Monday, August 29, 2016

Raya Nadiah 2016

Sebulan beraya dari menulis blog. gara-gara berjanji mahu menulis entri mengenai raya. Nampak dah tersekat cerita banyak pasal benda lain. Takpe, baru nak post pasal raya sebab dah janji dengan orang jauh nak post pasal cerita keluarga kita dekat sini. Terimalah sayangku cikgu Nafisah. Ala-ala tajuk drama pukul 7 kat TV3 gitu.

Raya tahun ini begitu bermakna sekali, sebab semua anak-anak ayah beraya di Melaka. Termasuk Along yang menangis-nangis masa hari bantai telefon ayah kata Abang Aidil tak nak beraya di Melaka. Tapi, tengahari raya pertama muncul je dekat rumah Nenek Sa'abah. Aminah dan Muzakir juga balik Melaka tahun ini. Semakin tahun, semakin bosan sepatutnya saya kira raya saya. Tetapi, tidak pula selepas beberapa tahun kebelakangan ini. Saya semakin seronok menyambut raya bersama keluarga. Mungkin faktor usia, yang penting anda mahu bersama keluarga sahaja. #teamrayamelaka #teamrayabelahmertuaemak #teamrayabelahmertuaayah.

Kali ini, seperti biasa hari bantai kami di rumah nenek Sa'abah. Menyiapkan segala rendang ketupat dan lemang semua ada. Oleh kerana gigih sangat kerja dua hari sebelum hari bantai,  maka kami pulang ke kampung pada hari Selasa. Sampai-sampai terus kena buat kerja. Nenek baru mula memasak. Acik Oya baru selesai sapu laman. Sebab dah semakin pakar membantu di dapur,  maka sempoi je kami masak kali ini. Teringat dulu masa kami kecil-kecil, nak masak ni memang selalu ngelat. Lagilah taknak tolong sebab Acik jenis cakap lepas kata kitorang malas. Hehe. Walhal memang malas pun dulu. Sekarang, sangat hargai cara Acik tu, memang tak simpan dalam hati punya. Dia nak tengok anak-anak buah dia jadi manusia je.

Tengah-tengah masak, Mak Lang sekeluarga pun sampai. Lagilah bertambah power team dapur ni. Jenis masing-masing pandai cari kerja, memang lepas zuhur nenek kata, tidurlah dulu. Nanti lepas Asar sambung balik. Aku pun apa lagi. Dahlah dua tiga hari akhir ni panas dia menduga betul. Kalau dalam hati orang yamg dah 30 tahun hidup pun rasa nak minum air, budak-budak apatah lagi. Sebab tu, aku memang tak keluar ayat dekat anak buah yang 'kan dah biasa puasa' kalau diorang mengadu haus.

Seperti tahun-tahun sebelumnya, ayah buat tahlil sikit sebelum berbuka. Teringat tahun lepas selepas berbuka, Pak Lang mengumumkan yang Abu akan berkahwin pada tahun ini (tahun lepas). Tahun ini Abu sudah meraikan rayanya bertiga. Tidak sempat berdua. Aku mendoakan kebahagian untuk mereka. Hannan Humairah, semoga menjadi anak yang cerdik dan solehah. Sehingga post ini dibuat, saya masih belum melawatnya lagi. Walaupun jiran sebelah rumah. Hehe.

Raya pertama seperti biasa, lepas solat raya, jalan-jalan dekat rumah saudara belah ayah. Lepas tu pergi rumah Nenek Rammelah, rehat-rehat sikit, sebab waktu ni mesti takde orang masing-masing sibuk pergi beraya. Pergi beraya rumah saudara belah emak pula. Ayah dah memang rileks sahaja dua tiga tahun kebelakangan ni, tak payah bawa kereta. Dah pasang driver. Hehe. Siap ayah kata, ikutlah emak nak pergi mana, ayah follow.

Raya pertama di rumah nenek Sa'abah.










Raya kedua di rumah nenek Rammelah.












Raya ketiga







Selepas bergambar dengan beronok-ronok, maka masuklah kami ke dapur memasak. Yang menarik raya kali ini, Mak Long membawa orang gajinya sekali. Memang menarik. Dapur nenek bersih sahaja. Dekat sinki memang takde pinggan mangkuk sebab akak (adik rasanya) ni akan basuh sahaja. Agak-agak ada tak bibik untuk disewa pada hari raya sahaja? Memang sangat membantu.

Kemudian, kami menyambung raya ke rumah nenek saudara yang memang tersayang sangat ni. Nek Som. Semasa tangkap gambar, nenek dah membebel-bebel kata, tangkap gambar sahaja. Gambarnya aku tak nampak pun. Hehe. Okay nenek, tahun depan InsyaALLAH kami bawa balik yang dah cuci. Kak Cik, sila take note. :)


Lagi satu kegembiraan baru adalah, Muzakir membawa Afiq dan Akmal berjalan-jalan ke Melaka. Perkara yang memang kami tak buat bila balik ke Melaka. Malasnya nak keluar menghadap jem bagai, baik tidur di rumah.  Hehe. Mujurlah ada orang yang melayan. Terima kasih Mina sebab bawa Muzakir masuk dalam keluarga kita.



Hari Raya ke-empat kami seperti biasa ke Pahang mahu makan ikan patin. Nek Busu tiada di rumah, maka kami tidak singgah di Lui. Terus ke Lanchang. Ayah punya tenang sahaja jadi penumpang diteruskan dengan menyuruh saya menjadi ketua rombongan guna waze. Bawa ikut jalan lain. Cepat lagi kerana tidak banyak kereta kerana lalu di ladang-ladang kelapa sawit. Berbanding jalan yang biasa kami lalui selalu untuk ke Lanchang, laluan kali ini lebih berliku. Nasiblah Muzakir membawa manual. Saya berkata kepada ayah, mungkin ini kali terakhir anak menantu ayah ikut ke sini. Hehe. Tetapi, Abang Aidil suka jalan bengkang-bengkok ini. Katanya kurang mengantuk.

Bersama keluarga Mak Ngah


Dah balik ke Klang, hujung minggunya adalah beraya bersama keluarga, Rumah Pak Busu berjaya pergi.




Juga rumah Cik Lia. Makcik yang lain, maaf tidak sempat. InsyaALLAH lain kali.



Okay. Setakat ini. Mari bercerita perihal lain. Janji terlaksana walaupun tidak banyak cerita. :)

Love..

No comments:

Post a Comment