Thursday, February 24, 2022

Bukan Jodoh

Allah Yang Maha Kaya
Memberi semua untuk kurasa 
Sebelum ini, aku yang suka
Kali ini dia pula yang mula

Seperti biasa
Untuk semua aturan perkenalan, aku cuma berkata ya 
Dan memberikan satu klausa
Jangan terlalu berharap sempurna
Jika ya, proses ini pasti tidak ada
Aku percaya sahabatku pasti memilih juga
Tidak akan memperkenalkanku dengan siapa-siapa tak kenal budinya

Kisah kita pun bermula
Selepas dua minggu perkenalan melalui suara
Kita sambung dengan bersemuka
Kau datang untuk berjumpa
Biasanya berakhir selepas perjumpaan pertama
Tetapi kita ada yang kedua, ketiga dan seterusnya
Dan kita selesa bertukar cerita
Terlalu selesa sehingga kau bertukar rasa

Kau yang mula
Kata kau tidak ada yang dikejar di dunia
Cukuplah jika ada orang sudi terima
Untuk bersatu membina keluarga
Aku perlukan masa
Banyak sahaja benda yang tidak kena
Aku nyatakan semuanya
Politik, perilakumu dan isu semasa
Banyak benda kita berbeza
Katamu itu perihal orang di luar sahaja
Janji kita berdua selesa bersama
Aku setuju juga
Kau selalu mengalah dan mendengar kata
Aku tidak perlu risau atas apa jua kata-kata
Jika tidak selesa aku beritahu sahaja
Dan kau terima

Aku berkongsi semua tanda tanya
Dari hutang, simpanan, dan kerjaya
Mahu isteri bagaimana
Bolehkan masak hujung minggu sahaja
Cara didikan anak atas tangan siapa
Aku mahu begini, dan kau setuju saja
Pelbagai soalan aku tanya 
Beberapa jawapanmu membuatku teruja 
Ya, tidak susah dengan dia
Hati kecilku berkata-kata

Setelah bercerita perihal bekeluarga
Kerap pula keluar berdua
Sehingga aku terlepas masa
Mengaji bersama keluarga
Maka 
Kuletakkan syarat pertama
Sepanjang kita bercinta
Sehingga hujung tahun ini, kau perlu ke rumah keluarga
Tidak perlu bawa apa-apa
Cuma perlu bertegur sapa
Tanda hormat yang kekasihmu ini punya ibu bapa
Yang perasaan mereka perlu diambil kira

Susah rupanya 
Walaupun kau yang pertama mula nak jumpa
Dan aku bergaduh dengan mak kerananya
Selepas itu beberapa kali kau mengingkarinya
Menyelesaikan perihal kerja
Aku diamkan saja
Faham dengan situasi peniaga
Sepatutnya aku persetankan semua
Merajuk saja 
Sekurang-kurangnya dapatlah tahu bagaimana
Cara kamu mahu memujuknya

Masa yang ditunggu semakin tiba
Kita masih berbual mesra 
Cumaku ingatkan syaratnya
Kau terima dan berjanji mencari masa
Walaupun di masa aku bekerja
Aku iyakan saja
Malas mahu memaksa

Sehari sebelum tempohnya
Selepas kita berbual mesra
Kau menyepi tanpa berita
Aku fikir kau sibuk bekerja
Dan mengatur acara berjumpa
Aku pun diamkan saja
Sedikit risau juga
Hanya berdoa pada Dia

Tergerak membuka muka bukunya
Kulihat sudah ke Perak sampainya
Bersama geng motor yang biasa
Kita pernah berborak mengenainya
Juga semasa kau ke tempat lain juga

Sedikit lega
Dia masih bernyawa
Tidak ada apa-apa
Geram sahaja hati ini rasa
Di muka buku boleh bercerita
Kepada aku, kau sudah lupa

Kegeraman bertambah berganda
Melihat muka buku keesokan paginya
Kau cerita pula perihal berniaga
Maka
Aku letakkan syarat di dalam kepala
Jangan mula
Biar dia saja
Sampai hujung bulan ni pula
Jika tiada, maka tiada

Rasa itu semakin tiada
Ditambah geram semua
Tidak mencari pula
Aku pernah berkata dahulu semasa bercinta
Kau sibuk dengan kerjaya
Sehingga tidak sempat membalas pesanan si manja
Yang rasa ini boleh berkurang ya
Jika tiada berita sehari dua
Dia meminta aku memahaminya
Kataku, sekurang-kurangnya beritahu di mana dan buat apa
Supaya tidak risau dan berfikir yang ada-ada

Kau lupa agaknya
Sampai sebelas hari lamanya
Baru agaknya merasa
Aku penting dalam dirinya
Malangnya cuma 
Hantar pesanan tulisan sahaja
Meminta maaf dan berkata
Semoga faham masalahnya
Berjanji tidak akan mengulang cara
Langsung tidak mendengar suara
Itu sahaja yang aku terima

Aku merajuk
Dan membalasnya semula
Kau ambillah semua masa yang ada
Menyelesaikan masalah yang bertimpa-timpa
Tanpa perlu memilih aku atau kerjaya
Dan kau terima semua
Lantas terlupa janji-janji lama
Untuk menghalalkan kita dan duduk bersama
Dalam sekelip mata

Manusia
Berbagai ragam dan cerita
Berputar-putar bak roda
Gembira, suka dan duka
Atas, bawah, tepi dan di mana saja
Kisah kehidupan seorang adiwarna

Alhamdulillah
Untuk semua rasa
Yang Allah cipta
Dan campak di hati kita
Tanda kebesaran Yang Maha Esa
Kekuasaan Sang Pencipta
Semoga kita baik-baik sahaja
Masih di dalam lindungan Dia
Bercinta atas nama Dia juga


Terima kasih kerana pernah hadir. Walaupun kita bukan takdir
Masa dengannya sudah tamat dan kamu tak pernah tersilap. Dia cuma jalan bukan tujuan - Hafizul Faiz

Smile is the best make-up


Love..

Monday, February 14, 2022

Busu Check-Up di HKL

Dah lama blog bersarang. Labah-labah dah beranak kalau dia buat sarang kot rasanya. Salahkan ig yang menjadi tempat menceritakan cerita. Hehe. 

Dua minggu lepas, ada rezeki teman Busu pergi check-up dekat HKL. Biasanya Along yangg pergi. Dia ada hal, aku ganti.

Sebenarnya aku rasa, Umair dah blh ambil tanggungjawab lelaki dlm keluarga tu dengan berjaya je. Dia boleh je jumpa doktor sendiri. Tadi, dia yang jawab doktor tanya. Aku dok tepi je. Haha. Sebab dia bawah umur, maka kenalah ada orang besar sikit. Busu cerita gak tadi, ada sekali Umair marah dia bila dia kata nak pergi toilet, Umair tak bagi. Tapi, Busu cuba bangun juga, lepas tu pening. Pastu, baru terfikir, ni sebab kena marah agaknya. Hehe. 🤣🤣

Aku ok je teman tadi. Dapatlah tolong panggil doktor, ambik ubat, bgtau Fahmi nak barang dlm kereta and just being present. Kecik je pun role tu compare keluarga Acik dgn Moksu. Tapi, takpelah. Mana yang mampu tolonglah. 🥰🥰

Busu dengan aku dulu rapat sebab aku dok kampung. Masa dia sambung study kat UTM Skudai, hujung minggu blk Kesang. Dia akan bawa ole2 yg beli kat Petronas Jasin. Malas dia nak beli kat Johor. Sama je kata dia. 

Masa dia bujang, nenek selalu bebel. Kalau g solat Jumaat, dia yg paling last, blk paling awal. Muda lagi kan? Mana dengar. Hehe. Tapi, bila dah kawen. Totally change. Be better. Masa Busu kawen aku dah kat Perak. Ingat lagi, nak g rumah Moksu utk majlis, nenek sponsor bus kot. Eksaited. 🥳🥳

Busu ada buat jadual utk anak2 dia. Aku pernah borak dgn Ainul, dia citer hujung minggu kena ngaji, baca buku English, buku citer, hafal al-Mulk, Yassin, Al-Kahf, solat jemaah. Pastu telefon ni mmg ada masa2 je ar dpt tgk. Kerahan potensi anak2 yer. Mcm Syeikh Muzaffar gitu. 👍👍

Moksu pula jenis kalau berjalan, suka ingat org. Nnt dia telefon dah kat sini2, mehlah. Ada sekali g Genting, Moksu telefon Ami. Kitorg pun dtg bw anak buah. Pastu, naik cable car, Busu amik yg lantai glass tu smpi Ainur demam. Nak test keberanian anak katanya. 😅😅

Busu ni dah 3 kali operate otak. Kanser. Takde rezeki sihat lagi. Kuat sungguh ujian. Kami doakan Busu sembuh, Moksu tabah dan anak2 dia pun kuat untuk ujian ni. Insyaallah, setiap kesulitan, pasti ada kemudahan. Ni nampak baik banyak sikit lepas makan ubat kimo. Moga tumor tu kecik dan hilang dari kepala Busu. 🤲🤲

Busu tak larat, kena baring

Masa baru sampai



Love..

Thursday, November 25, 2021

Jenjalan KLCC bersama Tea Lady

Aku pernah berborak dengan tea lady dekat pantri sebelum ni. Dia dah nak balik kampung Indonesia for good. Aku kata, jom ar saya bawa pergi makan. Borak macammana entah, dia kata dia tak pernah pergi KLCC. Walaupun kalau basuh pinggan, nampak KLCC kat belakang rumah dia. Aku nak ajak dia sekali hujung minggu, tapi dia sibuk tengah mengemas pula. Hari ketiga sebelum dia last day, aku ajak dia lagi sekali pergi makan. Selepas beberapa kali percubaan, kerana katanya menyusahkan aku saja, akhirnya dia bersetuju. Sebelum itu, Aini ada mengajaknya juga tetapi Kak Eli menolak juga. Jadi, saya mengajak Aini juga sekali malam itu. Ajak Warda, tetapi dia sibuk layan Steve. Aku ajak Faezah, sebab nak tanya tempat makan yang sedap. 

Perancangan awal, makan dulu, baru singgah KLCC. Tetapi, Faezah menukar plan kerana katanya masih terang, jadi KLCC masih cantik. Kami pun singgah KLCC dulu bergambar. Dalam pada bergambar, kami pun cari kedai makan dalam KLCC, senang. Mujur kedai dah banyak buka. Kami makan kat Penang Cravings. Lepas order, kami pergi solat maghrib. Kak Eli tidak solat, maka kami tinggalkan dia menunggu makanan. Aini sudah selesai solat dahulu, dia naik terus pergi ke tempat makanan. Sesudah kami makan, saya mahu membayar, Aini dah bayar dahulu. Laju dia buat kerja. Dahlah parking pakai kad touch N go dia. Semoga murah rezeki dia.

Faezah memang sangat beruntung saya bawa dia. Dialah melayan akak tu bergambar sementara aku mencari tempat makanan. Melayan berposing. Comel sangat. Basically, aku tukang bawa je. Yang lain semua Aini dan Faezah yang belanja dan buat. Berbagilah kegembiraan bersama orang lain. Di sebalik rezeki kita, ada rezeki orang lain.

Semoga Kak Eli sentiasa sihat dekat Indonesia. Dia bagi aku mesej masa tengah kuarantin dekat Indonesia. Sihat. Dah kembali kepada keluarga dia. Bak kata Pak Busu, Keluarga Adalah Tempat Pulang. 

Sebahagian gambar semasa berjimba. Dapat sekali dengan photographer tak berbayar ni, banyaklah outcome dia. 












Love..

Thursday, October 14, 2021

Anak dan Menantu

Semasa Daus dan Aida sampai di rumah mak dan ayah, Aida membawa kek marble untuk kami. Kata Along, mak memang teringin makan kek itu cuma tidak sempat dan tak tahu di mana mahu membeli. Daus melenggang sahaja ke rumah mak. Anaklah katanya. Menantu memang bawa macam-macam. Kemudian, Mina dan Muzakir pulang juga. Muzakir membawa buah-buahan. Daus kata, Mina pun tak bawa apa-apa. Anak memang tak bawa apa-apa bila balik. Menantu yang bawa. 

Daus menyambung perbualan kami di dapur, anak-anak cuma bawa makanan ayam dan baju kotor. Cis, menganjing akulah tu. Mujur sekarang dah ada mesin basuh. Takdelah bawa baju. Haha. Betul juga. Bertabah je mak dan ayah dapat anak macam ni. Mujur menantu menyenangkan. 

Minggu lepas, kami berjaya membuat sambutan hari jadi mak dan mina. Nafisah memberitahu mak suka makan mee kari. Selain Nafisah, anak dia yang lain pandai beli je mee kari. Kak Mi yang pantas tu telah menelefon Cik Lia untuk menolong membuatnya. Saya pula ditugaskan membeli kek aiskrim untuk mak. Perbincangan dilakukan hari Jumaat malam. 

Esoknya Sabtu, seperti biasa saya akan membasuh baju dahulu kemudian bermalas-malasan di rumah KL. Kemudian baru pulang ke Klang. Sampai di Klang, semua pun dah ada kecuali Fikri. Dia akan cuba balik awal dari tempat kerja dia. Petang tu Pak Busu dengan Cik Lia pun datang. Cik Lia memang datang nak bawa mee kari. Pak Busu nak tengok Kak Cik. Pastu ajak sekali sambut birthday mak. Hazwani dah bijak sangat. SubhanAllah. Main bola kat depan tu, comel sangat. Geram je. 

Walaupun dalam keadaan pandemik ni, nikmat dapat bersama keluarga ni memang nikmat. Sambut birthday mak, makan-makan dengan adik beradik mak, masak dan mengata sesama adik beradik kami, rindu kak Fisha. Semoga dia dapat pindahlah. Mesti lagi nikmat dia ada kat sini. Lagilah dia sejenis bekeluarga. 

Tukang baca doa 



Makanan

Sambil tengok bola

Sepatutnya ada api

Hazwani yang sangat behave

Pak Busu dan Mak Usu tunggu sampai majlis


Love..

Friday, September 17, 2021

Mengaji Bersama Keluarga Belah Mak

Alhamdulillah, dapat juga buat dengan keluarga belah mak. Pak Long ada bacaan yassin bersama masjid dekat tempat dia, maka tak dapat buat malam Jumaat. Ditunda ke malam Sabtu. Oleh sebab masa tu bagitau Acik Oya nak buat dua minggu sekali, sebab nak masukkan belah mak, tak jadi pula. Bagitau ayah, nak maintain dua minggu sekali ke tiap-tiap minggu? Ayah kata, tiap-tiap minggu pun takpe. Adalah sikit nak mengaji tu bila ramai-ramai. Pastu bagitau, esoknya nak kena ngaji lagi dengan belah mak pula. Ayah kata okay. Hehe. Kita follow je ar. Kita pun amik jugalah semangat ngaji ramai-ramai ni. Kalau sorang-sorang memang ikut rajin, dan biasanya malas. Haha.

Kamera Pak Long

Kesayangan

Setakat ni dah empat kali dengan keluarga belah ayah dan dua kali dengan keluarga belah mak. Semoga konsisten sampai syurga. Aku baru beli buku dengan Iman Publication. Keluarga Yang Setia Menyayangi dalam Al-Quran. Belum habis baca lagi. Skill baca buku dengan tarikan telefon sekarang ini, kuat ke telefon. Semoga berubahlah satu hari nanti ke buku pula. Baca prakata buku ni, dah mengajak kita semua ke syurga bersama keluarga. Memandang jauh ke syurga, walaupun sukar, semoga kita semua berjumpa di sana. Tak nampak-nampak siapa-siapa kat syurga nanti, carilah nanti dan tanyalah Allah. 

Prakata

Pastu baca pula sikit di bawah sub-topik mengimarahkan rumah. Dengan cara bercakap dan selalu berdoa. Doa yang dibacakan oleh sekumpulan anak muda di dalam surah al-kahfi ayat 10. SubhanAllah. Ayat yang kami baca hari-hari bersama tanpa saya sedari. Semoga Allah mengurniakan rahmahNya kepada keluarga kami asbab membaca surah ini setiap hari. 

Al-kahf ayat 10

Semoga habislah baca buku ni

Menyelak buku ini, banyak doa-doa dalam Al-Quran yang boleh kita amalkan untuk memupuk dan membina keluarga yang bahagia. Semoga selepas baca boleh buat praktikal sekali. Amin.

Love..