Friday, June 24, 2022

The Everly Putrajaya

Percutian pendek sehari semalam dekat Putrajaya. Mencipta memori bersama anak buah dan keluarga. Acap dan Afifah main swimming pool. Akmal dan Afiq pergi gym. Melissa? Ikutlah mana orang yang angkat dia nak bawa. Pergi gymlah, bilik oranglah. Ramai lagi orang nak melayan. 😘😘

Sebelum kitorang tolak ke tepi katil tu

Nampak tenang yer di situ

Terima kasih Kak Fisha yang susah-susah masak lauk kesukaan Afifah, ayam masak merah. Ada acar timun dan nasi. Save duit akak nak belanja dinner. Haha. Aku punya fikir nak senang, nak keluar makan je. Kak Fisha kata, tak kuasa nak keluar lepas dah check-in. Mujur ada orang yang fikir panjang macam Kak Fisha. Terjaga sikit percutian ni. Masa borak-borak sebelum hari Jumaat, Kak Fisha kata request kat hotel dapat bilik yang attach. Alhamdulillah dapat. Tenang bagi sebilik lelaki, sebilik lagi perempuan. 

Ayah bestlah datang sini, tenang je tengok telefon. Mak yang tak berapa hotel friendly, siap gigil sejuk. Tidur pun tak pasang air-cond. Side lelaki ar. Sebab mak takyah pakai tudung dengan semua lelaki. Suami, cucu, menantu dan anak buah. Next time kena bawa baju sejuk. 🤗🤗

Lauk yang Kak Fisha masak. Tq sayang

Nasi untuk seisi keluarga

Sebelum kena kurung. Merangkak-rangkak dalam hotel

Konon-konon nak tidurkan Melissa dalam ni. 

Kak Cik siap request baby cot daripada hotel ni. Ingat nak tidurkan Melissa dalam tu, takde maknanya. Dia tidur dengan Kak Cik kat bawah. Lantai hotel ni ada carpet. Memang penuhlah malam tu. 

Gambar duduk hotel katanya

Abang Akmal tangkap



Melayan Melissa

Afifah dengan Acap, petang tu dah masuk swimming pool. Ni baru balik. 


Solat jemaah wei

Kena kurung. Hehe


Terima kasih juga untuk Pak Busu sebab join the club dan ajak nenek tidur sekali kat bilik diorang. Ingat nak ajak nenek lepak2 kat bilik kitorang petang tu, mujur tak sampai hajat. Nenek dapat rehat penat buat tapai. Pak busu pun beli breakfast pagi Sabtu untuk nenek sekali kat hotel. Dapat special price, warga emas, RM15. Kitorang memang tak ambillah, ramai. Ijam dengan mamatlah kena pergi beli kat Kajang. Roti canai dengan nasi lemak, sedap! Untuk semua orang RM 50. Okaylah. Nak merasa makan breakfast hotel, pergi sendiri yer. ❤️❤️




Lepas lambai-lambai nenek balik bilik Pak Busu lepas makan. Request satu level supaya boleh lepak-lepak dengan senang. Ni je ar masanya. Esoknya Pak Busu dah pergi sarapan kat bawah. Kitorang tunggu makanan dari Ijam dengan Mamat. Diorang pergi cari makanan lepas Subuh. 


Sementara tunggu Ijam dengan Mamat 

Acap dan Afifah mandi kolam

Lepas hantar nenek, mak dengan ayah ke tujuan utama tahu pasal hotel ni, iaitu majlis nikah Amir, sempatlah kitorang berpeluh-peluh kat gym. Menarik juga. Biasa mana heran. Ada geng, bolehlah melayan pergi bersenam. Tak lama pun. Balik bilik dan lepak lagi sambil makan sementara tunggu check-out. 

Nak dengan Abang Afiq yang rajin melayan

Comel



Setelah penat berpeluh

Sempatlah melayan anak buah ni. Jerawat nak tumbuh kat bibir tu. Time nak guna mukalah kan? Tetapi tak jadi. Mungkin sebab aku dah keluarkan toksin melalui senaman. Post covid lepas 3 bulan, aku jalan sikit dah semput. Tak sure kenapa. Dulu lepas covid, okay je. Ada budak yg post-covid ada lagi sakit tekak dan batuk. Aku okay je. Sekarang je tak tau kenapa, cepat penah. Nafas pendek.

Pak Busu belikan breakfast untuk nenek.

Singgah bilik Pak Busu tengok nenek

Beg dah ada orang angkatkan

Time nak check-out, kitorang siap call untuk bell boy bawa troli nak angkat beg-beg yang banyak tu. Macam-macam ko belajar yer. Request bilik sebelah-sebelah, baby cot dan troli beg bagai. Hehe. Janji korang gembira. Alhamdulillah untuk nikmat keluarga yang masih boleh duduk sekali dan bergaduh ni. Sebelum pergi cuti pun gaduh nak bawa barang yer. Kat sana kita enjoy-enjoy je. 

Terima kasih untuk perkahwinan Amir yang menjadi pencetus kepada percutian keluarga ni. Diorang buat kat hotel ni. Kitorang bercuti. Tenang-tenang pergi majlis pagi tu dari bilik. Kalau dari Klang, pukul berapa nak bangun dan nak gerak. Terima kasih Daus atas idea. 

Tema baby blue to wedding Amir

Mak ayah dah sejuk. Hehe


Tahniah Amir dan Anis


Love..

Monday, June 6, 2022

Ke Manjung

Meraikan majlis perkahwinan cucu Nek Lang yang pertama di Perak. Sepatutnya dua pupu aku. Tapi, tak kenal. Haha. Aku raikan sepupu ayah je ar. Anak kedua Tok Lang, pakcik Azman. 😊😊

Dekat rumah Perak

Nek Lang

Pakcik Azizi

Pakcik Azman dengan Makcik Azura

Pakcik Azizi yang pakai kemeja biru ni anak Nek Lang no tiga. Dia yang melayan kitorang masa makan. Masa borak pasal jalan nak datang sini, dia kata dia lalu highway utara selatan. Sebab rumah mak mertua dia dekat Batu Gajah, dekat darat. Manjung ni dekat baruh sebab dekat dengan pantai. Aku dalam hati, 'Orang Melaka betul ni. Baruh yang aku tau, rumah mertua Acik Oya je. Jarang guna darat baruh ni dalam peta'. 😅😅

Pastu hilir hulu yang kitorang panggil jilir julu ikut air sungai. Mengalir ke hilir. Rumah Tok Man jilir, rumah Tok Bujang julu. Aku pun jarang guna. Jadi, bila dengar orang borak guna perkataan ni, teruja.🤗🤗

Nek Lang ni kira adik ipar atok Bujang. Biras nenek Saabah. Tok Lang dah meninggal. Adik beradik atok tinggal Nek Busu je. Duduk Lui dulu. Kitorang biasa singgah masa nak pergi Lanchang. Tapi, tahun ni tak. Anak Nek Busu yang duduk dengan dia dah meninggal dunia. Muda lagi. Jadi, isteri dia dah balik rumah mak dia dengan anak-anak. Nek Busu tinggal dengan anak dia yang lain kat mana entah.    Moga sihat yer Nek. Selalu bagi kitorang makan tengahari yang sedap masa nak pergi Lanchang. ❤️❤️

Ayah bawa pergi Manjung

Aku bawa balik

Jem giler. Pukul 10 baru sampai.

Tak larat nak singgah. Sampai kosong tong minyak

9.43 malam kata waze.

Perjalanan pergi dan balik yang makan jem dulu sebelum makan lauk kenduri ni memang pengalaman. Pergi Manjung ayah bawa tiga jam. Balik Kesang aku bawa tujuh jam. Sebab dah cuti sekolah. Bila fikir jem, memang malas nak pergi. Fikir nak raikan mak dan ayah, sampailah ke Manjung kita. 😂😂

Nak balik KL tadi ayah kata, 'Terima kasih untuk semuanya'. Allah. Macam kecik je benda buat ni. Bila ayah cakap camtu, terus rasa, besar agaknya kat mata diorang ni. Moga ikhlas dan dapatlah pahala gembirakan mak ayah ni. 😘😘 

Love..

Saturday, April 30, 2022

Last2 puasa 2022

Kalini cuti lama sikit. Ambik cuti hari Khamis sebab teman Busu pergi check-up dekat HKL. Pastu Ai Tee cuti Jumaat, so sambunglah. Dapatlah settlekan transfer nama untuk TNB rumah yang duduk sekarang. Nak buat Syabas, dia kata boleh buat online je. Nak pergi DBKL tak dapat call pula nak tanya dokumen apa kena bawa. Indah water boleh tukar online je. Semua buat lepas raya nanti InsyaAllah.  

Buat dekat Kedai Tenaga je

Balik kampung hari Sabtu. Period pula. Sakit perut giler. Lama dah tak period pain ni. Doa masa bawa tu, selamatlah sampai kat kampung. Sampai kampung pukul 10 pagi. Aku tidur sampai pukul 1. Giler ar. Memang tak larat nak bangun. Pas bangun, turun Mekna dah sampai. Borak-borak dengan Makna jap, pastu terus tolong nenek. Kemas-kemas dapur. Nenek tengah buat wajik. Aku tak minat sangat. 

Sebelum Melissa nangis

Kereta saya

Kereta Ijam

Wajik in the making


Ayah pun gigih juga


Gigih sis


Pastu Asar rehat kejap. Sambung masak untuk buka pula. Pukul 6.15 petang, aku dah selamat buat semua main dish. Sup ikan, sambal ikan, goreng sayur kangkung dan tumis mee goreng. Haha. Kepakaran aku membantu di dapur tanpa tahu output ni memang aku syukuri. Rasa memang biasa outlah. Tapi, kerja memang InsyaAllah boleh buat. Lepas siap, aku ke depan. Borak-borak dengan ayah jap. Lepas tu tengok telefon. Tup-tup dah pukul 6.45 petang. Mencicit keluar bilik nak siap masukkan mee dan siapkan berbuka. 

Anak buah perempuan saya

Nikmat dunia

SubhanAllah ciptaan Allah ni

Geram betul

Imam saya

:)

Alhamdulillah dapat berbuka di kampung. Nikmat nenek ada lagi dan saudara-mara rapat ni memang saya syukuri. Moga Allah terima semua amal kita di dunia dan kurniakan rahmatNya untuk kita masuk syurga bersama Rasulullah s.a.w. 

Love..

Tuesday, April 26, 2022

Malam-malam Terakhir Ramadan

Pagi tadi pergi site dengan Ai Tee, Lee Yen, Nga, Mr. Ti, Gaek Ting dan Mr. Lim. Balik tu, penat. Sampai tertidur dekat sejadah lepas Maghrib. Sedar-sedar dengar imam masjid dah solat Isyak masuk rakaat kedua. Dalam pada mamai-mamai bangun tu, otak kat kepala dah fikir malasnya nak pergi terawih malam ni. Tapi, kalau kat rumah memang lajulah kau buat sorang-sorang nanti. Tak suka perasaan tu. Pastu terngiang-ngiang Ustaz Khalid Basalamah kata, ibadah ni perlu dipaksakan. Tak boleh tunggu sampai dah baik, baru nak nasihat orang, dah kaya baru nak derma, dah rajin baru nak pergi masjid. 


Alhamdulillah

So, kentalkan diri, pergi je masjid. Alhamdulillah, gagahkan juga aku ambil wuduk dan solat Isyak dulu dekat rumah. Takut tak sempat solat sunat lepas Isyak kalau pergi sekarang sebab aku nak masbuk. So, lepas tu baru pergi masjid terawih. Sekarang dah tak ramai, dua row je terawih. Bila habis lapan je, tinggal satu baris. Syukur untuk nikmat masjid sebelah rumah. Biasa kalau sorang-sorang ni kerajinan tak berapa nak ada. Tambah pula kekhusyukkan. Haha. Nikmat kecik-kecik ni kena syukur banyak. 

By Lee Yen

Diorang buat kerja, kita bergambar

Platform - Chan Sow Lin Station

Link Bridge - Wire Mesh to seperate Paid and Unpaid area

Sebelum hujan dan berteduh di dalam station

Nga kata Kobi nak pergi balik HQ dah. Hujung bulan May. Yelah, dah jadi Executive Director sekarang, kena handle bendalah sekarang. Katanya nak buat SMART 2. Ai Tee minta settlekan semua sebelum dia pergi. Nga nak pergi Australia bulan August. Lee Yen nak pergi Singapura bulan Jun. People are moving around. May Allah protect me always. 

Love..