Friday, March 11, 2016

Mr. Lim dan Nadiah

Haha. Tajuk memang boleh membawa kepada muntah hijau. 

Semalam saya mahu berjumpa Mr. Lim, Manager saya. Biasanya tugasan saya direct kepada Ai Tee dan jarang berurusan dengan beliau kecuali mahu tandatangan untuk certificate sahaja. Itupun biasanya saya sudah selesaikan harga dan kuantiti baru merujuk kepada dia. Banyak station yang dia handle, IVS2, ES3, Bukit Bintang dan Pasar Seni. Dia dan Ai Tee sekepala, sama bijak dan sama laju buat kerja. Otak makan apa, saya kurang pasti. Tetapi, memang hebatlah orangnya. Kalau kerja yang saya bagi kepada dia beberapa bulan lepas, saya yang dah lupa, dia masih ingat. Fahamlah kenapa dia berada di posisi itu. Selain itu, Mr Lim kelakar juga kerana banyak bercakap benda yang lawak. Kalau rapat dengan dia memang kena bahan selalu. Dia kaki membahan orang nombor satu. Nasib baik saya tidak rapat dengannya. Cuma mengenalinya melalui pemerhatian saya sahaja. Itu pentingnya kenal dengan seseorang. Kamu akan faham mengapa dia begitu. Dia akan membahan kamu, tetapi habis di situ sahaja. Jangan pula mahu berkecil hati. 

Pernah saya duduk di tempat Ai Tee kerana Ai Tee bercuti berbulan madu selama dua minggu. Waktu itu saya baru masuk ke Southgate, dan ditempatkan di procurement department kerana commercial department telah penuh. Jadi semasa saya duduk di tempat Ai Tee, Mr. Lim menegur saya.

Mr. Lim : Baguslah awak duduk sini. Saya boleh nampak Wai Kit ( Wai Kit duduk di belakang Ai Tee, Mr. Lim duduk di hadapan Ai Tee)
Saya : Kenapa pula you tak nampak dia sebelum ini? (Nampak tak naifnya baru masuk situ)
Mr. Lim : Yalah, Ai Teekan gemuk. 
Saya : Mana ada dia gemuk.
Mr. Lim : You kenal mana Ai Tee tak?
Saya : Kenallah. 
Mr. Lim : You kenal Ai Tee lain. Ai Tee ni gemuk. 
Saya : (Senyum sahaja. Malas nak layan)

Sungguh ngek bos saya (sekarang) ini. Selamba je nak mengutuk orang. Sudah lama saya meminati dia (ops, dah kahwin ya) sebab mula-mula tengok dia kelakar dan lama-lama rasa dia hebat dan memang hebat pun. Setakat ini, saya percaya instinct suka dekat orang tu. Kalau nampak action mereka baik, senang tersuka, dan kalau nampak orang tu terus suka, sebab dia hebat. Lagi satu kalau suka kat orang, sebab dia pakai cermin mata atau pandai bermain gitar. Haha. 

Saya ke tempat Mr. Lim mahu meminta tandatangannya untuk certificate Wai Fong dan CASES. Sebelum berjumpa dia ni, memang dah buat sedikit homework fikir apa dia nak tanya. Lepas tu baru pergi jumpa. Masa dekat tempat dia, dia tengah bercakap dengan orang belakang dia. Jadi, saya pun tunggu tepi dahulu. Memang sejenis perangai yang tak pandai nak kacau conversation orang walaupun nak cakap benda sekejap sahaja (kalau rasa tak penting sangat dan masih boleh tunggu). Jadi dalam tiga minit kat situ, saya pun pulang ke tempat kerana mahu print sesuatu sementara menunggu. Selesai menekan butang print, saya mendengar nama saya dipanggil Mr. Lim. 

"Nadiah."

Jarang Mr. Lim memanggil saya, ke baru pertama kali yang ini. Biasanya kalau ada pertanyaan, dia akan datang ke saya dan kata, "Can discuss?" atau "Can ask where you get this.... ".  Kalau dia bercakap bersama Ai Tee dan saya ada di situ, biasanya dia akan menggunakan kata ganti nama you sahaja kepada saya. Perasaan nama dipanggil itu menyeronokkan saya. Saya tidak tahu mengapa. Teringat nama saya dipanggil juga oleh orang yang saya minat, Stephen ketika kami membina rumah orang asli bersama EPIC tahun lepas. Ketika saya mahu meletakkan barang di dalam lori, tetapi lori telah pergi, saya cuma memegang barang itu sebentar. Kemudian ada orang memanggil nama saya. Saya menoleh. Stephen memanggil saya dari jauh untuk bertanya perihal barang yang saya pegang dan menyuruh saya meletakkan di dalam kereta berdekatan sahaja. Waktu itu perasaannya adalah, 'Eh, dia tahu nama akulah. Sukanya.' Saya tidak sekumpulan dengannya, jadi inisiatif dia mengingat nama saya itu amat mengujakan. Haha.

Balik ke rumah, saya menceritakan kepada Deekay mengenai peristiwa tadi. 

Deekay : Tu yang membezakan kau dengan aku. Kau ni seorang yang positif. Kau suka benda yang kecil-kecil macam ini. Kalau aku, memang tidak hairanlah orang panggil nama sahaja.
Saya : Dia bukan panggil nama sahaja, dia adalah dari orang yang kita suka.
Deekay : Aku pun rasa biasa sahaja dari orang yang aku suka ke apa. 
Saya : Haha. Entah. Lain perasaannya.  

Kenapa perlu diblogkan cerita ini? 

Love..

No comments:

Post a Comment