Sunday, October 6, 2019

Majlis Tunang Kak Cik

Sekejap betul rasanya sekarang. Masa tu baru hantar Fahmi bertunang, ni dah sampai masa majlis. Kak Cik pun mesti sama je. Baru je tunang ni, kejapan je dah setahun nanti.

Majlis Acik Oya kali ni dia buat dekat rumah Citra Kasih. Aku balik hari Jumaat, lepas kerja. Ambik Baim dekat LRT Chan Sow Lin, pastu amik Kak Fisha dekat KLIA2 dan Kak Mi kat Nilai. Mak, Kak Long dengan Kak Cik dah balik pagi Jumaat. Sampai rumah nenek dalam jam 1.00 pagi juga.

Esoknya Sabtu, majlis tunang Kak Cik. Sambil masak-masak untuk lauk tambah majlis Fahmi. Nek Som dan Nek Siah tidur rumah nenek sebab nak tolong masak. Terbaiklah nenek-nenek ni. Aku memang bantai tidur je sebab dah drive semalam. Haha. Alasan. Sekarang ni, kat rumah nenek Saabah, memang rileks je. Kau tau turn nak tolong tu bila. Turn nak rehat tu bila. Jangan risaulah. 

Kak Cik ni senyap-senyap je terus nak tunang. Sebab tunang dia orang Taman Maju, buat sekali. Aku yang pung-pang bagitau semua orang, berkenalan dengan semua orang, takde rezeki lagi. Tapi, aku percaya janji Allah. Semua benda yang jadi ni, memang aku amik sebagai pengajaran dan pengalaman. 

Majlis Kak Cik ni, cadang nak buat simple-simple je. Sekali. Amik. Ada pelamin DIY dari Mak Usu, kawan dia datang make-up dari KL, hantaran Kak Mina buat, khemah lagi. Bak kata Mak Usu Bayah, bolehlah kau nak idamkan majlis macammana. Jadinya macammana, belakang cerita. Sayang Mak Usu juga! Selalu membantu dengan berjayanya. 

Mini pelamin

Bakal mak mertua

Wakil-wakil keluarga Othman

I'm happy for both of you

Kak Mi dengan Kak Long masak

Kak Mi dan Acap!! 

Runner untuk semua majlis, Muhammad

Fisha dan nenek, tak dapat dipisahkan. 

#nadiahkerjaKL #tibeh

Harap maaf, gambar tidak mengikut susunan. Sila terima. Kalau nak sempurna memang pendinglah post ni. Oh, Daus takde masa ni. Aida, tak berapa sihat. Semoga dipermudahkan urusan awak juga Us.

Sayang, akak doakan semoga semua urusan awak dipermudahkan sehingga majlis nanti. Gaduh sikit-sikit dah. Dah boleh start masuk dapur. Kemas-kemas bilik. Lipat baju. Akak sayang awak. :) Untuk Kak Fisha (dan diri sendiri), akak doakan awak berjumpa jodoh awak dalam masa terdekat. Semoga dengan izin Allah, kita boleh buat sekali tahun depan. Senang cerita. :) 

Love..

Wednesday, October 2, 2019

Rindu kau gila..

Isnin lepas, last day lunch dengan Sity sebab dia nak pergi buat tender Vietnam. Nak kena pergi 10 hari dok sana dengan Mr. Wong. Jadi, kami makan gembira-gembira dekat Mytown. Tengah sembang-sembang, sekali cerita pasal Ai Tee, yang semua orang pun cemburu dia. Hemalah, Shereenlah dan siapa entah lagi. 

Aku selamba je cakap, "Orang hebat memang macam tu lah. Tengok aku, biasa-biasa je. Semua orang suka." 

Sity, yang kepala hotak dia berpusing ikut putaran angin monsoon setiap tahun pun balas, "Konfiden je kau, orang safety tak suka pun kau." 

Kuahajaqqqqq.. Ada je akal nak kenakan aku. Tapi, aku rindu kau lah gila... Take care Sity! We love you. 




Love..

Thursday, September 5, 2019

Kak Fareen, Deekay & Kehidupan

Kak Fareen menghantar pesanan. Ayahnya telah meninggal dunia pada Khamis malam Jumaat dua minggu yang lepas. Hari Jumaatnya, Mak Ina mahu melawat. Tetapi saya mempunyai hal pada petangnya. Tidak dapat ikut. Hari Sabtu sahaja saya melawat. Mungkin balik hari sahaja perancangannya.

Training dekat Gamuda

Saya menelefon emak. Mahu mengajak pergi melawat. Pulang hari sahaja. Apabila emak memberi tahu ayah, ayah mahu ikut dan tidur di kampung. Sangat jarang ayah yang mahu pulang ke kampung, jadi saya turutkan sahaja. Pulanglah kami ke kampung pada Sabtu itu. 

Cubaan ayah selfie sendiri. Berjaya.
Saya singgah mengambil Deekay di Pusat Rehab Air Keroh. Alang-alang kereta kosong. Bawa keluar sekejap dari asrama. Bawa ke rumah nenek Saabah. Cadangnya mahu melawat Kak Fareen petang itu. Apabila saya menelefon Kak Fareen, katanya dia ke Pantai Puteri, menghantar sumbangan ke rumah anak yatim. Apa lagi, tidurlah petang tu. Setelah bangun tidur yang konon-kononnya penat akibat memandu. Saya menyediakan minum petang cempedak yang nenek tanam di belakang rumah. Nikmatnya makan cempedak tidak perlu bayar. Jika di R&R Tapah, seketul cempedak berharga RM1.50. Karut betul. 

Selepas minum petang, saya membawa emak ke rumah Nenek Rammelah. Rumah Mak Chah ada tetamu. Adik Pakcik Yahaya dari Pahang dan Kedah datang melawat. Pakcik baru selesai membuang bisul di belakang badannya. Oleh Kerana mempunyai kencing manis, luka itu sukar sembuh. Allah. Nikmat sihat ini memang perlu disyukuri. Semoga pakcik kuat dan tabah. Untuk Deekay juga. Dan Pak Busu. Semoga diberi kesembuhan untuk semua.

Nak bagi dekat budak UiTM. Kamera tipu habis. 
Malamnya pula, sempat ayah pergi meneman untuk Acik dan Pakcik berjumpa bakal bapa mertua Fahmi. Selesaikan sedikit masalah mengenai perkahwinan mereka. Nenek risau. Allah. Ujian masing-masing. Yang nak kawen pun ada masalah, yang tak kawen pun masalah juga. Tetapi, tidak mengapa, lalui sahaja dengan tenang. Selama ni pun Allah jaga sahaja. Hehe.

Esoknya, baru pergi melawat Kak Fareen sebelum balik. Cadang nak gerak pagi, tetapi Kak Fareen terpaksa ke pasar dahulu. Selepas hantar Deekay, kami menunggu Kak Fareen pulang dari pasar. Cerita kak Fareen, tidak lama ayahnya sakit. Dalam tiga minggu sahaja. Memang Allah mudahkan. Tetapi, Allah mungkin terlalu cepat. Kita yang hidup nilah nak kena belajar terima keadaan. Moga Kak Fareen dan emaknya tabah.

Dah sampai Tol Ebor, ayah bawa.

Always anak emak ayah. :)

Kenduri
Bulan September ini, hujung minggu memang penuh. Walaupun ada cuti berturut-turut pada Isnin, ada sahaja program saya. Semoga semua kesibukan ini dapat menjadi pahala Allah melimpahkan rahmat ke atas saya. Dengan rahmat dan kasih sayang itu, semoga selamatlah masuk ke dalam syurga. 

Love..

Tuesday, September 3, 2019

Rasa dalam Jiwa

Kecewa
Kepada tindakan yang dicuba
Benarkah ini jalannya
Bergaduh dengan orang yang kita cinta
Katanya sudah tidak hormat padanya
Jarang aku sebegitu rupa
Tapi, mungkin ya jika kau katakannya
Adikmu ini punya degil rupanya
Yang keluar dari mana aku tidak pasti tempatnya
Maaf jika kau terasa
Aku berdoa satu hari tiba
Kau akan merasakan hormatnya
Waktu itu mungkin kau sudah terima
Kasih sayang melebihi segala-galanya
Atau aku sudah beri yang kau pinta
Hormat pada yang tua
Tanpa perlu dipaksa-paksa

Terasa
Aku juga terkena
Kepada adikku juga
Yang kurasa tidak apa-apa
Cuma ditegur akibat tidak membuat kerja
Mungkin penat sebenarnya
Sampai terlepas kata
Dan dia terasa
Berulang kali kau kata
Bukan sekali dua
Tuhan Maha Adil kepada hambaNya
Aku rasa apa yang kakakku rasa
Tetapi Alhamdulillah aku malas berkira-kira
Kerana sayang melebihi segala-galanya
Tidak terputus hubungan kerana itu semua
Terima buruk baik seadanya

Rasa
Kepelbagaianmu terlalu banyak untuk diteka
Terlalu hebat untuk dibaca
Sampai begitu teruja
Menerima semua yang ada
Terkadang hati tenang sahaja
Nanti berganti lain pula
Di satu masa ianya gembira
Di masa berbeza air mata mengalir tiba-tiba
Tidak lupa juga rasa kecewa
Perjalanan diri tidak seperti yang diminta
Tapi tidak mengapa
Aku terima semuanya
Allah punya Kuasa
Walau kadang terkata
Kenapa saya?
Tetapi, terlupa
Kenapa tidak saya?

Aku bukan baik orangnya
Bukan semua pun perlu suka
Juga tidak perlu suka semua
Manusia berbagai ragamnya
Teruskan sahaja
Minta petunjuk dariNya
Atas semua urusan di dunia
Janganlah dibiar atas  diri sendiri sahaja
Walau sekadar kerdipan mata
Minta sahaja penghujung dunia gembira
Dan semoga di akhirat kita di syurga
Itu doanya

Petaling Jaya
030919

11 tahun dan masih mengira. 😍

Love..

Wednesday, August 21, 2019

Ayah, cerita dan ujian

Macam-macam benda nak tulis sebenarnya. Cerita raya, dua-dua raya pun tak tulis lagi. Cerita pergi Penang. Cerita pembedahan Busu. Cerita pergi UK. Cerita kahwin Daus pun tak tulis lagi sebenarnya. Banyaknya pending kerja Nadiah. Macammanalah kerja ofis kau. Macam ni juga ke? Haha. Walaupun banyak cerita nak cerita, aku nak tulis benda lain dekat sini. Melencong adalah kepakaran kaukan Nadiah?

Antara nikmat Allah yang saya tidak dustakan adalah nikmat boleh berborak dengan ayah. Berbanding emak, saya lebih rapat dengan ayah. Dengan emak, saya masih struggle untuk berkongsi cerita. Tetapi, sekarang sudah banyak benda yang mak dah mula kongsi dengan saya, dan bila saya bercerita, mak juga sudah mula memberi respon. Walaupun masih kurang, Tetapi ada perubahan. Mak jarang memberi respon kepada cerita saya, menyebabkan saya jarang bercerita kepada dia. Jadi, sekarang mengambil pendekatan, untuk bercerita, saya akan cerita kepada emak dan ayah pada masa yang sama. Saya mahukan anak yang boleh berkongsi apa sahaja cerita mereka dengan saya. Jadi, saya sepatutnya bermula dengan diri sendirikan? Melalut tak tahu ke mana.

Saya terkesan dengan dua video yang saya tonton baru-baru ini. Video Ustaz Hasrizal yang bercerita bersama anaknya mengenai random subjek di sekolah sehingga membawa kepada apakah impian Naurah anak perempuannya di sini. Ini bukanlah ayah saya. Ayah tidak akan memulakan perbualan. Tetapi, hubungan ini yang saya syukuri. Hubungan ayah dan anak dan berborak. Tidak semua orang dapat merasainya. Saya mendoakan agar semua orang mempunyai seseorang yang dapat berkongsi apa sahaja yang terjadi. Kadang-kadang, dengan mendengar sahaja sudah cukup menyenangkan. Juga video Vivy Yusof di sini, mengenai perjalanannya bersama emak dan emak mertuanya di London. Hubungan berkongsi cerita mengenai keluarga memang mudah menyentuh hati saya. Tidak semua orang dilahirkan di dalam keluarga yang harmoni. Tetapi, tetaplah bersyukur dengan apa sahaja yang Allah kurniakan. Semoga kita dapat membina syurga-syurga kecil kita di dunia lagi.

If you want to change the world, go back and love you family. - Mother Theresa.

Perihal saya dan ayah saya sudah banyak dinukilkan di blog ini. Saya masih mahu menulisnya.  Ia adalah benda yang saya suka. Seperti biasa, saya akan bercerita dengan ayah mengenai apa sahaja. Ayah akan mendengar dan bila perlu memberi nasihat, ayah akan bagitahu. Biasanya ayah mendengar sahaja. Kebaikan bercerita adalah, kadang-kadang saya beritahu apa yang saya buat. Selepas bercerita, saya lihat terdapat beberapa kesalahan diri sendiri yang saya tidak nampak sebelum ini. Saya mungkin boleh merubahnya.

Saya sedang berkenalan dengan seseorang. Sepatutnya saya tidak menceritakannya kerana pengakhiran biasanya tidak seperti yang diharapkan. Tetapi, saya perlu mengambil iktibar atas perkara yang saya buat. Saya mempunyai satu idea apabila berkawan dengan lelaki ini, saya mahu bergaduh dengannya. Supaya saya dapat lihat apa yang dia akan jadi bila saya marah dan apa yang dia akan jadi bila dia marah. Jika kami masih boleh meneruskan perhubungan itu, maka kita sudah melepasi fasa kritikal. Saya memberitahu ayah mengenainya. Ayah gelak sahaja mendengar. Kami berborak semasa dalam perjalanan ke Melaka untuk majlis pertunangan Izzul.















Tetapi apabila pulang dari majlis tunang Izzul, kami berborak benda lain dan ayah kata, selama ini kita telah dijaga oleh Allah. Allah jaga sampai saya jadi yang sekarang ini. Saya teringat Rafizi Ramli pernah menulis di instagramnya, 'Ibu bapa sekarang sibuk menghantar anak ke sekolah terhebat. Tetapi dia teringat emak dia yang belajar biasa-biasa sahaja. Tetapi, setiap hari Tahajud dan Hajat tak tinggal. Dia berdoa supaya Allah jagakan anak-anaknya. Alhamdulillah, adik-beradiknya menjadi.' Saya terlupa itu. Saya sibuk nak test itu dan ini. Mahu membuktikan apa, saya juga tidak tahu. Biarkan sahaja. Kita doa sahaja. Allah akan beri apa yang terbaik untuk kita.

Semakin complicated hidup saya sekarang ini. Dulu saya rasa tenang sahaja. Tak banyak fikir pun. Melalui sahaja kehidupan dengan tidak banyak berfikir. Di satu bahagian, saya serabut sedikit kerana banyak sangat berfikir sekarang. Pening kepala yang ini nak buat, itu nak buat. Di bahagian satu lagi, saya rindukan ketenenangan dulu yang tak sibuk-sibuk pun nak apa-apa. Cuma apabila saya mula memikirkan apa yang saya nak, saya mula berusaha meminta lebih bersungguh. Saya juga dapat mengenal apa yang saya nak. Saya dapat buat banyak benda juga. Tiba-tiba terfikir kata Muhammad, nak masuk syurga ni, orang-orang hebat. Saya takdelah hebat sangat. Tetapi, bila memikirkan ujian-ujian Allah ni, saya bersyukur diuji. Tetapi, pada masa yang sama serabut. Haha.

Doa sahaja yang terbaik. Satu doa yang baik untuk kita amalkan yang saya dapat dari video Ustaz Hasrizal. Doa dari Surah Al-Kahfi ketika pemuda-pemuda kahfi meminta petunjuk dari Allah, dan Allah beri solusi yang tidak popular iaitu tidur. SubhanaALLAH. Berdoa sahaja sahabat untuk semua permasalahan kita. Allah pasti beri jawapannya.

sumber : google

Selamat bertunang Izzul. Semoga dipermudahkan sehingga majlis nanti. Oh, bercakap pasal perasaan, Alin berkata seperti tidak mahu berkongsi kasih sayang Mak Ngah kepada tunang Izzul. Ya, Mak Ngah akan berkongsi kasih sayang dengan orang baru. Saya yang tidak berasa apa-apa masa tu, pelik. Kasih sayang ni kan banyak. Sharelah sekali. Saya membiarkan sahaja kata-kata itu dalam kepala. Biasa kalau saya rasa macam tu, mesti Allah akan bagi perasaan tu pada saya. Hari ini, Ai Tee nak buat date untuk Nga dan Lee Yen di kedai mak ayah Lee Yen. Yeaw menghantar pesanan kepada Ai Tee untuk kepastian jadi tak nak makan nanti. Katanya, Nga sudah pakai handsome2. Bila Ai Tee tunjukkan pesanan itu, saya jealous. Wei, apakah perasaan ini? Allah. Jealous Nga akan berkongsi kasihnya? Apakah? Dahlah tengah bergaduh dengan dia. Haha. Saya pulangkan semula perasaan tu kepada Allah sambil bersyukur dengan rasa itu. Saya mahu Nga bahagia. Dia orang yang baik. Semoga menjadilah hubungan Nga dan Lee Yen tu. Walaupun sedikit jealous, haruslah banyak lagi yang gembira.

Semoga Allah pelihara kita semua dengan kasih sayang dia dan menjadikan hati kita tenang dengan semua qada dan qadar Allah tanpa mempersoalkannya.

Love..