Monday, November 11, 2024

Kehidupan yang Penuh

Segala puji hanya untuk Allah, Tuhan Yang Maha Pengasih lagi Penyayang. Membenarkan aku melalui kehidupan dengan tenang. Terlalu banyak benda terjadi di Sydney. Tetapi, dua minggu ini aku kesibukan mengadap forecast. Sementelah Evan cuti, maka Dan seorang yang perlu membuatnya. Bulan lepas, Dan cuti sebulan dan dia tidak membuat forecast. Walaupun dia telah memesan aku mengupdatenya ketika menerima CJI3, Evan menyuruhnya tidak perlu berfikir mengenainya. Evan mengupdatenya sendiri.

Lain pula bila Evan bercuti paternity leave, Dan masih memerlukan khidmatnya untuk membuat forecast. Betapa capablenya Evan. Aku suka bekerja bersama orang begini. Untuk aku sampai ke tahap ini? 

Layla dan Mira seorang yang itqan juga. Layla selalu memikirkan pekerjaannya dan berusaha untuk menyelesaikannya. Mira pula, beberapa kali mengadu selepas engineernya meletakkan jawatan, engineer barunya itu membuat kerja seperti acuh dan tidak. 

Banyak benda aku belajar dari dua orang ini. 
a) Dah boleh kata tidak - tak perlu fikir apa perasaan orang tu. Kau yang kena jaga diri sendiri
b) Tidak perlu semua masa bercakap - dah umur-umur macam, kau selisih dengan orang dalam pantri pun malas nak tegur.
c) Tidak perlu bercerita semua pasal kau dekat orang - masih sedang berusaha yang ini. Tetapi, mari kita
d) Layla pandai masak - Ni malas nak belajar. Haha

Aku ni malas nak tambah kawan-kawan dah umur camni. Nak maintain yang sedia ada je. Tapi ye ar, jangan sombong bak kata Deekay. Kau tu jauh. Nak minta tolong senang. Seperti meminta tolong Mira untuk bawakan Kak Fareen dan emaknya ke rumah 88 dari Station Parramatta sebab aku busy meeting forecast dekat Rosehill. 

Kemas untuk menerima tetamu

Mira yang tolong pass kunci

Pergi tengok konsert Coldplay malam tu



Love..

Tuesday, November 5, 2024

Melawat Gereja

Sebenarnya, saya sudah menulisnya di instagram, tetapi apabila menceritakan kepada ayah, ayah pesan, benda-benda macam ni jangan tunjuk-tunjuk. Jadi, kita masukkan dalam blog sebab saya sahaja yang akan membaca di sini. Hehe. 

Masa tu Ain cerita ada engineer dia ajak datang majlis kahwin dia dekat gereja. Aku pun kata "Menariknya. Teringin nak masuk gereja." Layla menyampuk, "Pelik-pelik je awak ni." Mira pun "Kau ni dah kenapa?" Haha. Dulu aku pernah masuk gereja masa cuti dekat UK, tapi takde orang. Ni nak tengok gereja yang ada orang lagi. Lain mungkin perasaannya saya fikir. 

On the way nak pergi sambut birthday Mira dengan berkaraoke di bandar, Layla bagitau ada church besar dekat depan taman yang kitorang nak pergi ni. "Jom." Laju aku ajak. Pergi tengok je dari depan pun dah okay. Sekali tengok ada orang keluar masuk dekat pintu utama dia. Mula-mula fikir ada orang kahwin kot, tapi diorang pakai baju biasa je. Takdelah berhias apa-apa. Lepas tangkap beberapa gambar kat depan tu, kitorang pergi depan pintu. Mira kata, "Boleh je kot masuk. Macam orang tengok masjid kita." Aku pun apa lagi. "Jom."

Layla tak masuk, dia masuk pintu, pastu nampak macam fountain air holy water, dia keluar. Haha. Aku dengan Mira siap berjalan sampai ke depan. Kitorang jalan kat tepi benches tu. Bukan dekat tengah-tengah. Melampau kalau jalan tengah-tengah. Dalam pada nak sampai ke depan tu, nampak father dia ada kat depan tepi bangunan tu. Kitorang jalan je, pastu nampak kat screen diorang ada mass, kira macam ceramah lagi lima minit. Patutlah ada orang dah mula masuk dan duduk. Aku pesan dekat Mira, mengucap untuk memperbaharui syahadah kita sebab tengok tuhan agama lain. Mira terus rasa lain macam, dia ajak keluar. Lagipun mass tu nak start lagi lima minit. Takkan nak tunggu dengar ye dak? 

Bila aku cerita dekat ayah aku, mula ayah aku kata, kalau takde sebab apa-apa, tak digalakkan masuk. Lainlah kalau ada wedding ke, nak belajar ke. Tapi, ayah okay je aku dah masuk. Dia tanya, takde orang buat apa-apa ke kat aku? Bila aku cakap, orang lain ada je keluar masuk ayah. Tak duduk kat benches tu. Iyelah, diorang tu rupa sama je. Mana nak beza. Awak tu pakai tudung. Haha. Aku pun terlupa sebab tak rasa takut pun bila masuk dalam tu. Takde pun orang pandang aku slack atau macam nak threaten aku. Aku lebih excited tengok interior dalam tu dan tengok orang masuk dan duduk. Bila aku kata, diorang ada ceramah, ayah siap tanya, "Tak tunggu nak dengar apa diorang ceramah?" Haha. Dahlah tu ayah, iman anakmu ni tak kuat mana. Haha. Redho je ayah anak dia sorang ni buat benda pelik-pelik. 

Masa cerita dengan ayah, aku dah post cerita ni dekat insta. Pastu aku kata dengan ayah aku. Dia nasihat tak payah ar sebab benda-benda ni tak payah tunjuk sangat. Post kat blog takpe, tak ramai orang baca. Hehe. Jadi, aku turunkan post tu dan naikkan dekat blog. 

Lepas tu, kitorang pergi karaoke untuk celebrate birthday Mira 30/10 nanti. Ada lagu Melayu. Siap kitorang nyanyi lagu Intifada lagi yer. Layla dok komen tempo aku lari. Lambat. Haha. Aku teringat Mohd pun selalu komen tempo aku lari. Tapi, peduli. Sebab tu QS dan bukan penyanyi. Tapi, kalau nyanyi ikut tempo, sedap kot orang lain dengar. 











P/S : Aku dah taip dari minggu lepas, tapi takleh masukkan gambar. Stress say. Tak pandai IT betul. 😅😅

Love..

Thursday, October 24, 2024

GISB dan nikmat memilih

Bulan lepas negara Malaysia digemparkan dengan berita penangkapan orang atasan Global Ikhwan dalam Ops Global. Banyak benda-benda yang tak sedap didengar dan dibaca keluar. Global Ikhwan ni taklah benda baru untuk keluarga kitorang. Pak Amjah merupakan salah satu Ahli Lembaga Pengarah juga. Dah lama join dari zaman Al-Arqam.

Alin dan aku dah lama dah perati benda pelik pasal GISB ni masa kitorang nak plan bawa jalan-jalan Ija dengan Atin aku baru-baru kerja. Kitorang amik diorang kat Rawang. Memang shoplot diorang kat situ tempat diorang je ar. Kedai makan, kedai runcit, bakeri, klinik semua kat situ. Aku masa naik atas nak jemput diorang, tengok asrama diorang, sedih kot. Entahlah, kitorang pun tak boleh buat apa masa tu. Bawa diorang jalan gembira kejap je ar. 

Aku kalau tengok diorang duduk dalam jemaah tu, syukur sangat jadi diri sendiri. Diorang takleh buat apa-apa pun sendiri. Takleh nak jadi apa yang diorang nak, takleh kerja sendiri, pegang duit sendiri, beli barang sendiri, makan sedap-sedap. Semua kena ikut jemaah. Sampai nama anak pun, kena dapatkan "restu" orang atasan. Masa tu Alin dah buat research pasal persatuan diorang ni. Memang teruklah, budak2 ni kerja tak dibayar gaji pun. Semua untuk pemimpin. Diorang pula dimomokkan dengan inilah perjuangan yang akan dibayar dengan syurga. Aku malas betul dengan benda2 yang gunakan nama Islam, tetapi belakang buat benda salah. Lagi-lagi berita luar negara yang siarkan. Malu Islam dan Malaysia semua. 

Aku ingat lagi ada sekali kitorang buat program KAMY buka puasa dengan anak-anak yatim, sekali rumah tu pun rumah Global Ikhwan ni punya. Diorang bukan anak yatim pun. Mak ayah diorang kat tempat lain, diorang kena duduk kat situ. Pastu Cik Zah tanya cita-cita nak jadi apa? Budak-budak perempuan tu kata, "Nak jadi bini no. dua." Itu je ar pilihan yang diorang ada. Kesian dekat budak-budak ni. 

Sekarang, dah kena siasat, walaupun banyak benda tak elok keluar, aku harap ada jalan keluar untuk budak-budak yang jadi mangsa mak ayah taksub dengan benda salah sampai rosakkan masa depan anak-anak diorang. Semoga dapat diperbetulkan akidah mereka dan mereka dapat hidup tanpa dinafikan hak memilih dalam kehidupan diorang. 

Ayah aku pernah kata, "Jangan taksub. Dapat ilmu yang betul juga nikmat Allah. Kena syukur. Kita pun tak tahu, apa yang kita tau atau ikut tu betul ke tak? Doa je Allah selalu beri petunjuk ke jalan yang betul." Terima kasih ayah dan mak kerana selalu je bagi peluang kat anak-anak buat keputusan sendiri. Diorang tak pernah paksa kitorang buat apa-apa. Semua benda, bila anak-anak dia buat memang diorang redha je. Alhamdulillah masing-masing jadi manusia, takde jadi beruang. Kitorang ni semua jadi orang memang doa mak ayah je. Lagi-lagi rezeki aku melimpah-ruah ni memang sebab doa tu je. Nak kata aku baik sangat, takdelah. Solat pun lewat-lewat lagi. Nadiah, tahun depan nak 40 dah. Allah kata, kalau tak berubah waktu tu dah susah nak berubah lepas tu. Kau ada berapa bulan lagi ni? Haha.

Semoga mak ayah aku diberikan kesihatan dan umur yang panjang untuk beramal soleh dan sentiasa doakan anak-anak diorang. Semoga aku dan adik-beradik aku pun terjaga iman kitorang sampai kitorang tutup mata. Paling penting jadi asbab pahala yang berterusan untuk mak ayah bila diorang dah takde nanti, anak yang soleh dan solehah. Amin.


Saya




Walaupun nampak cam pregnant

Keluarga

Gembira





Kena peluk sebab taknak cakap Alang

Dah mandi

Nak kena mandi


Love..

Monday, October 21, 2024

Shrek the Musical Theatre

Di Parramatta, ada satu bangunan seperti panggung wayang, tetapi untuk pementesan teater begitu. Riverside Theatre. Tahun lepas, Kumar telah membuat pertunjukan stand-up comedy di sini. Tahun ini di Chatswood.  

Ain tertengok iklan akan ada satu pertunjukan Shrek The Musical di sini. Haruslah tanya kawan-kawan yang lain, berfikir-filir untuk mengikutnya. Layla dan Mira takut bosan. Aku? Jom kan aje. Mengikut MBTI, aku ni bukan plan punya orang. So, kalau last minit ni memang boleh pergi. Hari Khamis borak pasal ni, hari Sabtu malam pergi. Dahlah, pagi Sabtu tu, aku pergi Family Day Clyde. 

My family here


Teman Ain

Dekat Masjid ni. Haha



Overall performance, aku struggle dengan English dia. Nampak sangat aku kurang cakap dan bergaul dengan orang Aussie sampai tak dapat tangkap dialog-dialog diorg. Aku kena improve ni dengan tengok movie yang dibuat kat sini. 

Ahad pula, aku ada kelas renang, pergi solat Asar kat Auburn dan sambut birthday Nga. Penuh jadual hidup hujung minggu. Alhamdulillah. 

Sambut birthday Nga

Ni je ar gang aku



Love..

Sunday, October 13, 2024

Nikmat Sihat Yang Patut Disyukuri

Aku punya target adalah menulis blog setiap minggu. Bercakap apa saja topik. Penting dan tidak. Untuk aku tengok balik perjalanan hidup yang sementara ni. Tetapi, minggu lepas terlepas. So, hutang kepada diri sendiri dua post minggu ini. Mari. 

Ada banyak rezeki yang Allah bagi dekat aku yang aku syukuri. Nikmat sihat antara salah satu. Berdepan dengan orang keliling yang tidak sihat seperti Deekay, Paie, Pak Busu dan beberapa orang lain, nikmat sihat memang aku syukuri. Ayah selalu doa, minta sentiasa sihat supaya tidak perlu susahkan orang lain. Ye, aku doa tu. Alhamdulillah, sepanjang sembilan bulan kat sini, kesihatan aku terjaga. Walaupun berhadapan dengan penukaran musim dan biasanya Nicole akan demam akibat debu bertukar musim, aku masih sihat. 

Dua minggu lepas, kesihatan aku terganggu. Bermula dengan kesakitan badan, demam dan selsema sehingga aku meminta pulang awal dari pejabat. Nasib menjadi kurang baik kerana minggu itu merupakan minggu membuat forecast. Aku tidak mampu untuk bercuti. Selepas pulang awal pada isnin, membuat covid test dan negative, tidur sepanjang malam dan makan ubat, aku ke pejabat esoknya. Aku siap bertanya kepada kak cik, bagaimana cara mahu tidur ketika demam. Al-maklum, tak biasa demam dan nak sembuh cepat. Masih dalam keadaan dedar, selsema dan sakit tekak. Aku bersyukur merasai pengalaman sakit itu. Dapatlah guna ubat dari KL yang diambil semasa mahu datang ke sini dulu.

Semasa menceritakan kepada Deekay, dia menasihati aku untuk mengurangkan aktiviti akibat faktor umur. Aku akui, sekarang masa aku banyak terisi dengan badminton, kelas berenang dan pilates. Terlalu banyak mungkin. Aku telah mengurangkannya setakat ini.  

Ketika aku menyatakan pengalaman merasa kesakitan itu kerana sudah lama tidak sakit, Deekay berkata yang dia sudah lama tidak merasa nikmat sihat. Allah. Selepas pembedahan lapan tahun lepas, aku melihat jatuh bangun seorang Nurul Hafizah menjalani kesakitannya seorang diri. Semangatnya memang kuat dan masih meneruskan kehidupan. Kadang-kadang dia sudah tidak larat mahu bekerja, tetapi memikirkan tidak dapat memberi duit bulanan kepada maknya, menyebabkan dia membatalkan niat untuk berhenti. Jika sekadar meneruskan kehidupannya sendiri, dia masih boleh kerana tidak mempunyai hutang. Cuma, mahu memberi kepada maknya sahaja yang menjadi keberatan.

Allah. Aku pun tak mampu buat begitu aku rasa. Untuk semua kesusahan dan pentingkan mak ko Kay, semoga dipermudahkan urusan, diberi kekuatan dan ketabahan, dirahmati Allah dan dimasukkan ke dalam syurga Firdaus yang tertinggi. 

Candlelight Concert - Tribute to Taylor Swift

Earting lepas balik kerja. Setengah jam pijak rumput

Test  covid. Negative


Love..