Thursday, November 25, 2021

Jenjalan KLCC bersama Tea Lady

Aku pernah berborak dengan tea lady dekat pantri sebelum ni. Dia dah nak balik kampung Indonesia for good. Aku kata, jom ar saya bawa pergi makan. Borak macammana entah, dia kata dia tak pernah pergi KLCC. Walaupun kalau basuh pinggan, nampak KLCC kat belakang rumah dia. Aku nak ajak dia sekali hujung minggu, tapi dia sibuk tengah mengemas pula. Hari ketiga sebelum dia last day, aku ajak dia lagi sekali pergi makan. Selepas beberapa kali percubaan, kerana katanya menyusahkan aku saja, akhirnya dia bersetuju. Sebelum itu, Aini ada mengajaknya juga tetapi Kak Eli menolak juga. Jadi, saya mengajak Aini juga sekali malam itu. Ajak Warda, tetapi dia sibuk layan Steve. Aku ajak Faezah, sebab nak tanya tempat makan yang sedap. 

Perancangan awal, makan dulu, baru singgah KLCC. Tetapi, Faezah menukar plan kerana katanya masih terang, jadi KLCC masih cantik. Kami pun singgah KLCC dulu bergambar. Dalam pada bergambar, kami pun cari kedai makan dalam KLCC, senang. Mujur kedai dah banyak buka. Kami makan kat Penang Cravings. Lepas order, kami pergi solat maghrib. Kak Eli tidak solat, maka kami tinggalkan dia menunggu makanan. Aini sudah selesai solat dahulu, dia naik terus pergi ke tempat makanan. Sesudah kami makan, saya mahu membayar, Aini dah bayar dahulu. Laju dia buat kerja. Dahlah parking pakai kad touch N go dia. Semoga murah rezeki dia.

Faezah memang sangat beruntung saya bawa dia. Dialah melayan akak tu bergambar sementara aku mencari tempat makanan. Melayan berposing. Comel sangat. Basically, aku tukang bawa je. Yang lain semua Aini dan Faezah yang belanja dan buat. Berbagilah kegembiraan bersama orang lain. Di sebalik rezeki kita, ada rezeki orang lain.

Semoga Kak Eli sentiasa sihat dekat Indonesia. Dia bagi aku mesej masa tengah kuarantin dekat Indonesia. Sihat. Dah kembali kepada keluarga dia. Bak kata Pak Busu, Keluarga Adalah Tempat Pulang. 

Sebahagian gambar semasa berjimba. Dapat sekali dengan photographer tak berbayar ni, banyaklah outcome dia. 












Love..

Thursday, October 14, 2021

Anak dan Menantu

Semasa Daus dan Aida sampai di rumah mak dan ayah, Aida membawa kek marble untuk kami. Kata Along, mak memang teringin makan kek itu cuma tidak sempat dan tak tahu di mana mahu membeli. Daus melenggang sahaja ke rumah mak. Anaklah katanya. Menantu memang bawa macam-macam. Kemudian, Mina dan Muzakir pulang juga. Muzakir membawa buah-buahan. Daus kata, Mina pun tak bawa apa-apa. Anak memang tak bawa apa-apa bila balik. Menantu yang bawa. 

Daus menyambung perbualan kami di dapur, anak-anak cuma bawa makanan ayam dan baju kotor. Cis, menganjing akulah tu. Mujur sekarang dah ada mesin basuh. Takdelah bawa baju. Haha. Betul juga. Bertabah je mak dan ayah dapat anak macam ni. Mujur menantu menyenangkan. 

Minggu lepas, kami berjaya membuat sambutan hari jadi mak dan mina. Nafisah memberitahu mak suka makan mee kari. Selain Nafisah, anak dia yang lain pandai beli je mee kari. Kak Mi yang pantas tu telah menelefon Cik Lia untuk menolong membuatnya. Saya pula ditugaskan membeli kek aiskrim untuk mak. Perbincangan dilakukan hari Jumaat malam. 

Esoknya Sabtu, seperti biasa saya akan membasuh baju dahulu kemudian bermalas-malasan di rumah KL. Kemudian baru pulang ke Klang. Sampai di Klang, semua pun dah ada kecuali Fikri. Dia akan cuba balik awal dari tempat kerja dia. Petang tu Pak Busu dengan Cik Lia pun datang. Cik Lia memang datang nak bawa mee kari. Pak Busu nak tengok Kak Cik. Pastu ajak sekali sambut birthday mak. Hazwani dah bijak sangat. SubhanAllah. Main bola kat depan tu, comel sangat. Geram je. 

Walaupun dalam keadaan pandemik ni, nikmat dapat bersama keluarga ni memang nikmat. Sambut birthday mak, makan-makan dengan adik beradik mak, masak dan mengata sesama adik beradik kami, rindu kak Fisha. Semoga dia dapat pindahlah. Mesti lagi nikmat dia ada kat sini. Lagilah dia sejenis bekeluarga. 

Tukang baca doa 



Makanan

Sambil tengok bola

Sepatutnya ada api

Hazwani yang sangat behave

Pak Busu dan Mak Usu tunggu sampai majlis


Love..

Friday, September 17, 2021

Mengaji Bersama Keluarga Belah Mak

Alhamdulillah, dapat juga buat dengan keluarga belah mak. Pak Long ada bacaan yassin bersama masjid dekat tempat dia, maka tak dapat buat malam Jumaat. Ditunda ke malam Sabtu. Oleh sebab masa tu bagitau Acik Oya nak buat dua minggu sekali, sebab nak masukkan belah mak, tak jadi pula. Bagitau ayah, nak maintain dua minggu sekali ke tiap-tiap minggu? Ayah kata, tiap-tiap minggu pun takpe. Adalah sikit nak mengaji tu bila ramai-ramai. Pastu bagitau, esoknya nak kena ngaji lagi dengan belah mak pula. Ayah kata okay. Hehe. Kita follow je ar. Kita pun amik jugalah semangat ngaji ramai-ramai ni. Kalau sorang-sorang memang ikut rajin, dan biasanya malas. Haha.

Kamera Pak Long

Kesayangan

Setakat ni dah empat kali dengan keluarga belah ayah dan dua kali dengan keluarga belah mak. Semoga konsisten sampai syurga. Aku baru beli buku dengan Iman Publication. Keluarga Yang Setia Menyayangi dalam Al-Quran. Belum habis baca lagi. Skill baca buku dengan tarikan telefon sekarang ini, kuat ke telefon. Semoga berubahlah satu hari nanti ke buku pula. Baca prakata buku ni, dah mengajak kita semua ke syurga bersama keluarga. Memandang jauh ke syurga, walaupun sukar, semoga kita semua berjumpa di sana. Tak nampak-nampak siapa-siapa kat syurga nanti, carilah nanti dan tanyalah Allah. 

Prakata

Pastu baca pula sikit di bawah sub-topik mengimarahkan rumah. Dengan cara bercakap dan selalu berdoa. Doa yang dibacakan oleh sekumpulan anak muda di dalam surah al-kahfi ayat 10. SubhanAllah. Ayat yang kami baca hari-hari bersama tanpa saya sedari. Semoga Allah mengurniakan rahmahNya kepada keluarga kami asbab membaca surah ini setiap hari. 

Al-kahf ayat 10

Semoga habislah baca buku ni

Menyelak buku ini, banyak doa-doa dalam Al-Quran yang boleh kita amalkan untuk memupuk dan membina keluarga yang bahagia. Semoga selepas baca boleh buat praktikal sekali. Amin.

Love..

Saturday, August 28, 2021

Mengaji bersama keluarga

Baru-baru ini saya ke rumah jiran bawah saya kerana paip di rumah saya bocor dan keluar di rumahnya. Semasa sedang berbincang, Cik Maznah mengajak saya makan malam. Puas saya menolak puas juga dia mengajak. Maka, untuk hormatinya, saya bersetuju. Semasa sedang berborak, dia mengatakan yang jam 10.10 nanti akan membaca Al-Quran bersama geng-geng mengajinya di facebook. Sudah dua tahun katanya. Membaca surah Al-Mulk, As-Sajadah dan Al-Kahf sebelum tidur. Menariknya saya kira. 




Saya diilhamkan untuk membuatnya bersama keluarga kecil saya. Saya bercerita perihal makcik ni dan minta pendapat ayah, okay tak kalau kita buat. Hari pertama, tak menjadi. Miscommunication. Ayah ingat, saya cuma menyuruhnya membuat sendiri. Ayah pun membaca sendiri Al-Mulk selepas Maghrib. Hehe. Alhamdulillah, keesokannya kami berjaya membuatnya. Tepat jam 9.15 malam kami mula. Berakhir jam 9.30 malam. Eh, cepat juga kata saya. Asallah tak boleh allocate masa kalau baca sendiri? Huhu. Selepas itu, kami agak konsisten mengaji bersama-sama selepas Isyak. Dimulai dengan Al-Kahf ayat 1-10 dan 100-110, diikuti Al-Mulk. Ayah mengetuai bacaan. Syukur juga mempunyai ayah yang ikut sahaja jika kami meminta tolong. Semoga kami konsisten sehingga akhir hayat membaca surah Al-Mulk ini. Memang sudah tahu kelebihan surah Al-Mulk untuk mengelakkan azab kubur dan Al-Kahf untuk mengelakkan fitnah dunia dan dajjal dari dulu. Tetapi untuk konsisten jika bersendirian, biasanya tidak. Alhamdulillah untuk nikmat internet yang menyatukan kita di alam maya ini.  

Masa mula-mula ngaji, hari Selasa cuti sebab ayah ada usrah. Pastu, ada sekali Abang Afiq nak tengok bola kat tv time kami nak ngaji, dia minta awalkan. Ayah okay je baca lepas Maghrib. Minggu depannya, hari Selasa, mak call saya masa kat ofis. Mak kata, sebab malam ni usrah, jadi kita bacalah lepas maghrib. At least hari-hari baca. Takdelah tinggal. Saya pun okay je. Mak sekarang dah pandai bagitau apa yang dia rasa dan mengeluarkan pendapat dan memberitahu apa yang dia nak. Dulu membebel je. Haha. Dah ada ruang tu. Dia pun dah percaya anak-anak dia. Anak-anak dia pun dah mendengar kata rasanya. Dulu kerja melawan je. Eh, cakap dengan cermin yer. ;p

Masa ni adik balik kerja awal


Minggu lepas, semasa berborak bersama Kak Mi di dapur. Kak Mi bercerita perihal Busu Bani yang semakin tertekan kerana perlu melakukan pembedahan lagi di otaknya bulan 10 ini. Mak Usu bercerita kepada Ami yang Busu dah kurang rajin membuat exercise, sudah burn out mungkin. Mak Usu pun tidak tahu bagaimana mahu membantu. Jika dulu, ada orang balik kampung, bersemangat sikit Busu. Tetapi sekarang, sudahlah tidak dapat keluar, tiada orang boleh melawat juga. Sedikit tertekan. Ami mencadangkan jika kami dapat membaca yassin malam jumaat ke, untuk menukar angin dan berjumpa sedara-mara di alam maya. Mungkin boleh membantu mak usu menukar anginnya seketika. Cadangan itu kami usulkan kepada ayah. Ayah setuju. Saya menelefon Acik untuk memberitahu perancangan kami. Kata mahu berkumpul sahaja, sudah lama tida bersua. Acik setuju juga. 

Memang Mak Usulah insan yang pertama sekali membalas jemputan saya di whatsapp. Dan ketika hari kejadian, saya belum masuk lagi, Mak Usu dan Ainur sudah masuk dahulu ke link yang saya beri. Nenek yang berada di rumah Mak Usu pun gembira nampaknya. Walaupun tidak ramai yang membalas untuk mengikuti bacaan yassin itu ketika kami mengajak di whatsapp, surprisingly semua adik-beradik ayah ada wakil. Dari Temerloh ke Tanjung. Semua join. Gembira. Semoga konsisten dua minggu sekali kita jumpa yer.

Saya baru masuk, yang lain ni dah tunggu nak kena accept. Melaka cepat sikit solat.


Sesi bergambar sebelum masing-masing nak left.

Time tengah baca by Nisa


Saya mahu membuatnya bersama keluarga belah emak juga. Ayah pun okay je kalau nak lead. Moga Allah mudahkan.

Love..

Sambutan Birthday Acap

21 Ogos merupakan hari jadi Acap. Ami yang dah lama giler tak balik Klang, balik juga akhirnya sebab nak sambut birthday Acap. Dia nak buat bakar-bakar guna pan baru beli dengan air fryer Mina. Aku bila dengar bakar-bakar ni mula ar malas nak masuk campur. Renyah. Melainkan ada Muzakir atau Ijam. Diorang rajin sikit nak melayan. Ingat nak balik hari Jumaat malam, tapi melayan IPC Lucksoon yang tak siap lagi dan bersedih sebab Perdana Menteri ke-9 Ismail Sabri, aku layan nangis kat KL je ar. Sity call petang Jumaat tu, nak borak. Aku kata baru lepas nangis sebab Anwar tak jadi PM. Dia tanya, ko boleh nangis yer sebab tu? Takde benda lain nak fikir? Haha. Yer Sity. Aku senang nangis camtu. Rindu site nangis, Anwar tak jadi PM pun nangis. Sesenang itu nangis, senang juga nak happy. Orang eja nama betul pun happy, dapat kacau Nga pun happy. No worries. Takde anak lagi nak fikir serabut-serabut ni. 

Hari Sabtu tu pula, aku breakfast dengan Alin. Virtually. Borak-borak dalam google meet sambil dia sarapan kat Jasin, aku kat KL. Menarik. Dia dah duduk rumah dia. Cantik kot. Selalu kata rumah aku ada potential untuk cantik juga. Aku malas dan redha je rumah sekarang. Haha. Rumah ni pun dah rasa tenang dan bahagia je. Tengah-tengah borak, Afiq call nak tanya bila nak balik. Ye ye. Aku ni memang kalau hujung minggu kat KL bermalas-malasan je ar. Lepas Zuhur nak balik. Sampai rumah ayah, dah nak azan Asar. 

Air Fryer Kak Mina pun berguna juga

Meriah sungguh

Kak Mi dah siap perap-perap ayam, dah keluarkan barang-barang nak masak dan bakar-bakar. Ala-ala steamboat ar. Menarik juga. Kak Mina tak balik sebab tak cukup dua dos lagi. Muzakir tak bagi. Takpelah, Dengarlah cakap suami tu. Ada keberkatan kat situ. Nanti nak amik second dose, singgah Klang, mak nak masak. Nak makan apa? Ko cakap je. Masa tu mak tanya Mina masa borak-borak. Mak sekarang dah banyak cakap benda yang dia nak cakap. Dulu tak banyak dia cakap pasal perasaan dia. Membebel yer. Haha. 
Ami bawa balik dapur tu

Selamat Hari Lahir Acap. Alang sayang Acap to the moon and back. 





Love..