Anuar, Engineer saya ditahan di hospital Isnin minggu lepas. Selepas seorang Engineer kami Lim ke Singapura, saya banyak berinteraksi dengan Anuar untuk kerja-kerja Wai Fong. Alhamdulillah, sangat-sangat membantu. Minta datang ofis nak tandatangan dokumen, dia datang. Minta tolong burn drawing dalam CD, dia buat. Memang mudah sangat kerja dengan dia. Memudahkan. Dia menghantar whatsapp katanya terpaksa ditahan di hospital. Sebelum ini Anuar pernah ditahan juga akibat kakinya yang terluka akibat bermain bola sepak dahulu. Saya mengandaikan kes yang sama. Hari Selasa saya menanya perihal kakinya. Dia menyatakan bukan kaki. Dia off. Mild stroke. Allah. Dia sebaya saya kot. Muda lagi. Anuar, didiagnosed oleh doktor dengan sakit cervical spondylosis. Naziha kata, biasa kena pada orang yang menghadap komputer. Postur muka ke depan menyebabkan tengkuk lari dari alignmentnya. Ditahan di DEMC.
Oh, dekat. Saya boleh singgah ke sana bila berjalan keluar hujung minggu nanti. Saya dapat perangai melawat orang sakit ni dari Mak Ina. Pernah melawat anak Kak Fiza di PPUM dan adik Najwa juga. Mendengar seriusnya penyakit Anuar, dan betapa baiknya dia kepada saya, saya mahu melawatnya. Saya menceritakan keinginan kepada Nina, Nina tidak menggalakkan. Unless saya pergi bersama tunang atau lelaki lain. Oh, Anuar sudah berkahwin. Takut isterinya cemburu. Kita mana tahu kata Nina. Nina merupakan orang ketiga yang menentang. Dahulu, saya mahu mengucapkan birthday kepada Anuar kerana birthday selepas saya (Jun), tetapi Miera dan Deekay melarang. Kata mereka tak perlu. Haruslah saya bukan jenis orang yang menghantar mesej lepas waktu kerja kepada lelaki single lagi-lagilah yang dah kahwin. Saya akur dengan nasihat mereka. Jarang bergaul dengan lelaki saya ni, maka nasihat mereka saya dengar. Tetapi, untuk yang melawat ini, saya meminta second opinion. Haha. Saya tanya Faezah. Faezah kata ok.
Saya lebih suka jika suami saya sakit dan ada orang melawat. Untuk saya yang melawat ini, haruslah mengingatkan sata nikmat sihat, disamping mendoakan pesakit, malaikat banyak juga waktu tu. Tetapi, di zaman sekarang saya tidak pasti. Pelik juga. Saya berkata kepada Faezah, yang bolehnya adalah melawat orang ketika sakit. Yang tidak bolehnya adalah mengorat laki orang. Kenapa benda biasa sudah jadi tidak biasa, dan benda yang tidak biasa (mengorat lelaki orang) menjadi sesuatu yang biasa?
Selepas seharian berhari raya dengan Liza minggu lepas (Pelabuhan Klang rumah Kak Nina, Kota Damasara kenduri Kak Azli dan Selayang rumah Nad) saya menghantar pesanan kepada Anuar untuk melawatnya. Kerana saya perlu menghantar Liza di Shah Alam. Mahu menyinggah. Pedulilah tiada tunang pun. Mujur dia membalas, "Sudah keluar hospital bos." Selesailah masalah saya.
|
Support group. :) |
|
Nadiah peganglah. Kalau akak, nampak gemuk. |
|
Anak kak Azli ni merangkak je dulu datang usrah. |
Love..
Akhirnya setelah menunggu sekian lama. acah-acah peminat tegar blog uolss... hehe..
ReplyDeleteNasib baik dengar dua pendapat pasal melawat org sakit. Kalau dengar satu pendapat je, lepas tu pendapat tu lh yg dibawa sehingga hujung nyawa, alangkah ruginya hidup kita ini. Terlalu banyak cara untuk mencari peluang pahala.. Fisha doakan yang terbaik untuk Anuar kawan ko tu. Semoga sakitnya mendapat kesembuhan. dan ofkos saya akan doakan akak saya yang comel ini. Didoakan akan terus menebarkan kasih sayang yang tidak ada hadnya pada sekeliling alam. Moga-moga kita menjadi orang yang sering memberi walaupun ketika kesempitan. Amin. Doakan adikmu ini ye :) Much Love.