Thursday, July 28, 2016

Baik sahaja tidak cukup

Jika anda mengenali saya, kebanyakan orang akan berkata saya seorang yang baik. (Alhamdulillah Allah menutup aib-aib saya di hadapan orang lain. Semoga sehingga selama-lamanya). Tetapi, jika anda rapat dengan saya, pasti anda akan nampak kelemahan, kekurangan dan kekasaran saya. Gila berpura-pura rupanya kau ni Nadiah. Haha. Manusia, mana sempurna. Tapi, kalau tiada sebab mahu berlaku sebegitu, kenapa perlu tunjuk depan orangkan?

Anak buah saya masih ingat saya memarahi kakak saya iaitu emaknya walaupun perkara itu sudah lama berlalu. Kerap kali anak buah saya ungkit. Perihal saya memarahi kak long saya. Silapnya masa itu, Afifah turut sama berada di situ. Sampai sekarang dia ingat. Hehe. Saya punya satu perasaan marah apabila sudah beberapa kali menasihati seseorang, tetapi dia tidak mendengar maka saya akan marah bila bercakap mengenainya. Saya terlupa yang menasihati itu kerja saya, menyuntik rasa tu kerja Allah. Oleh kerana itu, saya lebih gemar berdiam diri dari bertanya perihal itu kepada mereka. Orang yang terkena dengannya haruslah kak long saya dan Mamat. Maaf, saya masih tidak boleh mengawal marah saya, maka saya lebih rela tidak bercakap mmengenainya. Saya doakan dari jauh sahaja semoga semua baik-baik.

Begitu juga Nafisah dan Naziha serta Aminah. Pasti mereka tahu keburukan kakak mereka ini. Tidak mengapa, hal rumah tangga jangan dibawa keluar rumah. Lagilah Alin. Haha. Bukanlah keburukan, cuma kekurangan. Saya teringat pernah membaca satu kata-kata 'If you cannot accept me at my worst, you don't deserve me at my best'. Gitu. Kira yang merasa saya jahat dengan dia ni, sebenarnya merasalah saya boleh jadi yang paling baik dengan awak tau. Merasionalkan perbuatan sendiri. Hehe. Okay yang rapat dengan saya tidak ramai berbanding yang tidak rapat, maka masih dalam kategori orang akan ingat saya baiklah. Hehe. Nak juga, ambik. Memang baik ya. ;p

Tetapi, cerita ini sepatutnya berkisar di pejabat ya. Saya masih dalam proses mahu memfinalkan Wai Fong. Lama rupanya proses ini. Lebih dari yang saya jangkakan. Lim telah selamat pergi ke Singapura dan Nic juga telah selamat menjadi officemate saya. Minggu akhir sebelum raya,  saya gembira kerana telah berjaya mengeluarkan final amount sebelum raya dan bajet dapat bercuti pada hari Isnin. Macam-macam dah rancang nak pergi bank, situ, sinilah nanti. Selepas membentangkan kepada Ai Tee dan  dia bersetuju dengan amount yang saya perolehi. Tetapi, untuk mempersembahkan kepada Michelle (Senior Manager kami), Ai Tee mahu saya buat satu lagi summary yang lebih simple. Ai Tee telah membuat meeting dua hari sebelum raya iaitu pada hari Isnin. Mujur saya memang balik ke kampung pada hari Selasa selepas menghantar Naziha ke PPUM. Cuma saya tidak dapat membuat perancangan nak ke sana ke marilah Isnin itu. Diburukkan lagi, saya tidak sempat menyiapkan summary itu pada hari Jumaat, maka hari Isnin terpaksa dipinda ke hari Rabu selepas raya. Saya masih perlu ke pejabat pada Isnin itu untuk menyiapkan kerja.

Saya sudah membuat summary saya, tetapi kurang kemas. Banyak benda yang saya tidak boleh tunjuk, maka Ai Tee ubah summary saya. Saya terpaksa membuat semula summary yang lain. Lebih simple, lebih banyak yang boleh dilihat di dalam satu summary tetapi semua data perlu dimasukkan ke dalam excel file yang baru. Sebelum ini, say cuma link dengaj data sedia ada. Ai Tee kata, benda itu akan memberatkan file nanti. Susah mahu buka. Saya lembap atau expectation Ai Tee terhadap saya tinggi saya kurang pasti. Dipendekkan cerita, masih lagi tidak berjaya siapkan summary sebelum raya. Alhamdulillah, doa yang raya saya tidak terganggu dengan kerja Wai Fong, Allah makbulkan. Beria saya berdoa supaya saya dapat beraya dengan tenang walaupun kerja tidak siap. Tenang sahaja saya beraya di Melaka selama seminggu.

Kesimpulan dari cerita di atas, adalah di alam pekerjaan ini, baik sahaja tidak cukup. Awak haruslah cekap, bijak membuat keputusan, mengetahui dan mempelajari perkara yang anda perlu buat, belajar, belajar dan terus belajar, pantas membuat kerja supaya tidak menyusahkan orang lain terutamanya bos sendiri, berdiri di atas kaki sendiri dan tidak mengharapkan disuap sahaja, komunikasi yang betul, jujur, rajin, bertolak-ansur, kena pandai melawan cakap bos juga,  supaya tiadalah dia suruh semua kau dengar je,  last-last kau yang melingkup dekat situ, terangkan apa yang kau buat,  terangkan kerja kau,  apa yang kau rasa pasal kerja tu,  nak improve buat cara lain ke, bagi pandangan sendiri, stand dengan pandangan kau dan macam-macam lagilah selain baik. Yang paling benarnya, dalam kehidupan pun juga. Baik sahaja tidak cukup.  




Entri raya selepas ini. Untuk orang jauh yang merindui kisah keluarga kita. 

Love.. 

No comments:

Post a Comment