Tuesday, July 24, 2018

Pasca Pilihanraya ke-14

Kejayaan Pakatan Harapan membentuk kerajaan kali ini menimbulkan banyak sisi positif dan negatif untuk semua orang. Untuk kami di bahagian pembinaan infrastruktur projek mega, paling terasa sekali. Semua projek High Speed Rail dan MRT3 terpaksa ditunda akibat kekangan hutang negara yang banyak. Masa depan yang agak gelap untuk Gamuda. Dengan tidak menjanjikan sebarang bonus yang banyak untuk tahun ini (cukuplah semoga tambang untuk saya ke UK  bersama Alin nanti lepas) dan masih mempunyai kerja tetap untuk saya merupakan nikmat Allah yang perlu saya syukuri. 

Ada sahabat saya yang kontraknya tidak disambung dengan alasan syarikat mahu mengurangkan headcount kerana banyak projek diberhentikan. Selain itu, sahabat saya juga berada di hujung tanduk kerana LRT3 juga mengalami proses yang sama. Pengurangan kos menyebabkan syarikat-syarikat terpaksa memberhentikan staf. Pada pandangan kami yang bawah ini, eloklah diberhentikan manager-manager yang berapa nak pandai membuat kerja, kerana gaji mereka boleh membayar tiga ke empat orang executive. Tetapi, itu tidaklah terjadi. Doa yang terbaik untuk semua.

Saya juga menemui beberapa orang yang mendapat kesan positif akibat kemenangan Pakatan Harapan. Seperti Amar yang membantu En. Anuar semasa pilihanraya yang lepas, telah mendapat jawatan Pembantu Khas untuk Dr. Zul sebagai Menteri Kesihatan. Dia ni memang budak bijak. Jenis tak kisah buat kerja masa pilihanraya masa tu. Sekarang Alhamdulillah, dapat tempat yang sepatutnya. Semoga dapat memberi kebaikan yang banyak. Seperti kami juga, dapat membantu En. Anuar di Temerloh dengan program cuci masjid. Walaupun tidak dibayar. Semoga mendapat pahala atas pertolongan yang diberikan.

Cuci Masjid 1.0

Terima kasih sayang

Next weeknya, Santai Seni

Singgah rumah Mak Ngah


Alasan untuk semua ini

Ada juga yang terpaksa diberhentikan atas lantikan politik. Tidaklah menyalahkan kemenangan Pakatan untuk semua keburukan yang terjadi di Malaysia. Percayalah rezeki Allah sangat banyak di dunia ini. Takziah untuk semua ketidaksambungan kontrak, semoga menjadi asbab untuk kita menjadi lebih baik. Allah semestinya akan menganjarkan hambaNya sesuai dengan perbuatan mereka. Usaha, tawakal dan Allah beri. Tetapi, dunia ini tidak adil juga kata kenalan rapat saya. Mungkin tidak akan dapat semua. Maka di situ, praktiskan hadis Rasulullah ini, 

“Sangat ajaib keadaan seseorang yang beriman, sesungguhnya segala urusannya adalah baik, dan itu tidak terjadi kepada seseorang kecuali hanya bagi orang yang beriman. Jika dia mendapat kesenangan dia bersyukur, maka demikian itu kebaikan buatnya. Dan jika dia mendapat kesusahan, dia bersabar, maka demikian itu adalah kebaikan buatnya.”
(HR Muslim)

Sejak akhir-akhir ini semua benda mahu dikomen. Penangguhan semua mega structure, salahkan kerajaan. Menyesallah pilih pembangkang. Rileks semua. Nak betulkan benda yang dah lama bersarang ni memang susah. Diri kita sendiri nak berubah pun susah, inikan nak ubah benda yang dah 60 tahun bersarang dalam kerajaan. Pasti ambil masa. Transition period ni akan ada banyak masalah kerana masing-masing harus try and error. Keseronokan pastinya pilihan kita kali ini bijak, maka akan mengambil kira banyak faktor dan masing-masing jenis bekerja untuk rakyat. InsyaALLAH, semuanya untuk yang lebih baik. Kita semua perlu tenang-tenang sahaja. 

Kalau semua benda nak komen dengan negatif. Kasut putih dan hitam pun nak kutuk kerajaan. Sedangkan banyak lagi yang Dr. Maszlee bincangkan masa forum tu. Semua pick yang rasa boleh lakukan suratkhabar sahaja. Tidaklah memperkasakan pembangkang sebenarnya. Chill sahaja boleh tak? Tidak suka, tidak mengapa. Pilihanraya akan datang, silalah undi parti yang kamu rasa betul. Lima tahun lagi. Ataupun mungkin kurang dari lima tahun. Mahathir biasanya tak sampai limaa tahun dah buat pilihanraya. Pilihlah pilihan hati korang. 

Jadi, marilah kita bekerja dengan lebih gigih. Ramai lagi orang yang kontrak tidak disambung. Oh, fikirkan juga orang yang sudah lama dibelenggu masalah tiada peluang pekerjaan, semoga kerajaan baru akan memikirkan solusi terbaik untuk semua orang. Di bahagian saya juga perlu bekerja dengan lebih gigih kerana telah mengambil baby baru. Haha. Saya suka. :) 

P : "Orang suruh kahwin, pergi beli kereta pula."
N : "Kalau suami ada jual macam kereta, lama dah orang beli."

Test Drive - dan ayah suka! 

Always a good supporter

Coz not everyday people bought a car

Pic by Nina


Finally, not a Vios. But, still my happiness. Alhamdulillah

Love..

Tuesday, July 17, 2018

Kisah Kasih Along

Along,

Dahulu,
Ketika aku suka bercerita,
Masih mahu bertanya,
Masa kau bertiga, sehingga berdua,
Kau tidak membuka semua,
Mungkin cara atau kataku sukar diterima,
Atau lebih kepada paksa,
Dan kau tidak selesa,
Tidak mengapa,
Aku terima seadanya,

Berkali-kali aku kata,
Carilah yang lain jika tidak keluarga,
Sesiapa sahaja,
Asal mampu keluar semua,
Apa yang terbuku di dada,
Aku yakin kau bisa,
Tapi, bagiku itu cuma kata,
Bagimu mungkin memaksa,

Sekali itu,
Egoku lebih tinggi dari otak di kepala,
Syaitan berlari masuk ke jiwa,
Mencabar dan menolak semua kasta,
Kakak dan adik tidakku beza,
Terkeluar semua dan tertinggi suara,
Dan kau makin terasa,
Membawa lara bersama satu-satunya harta,
Anak penenang semua duka,

Aku manusia,
Yang berdosa dan terlupa,
Kepada siapa pemegang jiwa,
Hanya Dia Yang Maha Esa,
Aku cuma pengantara,
Dialah pengubah semua,
Aku hamba yang alpa,

Sekarang,
Aku masih tidak berdaya,
Untuk belajar mengatur bahasa,
Atau berkongsi rasa bersama,
Memilih diam dari berbicara,
Pada hemahku, itu lebih baik dari tertinggi suara,
Dan mengulang sejarah lama,
Yang tidak mungkin terpadam di minda,

Tidak tahu sampai bila,
Apa pengakhirannya,
Semoga yang baik-baik sahaja,
Doa semoga engkau kembali berjiwa,
Rasa diri mempunyai keluarga,
Untuk berkongsi semua cerita,
Kisah gembira atau merana,
Terima semua seadanya,

Kau pernah menjadi idola,
Untuk aku semasa muda,
Adik-adikmu memandangmu sebagai wira,
Yang pertama memasuki menara,
Yang menasihati kami semua,
Walau kami tidak suka,
Tetapi tegasmu, kami akur jua,
Kau pembantu emak ayah yang setia,
Ketika kami berseronok sahaja,
Kau mengurus rumah tangga,
Kami membantu apa dayanya,
Namun, kau Along melebihi semuanya,

Harapan,
Semoga Allah menunjuk cara,
Tidak terputus hubungan keluarga,
Dunia ini hanya sementara,
Akhirat jua kekal selamanya,
Moga di sana kita bersama,
Tapi, elok di sini juga,
Ku tunggu saat itu tiba,
Percaya percaya percaya,
Kuasa Dia melebihi semua,
Jika Dia mengkehendaki apa-apa,
Siapa kita mahu menghalangnya,
Sangka baik sahaja,
Allah sebaik-baik Pengaturcara.

Sayang selalu,
160718
Petaling Jaya

Love. 💕💕

Sunday, July 15, 2018

Day Trip to Genting Highlands

Tajuk omputih gitu. Hehe. Kalau di Bahasa Melayukan, Percutian (ke pengembaraan?) Sehari ke Genting Highlands. 

Masa di kampung, terdengar perbualan Mak Usu dan Nafisah untuk ke Genting Highlands menaiki kereta baru. Aku pun menyibuk-nyibuk nak ikut. Nak merasa bawa HRV. Mesti best. Pak Busu pun okaykan je, aku kata nak bawa kereta dia. Hehe. Tapi, kita merancang, Allah juga merancang. Tiba-tiba keluar idea balik dari Pahang terus pergi sana. Boleh bawa anak-anak buah pergi naik cable car. Janji balik dengan Mak Usu, tara.. Sampailah kami menaiki kereta sendiri ke Genting Highlands. Hebat Personaku. Sampai ke puncak dengan jayanya. I love you. 

Sayang banyak sangat


Kerja pau spec orang je. Pak Tam punya

Rombongan 


Ketua rombongan beli tiket




Kelainan raya 2018 ini adalah percutian ini. Membawa merasa pengalaman menaiki cable car untuk kami. Fikri dah awal-awal tidak mahu ikut. Gayatlah katakan. Masa ini jugalah nak tengok anak-anak buah ni, gayat ke tidak. Semua Alhamdulillah, tenang-tenang sahaja menaiki cable car. Aku pula yang seram-sejuk bila cable car lalu atas jalanraya. Masa lalu atas hutan, okay sahaja. Bila atas benda concrete, tiba-tiba macam-macam terfikir. Hahaha. Saya cuma perlukan tangan untuk berpaut ya. Kak Cik dan Kak Fishalah penyelamat. Hehe. Pengalaman sungguh.

Kesayangan...

Makan Texas chicken

Pit Stop

Lubang hidung siapa paling besar

Si kecil bertudung biru dan sepupu

Allah. Gayat sikit. ;p


Naik sampai Genting Arena dekat atas. Cari benda makan. Makan Texas Chicken. Mak Usu dan Pak Busu comel sangat. Banyak sponsor. Duit makan dan duit tiket naik gondola. RM7 pergi naik dan RM7 turun bawah. Untuk yang biasalah. Yang lantai glass tu tak berapa pasti harga dia. Lepas makan, kita turun. Singgah dekat perhentian tengah-tengah. Bergambar sikit lebih kurang. Oh, best dekat sini nak turun sebab guna escalator. Banyak kot. Bagus juga. Takdelah penat sangat. Orang tua pun boleh guna.

Saya beli roti di atas tadi, budget jalan-jalan nanti penat, adalah kudapan. Sekali tertinggal dalam gondola masa laju-laju turun sebab cuak punya pasal. Lepas tu Acap kata, "Alang cuai yer." Amboi, kemain tatabahasa awak yer Cap. Hehe. Tapi, Alang sayang

Semasa di atas, Achik Iza message dalam whatsapp group. Dia nak beraya ke Kelana Jaya. Siapa nak ikut? Haha. Pucuk dicita, kami memang baru turun dari Genting, terus melencong ke PJ. Alhamdulillah. Perancangan last minute always the best. Dapat berkumpul ramai-ramai dan bergambar sempena raya 2018.

Skema

My beloved. <3 td="">


Love..

Monday, July 9, 2018

Tegur

Ada seorang budak pejabat saya baru memotong rambutnya menjadi pendek. Saya rasa comel sangat. Nampak muda. Di dalam perbualan saya bersama #gengluncheon semasa makan tengahari, kami berbual mengenai perkara ini.

Nad : Comel sangat Ms. Bu rambut pendek. Suka
Fae : Tapi, Tan kata macam ahso. Ms. Bu sedih.
Nad : Ish, berani betul Ah Tan ni, nak kena marah ni. Nanti saya marah dia. (sebab Tan ni geng saya borak-borak masa pilihanraya masa tu. Dia DAP, jadi sama geng pembangkang. Sekarang dah jadi kerajaan. Hehe. Jadi dah rapat dengan dia. Bolehlah nak tegur-tegur ni)
Nina : Kenapa nak marah Tan? Pergi jelah kata cantik dekat Ms. Bu. Takyah marah-marah.
Nad : Oh, ye ke. 

Selepas lunch, dalam pada tengah membuat kerja, saya singgah ke meja Ms. Bu dan menegurnya. Katakan yang saya suka rambutnya sebab nampak muda. Dia eksaited dan menunjukkan gambar model yang disimpan di dalam telefonnya yang dijadikan panduan kepada tukang gunting rambut di kampungnya. Murah pun murah. RM30 sahaja, tetapi masih dapat hasil yang bagus. Gembira sahaja dia. Saya pun berlalu pergi. 

Peri-pentingnya kawan-kawan kau yang akan tunjukkan cara yang lebih baik dari jalan yang kau fikir. Alhamdulillah untuk itu. Semoga kita semua dikelilingi oleh orang-orang yang akan sentiasa mengingatkan kita untuk jadi lebih baik setiap hari. Amin. Jika tidak, jadilah orang yang akan sentiasa mengingatkan orang lain untuk jadi lebih baik. Amin. Jika tidak, jadilah baik sahaja. Walaupun susah. Cuba. Semoga Allah bantu.

..................................................


Berita gembira untuk En. Anuar. Alhamdulillah berjaya menjadi Timbalan Menteri Kerja Raya. Walaupun sebenarnya lebih layak di bahagian Seni dan Budaya, tetapi untuk jawatan itu, tahniah diucapkan. Orang gembira pada masa yang sama berdoa supaya En. Anuar dikelilingi orang yang membantu dan tidak mengambil kesempatan. Selasa lepas, bos (sebab saya under JKR) panggil melawat pejabat baru. Pengalaman sungguh masuk pejabat menteri ni. Sama besar dengan YPU pejabatnya. 







Gembira. Alhamdulillah, Allah beri kegembiraan kepada En. Anuar berkat kesabarannya di dalam politik selama ini. Tiadalah bantuan yang banyak orang dapat beri kecuali menghadirkan sahaja diri ini semampunya. Semoga Allah juga mengira perbuatan itu ikhlas keranaNya. Selamat bertugas YB! 

Love..

Tuesday, June 26, 2018

Sambutan Raya Parlimen Temerloh

Berkesempatan menghadiri jemputan Majlis Sambutan Raya Parlimen Temerloh Sabtu lalu. Aku nikan dah macam orang sana. Hehe. En. Anuar punya pasal, orang pergi tau. Tengah takde komitmen apa-apa ni, InsyaAllah isi masa lapang macam tu ar. Kalau tak, aku melangok je dekat rumah. Cuti raya sakan pula tahun ni. Seminggu. Tiga hari lepak kat rumah. Hari Rabu melepak dekat rumah tengok cerita melayu, lepas tu menyesal. Haha. Hari Khamis keluar dengan Kak Fisha. Hari Jumaat kemas rumah sikit-sikit sebab mak mertua Daus nak datang. Hari Sabtu pagi, pergi Temerloh.

Sampai awal Temerloh sebab ada meeting untuk dua program KAMYPU dekat sana. Dah macam parlimen aku pun ada. Mujurlah parlimen sendiri ayah cover. Hehe. Meeting biasa-biasa je. Bentangkan proposal yang Mekna taip. Takpelah Mekna, janji kerja berjalan. Program santai seni dan Indahkan Masjid. Lepas selesai tu pergi makan sebab dari pagi tak makan. 

Kesayangan Alang
Eksaited
Malam tu, dalam pukul 6.30 petang, bergerak ke Taman Chengal. Hujan renyai-renyai. Timah message kata nak datang juga lepas maghrib. Tak mengharap pun. Jauh kot, 45 minit. Sampai-sampai, kami makan. Mekna tunggu buka puasa. Aku ni, puasa enam tak mula lagi. Semoga sempatlah buat. Lepas makan, pergi solat dekat pejabat En. Anuar. Masa tu, geng-geng YPU datang. Kami selesai solat jumpa mereka dekat bawah. 

Geng YPU

En. Jamal 

Jumpa En. Jamal. Seperti biasa, dia akan eksaited jumpa aku dan kata rindu. Hehe. Ingat tak, aku pernah tulis pasal dia kat sini. Dia kata aku comel, kata rindu kat aku. Pelik juga mula-mula Sebab dari pengamatan aku dia ni bukan orang yang suka flirting. Jenis yang baik. Lagilah pemurah. Dia bagi Kak Rosemah RM1,000, bila Mekna ucapkan terima kasih, dia boleh angkat tangan macam "not to mention it. sikit je." Lepas tu dia kata, nak ambil anak Kak Rosemah sebagai anak angkat. Sangatlah bukan orang yang menggatal. Aku bagitau En. Anuar pasal benda tu. Of course aku akan cerita. Pasal PA dia cuba menggatal kat aku pun aku cerita kat dia dengan Mekna. Jadi, bila PA dia menggatal tu, diorang tolong cover untuk aku sekali supaya tak lebih-lebih sangat. Rupa-rupanya, En. Jamal ni ada anak sama nama dengan aku dengan ex-wife pertama dia. Anak perempuan dia ikut wife. Jadi, setiap kali dia jumpa aku, dia akan teringat anak dia. Itulah punca segala rindu, comel bagai. Gembira sikit, aku boleh buat dia hilang rindu kat anak dia.

Dah nak habis program, Timah message tanya aku dekat mana. Dia nak bergambar dengan ahli parlimen dia. Hehe. Terperanjat boboi. Rajin melayan juga Timah dan Jufri ni. Gembira saya. Terima kasih Timah dan Jufri datang jauh-jauh dari Lanchang. Borak-borak, dia kata, ingat dah selesai lepas kempen masa tu. Rupanya, lepas menang pun ada kerja lagi. Hehe. 

Geng Haji Bujang

Bersama Ahli Parlimen Temerloh

Esoknya, sebelum pulang, kami ke masjid Kampung Ira. Meninjau tempat untuk program Indahkan Masjid, 7hb Julai nanti. Semoga Allah mudahkan. Teringat kata-kata, Ali Banat, "Start a program and do it." Moga istiqamah dan menjadi asbab Allah redha dan masukkan kita semua ke dalam syurga dan bertemuNya kelak.

Berbincang dengan AJK

Jumpa lagi 7hb nanti. InsyaALLAH

Love..