Sunday, March 17, 2019

Milly dan Mamet - Review

Mari kita belajar review movie sekarang. Banyak dah movie tengok, asyik simpan dalam otak sahaja, sampai masa lupa. Jadi, kita simpan dalam blog. Yang akan baca nanti, pastinya kau juga. 

Filem pertama yang nak review adalah, Milly dan Mamet. Cerita ni, haruslah datang keinginan menonton dari review Aina Wafi yang suka gelak dengan lawak sendiri masa dia review dekat MLStudio (kadang-kadang aku pun sejenis ni). Sabtu lepas, nak keluar dengan Mekna, Mekna ajak tengok cerita ni. Jadi kita on. Beli tiket online TGV dekat Wangsa Walk. Dapat RM18 untuk dua orang sebab tengok sebelum pukul 12 tengahari.

Milly dan Mamet ni, spin-off dari cerita Ada Apa Dengan Cinta. Milly ni kawan baik Cinta dan Mamet ni, sama sekolah dengan diorang dan diorang pinjam kereta Mamet masa nak kejar Rangga dekat airport (bandara). 

Plot cerita ni menarik. Mula-mula dari mereka jumpa dekat reunion sekolah. Masa tu Milly dah ada boyfriend, tetapi terpaksa pulang awal. Milly dihantar pulang oleh Mamet, malangnya kereta Mamet rosak di tengah jalan. Sementara menunggu bantuan, Cinta melepasi tempat mereka dan mengajak Milly pulang tetapi Milly menolak. Dari situlah bibit-bibit percintaan bermula. 

Kemudian, laju gambar-gambar dikeluarkan ketika mereka bercinta, berkahwin dan kemudian mempunyai seorang anak. Di sinilah kisah keluarga Milly dan Mamet dikembangkan. Milly memilih untuk duduk di rumah menjaga Sakti, manakala Mamet bekerja di kilang perusahaan kain milik bapa mertuanya.

Mamet ni digambarkan sebagai seorang watak lelaki yang jujur,lurus dan baik hati. Mengambil kulinari kerana mahu membantu ayahnya yang mempunyai diabetes tapi masih mahu makan yang sedap. Malangnya, tidak dapat kerana ayahnya meninggal dunia setahun selepas dia belajar (tetapi, akhirnya dapat membantu ayah mertuanya). Sama juga perilakunya bekerja di kilang kerana mahu mebantu ayah mertuanya (yang baru ditipu oleh pekerja yang dipercayainya dengan melarikan duit) dan lumayan gaji yang boleh menjamin kehidupan yang lebih sempurna untuk isteri dan anaknya. Dia mengambil tanggungjawab sebagai suami sepenuhnya. 

Konfliks cerita ini adalah apabila Mamet bersetuju dengan supplier kain yang baru tanpa menunggu kebenaran dari ayah mertuanya dan menyebabkan ayah mertuanya marah. Akhirnya, Mamet meletakkan jawatan. Pada masa yang sama, dia berjumpa kembali dengan temannya dari zaman belajar, Alexandra yang mengajaknya membuka cafe makanan dan dia perlu menjadi chef sahaja. 

Scene di bilik tidur selepas Mamet resign dan berjumpa dengan Alex yang bercadang mahu membuka cafe untuk merealisasikan mimpi semasa zaman mereka belajar dahulu (atau mimpi Alex) membawa kepada scene Milly bertanya kegembiraan ketika Mamet di kilang. Scene ini menjadi manual untuk saya. Komunikasi antara pasangan itu penting. 

Milly : Kamu gembira bekerja di fabrik?
Mamet : Kamu kok tanya soalan begitu? 
Milly : Iya, sengaja
Mamet : Kalau kamu mahu, aku bisa bekerja semula di fabrik papa
Milly : Itu bukan jawapannya
Mamet :  Iya, kerja di situ lumayan. Bisa bantu kita sekeluarga. Untuk kamu dan Sakti bahagia.
Milly : Masih belum menjawab soalan saya.
Mamet : Kamu ini. Yang saya suka itu hanya kamu, Sakti dan masakan.
Milly : Buatlah keputusan, saya tahu kamu bisa. Aku percaya sama kamu.

Selain komunikasi, percaya juga elemen penting dalam perkahwinan.

Terus menonton babak Mamet membuka cafe, Milly yang mahu mengisi kehidupannya kerana sebelumnya bekerja dan kemudian menjaga anak (kebosanannya direalisasi semasa sedang berbual dengan jirannya yang datang ke rumah dan Milly gembira dapat berbual dengan orang besar. Biasanya berbual sama bayi sahaja), ayah mertuanya yang semakin serius diabetesnya, Milly kembali bekerja dengan membantu ayahnya di fabrik.

Scene Milly mahu meminta kebenaran bekerja juga tenang sahaja dibuat di taman. Berjalan berdua kerana Mamet yang sibuk menyebabkan masa mereka berdua semakin berkurang. Selepas berbincang dengan Mamet yang Milly mahu membantu ayahnya dan meninggalkan Sakti kepada pembantunya Sari. Kiranya masing-masing sudah mengisi ruang-ruang kosong dalam jiwa. Milly boleh membantu ayahnya yang sedang sakit, Mamet boleh membuat perkara yang dia suka, memasak. Mantra pasangan ini adalah : Cuba dahulu, tidak cuba tidak tahu.

Konflik seterusnya apabila Sakti menangis semasa Mamet pulang dan Milly masih di tempat kerja. Mamet menelefon supaya Milly pulang sekarang juga. Milly telah menjelaskan bahawa Sakti mahu tumbuh gigi, maka dia tak selesa dan menangis. Waktu ini, sekali lagi ketidakpuasan diluahkan di dapur rumah mereka. Mamet mahu Milly duduk di rumah sahaja. 

Tidak cukup konflik itu, konflik terakhir adalah concern Milly ke atas cafe Mamet yang dijadikan tempat money laundering daripada investor mereka yang juga teman lelaki kepada Alex, James. Pada mulanya Mamet tidak percaya, tetapi mencari bukti dengan bertanya kepada Alex. Membawa kepada pengunduran diri Mamet dari cafe kerana Mamet merupakan watak yang amanah (rela disaman dari memberi rasuah kepada polis). 

Cerita ini terlalu banyak scene-scene yang saya suka. Watak-watak pembantu juga hidup. Semuanya. Dari pembantu di fabrik, jiran rumah Milly-Joe, Alex, James, setiausaha James (pening dengan nama binatang peliharaannya di rumah dan tenang sahaja bosnya), Cinta dan kawan-kawannya, pembantu cafe-Ropi, Sari (Mereka juga mempunyai kumpulan anti-vaksin kerana Sari juga tidak divaksin ketika kecil), kawan Mamet yang mempunyai kedai makan (menceritakan perihal pelanggannya berjumpa lalat hijau di dalam makanan sangat lawak okay), bibik di rumah ayah Milly dan pastinya instagram influencer, Mama Ije (lakonan Melly Goeslow) semua kelakar. Skrip di dalamnya begitu kena punch linenya. Semua watak bercakap biasa sahaja, tetapi kelakar.

Scene-scene penaja juga diletakkan pada tempatnya seperti GoJek dan Nivea dengan tidak berlebihan. Perjalanan plot yang laju juga tidak membosankan. Dari satu plot ke satu plot yang lain. Itulah kehidupan. Kita buat begini, tidak gembira, kita cuba buat begini. Jika tidak juga, kita buat yang lain. Evolve. Cerita ini sangat real dengan kehidupan kita seharian. 

Cerita keluarga-komedi-romantis ini sangat digalakkan tengok untuk semua pasangan yang mahu bernikah, untuk orang yang mahu sesuatu dalam hidup, mencari apa yang ingin dilakukan dan ingin lawak yang segar tanpa perlu memainkan bentuk tubuh. Selain dialog-dialognya yang matang dan bijak juga tiada watak antagonis dalam cerita ini. Semua orang nakal dalam kapasiti masing-masing. Saya beri 8 bintang. Saya suka! Tahniah Ernest Prakasa dan semua produksi Milly dan Mamet.




Love..

Tuesday, March 12, 2019

Hari Wanita 2019

Sity kata, dia dgn mak dia hari-hari video call. Dia kata dekat aku, 'Cuba hang buat kat mak hang' Semalam aku pun gigih video call mak on the way balik ofis. Al-maklum, kereta kesayangan boleh bluetooth takyah pegang. (I love my baby bagak sangat!) Dua kali call. Tak angkat. Call biasa, terus angkat. Haha. Tanya kenapa mak tak angkat video call? Dia kata 'Nak tengok apa?' Haha. Memang kau tak boleh samakan keluarga lain dengan keluarga kaulah. Setiap keluarga berbeza. Terima seadanya dan campakkan kasih sayang yang banyak untuk mereka semua.

I love you mak. Walaupun tak banyak masa dengan mak, dan kadang-kadang perangai tu tak macam anak solehah sangat, orang selalu doa mak ayah tercapai impian, sihat dan masuk syurga sekali dengan kami.

Hujung minggu lepas bawa mak dengan ayah melawat kawan usrah sakit. Dah lama mak ajak ayah, ayah bertangguh je. Last-last, pergi juga. Pakcik Fadhil ni suspected tumor dekat otak. Cara wife dia cerita dari sakit ke selepas operation tu, aku pun bergenang airmata. Sebab kritikal sangat nak bedah otak ni. Sebelum operation, doktor siap suruh diorang sembelih kambing dan sedekah pada fakir miskin. Masa operation, doktor tak galakkan tunggu, sebab major operation, biasa lama. So, doktor advice balik dulu. Start pukul 8 pagi. Jangka keluar pukul 6 petang. Tapi, dalam pukul 12, dapat panggilan dari bilik bedah. Waktu tu Cik Wan (isteri dia) cerita dah redha je apa yang jadi. Sampai pintu dewan bedah, doktor keluar dengan pakai pakaian bedah lagi, nak beritahu yang Alhamdulillah bukan tumor. Nanah sahaja. Dah keluarkan, sekarang cuma nak tutup tempurung kepala balik dan jahit. Allah. Aku dengar, aku yang sebak. Yang lalui tu macammanalah. Terfikir Deekay masa dia nak operation. Tuhan saja yang tahu perasaan. Moga diberi kesembuhan Deekay, Ijat, Pakcik Fadhil dan semua yang sedang berjuang dengan kesakitan. Moga Allah beri syurga atas kesabaran menghadapi kasih sayang di dunia.


 Sayang sangat!!



Kuasa sedekah ni, memang hebat. Dalam pada minggu tu juga, ada kawan ofis dapat interview dari Taiwan. Interview hari Sabtu. Aku pun cadangkan supaya dia donate dekat mana-manalah sebelum interview tu dan pray kuat-kuat. Last-last, dia belanja aku air. Oklah. Derma juga. Wish you all the best aku kata. Sabtu petang, dia text aku kata interview lancar. Company tengah tengok on application visa. Allah. Tahniah. I'm so happy for you. Aku ni, bilalah nak pergi interview. Takyah keluar Gamuda lagi Nadiah, pergi interview je. Tahun ni yer. Kalau dapat offer bagus, keluarlah. Haha. 

Dia nak beli Green Tea. Aku, tolak. Haha. 

Selamat Hari Wanita untuk semua wanita-wanita hebat di keliling saya. Terima kasih kerana menjadi contoh teladan yang baik untuk diikuti. Marilah bersama-sama menjadi wanita penyejuk mata, penenang jiwa kepada sesiapa sahaja :) 

Gigih pakai uniform dan tudung pink. 
Nenek sayang
Masa melawat Kak Fisha kat Miri
Dating - Milly dan Mamet



Love..

Tuesday, March 5, 2019

Bangun Malam

Hujung minggu seketul Nadiah memang sibuk. Jikaa ada orang mengajak pergi ke mana-mana. Jika tidak, pastinya seketul itu tidur sahaja di rumah. Sabtu lepas, meneman Kak Fareen ke rumahnya. Malam Jumaat, pergi ke pejabatnya. Pertama kali masuk mahkamah. Teruja. Kalau Kak Fisha, dah pernah masukkan sayang? :)






Balik dah lewat, esoknya pula awal-awal pagi dah pergi jalan-jalan (sepatutnya jogging) dekat area rumah Kak Fareen. Lepas tu pergi tengok Rumah Contoh ECO Grandeur. Cantik kot interior rumah tu. Ada rumah banglo harga RM1.6 juta, sold out. Korang buat apa ha kaya sangat ni?! Balik dari rumah Kak Fareen, malam. Sampai rumah tengok bola dengan adik. Arsenal lawan apa entah. Sebab Astro bagi channel SuperSport free. Dapatlah tengok. Malam tu pun tidur lewat. Jam 1.00 pagi. Siap pesan dekat Liza, kejut esok bila bangun pagi. Takut terlajak. Seharian jalan dengan Kak Fareen, mengantuk! Kak Fareen ni macam En. Anuar, tak pandai rehat. Kalau saya, memang free tu, tidur jelah.





Esoknya, jam loceng bunyi 5.30 pagi. Snooze sebab mengantuk lagi. Cadang nak Subuh dekat rumah Liza sahaja. Bangun pukul 5.40 pagi, siap-siap jam 6.00 pagi. Subuh 6.08 pagi. Fikir-fikir, lagi Lapan minit je lagi nak subuh. Nak parking lagi kat rumah Liza nanti, nak naik tangga lagi. Solat dululah dekat rumah. Sebelum tu, dapatlah tahajud dua rakaat kejap sebelum bersiap. Alang-alang dah bangun pagi sebelum Subuh (bukan selalu), jadi Tahajud sekejap ya. Sebab dah siap awal, saya pun turun bawah bawa telekung sekali. Masuk Subuh je, solat baru bergerak cadangnya.

Turun-turun, ayah baru lepas solat dekat ruang tamu. Tengah tunggu waktu Subuh.

Ayah : Nak pergi mana?
Anak ayah : Bangun pagi-pagi ni ayah. Pergi marathon. Kalau tak, memang tak bangun lagi
Ayah senyum je
Anak ayah : Susahlah, nak bangun sendiri. Ada hal boleh pula bangun pagi-pagi. Ayah senang je bangun (ada hati nak lawan makam ayah tu? Hehe)
Ayah : Sama je. Ayah pun macam tu juga. Bangun pun paksa. Tak sampai lagi bangun buat ikhlas kerana Allah. 
Anak ayah : Syaitan ni memang, berjaya betul.
Lepas tu Azan Subuh berkumandang. 
Anak ayah : Nilah kebaikan masuk marathon, Subuh awal waktu. Hehe.
Aku terus solat. 

Aku solat sunat subuh dua rakaat (benda yang aku dapat masa umrah dengan nenek masa tu, Alhamdulillah, aku cuba buat sehabis baik. Walaupun seminggu kadang-kadang ada dua tiga hari tak dapat buat sebab bangun lambat). Aku pergi selepas bersalam dengan ayah. Ayah solat sunat dulu di rumah sebelum berjalan ke surau. 

Dalam perjalanan mengambil Liza, aku terfikir apa yang ayah cakap tadi. Kalau yang ayah makam macam tu pun, struggle nak bangun tahajud. Macammanalah aku ni? Berjaya syaitan ni. Tapi, aku teringat pernah belajar dulu. Kalau kita struggle untuk buat sesuatu benda, dan masih buat. Pahalanya lagi bertambah atas sebab melawan kepayahan itu. 

Contoh, kalau kau dah biasa pakai tudung, kau pakai tudung, dapat pahala. Berlainan pula dengan orang yang tidak pakai tudung, nak pakai tudung. Dia dapat pahala pakai tudung dan pahala berlawan dengan syaitan dan nafsu sebab tak biasa pakai. Dua kali pahala. 

Kalau baca dan dengar, memang kebaikan banyak bangun tahajud ni. Saya pun jika ada masalah, kadang-kadang bangun tahajud dan Allah tunjukkan jalan. Cuma sekarang, memang setan tengah menanglah sebab malas nak bangun. Nak kata takde masalah, ada je. Didoakan kerajinan melawan nafsu untuk semua.

Untuk struggle ayah dan kita semua, moga Allah kurniakan syurga. Untuk kita, walaupun selalu berperang dengan diri sendiri. Tetaplah berusaha menjadi hamba yang lebih baik. 









Love..

Monday, February 25, 2019

Kembara Dunia

London, Brussels dan Amsterdam
Tiga kota penuh citra
Tiga kota penuh cinta
Tiga kota penuh cerita

Mengembaralah jiwa
Di dalam besarnya dunia
Jika punya kelebihan tenaga
Wang dan juga masa

Melihat ciptaan yang Maha Esa
Belajar dari penglihatan mata
Merasai dengan jiwa
Menafsir perlakuan dengan bijaksana

Alhamdulillah untuk kesempatan
Peluang meluaskan pengetahuan
Meningkatkan kefahaman
Menambahkan pengalaman

Pengalaman yang mematangkan diri
Untuk menjadi lebih berani
Berusaha memperbaiki situasi
Menjadi hamba lebih bervisi

Hati semakin percaya
Dunia ini tidak berkisar kita sahaja
Banyak benda perlu dikira
Janganlah kita kita sahaja

Terasa kerdilnya ketika di udara
Kita ini ibarat hama
Jika dibanding semua ciptaanNya
Lagi mahu sombong sesama

Mengembaralah saudara
Membaca alam semesta
Agar kita tidak percaya
Bumi ini berbentuk rata

240219
Petaling Jaya



Love..

Thursday, February 21, 2019

Appreciation Post - Post UK Vacay

Tajuk English, harap maklum baru balik London. Hehe. Tapi, post masih dalam Bahasa Melayu. Antara wishlist aku adalah buat entri dalam English. Masih tak tercapai. Naziha pun dah ada entri dalam English. Satu hari nanti InsyaALLAH.



Seperti sedia maklum, pada 1 Feb hingga 15 Februari 2019, Alin, Mak Ngah dan aku telah selamat melawat ke Eropah iaitu ke London, Brussels dan Amsterdam. Tetapi, cerita berjalan-jalan entri lain. Kalau aku rajin. Haha. Ni entri untuk penghargaan sebab dapat berjalan dengan gembira di sana. Alhamdulillah, segala puji hanya untuk Allah s.w.t. yang membenarkan semua ini terjadi.


Mula-mula haruslah terima kasih kepada Alin. Sebab utama dia nak bawa emak dia jalan-jalan tersangkutlah aku sekali dalam trip ni. Mudahnya aku ni, senang ikut orang. Lecehnya aku  ni, sebab aku ni a good follower not a good leader. So, dari A to Z Alin yang settle semua. Tiket flight, transportation, list barang, itineraries (tiga negara okay, pening kepala kawan tu) sampai pening-pening masa kat London, list tempat nak pergi, internet nak beli. Dua tiga hari lepas sampai pun masih kurang sihat Alin, tapi masih gagahkan diri juga mengetuai rombongan. Terima kasih Alin. Moga Allah balas syurga tertinggi untuk kepayahan membawa kami melihat ciptaan Allah di muka bumi ini. Untuk semua peralatan yang dibawa, periuk nasi, kuali tefal, garam, sambal dan macam-macam lagilah. Maaf juga tidak dapat membawa balik barang-barang itu di dalam beg semasa pulang. Barang saya sendiri sudah penuh. Haha. Terima kasih sekali lagi.


Yang kedua, untuk teman seperjalanan, Mak Ngah. Yang memasak untuk semua permintaaan. Masak kari telur, kari sardin, nasi lemaklah. You name it. Semua boleh. Bangun-bangun pagi, Mak Ngah dah masuk dapur masak. Aku tolong kemas lepas makan biasanya. Basuh pinggan mangkuk. Akukan ada kepakaran membantu di dapur. Mak Ngah juga yang banyak meneutralkan aku dengan Alin di sana. Yelah, akukan kadang-kadang tak pandai defend diri sendiri, so Allah biasanya akan hantar orang untuk tolong defend. Hehe. Terima kasih Mak Ngah.



Yang ketiga, untuk Nina sebab supplier baju aku kat sana. Outfit aku memang banyak dari Nina. Memang untuk perjalanan musim sejuk. Satu set heattech je aku beli. Yang lain semua pinjam Nina. Dan juga Ili. Walaupun baju Nina lagi banyak pinjam dari Ili, tapi Ili punya item lagi selalu nampak dalam gambar. Sebab baju sejuk Ili. Nina ada bagi baju sejuk juga (nampak tak pakej dia bagi pinjam? Semua sekali. Terima kasih Na!) tapi, pendek. Aku takut sejuk kaki, tu yang pinjam Ili. Ili juga bagi pinjam Oyster Card dan heattech. Oyster Card ni  macam Touch n Go kitalah. Guna masa nak naik public transport dekat London. Terima kasih Nina dan Ili.




Item keempat adalah beg troli. Naziha punya. Walaupun pulangkan dah rosak sikit, terima kasih sayang untuk beg tu.


Yang seterusnya untuk Nic dan Nina yang tolong cover masa aku huhahuha bercuti, diorang tolong cover kerja untuk Chan Sow Lin. Juga untuk semua yang mendoakan perjalanan kami dipermudahkan. Terima kasih

Dan pastinya untuk kedua orang tua aku yang merestui perjalanan ni. Tanpa restu diorang, mana mungkin  aku dapat berjalan setenang ini. Sepanjang kat sana, tak telefon langsung mak ayah. Beberapa kali dah Alin ingatkan. Hehe. Keluarga kami ni, tak telefon maknanya okay. Tapi, InsyaAllah, nanti sampai masa, kita akan selalu telefon mak ayah. Harap-harap sementara mereka masih ada ni Nadiah. Sebab diorang redha je anak diorang ni pergi, memang takde masalah sangat kat sana. Tenang-tenang je Nadiah bercuti. InsyaAllah, nanti orang bawa mak pergi Acheh yer. Masa Salam nak balik PJ, minta maaf dengan mak ayah dan kata terima kasih sebab redha dengan anak dia yang sorang ni. Kerja berjalan banyak dengan orang lain je. Semoga aku menjadi lebih baik, lebih itqan dan lebih bertaqwa sebagai hadiah atas pembesaran emak dan ayah. 


Entri seterusnya pasal perjalanan ni nanti. Tak sure macammana nak mula. Dapat idea nanti, aku tulis. Doakan kerajinan singgah ke jari. :) 

Love..