saya mengikut sahaja kali ini. Dah ada driver. Biasanya tidak serajin ini ayah saya melayan kami beraya. Oh, dan ayah sudah pandai menggunakan GPS. Terima kasih smartphone Daus. Mahu ke rumah Pok Teh, entah jalan ladang getah mana yang kami masuk. Kami fikirkan ayah tahu jalan lain hendak ke sana. Rupa-rupanya guna GPS. Memang lama-lama hilanglah skill ayah nak lukis peta ni. Biasa minta jalan nak pergi mana-mana mesti tanya ayah sahaja. Ayah akan tolong lukiskan. Rasanya sekarang ayah dah boleh kata, "Guna GPS je. Senang." Saya dapat bayangkan ayah akan berkata begitu. Haha. 

Love.

Tuesday, September 3, 2013

Bro, Nampak Petrol Gua?

Sudah melepasi jam 12.00 tengah malam. Maka, hari ini secara rasminya minyak RON95 di Malaysia menaik sebanyak RM0.20 menjadikan harganya RM2.10 seliter.

Kata Perdana Menteri kesayangan kita, tujuan kenaikan harga adalah untuk pengukuhan ekonomi. "Kita mesti faham, ini bukan soal politik, tapi soal masa depan negara, jika ekonomi terjejas ia akan mendatangkan kesan buruk kepada rakyat." Datuk Seri Najib Tun Razak - Kredit 

Tidak pasti sama ada kenaikan harga minyak kali ini masih tidak mendatangkan kesan buruk kepada rakyat Malaysia atau tidak dengan kenyataan itu. Mungkin jika tidak naik, akan bertambah buruk ekonomi Malaysia. Bagi saya sudah cukup buruk kesan kenaikan harga minyak ini. Saya mahu membeli roti di Petronas dalam perjalan pulang dari tempat kerja, tetapi hampir semua stesen minyak penuh dengan kenderaan sedang beratur mahu membeli minyak sebelum kenaikan harga. 

Perasaan saya seperti diragut. Saya pernah melihat seorang pakcik tua mengisi minyak motornya dengan cuma RM1. Dapat saya rasakan kesusahan pakcik itu sehingga terpaksa mengisi seringgit sahaja. Jika sekarang, pastinya lagi kurang perjalanan yang dapat digunakan dengan minyak RM1 itu. Doa saya semoga Allah mempermudahkan hidup pakcik itu.  

Menjadi pemimpin ini sebenarnya amanah. Kita adalah pemimpin diri kita sendiri. Maknanya kita adalah pemegang amanah ke atas badan kita sendiri. Kelak, kita akan dipersoalkan apakah yang telah kita lakukan dengan amanah yang telah Allah berikan kepada kita. Jika baik, maka bergembiralah dengan pahala yang Allah ganjarkan kepada kita kelak. Jika sebaliknya, maka dosa yang kita akan hadapi dan azab Allah sangatlah berat. 

Seperti juga pemimpin. Amanahnya dalam kapasiti yang lebih besar. Boleh menjadi ladang pahala juga boleh menjadi ladang dosa. Saya melihat kepimpinan Tan Sri Khalid Ibrahim di Selangor. Oleh kerana pengurusan yang baik, menyebabkan rakyat dapat menikmati keuntungan Selangor bersama. 20m3 air percuma untuk rakyat Selangor yang selama ini tidak dapat merasa semasa zaman kerajaan sebelumnya. Menunjukkan jika diuruskan ekonomi maka ramai orang mendapat hasilnya. Cuba bayangkan pahala yang berjaya diperolehi oleh Tan Sri Khalid akibat pengurusan beliau. Beratus-ratus ribu pengguna air di Selangor mendapat air percuma setiap bulan, setiap tahun. Allah. Pahala berganda-ganda. Semoga Allah merahmati hidup beliau. 

Saya tidak pasti pengurusan Petronas dalam hal minyak ini. Jika amanah ini dilaksanakan dengan sehabis baik, tetapi masih tidak dapat membantu orang ramai tidak mengapa. Sekurang-kurangnya kamu tidak menganiaya orang. Cuma, pahala tidak banyak seperti penggunaan air tadi. Tetapi, jika kamu tidak menjalankan amanah dengan sewajarnya, malah kamu menyusahkan orang ramai dengan ketidakcekapan kamu menguruskan amanah itu, maka sama seperti pahala yang banyak tadi, dosa kamu juga banyak. Beratus-ratus ribu orang menderita akibat perbuatan kamu. Jika kamu 'di sini' bermain dengan kata-kata ekonomi dan sebagainya, ingatlah bahawa 'di sana' kelak kamu tidak akan terlepas. Allah Maha Adil. 

Semoga Allah merahmati pemimpin-pemimpin di Malaysia dan memberikan kami rakyat marhaen ini kekuatan untuk berhadapan dengan semua akibat dan kesan daripada pemimpin yang telah dipilih. Doa saya juga dimurahkan rezeki dan diberkati rezeki-rezeki kami. Antara amalan yang boleh membawa kepada kemurahan rezeki adalah Solat Dhuha. Selain itu, solat tersebut juga merupakan antara sunnah terbesar Rasulullah s.a.w. Mari kita pertajamkan solat kita.  

Love..

Kisah Raya Bersama Adik-adik

Tinggal kami berempat anak perempuan ayah yang belum berkahwin pada raya tahun ini. Tahun depan kita tidak pasti. Hehe. Saya bersyukur dengan nikmat adik-beradik yang bermacam-macam perangai dan bermacam ragam nak melayan tabiat dan perasaan masing-masing. Eceh, macam diorang semua senang nak melayan perangai kamu Nadiah? Hehe. *tutup-muka-dengan-tangan*

Jarak kami yang tidak jauh merapatkan hubungan saya dan adik-adik saya ini. Saya melayan mereka seperti kawan-kawan saya. Walaupun saya merupakan kakak yang paling garang dahulu dengan mereka, rasanya semua adik saya ini mempunyai sejarah mereka dengan saya.

Naziha - Kata-kata saya telah menyebabkan Naziha bersekolah di Melaka. Sampai sekarang dia masih mengingatnya. Sebab dia tidak suka pada mulanya. Tak sangka dahulu lagi, mereka sudah mendengar kata-kata saya. Sekarang dah besar tak dengar pula. Ceh.

Nafisah - Saya telah membuang botol susunya di Sungai Klang di belakang rumah semasa kami tinggal setinggan dahulu. Saya tak ingat. Kenapa akak buang botol awak sayang? Nafisah yang menceritakannya kepada saya. Iyalah, dah nakal mana nak ingatkan?
  
Aminah - Saya pernah menggunting rambutnya yang diikat tocang dua kerana tidak mahu membasuh pinggan. Menggunting tidak mengapa lagi, tetapi yang sadisnya adalah menggunting sebelah sahaja. Haha. Dia sendiri yang menggunting lagi sebelah. Sadis tak sadis saya dahulu? 

Sekarang tidak lagi. Saya sudah menjadi kakak kesayangan mereka. *tangan-letak-kat-bahu-mata-pandang-atas*. Haha.


Dari kiri : Aminah, Nafisah, Naziha dan saya. (Kenapa siap nak caption nama bagai? Hihi.)

Boleh jadi kami sangat rapat satu hari, dan boleh jadi kami akan jadi tidak pada masa akan datang kerana masing-masing mempunyai komitmen dan tanggungjawab yang lain, maka masa-masa bersama mereka amat saya hargai. Saya amat rapat dengan Aminah dahulu kerana sebilik dan Aminah tinggal lama di rumah menyebabkan saya akan berjumpa dengannya pada hujung minggu. Tetapi semenjak dia bekerja di Nilai dan sedang dalam proses mengenal hati budi seseorang menyebabkan kami jarang berborak seperti dahulu. Tidak pasti samada saya cemburu atau apa yang menyebabkan kami kurang berborak mengenai lelaki itu. Saya tidak rasa saya cemburu. Haha. Entah. Harap ia adalah bukan. Saya mahukan yang terbaik untuk Aminah sahaja dan bagi saya dia masih boleh mencari yang lebih baik. Dia masih muda. Banyak lagi benda yang boleh diexplore dan perancangan amatlah kritikal untuk mendirikan rumah tangga masa-masa kenaikan harga minyak kali ini. Semoga Aminah berjaya mendapat apa yang dihajati.   

Nafisah sedang menjalani praktikalnya di sebuah sekolah rendah di Kajang. Ketika berjumpa, dia akan menceritakan kerjayanya sebagai guru dengan sangat teruja. Semoga menjadi cikgu yang berjaya dan komited sayang. Banyak pahala yang awak dapat kumpul dengan ilmu yang diberi. Sabda Rasulullah s.a.w, "Terputus semua amal anak Adam ketika meninggal dunia kecuali tiga perkata. Antaranya, ilmu yang bermanfaat." Pahala untuk kamu sentiasa mengalir sayang, walaupun kamu sudah tiada nanti. Akak cemburu.

Naziha masih menuntut di Puncak Alam dalam bidang fisioterapi. Teringat kata-katanya selepas SPM yang tidak mahu mengambil jurusan sains kerana tidak begitu bagus keputusannya untuk subjek sains. Tetapi, Allah menentukan jalan kamu untuk membantu orang yang memerlukan. Menjadi pakar fisioterapi adalah satu mujahadah bagi kamu. Akak nampak. Akak doakan kamu diberi kekuatan dan semoga Allah sentiasa membantu kamu dalam perjalanan pembelajaran dan kehidupan kamu nanti sayang. 

Pertama kali berbaju kurung moden. Biasanya tak dapat saiz untuk semua orang. 


Entah mana kamera ayah, raya kali ini bergambar bersama ipod sahaja.


Melompat. Tak jadi sangat kata Kak Cik. Mari kita tangkap dekat tangga.

Semua pun lompat kat tempat masing-masing. Kak Cik sorang lompat ke bawah. Haha. Oh, begitu yer cara nak nampak melompat? Baru faham. Mula-mula tak faham. Kan dah terpotong muka awak separuh. 

Raya kedua di tangga. :)

Gediks sangat. 

Aminah yang memandu. Siapa akak kat sini? 

On the way to Pahang. Dengan Fikri. Kereta saya ada Along dan Makcik Pipah.


Saya mendoakan kejayaan dan kebahagian dunia dan akhirat buat adik-adik saya yang tercomel ini. Semoga Allah sentiasa melindungi adik-adik saya di dalam semua lapangan mereka. Sarangheyo.  

Love..

Friday, August 30, 2013

Hari Raya Pertama 2013

Hari pertama raya akan berada di rumah nenek Sa'abah. Kami mulakan pagi dengan sarapan ketupat dan rendang. Kali ini ada lauk special iaitu perut masak lemak. Suka. Suka. Selepas bersarapan masing-masing mencari bilik air untuk bersiap ke masjid. Biasanya siapa yang tidak dapat ke masjid akan ditugaskan mengemas rumah dan megisi kuih ke dalam bekas untuk tetamu nanti. Saya dapat ke masjid. Bersama my baby dan pengantin baru. Hehe. Ani dan Taqi beraya di kampung kami tahun ini. Pertama kali dia sampai ke sini semenjak berkahwin dengan Ani bulan 6 yang lepas.

Lepas solat sunat hari raya, biasanya nenek akan ke kubur. Tetapi tidak tahun ini. Saya juga tidak sempat melawat kubur tahun ini kerana sibuk beraya. Memang mahu menyinggah sebelum pulang ke Klang, tetapi tidak sempat. Balik masjid, kami makan lagi. Berapa kali sudah mengulang makan. Biasanya, anak-anak ayah saya akan bersiap masa ini. Pernah sekali, kami teringin memakai selendang untuk raya. Baru pertama kali mahu pakai semasa raya terus. Makanya, lama gila masa diambil untuk bersiap. Ayah saya yang dari makan dah sudah makan, solat dhuha juga sudah, anak-anak dia masih membelit selendang lagi. Hehe. Tapi, sekarang sudah pakar sikit. Tak ambil masa yang lama pun. Setelah bersiap, bersalaman bersama saudara-mara yang ada.

Perjalanan beraya dimulakan. Kali ini, agenda utama memperkenalkan menantu Mak Lang. Mak, sabar yer. InsyaAllah tahun hadapan. Haha. Kami mulakan dengan rumah Mak Tam sebelah. Kemudian Tok Hashim, rumah ayah mentua Achik Oya, rumah Nek Ngah, rumah Nek Siah dan Nek Cik. Enam rumah sahaja kami beraya kali ini. Semakin tahun semakin kurang. Jika tiada orang tua di situ, maka ayah akan skip. Hehe. Apa yang menarik adalah kami berjalan. Rupa-rupanya menarik juga berjalan-jalan ini. Selama ini rasa biasa sahaja. Setiap tahun pun begitu. Tetapi, Taqi tidak pernah jalan kaki beraya. Biasa jika mahu ke rumah saudara, mesti menaiki kenderaan. Bak kata sepupu saya yang tinggal berdekatan dengan rumah saya di Klang. Takkan mahu ke rumah saya berjalan kaki, motor ada kan?

Rumah pertama. Jiran sebelah rumah. Mak Tam.

Afiq punya cermin mata kira macam props untuk bergambar untuk tahun ini. 

Bukan tujuan meletakkan gambar Nisah yer, tetapi untuk mengambil gambar Mak Tam di belakang itu ya. Harap maklum. 

Di rumah Wo. Rumah mak mertua Acik Oya. Acik lagi untunglah dari ayah. Rumah mak mertua sekangkang kera je. 



Dah selesai rumah Wo.

Next pit stop.

Cucu-cucu nenek Sa'abah. Korang dah besar.

Meneruskan perjalanan. Nisah, dah macam YB. Yang Berjalan. 

Sempat bergambar dengan bekas bus stand. Kenapa bekas? Sekarang sudah tiada lagi bas melalui jalan ini (Selandar ke Jasin). 

Budak yang sentiasa berkerut sahaja. Kami jumpa semasa solat di masjid. Alih-alih saudara rupanya. Hehe. 

Belakang rumah Nek Siah. Nek apa yer? Lupa pula. Haha. 

Nek, doakan orang. :D

Fahmi. Berlakon je tu. Hihi. ;p

Sebelum ke rumah nenek Rammelah. :D

Setelah habis beraya di sebelah ayah, tengaharinya kami ke rumah sebelah emak pula. Untungnya kampung berdekatan. Tidak perlu bergaduh-gaduh ya. Tahun ni tahun pertama kereta saya digunakan untuk raya. Kegembiraan untuk mak dan ayah. Firdaus memandu kereta saya bersama ayah, emak dan adik. Kami yang ladies ni naik kereta Aminah. Geng bergosip kata ayah saya. Menarik.  


K.E.S.A.Y.A.N.G.A.N.  S.A.Y.A

Di rumah Nenek Rammelah hanya ada Mak Ina. Yang lain semua sudah keluar beraya. Selepas bersalam, makan dulu (makan lagi.. wee~~). Lepas itu baru keluar beraya kembali selepas solat Zuhur. Kami ke rumah Tok Long Baharom, tetapi tiada di rumah. Kemudian ke Taman Bahagia rumah Nek Busu Jenab. Juga tiada di rumah. Ayah kata singgahlah, lepas ini memang dah tak singgah lagi dah. Kira macam, dah datanglah walaupun tak jumpa saudara. 

Borak-borak sesama kami sahaja. Nek Busu tiada. Anaknya pula penyegan. Hehe. 

Selepas itu, kami ke rumah Nek Jah. Tempat biasa mengambil gambar di Melaka adalah di tangga. Tiada tangga di rumah lain. Sekarang juga sudah kurang tangga di Melaka. 

Ada Mina. Tiada saya.

Ada saya. Tiada Mina.

One happy family. 

Kami singgah di rumah Nek Busu Lijah di Kesang Jaya sebelum menutup hari raya pada hari itu. Mari pulang ke rumah. Malam ini, tidur di rumah nenek Rammelah. Semalam sudah tidur di rumah nenek Sa'abah. Sehabis adil ayah saya membahagikan waktunya. Tetapi seperti kelam-kabut sedikit raya kali ini. Walaupun tidur di rumah nenek Rammelah, tetapi kami ke rumah nenek Sa'abah juga malam itu kerana abang ipar saya terajin pula. Dia merancang bersama pakcik Isa dan Fahmi untuk membuat BBQ. Abang Hairol ini, geng dia dah ada. Semangat naiklah. Sebelah emak saya kurang lelaki, kami ramai perempuan. Maka, Abang Hairol lebih suka duduk di sini. Haha. Memilih Abang Hairol ini, 

Gazebo Acik yang best ini. Memang bermanfaat. 

Nenek dan cucu barunya. Saya tidak jeles. Haha.

Adik ayah. Pak Lang dan Pok Teh. 

Makanan sangat banyak. Dari pagi ke petang ke malam aktiviti memakan sahaja. Rosak puasa sebulan. Hehe.

Orang kuat di sebalik BBQ malam itu. Kak Cik terkecuali yer. Hihi.

Selesai hari pertama. Bersambung esok. 

Love..