Thursday, July 28, 2016

Baik sahaja tidak cukup

Jika anda mengenali saya, kebanyakan orang akan berkata saya seorang yang baik. (Alhamdulillah Allah menutup aib-aib saya di hadapan orang lain. Semoga sehingga selama-lamanya). Tetapi, jika anda rapat dengan saya, pasti anda akan nampak kelemahan, kekurangan dan kekasaran saya. Gila berpura-pura rupanya kau ni Nadiah. Haha. Manusia, mana sempurna. Tapi, kalau tiada sebab mahu berlaku sebegitu, kenapa perlu tunjuk depan orangkan?

Anak buah saya masih ingat saya memarahi kakak saya iaitu emaknya walaupun perkara itu sudah lama berlalu. Kerap kali anak buah saya ungkit. Perihal saya memarahi kak long saya. Silapnya masa itu, Afifah turut sama berada di situ. Sampai sekarang dia ingat. Hehe. Saya punya satu perasaan marah apabila sudah beberapa kali menasihati seseorang, tetapi dia tidak mendengar maka saya akan marah bila bercakap mengenainya. Saya terlupa yang menasihati itu kerja saya, menyuntik rasa tu kerja Allah. Oleh kerana itu, saya lebih gemar berdiam diri dari bertanya perihal itu kepada mereka. Orang yang terkena dengannya haruslah kak long saya dan Mamat. Maaf, saya masih tidak boleh mengawal marah saya, maka saya lebih rela tidak bercakap mmengenainya. Saya doakan dari jauh sahaja semoga semua baik-baik.

Begitu juga Nafisah dan Naziha serta Aminah. Pasti mereka tahu keburukan kakak mereka ini. Tidak mengapa, hal rumah tangga jangan dibawa keluar rumah. Lagilah Alin. Haha. Bukanlah keburukan, cuma kekurangan. Saya teringat pernah membaca satu kata-kata 'If you cannot accept me at my worst, you don't deserve me at my best'. Gitu. Kira yang merasa saya jahat dengan dia ni, sebenarnya merasalah saya boleh jadi yang paling baik dengan awak tau. Merasionalkan perbuatan sendiri. Hehe. Okay yang rapat dengan saya tidak ramai berbanding yang tidak rapat, maka masih dalam kategori orang akan ingat saya baiklah. Hehe. Nak juga, ambik. Memang baik ya. ;p

Tetapi, cerita ini sepatutnya berkisar di pejabat ya. Saya masih dalam proses mahu memfinalkan Wai Fong. Lama rupanya proses ini. Lebih dari yang saya jangkakan. Lim telah selamat pergi ke Singapura dan Nic juga telah selamat menjadi officemate saya. Minggu akhir sebelum raya,  saya gembira kerana telah berjaya mengeluarkan final amount sebelum raya dan bajet dapat bercuti pada hari Isnin. Macam-macam dah rancang nak pergi bank, situ, sinilah nanti. Selepas membentangkan kepada Ai Tee dan  dia bersetuju dengan amount yang saya perolehi. Tetapi, untuk mempersembahkan kepada Michelle (Senior Manager kami), Ai Tee mahu saya buat satu lagi summary yang lebih simple. Ai Tee telah membuat meeting dua hari sebelum raya iaitu pada hari Isnin. Mujur saya memang balik ke kampung pada hari Selasa selepas menghantar Naziha ke PPUM. Cuma saya tidak dapat membuat perancangan nak ke sana ke marilah Isnin itu. Diburukkan lagi, saya tidak sempat menyiapkan summary itu pada hari Jumaat, maka hari Isnin terpaksa dipinda ke hari Rabu selepas raya. Saya masih perlu ke pejabat pada Isnin itu untuk menyiapkan kerja.

Saya sudah membuat summary saya, tetapi kurang kemas. Banyak benda yang saya tidak boleh tunjuk, maka Ai Tee ubah summary saya. Saya terpaksa membuat semula summary yang lain. Lebih simple, lebih banyak yang boleh dilihat di dalam satu summary tetapi semua data perlu dimasukkan ke dalam excel file yang baru. Sebelum ini, say cuma link dengaj data sedia ada. Ai Tee kata, benda itu akan memberatkan file nanti. Susah mahu buka. Saya lembap atau expectation Ai Tee terhadap saya tinggi saya kurang pasti. Dipendekkan cerita, masih lagi tidak berjaya siapkan summary sebelum raya. Alhamdulillah, doa yang raya saya tidak terganggu dengan kerja Wai Fong, Allah makbulkan. Beria saya berdoa supaya saya dapat beraya dengan tenang walaupun kerja tidak siap. Tenang sahaja saya beraya di Melaka selama seminggu.

Kesimpulan dari cerita di atas, adalah di alam pekerjaan ini, baik sahaja tidak cukup. Awak haruslah cekap, bijak membuat keputusan, mengetahui dan mempelajari perkara yang anda perlu buat, belajar, belajar dan terus belajar, pantas membuat kerja supaya tidak menyusahkan orang lain terutamanya bos sendiri, berdiri di atas kaki sendiri dan tidak mengharapkan disuap sahaja, komunikasi yang betul, jujur, rajin, bertolak-ansur, kena pandai melawan cakap bos juga,  supaya tiadalah dia suruh semua kau dengar je,  last-last kau yang melingkup dekat situ, terangkan apa yang kau buat,  terangkan kerja kau,  apa yang kau rasa pasal kerja tu,  nak improve buat cara lain ke, bagi pandangan sendiri, stand dengan pandangan kau dan macam-macam lagilah selain baik. Yang paling benarnya, dalam kehidupan pun juga. Baik sahaja tidak cukup.  




Entri raya selepas ini. Untuk orang jauh yang merindui kisah keluarga kita. 

Love.. 

Tuesday, July 26, 2016

Melawat Anuar

Anuar, Engineer saya ditahan di hospital Isnin minggu lepas. Selepas seorang Engineer kami Lim ke Singapura, saya banyak berinteraksi dengan Anuar untuk kerja-kerja Wai Fong. Alhamdulillah, sangat-sangat membantu. Minta datang ofis nak tandatangan dokumen, dia datang. Minta tolong burn drawing dalam CD,  dia buat. Memang mudah sangat kerja dengan dia. Memudahkan. Dia menghantar whatsapp katanya terpaksa ditahan di hospital. Sebelum ini Anuar pernah ditahan juga akibat kakinya yang terluka akibat bermain bola sepak dahulu. Saya mengandaikan kes yang sama. Hari Selasa saya menanya perihal kakinya. Dia menyatakan bukan kaki. Dia off. Mild stroke. Allah. Dia sebaya saya kot. Muda lagi. Anuar, didiagnosed oleh doktor dengan sakit cervical spondylosis. Naziha kata, biasa kena pada orang yang menghadap komputer. Postur muka ke depan menyebabkan tengkuk lari dari alignmentnya. Ditahan di DEMC. 

Oh, dekat. Saya boleh singgah ke sana bila berjalan keluar hujung minggu nanti. Saya dapat perangai melawat orang sakit ni dari Mak Ina. Pernah melawat anak Kak Fiza di PPUM dan adik Najwa juga. Mendengar seriusnya penyakit Anuar, dan betapa baiknya dia kepada saya, saya mahu melawatnya. Saya menceritakan keinginan kepada Nina, Nina tidak menggalakkan. Unless saya pergi bersama tunang atau lelaki lain. Oh, Anuar sudah berkahwin. Takut isterinya cemburu. Kita mana tahu kata Nina. Nina merupakan orang ketiga yang menentang. Dahulu, saya mahu mengucapkan birthday kepada Anuar kerana birthday selepas saya (Jun), tetapi Miera dan Deekay melarang. Kata mereka tak perlu. Haruslah saya bukan jenis orang yang menghantar mesej lepas waktu kerja kepada lelaki single lagi-lagilah yang dah kahwin. Saya akur dengan nasihat mereka. Jarang bergaul dengan lelaki saya ni, maka nasihat mereka saya dengar. Tetapi, untuk yang melawat ini, saya meminta second opinion. Haha. Saya tanya Faezah. Faezah kata ok.

Saya lebih suka jika suami saya sakit dan ada orang melawat. Untuk saya yang melawat ini, haruslah mengingatkan sata nikmat sihat,  disamping mendoakan pesakit,  malaikat banyak juga waktu tu. Tetapi, di zaman sekarang saya tidak pasti. Pelik juga. Saya berkata kepada Faezah, yang bolehnya adalah melawat orang ketika sakit. Yang tidak bolehnya adalah mengorat laki orang. Kenapa benda biasa sudah jadi tidak biasa, dan benda yang tidak biasa (mengorat lelaki orang) menjadi sesuatu yang biasa?

Selepas seharian berhari raya dengan Liza minggu lepas (Pelabuhan Klang rumah Kak Nina,  Kota Damasara kenduri Kak Azli dan Selayang rumah Nad) saya menghantar pesanan kepada Anuar untuk melawatnya. Kerana saya perlu menghantar Liza di Shah Alam. Mahu menyinggah. Pedulilah tiada tunang pun. Mujur dia membalas, "Sudah keluar hospital bos." Selesailah masalah saya.

Support group. :)

Nadiah peganglah. Kalau akak, nampak gemuk. 

Anak kak Azli ni merangkak je dulu datang usrah. 



Love..

Saturday, July 2, 2016

Ramadhan 26 - 2016

Ramadhan kali ini merupakan ramadhan yang mencabar untuk saya. Saya sangat sibuk mahu menyiapkan kerja Wai Fong. Kesibukkan ini bagi saya tidak sihat.

Minggu lepas, kami digemparkan dengan pemergian seorang Senior Manager di pejabat kami akibat serangan jantung. Mr Heng merupakan Senior Manager Department Procurement yang sangat aktif bersukan. Sebut sahaja permainan yang dia main, dari badminton, zumba bersama kami sehingga berlari di Menara Kuala Lumpur tempohari. Selain itu, beliau merupakan bos yang sangat peramah. Hampir semua orang mahu ditegurnya. Dari ke bos-bos besar membawa kepada tea lady kami disapanya. Beberapa kali saya terserempak dengannya di pantry semasa sedang membuat air. Dia membelikan tea lady kami sarapan dan menyuruhnya berkongsi bersama rakan-rakan. Kami juga tidak terlepas dari belanjaannya.

Hari terakhir saya dan geng lucheon pergi bersarapan bersama dan terserempak dengan Mr. Heng di kedai makan. Dia membelanja kami sarapan pagi itu. Sungguh mulia hati Mr. Heng. Kata Miera semasa di Kamunting, Mr Heng berpuasa bersama-sama pekerjanya yang Melayu. Sangat sihat dan macam tidak percaya sudah tiada. Semasa saya di duduk menumpang di department Procurement, antara rutin harian sebelum pulang adalah melambainya sebelum pulang. Oleh kerana saya sangat sibuk mahu menyiapkan kerja, saya tidak merasai kesedihan. Kawan-kawan saya yang rapat menyatakan masih tidak percaya. Saya tidak berperasaan kerana terlalu sibuk memikirkan kerja saya. Dengan harapan akan siap sebelum raya.



Dibelanjai Mr. Heng

Saya menyatakan kepada Faezah betapa tidak bagusnya perasaan sibuk ini. Menghilangkan empati di dalam diri sendiri. Sehingga apabila kawan-kawan saya mahu menziarahi family Mr Heng, saya juga tidak mengikutnya. Selepas pulang bekerja, saya melihat gambar yang dihantar Faezah, saya menangis. Saya tidak suka perasaan sibuk ini. Dia membekukan perasaan saya daripada dunia luar. Saya tidak suka.

Ya Allah, aku bermohon kepadaMu, ketika hatiku berbolak-balik, sedih, tertekan, tidak yakin diri, ragu-ragu dan berputus harap, bantulah hambaMu mencari kembali diri sendiri. Kau isilah hati ini dengan harapan Ya Allah. Hanya kepadaMu aku bermohon. Amin.

Love..

Thursday, June 23, 2016

Ramadhan 17 - 2016

Sempena cuti Nuzul Al-Quran, saya pulang ke Klang. Malam tadi merupakan giliran ayah menjadi imam di surau. Teringat ketika kecil ayah menjadi imam di dewan semasa kami tinggal di rumah tepi sungai yang lama. Tugas saya bersama Kak Ila atau Zaharah ketika itu membentang tikar dan menyiapkan makanan moreh seterusnya membasuh pinggan dan cawan selepas mereka makan. Ayah imam tetap 30 hari. 

Sekarang, ada beberapa hari sahaja ayah menjadi imam. Malam tadi adalah sehari dari 4 hari yang terpilih. Ayah mengajar tazkiah cara mendapat khusyuk ketika solat yang ayah tonton di dalam Youtube, dari seorang ustaz di Singapura. Ya, tugas ayah hanya menyampaikan.  Dapat dan tidak, itu terpulang pada individu. Sekiranya dipraktiskan, menjadi pahala buat ayah. Jika tidak, ayah juga tidak rugi. 

Tahun-tahun sebelumnya ayah akan memanjangkan sujud untuk kami berdoa. Tahun ini ayah mengajar tazkiah. Ayah juga ada perkembangan baru setiap tahun. Kelebihan menjadi orang yang ada kuasa untuk bercakap, iaitu boleh menyampaikan ilmu untuk dikongsi bersama. 

Selepas solat isyak dan terawih, ayah membaca doa di dalam bahasa melayu. Doa ramadhan ayah tahun lepas di sini dan sedikit penambah doa, ayah baca selesai solat. Allah. Saya mendengar makcik di sebelah dan di belakang saya bersungguh mengaminkannya. Lebih faham dan lebih jelas apa yang kami minta. Maka, amin itu lebih terasa. Berbanding doa bahasa Arab yang kita biasa aminkan tetapi tidak faham maknanya. Terima kasih ayah menunjukkan jalan. 

Saya bersyukur dengan nikmat perasaan dan keluarga yang Allah beri kepada saya. Sebaknya perasaan berimamkan ayah di surau. Adakah saya dapat merasainya tahun hadapan? Berapa kali lagi dapat saya merasai perasaan ini Mengalir lagi airmata saya. Tidak pasti sebanyak mana airmata kegembiraan atas nikmat-nikmat keluarga jatuh ramadhan ini, diselang seli dengan tangisan susahnya menghadapi dugaan dan kasih sayang Allah untuk meneruskan kehidupan yang serba mencabar sekarang. Benarlah, cabaran untuk hidup lagi mencabar dari kamu pergi menjadi pengebom berani mati.

Ramadhan yang menguji saya tahun ini. Berdoa dan masih lagi berdoa diberikan kekuatan. Turun naik perasaan kali ini seperti roller coaster. Sekejap okay. Sekejap lagi tewas. Semoga saya masih meminta padaNya dan tidak pada makhluk ciptaanNya. Doa dan terus berdoa. Moga Allah bantu menunjukkan jalanNya. 

Saya berimpikan untuk beriktikaf di minggu terakhir sebelum pulang ke kampung. Semoga kerja saya selesai sepenuhnya dan saya boleh cuti dengan tenang. Selain itu, saya juga mahu menghabiskan Al-Quran dan terjemahannya. Semoga Ramadhan kali ini mendekatkan kita dengan Al-Quran dan mencapai taqwa yang sebenar-benar taqwa. Makbulkan Ya Allah. 

Perlu tidur sekarang. Esok masih perlu meneruskan kehidupan. Semoga dipermudahkan dan ditunjukkan jalan. Buat kamu dan juga saya. 

:)

Love..

Tuesday, June 21, 2016

Ramadan 13 - 2016

Hari biasa berpuasa, saya cuma bersahur roti dengan tuna atau cereal bersama Deekay. Kami biasa bangun jam 5 pagi. Makan dan menyembang, alih-alih sudah Subuh. Sabtu lepas, saya tidur di bilik Naziha. Kak Mi mengejut kami bersahur kemudian turun menyiapkan makanan bersama emak. 

Saya tersedar dan melihat jam sudah 5.15 pagi. Melompat saya turun ke bawah sambil menggerakkan Naziha. Sesampai di bawah, lauk masih tidak terhidang di ruang tamu, emak baru lepas solat, Kak Mi di dapur sedang membuat air panas. Melihat jam baru pukul 5 pagi. Cis, jam dinding bilik Kak Cik cepat 15 minit.

Melihat Kak Mi dan emak yang bangun awal untuk menyiapkan sahur untuk kami menyedarkan saya. Betapa, apabila kita sudah berkeluarga, tanggungjawab sudah bertukar dari orang yang bujang macam saya. Saya turun-turun terus makan. Tetapi, selepas bersahur adalah giliran kami membantu mengemas pula.  

Besarnya pahala Kak Mi dan emak menyiapkan sahur kami. Semoga syurga buat kalian. Saya pernah bertanya kepada Deekay,"Agak-agak dah kahwin nanti, suami aku boleh tak sahur roti sahaja?" Hehe. Memang tidaklah. Masa itu, tanggungjawab itu datang dengan sendirinya. Semalas mana pun kamu, pasti akan ada rasa mahu menyiapkan makanan untuk suami. Saya melihatnya sendiri orang-orang terdekat dengan saya menjadi seperti itu. Pahala kot yang kau nak ambil semasa menyiapkan itu semua. 

Saya sentiasa mendoakan Kak Mi saya bertemu jodoh dengan lelaki yang sekufu dengannya dan lebih baik. Pernah berborak dengannya semasa sedang dalam perjalanan ke KL mahu membetulkan telefonnya yang rosak. Saya bertanya kepayahan membesarkan anak seorang diri? Kak Mi berkata, "Kalau boleh jangan minta. Susah." Melihatnya macam tenang sahaja. Di dalam hati siapa tahu. Kami pula sekeluarga, jika kamu tidak bercerita apa-apa maksudnya kamu okay. Kami jarang mahu bertanya perihal rumah tangga sesama kami. Entahlah, tidak tahu baik atau buruk sikap itu.

Acap kali saya melihat kepayahan Kak Mi melayan kerenah anak buah kami Bagaimana mahu melayan semuanya dan membentuk mereka menjadi orang yang berguna. Susah. Mujur duduk bersama keluarga, kurang sedikit terbeban. Tetapi, kadang-kadang saya terfikir sendiri yang budak-budak ini masih memerlukan seorang contoh perawakan ayah (father figure) di dalam pembesaran mereka. Ayah saya bukan jenis yang beramah-mesra dengan cucu. Mahu mengharapkan adik-adik lelaki saya, mereka bersama-sama bergaduh bersama anak buah saya. Belum masa laginya untuk adik-adik lelaki saya. Mahu membesarkan lelaki yang menjadi suami memang payah. Buktinya, saya masih tidak menjumpai orang yang sesuai dijadikan suami lagi. Hehe.

Menumpang bermanja bersama suami Aminahlah nampaknya. Nafisah, lekas kahwin. Kita perlukan lelaki yang okay dalam rumah ni. Kak Cik juga. InsyaALLAH saya juga akan membawa suami dan bersama-sama membesarkan anak buah kami. Pada masa yang sama berdoa Kak Mi saya bertemu jodoh semula. Juga untuk Kak Long saya. Semoga semua kasih sayang Allah ini mendekatkan kita kepada Yang Maha Mencipta.

Petangnya, kami sekeluarga berbuka di rumah Mak Ngah.









Love..