Sunday, February 21, 2021

Perasaan Kanak-kanak

Semenjak dua ini saya sering mendengar ceramah mengenai parenting. Sebelum ini memang mengikuti instagram Adli Rajiah. Penulis buku Why So Serious Parents? Waktu itu kerana anaknya mengalami masalah addicted to gadjet terlampau dan cara dia mengatasinya. Dan saya cuba merelatekan untuk anak buah saya. Kebelakangan ini suka pula mendengar Dr. Putri Afzan Maria, founder Kinder Kaizen. 

Minggu lepas, saya mendengar talk mengenai Baran. Sempat saya bertanya soalan bagaimana mahu berinteraksi bersama budak berumur 4 tahun. Antara pesan Dr. adalah kita sendiri menjadi contoh tauladan yang baik untuk mereka ikuti dan acknowledge perasaan mereka. Pada umur 4 tahun? Saya macam pelik juga. Dah boleh ada macam-macam perasaan yer? Dulu masa saya waktu tu tak tau buat apa pun. Takpelah. Kita tengok camne nanti. 

Sembang bawang yer gais

Esoknya, saya menolong emak di dapur. Saya mengajak Afifah menolong juga. Along saya ada kerja di pejabat. Kadang-kadang saya ada meminta Afifah tolong sambil saya berceramah, ya berceramah yer. Tujuan nak menasihatlah konon-konon. Poor me. Selepas mendengar ceramah semalam, saya menukar corak percakapan. Kali ini, saya banyak bercakap bersama dia mengenai perasaan dia dan lebih memberi pilihan untuk dia membuat keputusan. Contohnya, bila memotong carrot, saya bertanya kepada dia, mahu potong camne? Mula-mula dia reluctant to decide. Mana kakak tau, katanya senang. Selepas saya memberi pilihan, dia memilih satu dan gembira dengan keputusan itu. 

Selepas itu, berborak tentang perasaan dan saya mendapat tahu, dia ada satu perasaan yang saya akan selalu marah jika dia berbuat silap. Apabila saya menyuruh dia membasuh papan landas sambil membawa pisau dan bekas sekali, dia menolak kerana katanya, nanti jatuh Alang marah. Saya pun berkata, bawalah perlahan-lahan. Sambil memuji selepas dia berjaya membuat perkara itu. 

Penat sebenarnya, mana kau nak masak, mana kau nak kemas, mana kau nak tengok dia buat kerja, nak jaga dia sebab pegang pisau dan berborak lagi. Tapi, inilah prosesnya. Jangan nak perfect sangat, enjoy je prosesnya. Lantaklah sepah pun, kau dalam dapur tu sampai dua jam dan kau tau yang kau bukan feveret makcik dia dan garang, haha. At least, ada sesuatu yang kau ajar dia. Moga jadi amal yang berpanjangan. 

Petang pula, bawa Asyraf dan Afifah pergi jalan-jalan. Saya naik motor dan diorang naik basikal. Jalan-jalan sampai tali air. Banyak gila soalan Asyraf pasal air, buaya, biawak, tali air dan banjir. Baru perasan yang saya ni, tak banyak ilmu pengetahuan am satu, pastu nak guna layman's term standard budak-budak ni satu hal lagi. Wei, banyak giler benda nak belajar dalam dunia ni. Haha. Patutlah pernah dengar ada quote ni yang masa yang kita ada lagi kurang dari apa yang perlu kita lakukan. Rileks, enjoy je. Bagi je kenangan kat anak-anak buah ni. 

I love them

Punyalah banyak soalan dia. Tapi, Alang suka. :) 

Girl being girl. 

Afifah tangkap gambar ni. Nice kakak. 

Oh, saya pun belajar juga tau pasal acknowledge perasaan ni. Saya guna dekat engineer feveretlah. Siapa lagi? Masa tu sekali, dia tertak layan whatsapp saya dan saya terasa. Tapi, takdelah nak bagitau dia. Biasanya bagitau dekat Deekay dengan Faezah je ar perasaan ni (diorang pun dah bosan dengar aku kerja merajuk je dengan Nga. Haha.) Ada sekali text Nga lepas insiden merajuk yang Nga tak tau, ada peluang bagitau dia yang saya terasa, apa lagi, bagitau ar. I didn't expect anything in return. Just nak bagitau je apa perasaan tu. Lega satu hal, lepas tu dia reply untuk tidak repeat lagi. Lepas ni, dia akan lebih berhati-hati nak reply text bila dia tengah stress. Tidaklah marah dia, sebab faham je dia tengah stress waktu tu ada incident dekat site. Tapi, dah rasa terasa. Lepas tu, saya okay je (okay ke? Haha). Dunia-dunia. Whatever makes me happy kan? 


Kalau saya pun rasa lega, agaknya budak-budak lebih lagi


Teruskan belajar Nadiah

Love..

Thursday, February 11, 2021

Fraser's Hill di hujung tahun

Dah ada dalam draft. Tapi, biasalah. Tak sambung-sambung. Gigih sambungkan juga walaupun tahun lepas punya cerita sebab, yang nak baca nanti, ko juga. Haha. 

20hb - 22hb December 2021 tahun lepas, Acik dah bayar sewa dekat villa kalau boleh panggil dekat Fraser's Hill. Rumah Persekutuan untuk staf gomen dengan harga yang murah. Tak sampai RM500 untuk rumah tujuh bilik dan besar. Memang berbaloi. Seperti biasa, haruslah angkut semua orang datang bersenang-senang kat sana. 

Toto Ami dah kumpulkan

Sarapan beli gais. Jangan pening-pening. 

Ada gak meehon goreng Acik masak. Haha.. 

Seperti biasa, grab kepada orang kesayangan

Luas giler. Kalau normal rate ni, mau seribu semalam ni. 

Acik minta amik gambar setiap bilik. Nanti nak kemas balik bila check-out

Selesa.. 

Acik datang Klang dulu sebelum pergi sana. Hari Sabtu Acik datang sebab Hari Ahad baru check-in. Stay sana sampai Selasa. Aku ambil cuti Isnin je. So, bawa mak dengan ayah dan turun balik Isnin. Alhamdulillah, perjalanan lancar. Walaupun aku keluar lambat sebab nak kunci pintu rumah bagai, sampai puncak jumpa dengan geng-geng Acik juga. Terima kasih Honda. Haha. 

Busu pun ikut sekali dengan Mak Usu. Along tolong bawa kereta Mak Usu sampai atas. Jalan memang kalah Cameron Highlands. Hari Isninnya pula, Timah nak datang dari Pahang tak dapat. Sebab ada batu jatuh. Dia melencong ke Bukit Tinggi. Berapa kereta masa tu naik? Busu satu, Acik je tiga, Pak Lang dua, ayah empat. 10 kereta. Haha. Tapi, rumah tu seriously besar. Seronok budak-budak main. 

Malam tu makan sambal daging memang dah siap masak kat Klang. Pastu tengok cerita Upon Ipin. Memang aktiviti santai-santai je. Tapi, nenek malam tu tak dapat nak tidur. Sejuk sangat. Asyik terkencing je. Siap nak ikut aku balik hari Isnin takut malamnya tak boleh tidur lagi. Nek Som tahan. Mujur malam lepas tu, tak sejuk sangat dan boleh tidur. 

Baru sampai

Penuh dengan baby dan budak comel

Bersantai-santai je yer.. 

Makan dan makan dan makan

Busu, semoga cepat sihat



Kesayangan.. 

Esoknya. Main takraw sejuk-sejuk

Arisya yang comel


Tapi, kata Acik yang lastlah tu pergi tempat-tempat sejuk ni. Masa tu kami g Cameron Highlands lepas Daus tunang pun sejuk cam ni. Lepas ni, nak main kat bawah je. Silap bulan juga ye pun. Bulan Dec memang tengah masa sejuk ar. Kalau tengah-tengah tahun masa panas, sedaplah naik atas ni. 

Hari Isninnya, diorang keluar. Mak Usu ajak budak-budak ni cari entertainment. Bagus Mak Usu ni, selalu bagi experiences untuk budak-budak ni rasa. Kalau Pak Busu sihat, mesti dia join sekali. Macam takde benda je untuk kita ni. Acik dok santai-santai je kat rumah. Sekali diorang hantar gambar pergi memanah ar, naik muda ar. Sebab hari ni Isnin, jadi tak ramai sangat orang compare weekend. Siap Pekerja kat situ tunjuk camne nak memanahlah. Gembiralah diorang. 











By aku. Haha

By Muzakir

Anak mak ayah. :p

Saya, ayah, emak, Mina dan Muzakir balik hari Isnin. Yang lain tinggal sampai hari selasa. Seronoklah budak-budak tu. Enjoylah sayang. Semoga kasih sayang yang kita kongsi bersama ni menjadikan kamu dan kami insan yang bersyukur dan memberi lebih kepada orang lain. 

Penutup diorang

Nikmat makan, masak, solat, jalan-jalan sama-sama ni syukur banyak. Doa semua nanti kumpul balik kat syurga. Nak sama-sama macam kat sini juga. 😍😍😍

Love..


Tuesday, February 9, 2021

Cuti Thaipusam

Dah lama tak cuti tengah minggu. Thaipusam kali ni jatuh hari Khamis. Menarik gila. Aku dah pasang langsir yang beli kat shopee Jan hari tu. Sebab eksaited dapat habiskan cat lagi sikit yang tinggal (setahun amik masa nak cat yer). Jadi, kita macam nak makbulkanlah impian-impian orang yang nak rumah ni ada langsir. 

Sarapan cekodok gais 


Bilik aku

Bilik wardrobe - gituuu

Bilik Deekay

Ruang tamu


Beli kat shoppee je. Semua langsir tingkap dengan spring dia dalam RM120. Kak Fisha kata, kena lain-lain corak yer. Haha. Okaylah. Sekarang semua benda nak, ada kat shopee yer everybody. Kalau ada suami, lama dah beli kot. Takpe, sabar tu. Ada dia kat mana-mana. Haha. Aku pun eksaited pasang pagi tu. Sebelum pasang, lap tingkap dulu. Kegigihan apa pun aku tak tau. Dah terambil saka Kak Fisha kot. Lap dulu, lepas tu pasang langsir pula. 

Langsir ni Cik Lia jahit. Pun dah lama juga. 

Lepas siap, masuk dapur pula. Masak. Sotong masak kicap dengan sayur campur. Deekay tengah banyak kerja sekarang. So, aku pun okay je nak masak. Punyalah jarang beli sotong, amik 6 ekor je pun dah RM18. Lepas tu, nak masak pula tak tau, nak kena goreng dulu ke tak. Siapa google sat ar sambil tanya adik-adik. Last-last masak  je tak perlu goreng dulu. Deekay kata agak pedas, tapi okay lagi dia kata. Sebenarnya, ko boleh je belajar dari orang komen masakan ko untuk jadi lagi baik. Tapi, dapat orang terima masakan tu, memang heaven. Penat masak pun hilang. 

Sotong masak kicap, ikan dan ayam goreng, sayur. 

Ingatkan dah habislah kederat hari tu. Petangnya pula, aku vacuum rumah. Haha. Gembira betul dapat sedut rambut-rambut yang banyak kat lantai tu. Biasa Deekay, hujung minggu kalau dia rajin, dia vacuum. Tak sampai mood rajin lagi ar tu. Malam tu, aku duduk je atas katil sambil tengok langsir dah pasang. 

Esoknya, aku memang amik cuti. Walaupun Ai Tee tanya nak pergi mana? Aku jawab tak ke mana, nak cuti je. Maka, aku pun cuti ar. Bangun lambat dan tak perlu buka laptop tu nikmat yer. Ai Tee pun tak kacau. M&E engineer call minta barang, Kau boleh kata dengan dia, 'Nanti kita balik ofis kita check, kita cuti hari ni.' Nikmat juga. 

Jumaat petang tu, aku pergi rumah Aleen. Cuti kan? Sabtu pula pergi kemas YPU dengan Mekna dan anak-anak Cik Zah. Covid-covid ni, kemahin galak ko jalan yer. Semoga tiada apa-apalah. 

Love..

Sunday, February 7, 2021

Bertanya khabar

Selasa dan Rabu lepas saya busy membuat tender Australia. Ai Tee bagi last week untuk saya dan Nina study. Tapi, last week busy siapkan Final Account nak bayar untuk Chinese New Year. Memang tak sangka lima Final Account siap. Sebabnya, Ai Tee bila nak cuti, dia sign semua je. Kalau tak, dia check macam nak giler kena betulkan. Tak boleh ngadap kerja lain. 

Ngadap benda ni. Syukur dah settle. 

Good thing is, aku memang minta nak join project ni. Ai Tee siap dah bagitau Alice, aku nak pergi Australia. Tapi, peluang haruslah tipis. Beratur kot staf bawah Alice yang lama lagi dah join dan buat tender Aussie ni. Lantaklah. Ada ada. Takde pun, takpe. Untuk kira budget ni sebenarnya stress sikit sebab Ai Tee macam nak cepat. Aku pula lambat. Walaupun dah fokus habis, masih lambat. Aku amik dua hari untuk kira piling works dekat tiga station. Satu mungkin sebab banyak sangat sheet, aku jadi confuse. Aku siap hari Rabu petang. Submit dekat Ai Tee. Esoknya Ai Tee minta finalize summary nak present dekat Alice. Pagi-pagi pula ada online meeting dengan operation dan Steve. Aku berjaya submit dan brief Alice pukul 10 pagi sebelum Ai Tee ada meeting lain pula. 

Lepas habis submit tu, barulah boleh mengadap IPC lain dan kerja-kerja lain. Rasa tenang sikit. Tengah-tengah buat kerja, Lee Yen datang nak brief pasal steel frame works. Memang just in time. Aku baru submit benda tu. First benda yang dia tanya, 'Kakak, are you okay?' Aku terus bagitau, 'I just submitted works to Alice. After two days buat. Finally I boleh buat kerja lain. How are you?' Sebab dua hari ni aku takde apa-apa kerja liaise dengan dia (dah ngadap tender Aussie je), memang tak bertegur sapalah. ' I okay je.' dia balas. Aku pun bagitau, 'If got stress, do let me know.' Dia pun okay-okay sambil explain kerja dekat aku. Yang aku tak boleh settle, dan bawa kepada Ai Tee. Ai Tee tolong proceedkan kerja dia. 

The feeling lepas dia tanya how are you tu indescribable. Aku rasa macam tenang dan lepas satu burden kat situ. Aku manage je benda kerja selama ni. Tapi, tak sangka ada satu perasaan lain yang lepas bila orang tanya khabar kita. Just a simple words dan aku explain sikit, aku terus rasa tenang. Nilah yang selalu aku baca kat twitter pasal reach out people. Aku yang boleh manage stress dan tak tension sangat ni pun rasa tenang. Agaknya kalau orang yang stress tu, mesti rasa apa.

So, aku apply benda ni dekat Nina sebab dia work from home nak kena jaga Idris. Baby sitter Idris kena quarantine. Tanya khabar dia, dan dia cerita problem dan perasaan yang dia tengah hadapi. Sebenarnya problem tu dia akan settlekan sendiri juga. At least, aku just nak bagi dia rasa apa yang aku rasa bila Lee Yen tanya aku. Aku cuba apply benda yang sama dekat orang-orang keliling aku. Semua orang ada struggle masing-masing. Hope with this small act yang aku buat, boleh bantu orang keliling aku.

Lunch kat meja plak. Lagilah takleh channel out stress dengan bergosip

Baju masa kawen Daus. Muat lagi. Walaupun sendat sikit. :p


Masih dalam PKP dengan kerajaan tebuk atap. Ramai yang struggle untuk menyediakan nasi untuk keluarga. Semoga kita semua memudahkan urusan orang lain dan membantu sesama kita. Aku doakan semua urusan kita dipermudahkan Allah. Mendengar ceramah Ustaz Azlan mengenai nama-nama Allah, di sebalik semua kesusahan yang kita lalui, jangan lupa rahmat Allah terdapat di dalamnya. Rahmat Allah Yang satu dari 99 yang Allah simpan untuk kita di akhirat kelak. 

Love..

Sunday, January 17, 2021

Rising Bravely Nadiah

Kita mulakan entri pertama 2021 dengan nota-nota yang saya catit semasa menghadiri seminar online daripada IMAN Publication, Raising Bravely-Embracing the Hardship of 2020. Selalu tulis je bila dengar talk, lepas tu letak bersepah-sepah. Sini ada notes, sana ada notes. Semoga lepas ni rajin tulis kat sini untuk peringatan masa depan. Kau juga yang ulang baca.





Seminar ni start dengan Ustaz Mizi Wahid. Tapi, aku tak sempat dengar, tengah makan malam. So, kita mula dengan Quran Tag Girllah. 

Speaker 1 : Ayesha Syahira (He loves Those Who Surrender to Him for Courage)
  • Your salah have to revolve around the thing you do everyday. Whatever you do in the between of salah must be blessing to Allah.
  • Quality of prayer need to be improve eevryday.
  • Treat salah like a presentation to Allah.
  • One of the tip to focus during pray is to pray on time. <-- Based on hadith
  • The intimate conversation with Allah during the recitation Al-Fatihah <-- Hadith Qudsi.
    • Ayat 1 - 3 = For Allah
    • Middle ayat = Between servant and Allah
    • Last 3 ayat = For the servant 
  • When you have problem, go and seek help with prayer and patient (Ayat Al-Quran). Don't try to solve it, pray first. Allah will help. eg doa : "O Allah, inspire me, show me the way to solve the problem."

Speaker 2 : Akif Basri (Bravely Coping the Pandemic)
Aku masuk tengah-tengah sebab ayah nak solat Isyak. So, depan dia tak dapat.
  • Inquisitiveness - Kalau jadi macam ni, kena buat camni. Fikirkan beberapa solution if the thing is not as plan.
  • Resilience - Bangkit jika jatuh.
  • Threat - Trigger yang ganggu dalam life. Kena ada high awareness perkara yang ganggu untuk individu growth.
  • Adaptability = (Purpose + Inquisitive + Resilience) / Thread = InsyaAllah, lebih mudah kita adapt dengan situasi unexpeced.
  • Fasa changes :-
    • Denial -----> Acceptance (not necessay fully recover, just move on) ---> Growth
  • Pain redirect you to where you're meant to be.

Speaker 3 : Liyana Musfirah (Scarred but not Shattered)
  • 2021 - be the year to have a better relationship with your scar
  • Look yourself beyond the scars.
  • Find the scars and deal with it. Enough lable on the scar. Don't add another burden to the scar. 
  • Ask yourself the best doctor to treat the scar? Allah
  • Scar will be a teacher, a reminder and lessonEvert
  • If we have part of scar, other parts (which is more bigger) can cover.
  • Doa to Allah, "O Allah, Engkau yang memberi scar ini, bantulah aku melupakannya dan menghadapinya."

Speaker 4 : Aiman Azlan (Your Life is Worth the Brave Fight)
  • Everyone have their own difficult journey. Indicidual pain is not same as other, but we share the same journey and feeling.
  • Even the fight is painful, it is worth
  • The reason of the journey is worth because of why? Find the WHY.
  • Our life is a journey. It is not a competition. It is not about who is faster or slower, who is richer or lesser etc. than anybody else. 
  • Do not put someone else in your journey equation.
  • People need to be responsible for their success, mistake, certainty and uncertainty decision made.
  • Own your life (choice/your idea/what you want/what you like)
  • Create your life worth living and fighting.
  • A resposible person will try to be the best (in their action/decision) not rebellious .

Speaker 5 : Mizz Nina (The Courageous Heart of a Struggling Believer)
Surprisingly, notes dari dia je dua mukasurat. Banyak betul point.
  • Every calamity, there always a goodness.
  • Whether we be grateful, be patient, have faith to what ever occassion to happen
  • Hadis - Amat menakjubkan urusan seorang Mukmin kerana setiap urusannya adalah baik dan itu tidak akan berlaku kepada seorang pun kecuali kepada seorang Mukmin (yang sempurna keimanannya). Jika dia mendapat sesuatu yang mengembirakan dia bersyukur, maka itu adalah kebaikan baginya. Jika dia ditimpa kesusahan dia bersabar, maka itu adalah kebaikan baginya.
  • Redha - be content with decree by Allah. Allah know me better than myself.
  • To get contenment, always turn to Him in ease and hardship. Doa also.
  • Every struggle, Allah will elevate us.
  • Struggling is thousand times better than giving up. 
  • Difficult to change because we like to rely on people rather than rely on Allah. We need to make Allah as no. 1 in our life.
  • Ar-Rad, ayat 11 - need to begin with myself. Determination.
  • Surah Luqman ayat 22 - holding on to Allah will giving us strength
  • Turn to Allah, The Creator and Master in everything in this world and universe.
  • Surah Al-Ankabut-dunya is like spiderweb. If we live without remembering Allah, we willl stuck.
  • Purify ourself - be real with Allah and be real with ourself.
  • How to purify? - Taubah, be kind, having good manner and akhlaq, call upon Him (Al Jabbar)
  • If Allah is your strength, nothing can break you.
  • May Allah allow us - journey to Allah with pure heart.
  • How? eg : car need fuel. Us need :-
    • Fill our heart with Quran
    • Remember of Allah - Zikir
  • Lose yourself by pleasing people and find yourself pleasing Allah.
  • Ar-Rad ayat 28
  • Run after the Hereafter
  • The life is test. What important is how we respond to it. 
  • Check your heart and yourself everyday.
  • Make a plan with Al-Quran eeryday.
  • Always holding on Allah.
  • It's hard, but not impossible. 

Speaker 6 : Ustaz Hasrizal (Mempersiapkan Minda untuk Tahun 2021)
Notes ustaz ni tiga mukasurat. Hehe.
  • Surah Al Hasr ayat 59:18 Karakter penting bagi orang bertaqwa.
  • Ciri-ciri orang beriman bukan go with the flow. Kena berfikir dan merancang masa depan.
  • Allah menciptakan hidup dan mati sebagai ujian Al-Mulk 67:1-2
  • Untuk setiap ujian, Allah nak tengok siapa yang memperelokkan amalannya.
  • Begin with the end of mind -- benda yang pasti (mati dan kiamat) / benda tak pasti
  • Allah tidak mengajar kita takut kepada kematian, tetapi berfikir apa yang kita siapkan untuk kematian?
  • Hadis - Kita berada di tahun-tahun yang menipu. "Iaitu si bodoh yang bercakap tentang urusan orang ramai." (orang bodoh tidak malu menyatakan kebodohannya)
  • Persiapan pertama : Bezakan isi dan kulit (substance and form?)
    • Fikirkan point. What is the point of study? What is the point of kerja? What is the point of marriage? 
    • eg: Apa pentingnya belajar agama? If we don't know the point, dia boleh jadi hiburan untuk masa lapang je.
    • Ask question. Utamakan yang utama, tinggalkan form
  • Persiapan kedua : Perhatikan apa yang tersurat dan tersirat (iceberg)
    • Iceberg, bukan tengok atas je. 
    • Surah al-kahf membetulkan cara berfikir, membetulkan your value system, first thing first.
    • Metode nilai, perhati dan fikir, percaya <-- Kalau ada masa, pergi study surah Al-kahf
  • Persiapan ketiga : Upgrade Islam. 
    • Dari warisan kepada pilihan. 
    • Cari ilmu.
  • Be kind to ourself. Hadis Hanzalah dan Abu Bakar.
  • Tuntut ilmu, cari peringatan, jangan berhenti bertaubat, engage dalam majlis ilmu, berkawan dengan orang yang baik-baik
  • Tanya diri sendiri, kesan daripada ujian yang kita hadapi, kita jadi lagi baik atau tak? Kalau tak jadi lagi baik, cari jalan baiki dan cari ilmu.
  • How to be kritis? 
    • Dengan memperbaiki kualiti input (keluar dari comfort zone)
    • Dengar benda-benda mencabar minda
    • Don't feel the complacent
    • Read diversely, read things that challenge you / your thought / provoking
    • Question things
  • Doa Allah bagi hidup yang Allah redha, bukan apa yang kita nak
  • Berkawan dengan orang yang sincere dengan friendship dan boleh point out our weakness
  • Jangan putus asa/harapan. Allah lebih suka mengampun dan beri kebaikan berbanding menghukum.
  • Rahmat Allah lebih besar dari kesusahan yang kita hadapi.
  • Rising bravely for 2021 with Allah. :)
Alhamdulilllah. Gagahkan habis transfer nota dari buku ke alam maya. Banyak benda kena check balik. Tapi, kalau check nanti, bertangguh entah bila nak upload? Kalau sempat update, kalau tak, faham-faham sendiri. Kita tutup tazkirah dengan doa, 

"Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kepadaMu, berikanlah aku ilmu yang bermanfaat, amal yang diterima, rezeki yang baik dan iman yang mantap." 


Speaker lain semuka je

Gigih Ust Hasrizal ni, siap buat slide

Tulisan, takleh 'cantik' lagi. Haha

Kena rajin lagi transfer lepas ni



Love..