Tuesday, August 6, 2019

Singgah Pendang

Sampai di Pendang, kami ingat mahu ke rumah Kak Fiza, anak Tok Ali. Sebab tidak mahu menyusahkan Kakak, kami tidak telefon dulu. Selepas makan tengahari siap-siap baru ingat nak singgah. Sekali, Kakak pergi Alor Setar. Haha. Takde rezeki nak jumpa. 

Teruslah ke rumah Aida. Kat sana, Aida dah tunggu dengan Daus. Dalam pada kami berborak, mak Aida baru balik kedai. Borak pasal buat bendang. Kata mak Aida, orang dulu-dulu buat bendang lama. Sampai setahun baru dapat tuai hasil. Sekarang ada yang enam bulan dan tiga bulan. Kata mak Aida lagi, sekarang cepat dah boleh dapat hasil, duit pun habis cepat. 

Betul tu. Aku dok bayang kan kalau setahun, baru kau nak dapatkan hasil. Lagi sebelas bulan tu, kau nak makan apa? Tapi, orang dulu-dulu hidup gembira sahaja. Dunia sekarang dah makin laju. Kerja sawah ni susah kot. Dapatnya berapa kerat je. Allah. 

Ayah bolehlah borak dengan mak ayah Aida pasal bendang ni. Arwah We ada buat sawah juga dulu. Adalah pengalaman. Pastu Aida keluarkan durian. Hehe. Pulut tengah masak kata Aida. Melantaklah durianlah kami. 

Dah sudah makan tu, kami nak balik, singgah tengok bendang dekat belakang rumah Aida. Bukan Aida punya. Jiran dia punya. Lepas tu, mak dia bagi pokok-pokok nak buat buat tanam kat Klang. Bayam apa entah, daun kesomlah, apa entah lagi. Bestnya kalau pandai menanam ni. Nanti aku pun nak buat mini taman kat rumah akulah. 

Balik tu tidur rumah Daus di Kepala Batas. Rumah dia cantik wei. Serius, toilet dia bersih. Haha. Bagus Aida ni. Aku kagum. 











Love..

Sunday, August 4, 2019

Kerja dan doa

Jumaat lepas, 2hb Aug 2019, hari jadi Sity, kakak dia belanja makan tengahari. Kerul pula pergi breakthrough TU2. Maka, tinggal saya, Nina dan Faezah sahaja makan tengahari itu. Kami makan di Janda Baik.

Bertiga

Happy Birthday sayang!! 

Topik kami adalah keputusan kakak faezah (Assistant Manager) yang baru masuk ke pejabat kami pada 15hb July yang lepas sudah mula tertekan dan mahu berhenti kerana bekerja di bawah Gua. Ramai dah yang di bawah Gua ni berhenti sebab tak tahan dengan kecerewetan yang entah apa-apa tu. 

Yang sebelum ini haruslah kawan kami, Mohd Khairul. Budak pandai tu. Tapi, bila under Gua, terus rasa macam sebodoh-bodoh orang. Sama juga macam kakak Faezah ni. Kami memberikannya setahun untuk bertahan. Tetapi, melihatnya yang masih juga tidak boleh berlawan dengan Gua, kami turunkan ke enam (6) bulan. Rupanya tak sampai juga. Dahlah budak ni pandai. Kawan sama belajar dengan Toak Ping. Pun masih tak tahan. Dia akan resign, bila sorang staf HQ balik HQ dalam 15hb ni. Kesian Faezah, seorang diri nanti. 

Ramai je yang offer tolong dia. Mr. Teoh pernah bagitau dia, kalau dah tak larat bagitau dia, nanti dia tarik Faezah masuk team lain. Tapi, Faezah kata tak sedap pula. Duduk sama kat Southgate dengan Gua. Tengok, baiknya Faezah. Masih fikiran Gua tu. Ms. Loon pula, dia minta Faezah request pergi Penang projek. Dengan alasan nak mengandung. Bawah Gua stress, takleh mengandung. Faezah gelak je. 

Tapi, Faezah ada projek lain. Dia nak berhenti bila bisnes Rizal dah okay. Aku selalu doa bisnes Rizal okay dan Faezah akan berhenti. Walaupun kau akan hilang kawan kau yang baik. Kegembiraan dia adalah keutamaan aku. Larilah dari Gua ni. Mental dan kurang kasih sayang. Semoga aku tak macam tu walaupun tak kahwin lagi. 

Semua orang pun kagum dengan Faezah. Dia je yang berjaya melayan Gua ni. Kami tanyalah tips dari Faezah, macammana dia boleh bertahan. Satu, dia kata dia malas layan. Dia dengar sahaja cakap Gua. Orang lain, kalau rasa Gua salah, memang nak lawan. Faezah takde. Dia dengar je. Ikut lah 10 kali, Gua nak tukar format ke. Nak kritik tulisan dia ke, nak berdecit atas sebab dia tak garis table je sampai sejam, Faezah senyap je. Dengar je. 

Lagi satu adalah yang buat dia tenang (sebenarnya tak tenang juga) tapi boleh lepas semua ujian ni adalah dia kata, dia amalan baca ayat Kursi sebelum pergi kerja pagi-pagi setiap hari. Kalau pagi tu, dia solat subuh dengan Rizal, dia akan minta maaf dengan Rizal dan minta Rizal doakan kerja dia mudah hari tu. Dia amalkan benda tu, sampai semua nampak dia boleh tahan dengan Gua. Tapi, kekuatan tu memang Allah yang bagi. Dia pun tak sangka boleh lepas semua ni. 

Aku setuju. Masa aku ada isu dengan Syam dulu, aku selalu bangun malam minta Allah bagi petunjuk aku dengan dia. Urusan aku dengan Syam sebenarnya dah stop, Allah dah bagi petunjuk dia bukan untuk aku. Tapi, aku nampak sebelum tu, selain urusan hati, urusan kerja aku pun dipermudahkan. Banyak kerja aku settle bila aku bangun malam. Walaupun serabut otak, tapi selesai. Satu-satu kerja aku boleh tick-off. Masa tu tengah meng gila tender micropile dengan caisson. Aku siap gaduh dengan Nga. Tapi, tengok balik, tak sangka lepas dah semua tu. Allah bagi selesai. Walaupun tak mudah, tapi selesai. Allah. Sekarang bila aku rasa dah takde apa-apa nak minta, aku malas bangun. Manusia. Lupa. 

Sebenarnya, banyak benda kau boleh minta waktu tahajud tu. Minta mudah urusan dunia. Banyak kot. Minta sihat, mudah kerja terutamanya Thales tu, makbulkan permintaan, rezeki, ilmu pengetahuan, ikhlas, tak gaduh adik-beradik, jadi anak solehah, kereta tak rosak, anak buah selalu Allah lindung, rajin solat, rajin ngaji, rajin sedekah, pasal rumah, hidup dalam iman, mati dalam iman, jerawat kat muka hilang, pandai masak, pandai bau, dan macam-macam lagilah nak minta yang dunia. 

Pastu, nak minta mudah urusan akhirat. Waktu padang mahsyar dapat lindungan, minum air dari telaga, dapat buku amal melalui tangan kanan, lalu titian sirat sepantas kilat, berat timbang amal kanan, masuk dalam syurga dengan orang yang kita sayang, jumpa Rasulullah s.a.w dan jumpa Allah untuk kata terima kasih atas semua nikmat yang Dia berikan. Banyaklah kalau kau nak bangun malam dan minta. 

Ini tak, bila susah baru beria-ia cari Allah. Bila dah senang, lupa. Peringatan kepada diri sendiri. Moga kembali rajin bangun walaupun takde spesifik benda aku nak. Moga Allah sentiasa bantu kita untuk jadi hamba Dia yang bertaqwa. Percaya semua ujian adalah kasih sayang Allah yang tiada taranya. Dia sayang kita lebih dari segala-galanya. Lebih dari mak kita sayang kita. 

Untuk semua nikmat ini, Alhamdulillah. Segala puji Hanya untuk Pencipta langit dan bumi dan semua isinya. 

Love..

Sunday, July 21, 2019

Siri berborak dengan ayah

Mak sekarang nak berjalan. Sementara ada rezeki dan Allah izin, kita layankan. Mak kata nak pergi melawat sahabatnya di Kedah. Sebelum pergi Kedah, kami makan dulu di Klang. Masa makan, borak-borak dengan mak ayah. Akukan suka bercerita.

Dok ceritalah pasal Muhammad, kawan-kawan dia yang hebat. 

Aku : Hebatnya kawan-kawan awak. 
Mad : Orang nak masuk syurga ni memang hebat-hebat kak. 
Aku : Nak masuk syurga ni ada macam-macam cara. Akak pilih cara lainlah. Bukan cara yang hebat tu. Tak kira lah bukan syurga atas pun. Janji masuk syurga. 

Aku geleng kepala juga dengan cita-cita yang tak tinggi dan hidup biasa-biasa je ni. Walhal, orang kelling aku ni hebat-hebat kot. 

Teringat cerita dengan Mak Ngah, sebab kami ulas orang yang tak reti nak bagi signal ni, ada neraka khas untuk mereka. Mak Ngah kata, jangan doakan orang masuk neraka. Ayah pula bagi analogi. 

Ayah : Kita, kalau benci pun dengan jiran kita, kalau rumah dia terbakar, mesti kita nak tolong padankan juga dan nak tolong dia. Kita taknak biar dia terbakar. 
Aku : Haah. 
Ayah : Api neraka lagi dahsyat dari tu. Jadi, takkan kita nak biarkan dia masuk situ. 

Allah. Aku doakan semua orang yang aku sayang dan orang sekeliling aku masuk syurga. Atas sebab rahmat Allah dan atas cara apa pun juga. Bersama-samalah kita mencari sesama kita di sana kelak. 

Dalam pada masa yang sama, mari mencari kekuatan untuk menjadi orang yang lebih hebat dari biasa. 

Great things never came from comfort zone. - Quote

Asal kak cik pula yang drive 

Sampai rumah Daus

My heart..


Love..

Sunday, July 14, 2019

Nota diri

Hari ni hari Ahad
Kebiasaanku hanya di Klang
Masa sarapan dan memasak makanan
Adalah masa untuk mengemaskini cerita
Seminggu di bilik sewa
Untuk pengetahuan keluarga tercinta

Baru-baru ini ada orang menghantar pesanan
Mahu berkenalan katanya
Tidak mengapa bagiku seperti biasa
Cuma kita perlu berjumpa
Kerana selepas itu, pasti banyak lagi yang perlu dikira dan dikata
Sudah pasti ke arah bekeluarga
Itukan tujuan utama?

Beliau cuma mengiyakan sahaja
InsyaAllah ada rezeki katanya
Berjumpalah kita
Kenapa takut jika mahu bersama
Aku bukan makan orang pastinya
Cuma mahu kepastian
Benarkah ini yang kau dan aku mahukan

Allah Maha Kaya dan Penyayang
Semua rasa untuk aku diberikan
Begini rupanya perasaan
Bila orang lain memulakan
Semoga aku menimbang semua
Tidak memberi harapan dan tidak menutup peluang
Untuk aku dan si penanya
Marilah mengenal sesama

Juga untuk diri sendiri
Sudah-sudahlah bercerita sesuatu yang tak pasti
Manusia hanya mampu berdiskusi
Menebak itu dan ini
Tidak tahu apa yang kau lalui
Maka, selepas ini
Semoga lebih senyap dan berhati-hati
Walau teruja setinggi-tinggi
Teruslah mengunci
Berikan kad sahaja nanti
Janji?


Selasa 090719 - Pak Busu dan Mak Usu berangkat 

Isnin 080719 - Tukar geran kereta Persona

Khamis 100719 - Jumpa kawan Tim

Rabu 090919 - Juare datang bawa orkid

Khamis 100719 - Contracts conference

Love..

Friday, July 12, 2019

Hapuslah Kenangan Itu

Masa terlalu cepat berlalu
Semuanya terlalu laju
Dari minggu ke seminggu
Waktu ke waktu

Aku tetap berada di situ
Menjalani hari tanpa kamu
Kerana kau masih membisu
Hanya kenangan bertamu

Aku masih menunggu
Pudar atau hilang semua itu
Dari fikiran dan akal warasku
Dan hidup tenang seperti dulu


Southgate
120719

Love..