Tuesday, May 4, 2010

Dah Dua Tahun Di Gamuda

Semasa sedang membuat kerja petang semalam, Kenny menumpang meja saya untuk melipat drawing kerana meja saya berdekatan dengan mesin fotostat. Seringkali meja saya menjadi tumpuan semua staff di sini untuk meminjam stapler, pemadam dan sebagainya selepas mengambil bahan yang diprint out. Jika saya mengenakan bayaran untuk setiap penggunaan alat tulis itu, mungkin saya boleh membuat bayaran bil telefon saya setiap bulan. Kembali kepada cerita Kenny, dia berkata kepada saya "Ha, Nadiah sudah dua tahun kat sini". "Yalah Kenny. 19 hb ni dah masuk 2 tahun. Wah! Sekejapnya. Sudah dua tahun. You? Sudah berapa lama kat sini?". "Almost 10 years. Sudah tua. Hehe.." Dia berlalu dari meja saya.

Entri sebelum ini merupakan tahun 2008, dan saya baru mengaktifkan kembali pada tahun 2010. Pertama kali menulis entri ketika baru masuk ke alam pekerjaan. Ketika itu, saya dan hampir sepuluh orang rakan-rakan dari UiTM diterima untuk projek Double Track (2T). Ipoh - Padang Besar. Satu hari saya akan menulis juga kisah temuduga itu di blog ini. Saya dan seorang rakan saya ditugaskan di HQ, Damansara Jaya. Kami mendapat bilik. Macam gempak je bunyi. Tapi sebenarnya adalah stor yang menempatkan drawing yang banyak. Hehe. Rakan-rakan yang lain, semua dapat ke site. Cuma Ebah dan Din sahaja mendapat projek luar negara. Din dapat projek Bahrain dan Ebah dapat projek India. Jadi, kami setempat di HQ. Mulanya, saya berharap dapat pergi ke site. Sangat berharap. Sehingga pada temuduga confirmation saya, Manager saya bertanya keadaan kerja saya, saya masih mengharap dapat pergi ke site.

Tapi, sekarang tidak lagi. Tekanan yang terlalu banyak di site kerana semua pekerjaan hendak dilakukan dengan segera, persekitaran kerja tak berapa harmoni, dan tentulah di utara sana kurang aktiviti sosial kepada sesiapa yang suka bersosial serta cerita dari rakan-rakan di site yang kurang enak di dengar menyebabkan saya bersyukur di tempatkan di HQ. Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untuk hamba-NYA. Saya tidak kuat untuk berada di site. Di sini, saya lebih dekat dengan keluarga. Seperti kata budak rumah saya, kampung saya paling jauh. Sebab tu tiap-tiap minggu kena balik. Dan Alhamdulillah, saya menjadi saya sepanjang dua tahun ini. Banyak yang berlaku (ya, saya memang perlu mengupdate blog ini selalu).

Berbalik kepada kerja saya di Project Management Consortium (PMC), secara keseluruhannya, saya memang membuat benda yang saya belajar ketika di UiTM. Cuma ia tidak sebanyak jika anda seorang juruukur bahan dan bekerja di syarikat perunding. Pernah saya menyatakan kepada rakan saya yang mahu membuka syarikat perunding sendiri untuk mengambil saya bekerja di pejabat yang akan dibuka nanti. Dia dengan selambanya mengatakan tidak kerana pengalaman saya yang tidak banyak jika dibandingkan dengan juruukur bahan di syarikat perunding yang selalu menghadiri mesyuarat bersama-sama kontraktor dan klien dan lebih terdedah kepada aktiviti luar. Ketika itu, saya terasa kecil jika dibandingkan dengan kawan-kawan yang lain. Tetapi, bila memikirkan semula, skop kerja saya yang tidak memerlukan saya menjadi seaktif itu. Saya kembali ceria. Saya cuma perlu menjadi pakar untuk skop kerja saya di PMC sahaja. Tak memasal orang kata, kalau saya minta bos saya untuk mengikuti beliau menghadiri mesyuarat. Huhu.

Lain orang, lain corak pembelajaran dan pengalaman kerjanya. Saya tidak sehebat kawan-kawan yang sudah selalu masuk mesyuarat, marah-marah sub-kontraktor, berurusan dengan klien dan sebagainya. Tetapi, saya masih memenuhi setiap arahan yang diberikan oleh superior saya dan melaksanakan tugasan dengan jayanya (walaupun kadang-kadang buat silap juga). Saya tidak perlu sehebat kawan-kawan saya di hadapan bos saya. Saya cuma perlu belajar dan terus belajar dari semua senior-senior saya di PMC. Sebagai bukti saya juga masih hebat seperti mereka adalah bonus yang saya perolehi pada tahun lepas, melebihi kawan-kawan saya di Gamuda (yang sepatutnya P&C hehe..). Motivasi untuk setiap kali kemurungan bila memikirkan betapa jauhnya pengalaman dan ilmu QS saya berbanding dengan rakan-rakan saya yang lain. Syabas Nadiah! Teruskan usaha menjadi pekerja yang lebih berdedikasi di tahun akan datang. Selamat Hari Pekerja 2010.

Beberapa gambar tempat kerja saya.


Meja saya yang memang selalu penuh. Tandanya orang rajin bekerja. ;)


Mesin photostat yang menyebabkan meja saya menjadi perhatian.

Belakang meja saya merupakan bilik bos-bos besar. Sangat tidak strategik untuk ular-ular secara terlampau.



Love..

Wednesday, April 28, 2010

Rupa-rupanya saya dah ada blog..

Rupa-rupanya, saya dah ada blog dulu. Hehe. Boleh tak lupa? Haha. Buat masa mula2 masuk Gamuda dulu. Diam tak diam, saya dah dua tahun kat Gamuda. Sekarang ni kerja agak banyak. Minggu lepas sangat hectic. Minggu ni, dah boleh balik nampak matahari. Minggu lepas, rekod kerja adalah sampai pukul 3 pagi. Huhu.. Pengalaman namanya.

Itulah tujuan utama juga buat blog ni. Semoga dapat mencoretkan semua kasih sayang dan pengalaman sepanjang hidup ini supaya tidak lupa. Selain tu, untuk memantapkan lagi gaya penulisan sebab dah kena tulis blog KAMY sekarang.

Oklah untuk setakat ini, lain kali update lagi.

Thursday, July 31, 2008

Tension!!!!

Saya sangat(walhal bukan sangat pun,tapi suka guna perkataan ni) sibuk. Sangat tak sangka, saya adalah orang yang cepat terpressure gak. Selama ini, sayalah dalam family yang paling tak tension sekali. Mewarisi sikap ayah kata makcik saya. Tetapi, sejak kelmarin ada tiga (baru 3,haha...) tugasan yang perlu disiapkan. Dan saya mengaku saya tension. Sekarang dah ok. Satu lagi tugasan perlu disiapkan. Sedang buat satu lagi. Harap2 tension ini tidak berlanjutan. Sebab, saya sangat tension bila tension. Tolongggg.... Ini bukan saya. Saya adalah seorang yang tak tension..haha...Sekian.
Love..

Friday, July 25, 2008

Ubat Lupa

Di entri semalam, makcik saya telefon supaya wish birthday nenek saya. Tapi, saya telah terlupa. Semakin teruk perangai lupa saya ini. Makcik saya kata sebab saya tak ambil serius benda2 yang saya lupa, sebab itu saya tidak ingat (x sama ke x ingat dengan lupa). Saya sering lupa. Sepupu saya selalu menegur. Dia lantas bercerita yang semasa kecil saya selalu membuli dia. Tapi, saya lupa. Ingatan saya pada waktu kecil hampir tiada. Kerana lupa. Sungguh!!. Saya merasa kasihan dengan diri saya. Tetapi, masih lupa. Saya mahu buat bagaimana ya? Sehinggakan pakcik saya memberitahu yang mereka pernah menghentak kepala saya ke dinding, kerana itu separuh ingatan saya masa kecil hilang. Sungguh kasihan diri saya. Di mana ya boleh saya beli ubat lupa?
Love..

Thursday, July 24, 2008

Selamat Hari Jadi Nenek!!

Pagi tadi, makcik saya menelefon saya di ofis. Bertanyakan perihal kerja saya di pejabat. Terharu sebentar. hehe.. Kerana semalam saya telah menghantar kerja 'yang sepatutnya' kepada superior saya. Setelah sebulan makan gaji buta di ofis ni, akhirnya saya telah diberikan kerja mengenai apa yang saya belajar dahulu. Best. Tapi pada masa yang sama, saya cuak. Kerja itu terus di bawa masuk ke bilik mesyuarat tanpa pemeriksaan awal. Huhu.. Setelah di bawa masuk ke bilik mesyuarat, saya mengambil keputusan pulang. Biasanya, saya akan menunggu hingga pukul 6. Tetapi, jiwa saya masih tiada kekuatan untuk menerima jika ada kesalahan pada kerja saya. Superior saya pasti kena marah kalau saya silap. Saya pulang awal dan kembali ke rumah, hati masih tidak tenteram. Saya ceritakan pada makcik saya.

Berbalik kepada panggilan makcik saya, setelah berborak mengenai kerja. Paling-paling pun makcik saya kata kena marah. Taknak kena marah jugak. hehe.. Apa tu? Rupa-rupanya, panggilan itu dibuat untuk mengingatkan saya menelefon nenek saya kerana hari ini hari jadinya. Saya kurang pasti yang keberapa tahun. Nenek saya sebelah emak.

Banyak yang saya boleh cerita mengenai nenek saya ini. Tapi, untuk entri akan datang. Entri ini sudah cukup panjang. hehe..

Apa pun, SELAMAT HARI JADI NENEKKU. Semoga ALLAH melimpahkan rahmat dan keimanan untuk menjalani kehidupan di dunia dan akhirat. Amin. Love u so much. <3