Saturday, July 14, 2012

Kasih sayang untuk Adli dan Farini.

Seminggu selepas perkahwinan Ila, budak pejabat saya pula melangsungkan majlis perkahwinan. Amir Adli telah selamat dinikahkan bersama Farini pada bulan Mac yang lalu dan majlis di sebelah perempuan dibuat pada minggu tersebut. Majlis di pihak lelaki ditangguhkan kerana mahu disekalikan bersama adik perempuan Adli. Kira dua pengantin sekali jalan. Menarik. Jimat pun jimat. Kami sebudak pejabat berjanji untuk berjumpa di Kompleks Sukan Bukit Jalil sebelum Adli berarak. Semasa sedang menunggu Ebah, Kenny juga sampai tanpa berjanji dengan kami. Tepat masa, Adli dan Farini datang berarak. Mereka sungguh cantik berpakaian ungu dan sangat sepadan. Sama kecil-kecil cili padi sahaja orangnya.

Cantik. Cantik.

Dua pasang pengantin yang jelita.  

 Kami se-GSC.


Untuk hadiah Adli, Faezah dan saya telah ditugaskan khas menjadi pencari hadiah. Kerja-kerja ini biasanya dilakukan oleh Ebah sebelum dia berkahwin. Tetapi, memandangkan sudah ada komitmen lain, maka kami yang kurang komitmen ini pergilah ke The Curve untuk mencari hadiah. Hadiah yang sesuai dengan perkongsian ramai-ramai yang terlekat di kepala pastinya comforter. Hehe. Sangat praktikal. Boleh guna nanti selepas berkahwin. Warna pilihan, kami memberi peluang kepada Adli dan Farini untuk memilih. Sayang Adli lebihlah katakan. Adli ini istimewa sikit. Beliau mempunyai rabun warna. Orang pertama saya jumpa di dunia ini yang rabun warna. Beliau tidak dapat membezakan warna yang carah-cerah. Baginya semua warna cerah sama. Kecuali yang gelap seperti merah dan biru. Beliau membuat partition untuk meletakkan duit di dalam wallet untuk mengelakkan tersalah guna duit kerana baginya semua warna duit kertas adalah sama. Salah satu contoh kekuasaan ALLAH bukan? ALLAHUAKBAR.
Setelah dipujuk untuk memilih warna, akhirnya Farini memilih hijau atau pink. Maka, skop kami sudah mengecil. Ingatkan akan memudahkan tugasan kami, rupa-rupanya ianya lebih mencabar. Benda apa-apa sahaja, kalau kita nak beli memang tiada. Masa taknak tu, berlambak-lambak cadar warna hijau. Kami ke Aussino untuk mencari cadar. Untuk Adli, Aussino pun Aussino ar. Mujur kongsi ramai-ramai. Mujur ada jualan murah. Murah pun tak murah sangatlah. Dalam RM400 semua sekali. Tetapi menarik. Kami dapat membeli quilt, quilt cover dan juga bedsheet berwarna hijau. Setelah turun naik Ikano kerana jualan murah terdapat di ground floor manakala kedainya di 1st floor untuk membandingkan harga selain berperang dengan masa kerana kedai akan ditutup pada jam 10 malam. Kami berusaha sehabis mampu selain meminta pendapat rakan-rakan melalui whatsapp.  

Kain cadarnya. Eh, bukan. Quilt cover.

Cadarnya yang ada sale. Tetapi kami tidak membeli yang ini.

Hadiah kasih sayang dari Geng Sri Comel. :D

Masa memilih kad pula.

Muktamad.

Maka selamatlah hadiah untuk Adli bersama wrapper dan kad yang dibeli di Popular. Apabila mahu pulang, kami mahu meletakkan barang yang dibeli di kereta Faezah. Tiba-tiba:-



Haha. Kena clamp. Letak di tempat orang cacat. Setelah 5 kali berpusing mencari parkir, Faezah nekad meletakkan di sini. Maka, hasilnya. Setelah selesai merayu kepada pak guard untuk membuka clampitu dan berjanji tidak akan mengulanginya ditambah dengan lakonan oleh artis ini, maka kami terlepas dari membayar denda. Rupa-rupanya masih ada lagi kasih sayang ALLAH kepada kami malam itu. Kereta tidak boleh start. Bateri kong. Terpaksa memanggil semula pak guard tadi. Mujur pak guard mempunyai jumper. Mungkin banyak kes terjadi di tempat parkir ini menyebabkan mereka mempunyai standby unit. Betul jangkaan kami, ada seorang lagi yang keretanya juga tidak berjaya dihidupkan. Jumper ni murah je Mekna kata. Tapi, kebanyakan pemandu perempuan tiada di dalam simpanan kereta. Semoga selepas saya mempunyai VIOS (VIOS terus tu. Haha), saya akan membeli satu jumper dan diletakkan di dalam kereta.
Berakhir perjalanan membeli hadiah Adli dan Farini sehingga di situ. Semoga kalian suka dengan hadiah kasih sayang itu kerana di situ terlalu banyak pengalaman dan cubaan yang kami hadapi.  Kepada kalian berdua. SELAMAT BERCINTA SAMPAI KE SYURGA. :D
Love..

My Bestfriend Wedding.

Kawan baik saya semenjak dari kecil Siti Zalilah binti Nor Munir telah berkahwin. Yeay. Saya gembira. Saya mula kembali rapat bersama-samanya ketika dia mengajak saya untuk ke majlis pertunangannya. Saya jarang berjumpa dengan Ila. Kadang-kadang hampir bertahun-tahun tidak jumpa. Tetapi, bila berjumpa, wah, semua kenangan dan rahsia habis dalam masa sehari. Saya dan dia berborak dari pagi sampai ke malam. Kami jarang berjumpa, tetapi bila berjumpa, semua masa dan perhatian saya adalah untuk dia. Ceritanya, dia berkenalan dengan Hafis melalui rakannya di sekolah. Kemudian terus menyuruhnya berjumpa dengan mak dah ayahnya semasa raya. Memang sudah jodoh, semuanya dipermudahkan. Ibunya suka dengan Hafis berbanding semua calon yang dibawa sebelum ini. Selepas itu, terus bertunang dan berkahwin. Tidak sampai setahun jarak perkenalan dan perkahwinan mereka. Semuanya dipermudahkan oleh ALLAH. Saya berdoa, saya juga begitu. Tidak mahu bercinta lama-lama. Okay, berangan Nadiah. Hehe. Keadaan Ila sama seperti kawan rapat saya di sekolah menengah dan di universiti. Sham dan Ina. Kami jarang berjumpa dan jarang juga bermesej. Mungkin saya bukan lagi teman rapat mereka, tetapi mereka masih teman rapat saya. Tetapi, saya tahu, saya boleh mencari mereka jika ketia menghadapi masalah dan mereka juga boleh mencari saya. :D

Ila, kawan saya semasa tinggal di Kampung Tepi Sungai dahulu. Nombor rumah saya yang lama adalah 14D dan dia adalah 8D. Dia bukan teman sepermainan saya. Ila merupakan seorang anak dara yang baik. Dia tidak bermain sorok-sorok, galah panjang, rondas dan lubang babi dengan kami yang kebanyakkannya lelaki. Hehe. Dia duduk di rumah dan belajar masak. Saya dan dia rapat kerana kami bersekolah di sekolah kebangsaan dan sekolah agama yang sama. Kami ke sekolah agama bersama-sama  menaiki basikal. Kami mula terpisah ketika saya berpindah sekolah di Melaka. Cuma kadang-kadang jika mempunyai kesempatan baru kami berjumpa. Boleh dikira dengan jari hari kami berjumpa kerana masing-masing sibuk. Tetapi, untuk semua perkara besar yang berlaku dalam hidup, kami akan menyokong antara satu sama lain.  Alhamdulillah, ALLAH memberi saya kesempatan menghadirkan diri ketika beliau bertunang dan kemudian dia menjemput saya menjadi pengepitnya ketika majlis perkahwinannya.
Masa yang ditunggu telah tiba. Ila selamat dinikahkan bersama Hafis pada 12 May 2012 di rumah beliau yang terletak di Jalan Johan Setia dengan sekali lafaz. Konfiden benar anak muda sekarang ini. Jarang saya dengar dua kali lafaz. Semuanya sekali. Lafaz yang datangnya bersekali dengan tanggungjawab yang berat. Memimpin dan mendidik seorang dan bakal anak-anak dalam mencari redha ALLAH dan menuju ke syurga yang hakiki. Ini bukanlah kali pertama ayahya menikahkan anak, mungkin kurang gementar. Adiknya Zalina telah berkahwin pada tahun lepas. Tetapi, jika mengikut tarikh bulan, tidak sampai setahun kerana majlis adiknya pada bulan November. Saya selalu bising dengannya menyuruhnya membuat sekali bersama adiknya. Tetapi dia tidak mahu. Wah, cepatnya masa berlalu. Sudah selesai majlisnya dan dah lepas hampir dua bulan juga dari tarikh saya mengupdate kisah ini.
Bang, eh belum lagi. Awak kat mana tu?

Tak membantu punya pembantu. Tak tolong pengantin langsung. Hehe.

Orang tengah sibuk cari bakal suami nilah nak tangkap gambar.


Cuak. Cuak.

Encik Monir dan Cik Zurai bersama menantu baru. 

Majlis berlangsung pada keesokan harinya. Walaupun baru tahun lepas mengadakan kenduri, tetapi tetamu masih ramai. Ibu dan ayah Ila merupakan orang yang suka meraikan orang lain. Suka memasak dan menjemput orang makan. Mungkin disebabkan itu, orang masih mahu menghadiri kenduri itu. Perkara yang paling mengujakan adalah kehadiran murid-murid Ila dari Port Dickson di dalam satu bas yang hasil usaha murid-murid itu sendiri. Mencari bas dan mengumpul sesama mereka untuk pergi ke majlis perkahwinan ustazah mereka. Sampai ada kawan kami yang berkata Ila telah memberi sesuatu kepada muridnya sehingga mereka berusaha sebegitu sekali. Tetapi, ada sesuatu di dalam Ila yang menyebabkan dia disukai sebegitu. Saya dan dia pernah berborak mengenai persekitaran sekolahnya. Keadaan di sekolah yang berdekatan dengan kem tentera dan kebanyakkan pelajar merupakan anak tentera selain berdekatan dengan pantai yang sangat terdedah dengan gejala sosial. Ila di atas inisiatif sendiri membuat kelas tambahan dan selalu mengambil berat perihal anak muridnya. Ya, memberikan kasih sayang dan perhatian yang kurang mereka dapat kerana ibu bapa mereka sibuk mencari rezeki. Wah, memang dengar macam cerita di dalam televisyenlah. Hasilnya, anak murid lebih mendengar kata. Kasih sayang adalah kuncinya. Hasilnya, mereka lebih rapat dengan kita dan lebih mendengar kata. Lebih mudah untuk memupuk dan mengajar ke arah kebaikan. Bas itu satu, tidak termasuk dua orang pelajarnya lepasan SPM yang sanggup bermalam dan membantu sepanjang majlis. Memang terbaiklah Ila.
  
Sabar menunggu.


Pengantin lelaki di seberang sana.

Kami perlu ke seberang sana juga.


Berjaya. Kembali semula ke sini di bawah pedang gitu.


Raja sehari bersama pari-pari dan para-para. :D


Hadiah untuk Ila. Sangat suka katanya.


Buat Ila dan Hafis, selamat melayari bahtera rumah tangga. Didoakan semoga kalian tabah dan sabar sepanjang membina jambatan ke syurga. SELAMAT BERCINTA SAMPAI KE SYURGA.

Malam Ahadnya pula, saya ke Stadium Malawati sempena Sambutan Hari Pekerja oleh Lajnah Buruh dan Peneroka Bandar. Pada petang harinya, Mekna dan Pak Busu saya telah membaca sajak untuk majlis ini. Tetapi, saya tidak dapat menyaksikannya kerana terlelap setelah pulang dari majlis Ila. Saya sempat mendengar ceramah dari Anwar Ibrahim. Sudah lama rasanya tidak mendengar ceramah politik. Saya berdoa untuk kemenangan Pakatan Rakyat untuk pilihanraya akan datang. Amin. J

Love..

Broga Hills - Latihan sebelum ke KK




Banyak latihan yang dianjurkan oleh Gamuda sebelum kami semua menawan puncak Kinabalu sebagai menguji kemampuan diri. Cuma satu yang berjaya saya ikuti iaitu menawan Bukit Broga. Selain itu, mereka juga membuat aktiviti mendaki ke Bukit Gasing dan Gunung Irau. Tetapi, jadual saya tidak membenarkan saya mengikutinya. Maka, ke Semenyih saya bersama Faezah dan Anis. Perjalanan dari SS2 dimulakan seawal jam 3 pagi. Awal kot. Faezah dan Anis bermalam di rumah sewa saya dan kami ke sana menaiki kereta Faezah. Kami berkonvoi bersama seorang staf Gamuda yang tinggal di SS2 kerana tidak mengetahui jalan ke sana. Sampai di sana hampir jam 5 pagi. Kami memulakan pendakian ketika gelap. Faezah dan saya menggunakan lampu suluh pada telefon bimbit dan Anis membeli lampu suluh yang dijual di sana. Kami memulakan perjalanan di dalam kelompok bersama dengan staf Gamuda yang lain. Tetapi memandangkan jarang bersenam, maka kelajuan kami tidak sama. Kami tertinggal di belakang. Hehe. Mujur di atas sana masih terdapat liputan telefon. Mereka menelefon kami bertanya keadaan kami. Alhamdulillah. Masih berjaya meneruskan perjalanan.

Keadaan di bukit seperti berbatu-batu dan curam. Faezah merupakan seorang yang gayat. Ketika menaikinya dalam keadaan gelap menyebabkan beliau tidak merasakan apa-apa. Apabila turun ketika keadaan sudah cerah, maka bermulalah sesi berhenti-henti dan sesi motivasi yang perlu diberikan kepada Faezah. Hehe. Pada jam lebih kurang 6.45pagi, kami masih belum sampai ke puncak. Mujur di sini sudah kurang kecuraman dan terdapat kawasan yang lebih rata. Kami bersolat sahaja di sini. Masih ada juga orang yang bersolat sama di sini. Alhamdulillah. Allah Maha Kaya, kita boleh bersolat dengan pakaian yang dipakai sahaja yang menutup aurat. Menggunakan sebotol air mineral untuk mengambil wudhu’ yang dikongsi tiga dan masih mencukupi. Kagum. Biasa di rumah, buka air paip macam air terjun. Terasa bersahabat dengan syaitan ketika di rumah. Hehe.
Ini bukan kami.

Selepas bersolat, kami meneruskan perjalanan. Sampai ke satu puncak yang lain, masih ada puncak yang lain lagi. Tetapi, kami membuat keputusan untuk berehat sahaja di sini. Sambil melihat matahari yang hampir menunjukkan mukanya dan menghirup udara segar, kami bergambar dan makan di sini. Cantik pemandangannya. Kelihatan perkampungan di bawah sangat kecil. SubhanALLAH, ALLAH, MasyALLAH. Memang sangat cantik. Sesuai untuk sesiapa yang meminati fotografi.

Selepas puas bergambar dan berehat, kami pun memulakan perjalanan pulang. Hah! Dah nampak laluannya sangat curam. Faezah hampir menangis kerana gayat. Bahaya juga penyakit ini ya. Baru saya faham perasaannya. Mujur tiada keadaan yang tidak diingini berlaku. Kami selamat turun ke bawah dan selamat sampai ke rumah mengikut GPS Faezah kerana telah terpisah dengan sahabat dari Gamuda tadi.  

Matahari baru mahu tersenyum. :D



Model tak berbayar.

Cantiknya pemandangan dari atas puncak ini.

 
Pit stop kami. Dah tak larat nak meneruskan perjalanan. Hehe.

Sesi bergambar. Saya sudah kepenatan.

 
Anis juga mahu bergambar bersama lalang-lalang yang cantik. Hehe.  

Inilah laluan sebelum kami berhenti tadi.

Muka berpuas hati dengan pencapaian diri. :D
 
Budak gayat ni. Nak turun dah. Wee¬¬¬


Turun-turun, ada pakcik jual aiskrim. Tiga scope seringgit. Murah betul pakcik.

Saya memang suka aktiviti luar rupanya. Haha. Baru tahu Nadiah. Saya selalu bersemangat untuk aktiviti-aktiviti mengeluarkan peluh. Badan sihat otak pun cergas. Saya berdoa begitu. Sepanjang perjalanan turun, ramai juga orang yang baru memulakan pendakian. Kebanyakannya kaum cina. Ada juga melayu, tetapi yang ramainya masih kaum cina. Rajin sungguh mereka berpagi-pagian. Sedangkan Rasulullah S.A.W yang berpesan kepada orang Islam supaya berpagi-pagian untuk memurahkan rezeki. Siapa mahu dimurahkan rezeki, sila berpagi-pagian ya. :D

Love..

Wednesday, June 6, 2012

Sambutan Hari Jadi ke 27

Saya baru pulang dari mesyuarat bersama dengan budak KAMY untuk program memperingati Deir Yasin pada 1 Julai nanti. Maka, idea untuk mengarang panjang pengalaman di Makkah terpaksa ditunda. Jika tidak, sampai lewat malam masih menulis dan berakhir dengan tidur lewat. Tidak elok untuk kesihatan. Hehe. Jadi, entri sempoi hari ini didedikasikan khas untuk adik tersayang saya, Nafisah. Dengan ucapan ' Makan-makan Lagi Sayang.' Nafisah pernah memberi kritikan membina mengenai entri-entri di dalam blog saya yang kebanyakannya berkisar makanan ataupun majlis makan-makan sahaja. Hehe. Maka sayang, entri ini untuk awak. :)


Atas kek ada strawberry. Sedap.  

Yeay. Umur saya sudah 27 tahun tahun ini. Seperti biasa, kumpulan Geng Sri Comel akan meraikan hari jadi ahli-ahlinya dengan gemilang. Sambutan kali ini, kami telah men'delivery' Pizza Hut terus ke pejabat kami. Saya selaku orang yang diraikan telah merequest  untuk makan Pizza. Ada dua benda yang saya mengidam sekarang ini. Pizza Hut telah selamat direalisasikan dan tinggal lagi satu, Johnny's. Takpe, ada rezeki nanti saya pergi. Sambutan hari jadi ini merupakan sambutan ke-3 selain dari sambutan bersama budak rumah dan sambutan budak pejabat. 


I love you all girls.. 
Sambutan bersama budak rumah diadakan awal kerana masing-masing budak rumah saya terikat dengan komitmen masing-masing. Saya telah dibelanjai dengan sate, nasi goreng ayam dan nasi lemak, juga salad buah buatan makcik kesayangan saya. Saya perlu mengambil gambar bersama dengan budak rumah saya kerana sekarang hampir semua sudah bertunang dan menunggu hari untuk berkahwin sahaja. Sudah ramai orang bertukar-tukar menjadi budak rumah saya. Alhamdulillah, sehingga kini, semua budak rumah saya sangat baik. Mereka boleh bertolak-ansur dan rajin juga. 

Kekenyangan~~. Saya suka Pizza Hut. :D 



Maka, Isnin lalu bersamaan 4hb Jun, harijadi Adli dan saya telah diraikan. Hari jadi Adli jatuh pada 1hb Jun 2012 dan saya pada 30hb May. Isteri Adli yang tercinta telah mendelivery kek sampai ke pejabat semasa hari jadi Adli Jumaat lepas. Sangat sweeeettttt Farini. Pada pagi Isnin ini juga saya telah mengalami kemalangan kecil semasa ke pejabat menaiki kenaikan kesayangan saya. Tercium sedikit myvi orang dan saya terjatuh di tengah-tengah jalan. Mujur saya memandu perlahan kerana lampu isyarat berwarna merah dan ketika itu berada di kawasan berbukit. Alhamdulillah tiada yang serius cuma side mirror kiri pecah dan brek kaki saya bengkok sedikit. 


Peacelah sangat Mothi. Thanks join dan bayar sekali. 

Birthday girl dan birthday man. Man? Haha.

 
Kamal fokus sangat makan roti tu. 

Alhamdulillah. Sudah 27 tahun umur saya. Saya berdoa semoga umur-umur saya yang mendatang akan menambah amal dan ketakwaan saya kepada ALLAH. Dan saya telah berkata dengan nenek saya yang saya akan berkahwin pada tahun ini. Selepas saya tamat belajar, soalan yang sering nenek saya tanya ialah bila saya hendak berkahwin kerana sudah habis belajar dan sudah bekerja. Maka, saya telah menetapkan satu standard jawapan, 'Umur 27 nanti orang kahwin nek'. Tup tap tup tap. Cepatnya masa berlalu. Saya sudah mencapai umur tersebut. Wee~~. Nenek, orang ada lagi enam bulan lagi kan? :p

Geng baru kami. Atteya Nasyiela. 

Hari Jumaat ini Nafisah akan pergi ke Bandung. Bukan untuk membeli barang kelengkapan perkahwinan saya ya. Saya masih mencari tulang rusuk saya. Ahakss. Adik saya itu akan mengadakan lawatan sambil belajar bersama-sama rakan Maktabnya di Bangi. Pergh. Sekarang lawatan sambil belajar pergi over the sea tu. Saya dulu, pergi Perlis saja lawatan semasa belajar di UiTM Perak dulu. Bertukar negeri sahaja. Tapi, saya pernah terbaca satu quote yang lebih kurang berbunyi, 'Dunia ini ibarat buku. Jika anda tidak mengembara, maka anda hanya membaca satu muka surat sahaja'. Jadi, selamat 'membaca' buku Fisha. Akak doakan pengalaman yang awak dapat nanti akan menjadikan awak Nafisah yang lebih hebat. Teringat saya menjadi 'seseorang' setelah pulang dari Jogja. :D

 Love..

Tuesday, June 5, 2012

Kisah di Tanah Suci - Bahagian 1


Sudah lebih sebulan saya meninggalkan Tanah Suci Makkah dan Madinah. Sudah sekian lama juga cuba mencari momentum untuk menulis, namun gagal. Saya kuatkan juga semangat untuk menulis setelah menonton Soal Wanita di TV Al-Hijrah. Slot yang menceritakan pengalaman Natasha Hudson ketika di Tanah Suci. Mendengar pengalamannya membulatkan tekad untuk saya menulis pengalaman saya juga. Natasha bertuah kerana telah mendapat hidayah ketika di Tanah Suci dan sekarang sudah kembali kepada fitrah. Saya cemburu. Sangat cemburu secara peribadi. Secara jujur, perjalanan saya ke Tanah Suci sungguh mudah. Saya sangat bersyukur. Ketika di sana juga, saya tidak diuji dengan dugaan yang yang berat. Semuanya dipermudahkan ALLAH. Bermula dari penerbangan dari KLIA sehingga perjalanan pulang ke KLIA semula, tiada sebarang kesukaran yang berat. 

Semestinya saya gembira sebelum bertolak kerana ramai saudara-mara saya yang menghantar saya dan nenda terchenta di KLIA. Adik beradik ayah saya, hampir ke semuanya datang kecuali Pok Teh dan Mak Ngah di Pahang. Bukan kerana saya anak buah kesayangan mereka ya. Mulanya, saya ingin berfikir begitu. Hehe. Sebenarnya tarikh bertolak kami jatuh pada hari cuti am iaitu Cuti Pertabalan Agong. Maka, semua orang yang sedang bercuti pun datang beramai-ramai berkhemah di KLIA. 


Pertama kali keluarga belah ayah saya berkampung di KLIA. Menarik. :D

Mekna yang banyak membantu mengemas baju dan pembekal ubat-ubatan untuk di bawa bersama sepupu kesayangan dan Achik supplier ubat gatal dan mask yang sangat membantu. :D 
Kami selamat berlepas menggunakan Saudi Airlines. Tandas yang terlalu canggih untuk nenek-nenek dan atok-atok menyebabkan saya bertindak sebagai pembuka pintu mereka kerana tempat duduk saya berdekatan dengan tandas. ALLAH, semoga emak saya dan ayah saya dipermudahkan urusan mereka  kelak. Kesian saya jika nenek dan atok-atok ini datang bersendirian. InsyaALLAH, pasti akan ada yang membantu, tetapi ia masih boleh dielakkan jika mereka datang bersama anak atau cucu mereka yang dapat membantu menguruskan hal mereka di sini. Layanan di dalam kapal terbang sangat bagus.

Saya sangat teruja untuk menjejakkan kaki ke Madinah. Bagaimanakah memijak tanah yang pernah menjadi tempat tinggal Rasulullah S.A.W. nanti? Teruja teruja. Sepanjang perjalanan saya berdoa semoga dipermudahkan semuanya. Doa orang musafirkan mustajab. 

Sampai di sana, wakil Andalusia telah menunggu kami bersama 3 buah bas. Saya menaiki bas bernombor 3 sepanjang perjalanan kami di Madinah dan Makkah. Mutawwif yang bertindak menjaga kami merupakan pelajar Indonesia yang belajar di sana. Mukanya seiras sepupu saya (anak arwah Pak Ngah saya yang sulung- Muhammad Ishak) sehingga setiap kali beliau datang kepada kumpulan kami, saya akan berkata kepada nenek saya, "Nek, Mamat datang tu." Hehe. 

Kami tiba di Madinah pada malam hari. Memang benarlah bandar bercahaya. Sepanjang perjalanan ke Hotel, kami melalui bandar dan dipenuhi dengan lampu-lampu. Selepas selamat mendapat bilik, di mana saya di tempatkan bersama nenek-nenek saudara seramai lima (5) orang. Keesokan paginya kami bersolat subuh di Masjid Nabawi. Perasaan yang tidak dapat digambarkan. Alhamdulillah, saya telah sampai ke Madinah. Selepas bersolat subuh dan bersarapan, program kami diteruskan dengan melawat ke Raudhah. 

Pakcik Wahab - Mahram saya semasa melalui imigresen di Saudi.

Inilah kumpulan kami. Dari Melaka.

Gambar di atas yang berjaya dirakam sebelum memasuki Raudhah. Kamera adalah larangan untuk wanita, maka saya kirimkan kamera ini kepada Pakcik Wahab untuk dia pegang dahulu. Cuma tiga (3) hari sahaja kami di sini. Tiga (3) hari di sana bagi saya sungguh lama. Pengalaman yang tidak dapat digambarkan dengan kata-kata. Di Madinah lebih tenang berbanding di Makkah. Alhamdulillah, saya berjaya bersolat empat (4) rakaat di Raudhah dan berjaya memasuki Raudhah sebanyak dua (2) kali. Pertama memang terdapat di dalam program yang disediakan oleh Andalusia dan kali keduanya diajak oleh Nek Som. Seronoknya pergi bersama nenek-nenek ini adalah kerana mereka sudah mengetahui tempat-tempat yang mustajab berdoa dan akan teruja untuk pergi ke sana sekerap yang mungkin. 

Inilah budak bilik saya ketika di sana. Dari kiri Nek Som, Nek Jenab, Nenda terchenta, Cik Zah dan Nek La. Makcik yang sorang lagi sedang menunggu kumpulan lain. 

Di dalam pasar di ladang kurma. Tetapi kurma di sini mahal dan tiada sistem pembayaran yang teratur. Siapa hebat dia boleh bayar dahulu tanpa perlu beratur. 

Melawat ke ladang kurma. Kurma mentah. Rasanya kelat-kelat. 

Berdekatan dengan Jabal Uhud dan di sini juga terdapat makan Sayyidina Hamzah yang syahid dalam peperangan.

Turun dengan CIk Zah sahaja. Nenek-nenek lain di dalam bas kerana masing-masing dah pernah datang. 

Pemandangan dari atas bukit. Saya daki tidak terlalu tinggi juga. 

Dari dalam bas sebelum bertolak ke Makkah. Hotel saya bertentang dengan Hotel ini.

Saya tinggalkan Madinah dengan harapan dapat ke sini lagi. Jika mampu, saya mahu datang bersama mak dah ayah saya kelak. Ia adalah perasaan yang seronok dapat membantu nenek-nenek itu walau hanya membawa beg turun ke bawah lobi dari bilik. Ia akan bertambah seronok jika yang ditolong itu merupakan ibu dan ayah saya. Apapun, masih bersyukur diberi peluang ini. Alhamdulillah. 

Semoga saya diberi kekuatan menulis pengalaman di Makkah pula esok. :D

Love..