Friday, June 14, 2024

Berjaya membuka semula blog

Sudah lama saya tidak mencoret di sini. Kebanyakan cerita saya simpan di instagram. Tetapi, saya masih mahu membaca hasil tulisan yang tiada batasnya di sini. Ditambah pula, Nafisah pula memberitahu, dia menantikan post saya di sini. Terimalah sayang, untuk peminat. Haha. 

Terlalu banyak benda terjadi tahun ini. Saya kini menjadi anak perantau di Australia. Alhamdulillah untuk semua nikmat yang Allah berikan. Cita-cita selama ini tercapai. Tiada kata puji-pujian untukNya. Saya jarang bercita-cita besar. Tetapi, Alhamdulillah kehidupan saya dipandu Allah dengan sehabis sempurna. Tahun-tahun sebelum ini, saya cuma punya dua cita-cita iaitu bekerja ke Australia dan mahu berkahwin. Selepas Allah memakbulkan impian saya yang satu ini, saya bersyukur sehingga tidak mahu meminta impian yang satu lagi. Siapalah saya yang hanya biasa-biasa sahaja ibadahnya mahu meminta lebih-lebih? Tetapi, saya kerap kali terbaca pesan Rasulullah s.a.w, jika inginkan sesuatu, minta yang paling besar seperti bila meminta syurga, syurga firdaus. Juga terbaca yang Allah bertindak mengikut sangkaan hambaNya. 

Jika mengimbau kembali perjalanan hidup saya semasa sekolah menengah, saya berpindah ke kampung di Melaka kerana jika saya bersekolah di Klang, saya perlu menaiki bas dan sepupu saya juga bersekolah di Jasin waktu itu. So, ikut orang juga. Haha. 

Selepas tamat sekolah menengah, semasa mahu mengisi borang memohon ke universiti, kawan Achik Iza mencadangkan untuk saya mengambil Quantity Surveying kerana matematik saya kuat. Saya hanya mengisi tanpa banyak bicara. Saya diterima di UiTM Sri Iskandar. Selepas diploma, ayah dan emak tidak memaksa atau menyuruh saya menyambung pelajaran juga. Tetapi, melihat kawan-kawan menyambung, saya turut menyambungnya kerana memikirkan jika saya menyambungnya di kemudian hari, saya akan keseorangan. Baiklah bersama teman-teman sekarang. Nak buat assignment pun senang nanti. Maka, saya menyambung degree di UiTM Shah Alam.

Semasa di semester akhir, Miera mengajak saya menemaninya ke interview Gamuda. Saya yang biasa-biasa sahaja pada awalnya menyangka tidak layak masuk ke company besar itu dan tidak bercita-cita mahu pergi. Tetapi disebabkan Miera tiada teman, saya menemaninya juga. Lagipun mahu mengambil pengalaman interview kerja. Lepas ni nak keluar cari sendiri. Perancangan Allah, saya diterima bekerja di Gamuda. Semasa mendapat panggilan telefon dan mengatakan saya berjaya, saya berharap Miera juga mendapatnya. Tidak tahu bagaimana mahu berhadapan dengannya jika dia tidak dapat sedangkan saya pergi menemaninya. Alhamdulillah Miera dapat sekali jadi Gamudian.

Di Gamuda, perjalanan saya tak sukar sangat dan tidak juga mudah sangat. Cukuplah mematangkan dan menjadikan Nadiah hari ini. Dikelilingi dengan ramai orang yang baik hati, engineer yang membantu, company yang menjaga hal-ehwal pekerjanya (walaupun mereka kata, dia akan jaga type C sahaja, sebagai type M yang bekerja di situ, secara tidak langsung, saya juga turut terjaga. eg: Vaccine, bonus, incentive dan lain-lain.) dan bos yang efficient. 

Perjalanan dengan Ai Tee ada bermacam jalur. Sebelum menjadi ibu dan selepas menjadi ibu. Saya melihat perubahan itu. Fasa garang dan fokus kerja sebelum dan selepas menjadi ibu. Transition yang saya kira menenangkan dan memenangkan. Akibat bersabar dengan sikap fokus mahu menyiapkan kerjanya dan sanggup memarahi anak buah-buahnya, saya diberikan habuan yang saya inginkan. Iaitu bekerja di Australia.

Walaupun cerita saya mahu berpindah ke Australia boleh dibuat siri, tetapi pengakhirannya berjaya. Ai Tee tidak teragak-agak melepaskan saya untuk menggapai impian. Beliau mahu melihat anak buahnya terbang tanpa mementingkan diri sendiri. Memang kita sudah biasa membuat kerja bersama, jika dia perlu mencari pekerja baru, perlu diberi tunjuk ajar lagi. Tetapi, itu kemudian hari. Janjinya dan Alice pada saya untuk menghantar saya ke Australia telah ditunaikan. 

Saya bersyukur berjumpa dengan dia. Dia baik, telah tenang dan memahami. Walaupun pada mulanya beliau adalah kategori garang dan mahukan semua dengan cepat. Dia telah mengubah pendekatan selepas mendapat anak. Dan mungkin jika masih menggunakannya kepada saya, agak membazir tenaga. Saya lepas kena marah pun masih tenang. Haha.

Saya tidak mempunyai impian yang banyak. Membazir sebenarnya saya kira tidak mempunyai cita-cita. Kerana apabila saya sampai di Sydney, terlalu banyak impian-impian kecil yang saya inginkan dan Allah berikan kepada saya tanpa perlu saya berusaha bersungguh-sungguh. Jika saya mempunyai impian yang banyak dan berusaha, pasti hidup ini lebih berwarna-warni. Sekarang juga sudah seperti pelangi, tetapi kebanyakan masa adalah langit biru terang sahaja. Banyak yang mahu saya coretkan. Saya mempunyai nikmat masa lapang yang banyak sekarang. Semoga saya dapat membuat perkara-perkara yang bermanfaat dan menulis lebih kerap. 




Ye, Alang rindu



Salam sayang dan rindu untuk semua peminat. 😃

Sydney,
14/6/2024

Love..

Saturday, October 28, 2023

Detik akhir Busu

Hari Sabtu malam, busu dah tenat
Kami buat bacaan yassin lepas maghrib
Kak Mi dan kak cik balik selepas itu

Ayah, mak dan aku telah pulang minggu lepas
Jadi kami tidak ikut
Lagi pula ada program Ahadnya
Mak ada kenduri
Aku nak jumpa En Anuar dengan mamat

Pagi Ahad Kak Fisha call ayah ajak balik
Ayah yang banyak memudahkan orang setuju
Ayah dan emak pulang selepas kenduri
Mamat ajak aku juga pulang 
Selepas melawat En Anuar
Aku juga setuju

Sampai di kampung lepas Asar
Ayah sampai lebih awal
Sempat baca surah Ar-Rad katanya
Aku sempat melihat busu sekejap
Kemudian mahu pergi mengambil Nek Som
Dalam pada merancang mahu keluar
Busu telah pergi 
Bersaksikan nenek, moksu, acik, anak2 dan saudara yang lain
Lebih kurang jam 5.30 petang

Dalam jam 6.45 petang jenazah di bawa ke masjid
Selepas maghrib nak mandi katanya
Kami solat maghrib di rumah
Dalam 7.30 petang kami ke masjid
Jenazah telah mula dimandikan
Umair masuk membantu

Setelah siap, kami dibenarkan melihat untuk kali terakhir
Jenazah diangkat ke ruangan solat saat azan Isyak berkumandang
Selepas Isyak
Ayah menjadi imam solat jenazah 
Kemudian jenazah di bawa ke tanah perkuburan
9.30 malam, semua urusan busu selesai 
4 jam sahaja semua urusan 
Saya kira terlalu pantas
Mudah. Terlalu mudah
Perjalanan terakhir busu

Rezeki juga
Rezeki ayah melihat adiknya 
Rezeki saya melihat busu
Rezeki berada bersama keluarga
Saat-saat itu

Dan kembali menginsafi diri
Mati itu pasti
Bagaimana akhir kita nanti
Bekal apa kita siapi









Love..

Wednesday, August 23, 2023

Tunjuk Ajar

Afifah dah rajin ikut makcik-makcik dia berjalan. Minggu lepas, lepas mengundi, kitorang nak pergi shopping cari kasut Fisha dan telekung aku, dia nak ikut. Kitorang okay je. Bolehlah nasihat-nasihat sikit lebih kurang. Akukan pernah ada moment, dalam kereta adalah masa untuk ko memberi nasihat. Sekarang dah bukan zaman. Baik aku dok tenang-tenang je drive. 

Minggu ni, dia ikut kitorang g bundle kat tepi highway exit Subang tu. Bondoru ke apa entah nama dia. Malas nak google. Pastu dia cari baju dengan seluar. Sukalah sebab ada size dia. Pau makcik dia belanja. Aku layankan je ar. Dia nak baju satu, seluar satu. Aku kata, aku bayarkam satu. Dia pun bayar sendiri duit baju. 

Tengah que nak bayar, dia minta aku bayarkan dan nak bagi duit cash kat aku. Aku tanya nape? Dia kata cashier tu banyak tanya soalan. Haha. Sebab Muzakir bayar kat depan, cashier tu tanya, ada member? Nak pakai cash ke kredit kad? Comel betul anak buah aku ni. Memang taklah Alang nak bayar. Bayar sendiri. Alang ada kat belakang ko kot. Apa2 tanya je ar. 

Aku citer masa makan sarapan esoknya pasal Afifah tu. Kak Cik kata, biarlah dia bayar. Pastu Kak Mi menyampuk, Eh memang Alang ko akan suruh dia bust sendiri. Kalau Anaqi boleh buat sendiri pun, dia suruh buat sendiri. Haha. Bongek Ami tau. 

Tapi, memang nak bagi experience je kat budak-budak ni. Salah takpe, boleh betulkan. Janji buat. Kak cik siap bagi Melissa buat keputusan lagi. Nak bagi mummy solat dulu ke, nak bagi Melissa makan dulu. Dia pilih, makan dulu. Pastu bila aku tanya, Nak Alang solat dulu ke, Melissa makan dulu? Dia pilih, Alang solat dulu. Sebab aku tak bagi pun dia makan. Mummy dia yang bagi. Bijak sungguh. 

Membesarlah Afifah dan Melissa. Menjadi muslimah penyejuk mata, penawar hati semua orang. Alang love you. 


Dah lapar dan penat. Malas layan

Dua orang kak long



Telefon aku dah macam telefon dia

Love..

Saturday, June 24, 2023

Kenduri Khariani

Dua minggu lepas, sebab takde apa-apa hujung minggu, aku balik kampung. Kawan sekolah menengah dulu buat kenduri aqiqah anak dia. So, aku janji dengan Shamini nak jumpa dia. Janji juga dengan Alin nak jumpa dia nanti sebab nak celebrate birthday aku.

So, Jumaat petang lepas ofis aku drive balik kampung. Singgah drive-thru nak beli coffee budget ngantuk konon2. Alhamdulillah membantu. Fisha mesej kata nenek minta tidur esok malam so dia takyah tidur rumah Acik. Aku mesej Alin, dia kata okay. Sempatlah sampai rumah dia sebelum meeting post-warkah. Beberapa perbincangan untuk aku take note lepas ni. Al-maklum, lepas ni aku editor. 

Tidur malam Jumaat rumah Alin, esoknya janji dengan Sham pergi rumah Khariani sekali. Dia jemput aku kat rumah Alin. Lama giler tak jumpa. Pastu dia singgah rumah mak dia kejap nak tukar baju. Mak dia relaks camtu juga dari dulu sampai sekarang. Punyalah aku lost contact dengan Sham lepas kitorang SPM. Aku tak sure dia sambung study ke tak. Tapi, merata juga dia kerja. Mahkamah kat Shah Alam, kat Melaka, buat decorations majlis kematian, besarkan anak empat orang, dok rumah mak mertua. Laki tak balik rumah. Toughlah life dia. 

Pastu kitorang singgah Jasin Point nak beli benda bawa pergi rumah Khariani. Aku cari buah, dia cari jajan. Apollo, sumi dan koko crunch yang mini pack tu. Laju yer budak-budak tu ambik jajan. Dapat borak dengan Ani dan Sham, jumpa mak Ani memang menggamit kenangan. 

Balik dari rumah Ani, aku tidur jap kat rumah Alin sebelum petang tu pergi rumah nenek Rammelah. Tengok nenek dan Mak Chah tengah siap nak pergi haji. Muhammad dengan Mus'ab pun dapat juga. Moga aku dapat pergi dengan mak ayah pakej dua tahun lagi. Tengah kumpul duit ni. 

Lepas tu, pergi rumah nenek Saabah dan pergi rumah Busu lepas Maghrib. Banyak dapat buat kalau balik kampung ni. Rasa macam kena masukkan aktiviti balik kampung sebulan or dua bulan sekali walau takde apa-apa occasion. 

Esoknya masak mee goreng untuk sarapan dan kari ayam untuk tengahari. Borak-borak dengan nenek, soalan kasih sayang yang dia tanya pastinya pasal aku takde ke berkawan dengan siapa-siapa ke? Bila borak sorang face to face dengan nenek ni, mesti sebak. Aku sampai doa kat Allah, kalau doa aku pun tak makbul sebab aku banyak dosa, makbulkan doa orang yang nak tengok aku kahwin ni. Fisha pun dia risau juga. Semoga ada rezeki nenek tengok aku dan Fisha kawen. 

Pastu aku dan nenek melawat Mak Chah nak berangkat pergi rumah Muiz. Diorang akan gerak dari sana ke KLIA. Nenek Rammelah dah siap-siap masak lauk sebab Amirah tengah pantang. Hebat betul nenek tau. Lepas tu aku gerak balik KL.

Jalan clear, aku santai-santai je drive. Balik tu singgah beli dapur kat Giant, shopping sikit kat Bintang Fashion, cuci kereta dan enjoying myself. Alhamdulillah untuk nikmat sihat, kereta, masa, saudara, duit dan semua yang Allah berikan. Moga aku sentiasa bersyukur dan memberi kebaikan yang banyak untuk orang sekeliling.

Tak tau terlebih manja nape

Penuh yer bonet


Nenek borak dengan Dak Wan





Lalu belakang, singgah jap bergambar.


 Love..

Tuesday, June 13, 2023

Sinking Fund - Korban 2023

Sebab dah follow Nafisah Amran, haruslah praktikkan apa yang dia ajar, sinking fund. Untuk perbelanjaan besar-besar seperti raya, mula sekolah, percutian, servis kereta dan yang kamu rasa kalau nak keluar duit sepelepuk agak sukar. Maka, kita menabung secara bulanan. 

Sinking fund sekarang dah senang. Boleh buat tabung je kat Maybank 2u. Pastu auto deduct siap-siap sehari lepas gaji. 

Raya korban kali ni buat kat Malaysia. Tahun lepas, kak cik kata tempat dia ramai orang tak dapat daging sebab tak ramai orang korban kat situ. Tempat kak cik kira tempat orang susah juga. Jadi, aku tanamkan azam tahun depannya nak buat korban kat Golden villa. 

Alhamdulillah syukur, tahun 2023 dapat buat kat Malaysia. Mak tolong tanyakan Cik Ina sebab dia yang uruskan. Cik Ina kata okay. Memang nak cari lebih dari dua ekor pun sebab tak berbaloi sangat kalau dua ekor je. Semoga dapat lebihlah. Kak cik pun korban kat situ juga. 


Walaupun kena top-up seratus, takde masalah, ada tu rezeki lain. Alhamdulillah. Bayaran ni memang boleh dapat dua bahagian kat luar negara, tapi takpe. Ada rezeki nak bagi orang Malaysia. 

Love..