Tuesday, October 8, 2019

Subcon nak tarik diri

Ada satu sub-contractor yang dah dapat contract, tapi bila masuk kick-off meeting, rasa takut dan taknak buat kerja tu. Saya salahkan Syam untuk ini. Banyak sangat requirement untuk Safety. Haha. Walhal standard UG memang tinggi untuk safety. Tapi, subcontractors ni pun kali pertama juga join kerja dengan Gamuda. Lepas tu, Liquidated Ascertained Damages (LAD) sampai RM5000. Lagilah cuak kawan. But, worries not. Sepanjang 10 tahun kat sini, tak pernah charge LAD to our subcontractors. Bak kata Mr. Kock, kita just nak deliver kerja sahaja. Kalau kau tak perform, we won't charge you LAD, but sorry. We won't call you for another works next time. 

Untuk selesaikan masalah ni, Nga panggil meeting. Ai Tee dah bayang-bayang subcon ni akan tarik diri. Dan saya kena buat semua tender process all over again. Saya berdoa semoga bukanlah begitu prosesnya. Sudah cukup banyak kerja sekarang. Sudahlah Kobi nak balik Chan Sow Lin, saya perlu menyelesaikan semua Final Account yang lama-lama. Tolong jangan tambah lagi. Banyak benda nak kena belajar ni. Nanti Nga kejar saya macam gila tanya pasal subcon ni.

Mr. Kock masuk sekali meeting ni. Saya tenang sedikit. Mr. Kock punya pendekatan memang nak tolong selesaikan masalah dan bukan blame or push others. Bincang punya bincang, Serrig nak buat kerja tu dengan syarat LAD kurang dan safety report Nga tolong buatkan. Sorrylah Nga. Kalau tak, kerja you lagi banyak kalau dia tarik diri. So, susah sikit yer. Thank you!

Mr. Kock dan Mr. Hong 

Balik dari meeting, kami makan sekali. Saya naik kereta dengan Nga, Mr. Ti dan Ai Tee. Masa nak jalan pergi kedai, saya jalan belakang sekali. Sebab diorang dok cakap Mandarin. Saya malas nak campur. Masa lalu satu lorong tu, ada kereta masuk. Pastu saya nampak Nga toleh belakang. Rasa perasan macam Nga nak tengok saya ke tepi ke tak. Kang kena langgar anak orang ni. Saya agak saya perasan je kot. Haha. Tapi, bila kami nak lintas jalan, saya perasan lagi, Nga toleh. Tengok saya lepas ke tak. Haha.

Okay, nasib baiklah kau unreachable Nga. Dahlah lahir tahun 1993. Letak sini, untuk ingatan. Balik tu, kami singgah kedai buat jersey sebab nak tukar size baju budak site salah pilih. Pengularan secara berjemaah. Tapi, diorang ni jenis perform kat ofis. Ular-ular pun sebab kerja. 

Ada fitting room
Ai Tee, semua benda nak involved. Haha

Saya suka benda simple-simple macam ni. Mudah terhibur. Dan saya syukur sangat dengan benda-benda kecil macam ni yang buat saya rasa gembira. Untuk ada rasa seronok ni (walaupun akan gaduh sikit dengan Nga, selagi kerja Thales tak settle dan macam-macam lagi kerja dengan dia ni). Terima kasih untuk perhatian itu. Saya harap saya tak compare Nga dengan siapa-siapa. Dan tak generalise cina baik, melayu tak. Haha. Racist terhadap orang melayu aku ni. Nga baik, adalah sebab dia baik. Bak kata Faezah, dia jumpa ramai je Cina yang tak baik. Tapi, saya jumpa, majoriti cina semua baik. Mana tak senang sis suka kat orang tak sunat ni. Hehe.

Apa-apa pun, bersyukur dengan semua benda jadi kat saya. Allah izin, sebab tu jadi. Tapi, Allah tak semesti suka walaupun dia benarkan jadi. Berusaha jadi lebih baik setiap hari. Dan sebab Allah Al-Wahhaab (الوهاب) Maha Pemberi dan Maha Menganugerahkan dengan memberi banyak kenikmatan dan Ar-Razzaaq (الرزاق) Maha Pemberi Rezeki, iaitu memberi berbagai rezeki serta membuat juga sebab-sebab diperolehnya  dengan menghadirkan saya orang keliling yang baik, semoga saya juga memberi keseronokan dan kegembiraan kepada orang lain. 

Love..

Sunday, October 6, 2019

Majlis Tunang Kak Cik

Sekejap betul rasanya sekarang. Masa tu baru hantar Fahmi bertunang, ni dah sampai masa majlis. Kak Cik pun mesti sama je. Baru je tunang ni, kejapan je dah setahun nanti.

Majlis Acik Oya kali ni dia buat dekat rumah Citra Kasih. Aku balik hari Jumaat, lepas kerja. Ambik Baim dekat LRT Chan Sow Lin, pastu amik Kak Fisha dekat KLIA2 dan Kak Mi kat Nilai. Mak, Kak Long dengan Kak Cik dah balik pagi Jumaat. Sampai rumah nenek dalam jam 1.00 pagi juga.

Esoknya Sabtu, majlis tunang Kak Cik. Sambil masak-masak untuk lauk tambah majlis Fahmi. Nek Som dan Nek Siah tidur rumah nenek sebab nak tolong masak. Terbaiklah nenek-nenek ni. Aku memang bantai tidur je sebab dah drive semalam. Haha. Alasan. Sekarang ni, kat rumah nenek Saabah, memang rileks je. Kau tau turn nak tolong tu bila. Turn nak rehat tu bila. Jangan risaulah. 

Kak Cik ni senyap-senyap je terus nak tunang. Sebab tunang dia orang Taman Maju, buat sekali. Aku yang pung-pang bagitau semua orang, berkenalan dengan semua orang, takde rezeki lagi. Tapi, aku percaya janji Allah. Semua benda yang jadi ni, memang aku amik sebagai pengajaran dan pengalaman. 

Majlis Kak Cik ni, cadang nak buat simple-simple je. Sekali. Amik. Ada pelamin DIY dari Mak Usu, kawan dia datang make-up dari KL, hantaran Kak Mina buat, khemah lagi. Bak kata Mak Usu Bayah, bolehlah kau nak idamkan majlis macammana. Jadinya macammana, belakang cerita. Sayang Mak Usu juga! Selalu membantu dengan berjayanya. 

Mini pelamin

Bakal mak mertua

Wakil-wakil keluarga Othman

I'm happy for both of you

Kak Mi dengan Kak Long masak

Kak Mi dan Acap!! 

Runner untuk semua majlis, Muhammad

Fisha dan nenek, tak dapat dipisahkan. 

#nadiahkerjaKL #tibeh

Harap maaf, gambar tidak mengikut susunan. Sila terima. Kalau nak sempurna memang pendinglah post ni. Oh, Daus takde masa ni. Aida, tak berapa sihat. Semoga dipermudahkan urusan awak juga Us.

Sayang, akak doakan semoga semua urusan awak dipermudahkan sehingga majlis nanti. Gaduh sikit-sikit dah. Dah boleh start masuk dapur. Kemas-kemas bilik. Lipat baju. Akak sayang awak. :) Untuk Kak Fisha (dan diri sendiri), akak doakan awak berjumpa jodoh awak dalam masa terdekat. Semoga dengan izin Allah, kita boleh buat sekali tahun depan. Senang cerita. :) 

Love..

Wednesday, October 2, 2019

Rindu kau gila..

Isnin lepas, last day lunch dengan Sity sebab dia nak pergi buat tender Vietnam. Nak kena pergi 10 hari dok sana dengan Mr. Wong. Jadi, kami makan gembira-gembira dekat Mytown. Tengah sembang-sembang, sekali cerita pasal Ai Tee, yang semua orang pun cemburu dia. Hemalah, Shereenlah dan siapa entah lagi. 

Aku selamba je cakap, "Orang hebat memang macam tu lah. Tengok aku, biasa-biasa je. Semua orang suka." 

Sity, yang kepala hotak dia berpusing ikut putaran angin monsoon setiap tahun pun balas, "Konfiden je kau, orang safety tak suka pun kau." 

Kuahajaqqqqq.. Ada je akal nak kenakan aku. Tapi, aku rindu kau lah gila... Take care Sity! We love you. 




Love..

Thursday, September 5, 2019

Kak Fareen, Deekay & Kehidupan

Kak Fareen menghantar pesanan. Ayahnya telah meninggal dunia pada Khamis malam Jumaat dua minggu yang lepas. Hari Jumaatnya, Mak Ina mahu melawat. Tetapi saya mempunyai hal pada petangnya. Tidak dapat ikut. Hari Sabtu sahaja saya melawat. Mungkin balik hari sahaja perancangannya.

Training dekat Gamuda

Saya menelefon emak. Mahu mengajak pergi melawat. Pulang hari sahaja. Apabila emak memberi tahu ayah, ayah mahu ikut dan tidur di kampung. Sangat jarang ayah yang mahu pulang ke kampung, jadi saya turutkan sahaja. Pulanglah kami ke kampung pada Sabtu itu. 

Cubaan ayah selfie sendiri. Berjaya.
Saya singgah mengambil Deekay di Pusat Rehab Air Keroh. Alang-alang kereta kosong. Bawa keluar sekejap dari asrama. Bawa ke rumah nenek Saabah. Cadangnya mahu melawat Kak Fareen petang itu. Apabila saya menelefon Kak Fareen, katanya dia ke Pantai Puteri, menghantar sumbangan ke rumah anak yatim. Apa lagi, tidurlah petang tu. Setelah bangun tidur yang konon-kononnya penat akibat memandu. Saya menyediakan minum petang cempedak yang nenek tanam di belakang rumah. Nikmatnya makan cempedak tidak perlu bayar. Jika di R&R Tapah, seketul cempedak berharga RM1.50. Karut betul. 

Selepas minum petang, saya membawa emak ke rumah Nenek Rammelah. Rumah Mak Chah ada tetamu. Adik Pakcik Yahaya dari Pahang dan Kedah datang melawat. Pakcik baru selesai membuang bisul di belakang badannya. Oleh Kerana mempunyai kencing manis, luka itu sukar sembuh. Allah. Nikmat sihat ini memang perlu disyukuri. Semoga pakcik kuat dan tabah. Untuk Deekay juga. Dan Pak Busu. Semoga diberi kesembuhan untuk semua.

Nak bagi dekat budak UiTM. Kamera tipu habis. 
Malamnya pula, sempat ayah pergi meneman untuk Acik dan Pakcik berjumpa bakal bapa mertua Fahmi. Selesaikan sedikit masalah mengenai perkahwinan mereka. Nenek risau. Allah. Ujian masing-masing. Yang nak kawen pun ada masalah, yang tak kawen pun masalah juga. Tetapi, tidak mengapa, lalui sahaja dengan tenang. Selama ni pun Allah jaga sahaja. Hehe.

Esoknya, baru pergi melawat Kak Fareen sebelum balik. Cadang nak gerak pagi, tetapi Kak Fareen terpaksa ke pasar dahulu. Selepas hantar Deekay, kami menunggu Kak Fareen pulang dari pasar. Cerita kak Fareen, tidak lama ayahnya sakit. Dalam tiga minggu sahaja. Memang Allah mudahkan. Tetapi, Allah mungkin terlalu cepat. Kita yang hidup nilah nak kena belajar terima keadaan. Moga Kak Fareen dan emaknya tabah.

Dah sampai Tol Ebor, ayah bawa.

Always anak emak ayah. :)

Kenduri
Bulan September ini, hujung minggu memang penuh. Walaupun ada cuti berturut-turut pada Isnin, ada sahaja program saya. Semoga semua kesibukan ini dapat menjadi pahala Allah melimpahkan rahmat ke atas saya. Dengan rahmat dan kasih sayang itu, semoga selamatlah masuk ke dalam syurga. 

Love..

Tuesday, September 3, 2019

Rasa dalam Jiwa

Kecewa
Kepada tindakan yang dicuba
Benarkah ini jalannya
Bergaduh dengan orang yang kita cinta
Katanya sudah tidak hormat padanya
Jarang aku sebegitu rupa
Tapi, mungkin ya jika kau katakannya
Adikmu ini punya degil rupanya
Yang keluar dari mana aku tidak pasti tempatnya
Maaf jika kau terasa
Aku berdoa satu hari tiba
Kau akan merasakan hormatnya
Waktu itu mungkin kau sudah terima
Kasih sayang melebihi segala-galanya
Atau aku sudah beri yang kau pinta
Hormat pada yang tua
Tanpa perlu dipaksa-paksa

Terasa
Aku juga terkena
Kepada adikku juga
Yang kurasa tidak apa-apa
Cuma ditegur akibat tidak membuat kerja
Mungkin penat sebenarnya
Sampai terlepas kata
Dan dia terasa
Berulang kali kau kata
Bukan sekali dua
Tuhan Maha Adil kepada hambaNya
Aku rasa apa yang kakakku rasa
Tetapi Alhamdulillah aku malas berkira-kira
Kerana sayang melebihi segala-galanya
Tidak terputus hubungan kerana itu semua
Terima buruk baik seadanya

Rasa
Kepelbagaianmu terlalu banyak untuk diteka
Terlalu hebat untuk dibaca
Sampai begitu teruja
Menerima semua yang ada
Terkadang hati tenang sahaja
Nanti berganti lain pula
Di satu masa ianya gembira
Di masa berbeza air mata mengalir tiba-tiba
Tidak lupa juga rasa kecewa
Perjalanan diri tidak seperti yang diminta
Tapi tidak mengapa
Aku terima semuanya
Allah punya Kuasa
Walau kadang terkata
Kenapa saya?
Tetapi, terlupa
Kenapa tidak saya?

Aku bukan baik orangnya
Bukan semua pun perlu suka
Juga tidak perlu suka semua
Manusia berbagai ragamnya
Teruskan sahaja
Minta petunjuk dariNya
Atas semua urusan di dunia
Janganlah dibiar atas  diri sendiri sahaja
Walau sekadar kerdipan mata
Minta sahaja penghujung dunia gembira
Dan semoga di akhirat kita di syurga
Itu doanya

Petaling Jaya
030919

11 tahun dan masih mengira. 😍

Love..