Thursday, March 10, 2016

Siputman

Berkesempatan menonton monodrama di Revolution Stage studio bersama dengan kesayangan tempohari. Pada mulanya saya mengajak Miera kerana mahu menonton pada malam hari bekerja. Kemudian saya mengajak bersama Naziha kerana dia pernah berkata dengan saya mahu menonton teater. Mahu menonton di Istana Budaya, masih belum berkesempatan dan juga harga tiket yang agak mahal. Berbanding teater ini yang hanya dibuat di bilik kecil sahaja. Pengalamana mungkin jauh sekali berbeza, tetapi saya gembira. 

Beberapa hari sebelum pementasan teater itu, saya bertemu dengan Cik Jamaliah dan Encik Anuar di YPU. Cik Jamaliah yang berulang selang seminggu ke sini kerana mengajar di tadika Cik Leha akan bermalam di YPU. Maka, rezeki saya biasanya murah jika ada Cik Jamaliah di sini. Beliau akan memasak masakan kampung hasil tanamannya di kampung. Saya akan datang makan malam sahaja, Selepas makan, saya berborak dan berkata mahu menonton teater dan mengajak Cik Jamaliah jika mahu mengikut. Cik Jamaliah kata, boleh juga. Beliau mahu menonton teater Hishamuddin Rais, tetapi tidak berkesempatan lagi. Saya pernah terlihat juga iklannya dahulu. Satu hari nanti Cik Jamaliah, InsyaAllah. Dalam pada berborak-borak, En. Anuar pun mencongak-congak hari sambil membaca jadualnya yang penuh itu. 

"Kalau saya tidak ada program, bolehlah saya ikut. Sudah penat menjadi ahli politik, mahu menjadi diri sendiri pula." Kata En. Anuar. Huhu. Kesiannya En. Anuar. Baik! Mari kami temankan Acik. Kalau free, beritahu. Orang belanja tiket. Semoga gembira sedikit sebelum meneruskan perjuangan. 

Dan malam 18hb Feb 2016, berjaya kami semua berkumpul dahulu di YPU makan malam lauk masakan Chef Jamaliah. Kak Cik dan Miera juga sudah tergila-gilakan masakan Cik Jamaliah. Hehe. Kemudian kami menaiki kereta Kak Cik ke sana. 

Semoga gembira semua

Bergambar bersama penonton malam itu


Pelakon Pembantu Filem Lelaki Terbaik

Monodrama ni macam satu persembahan oleh seorang pelakon yang melakonkan banyak watak. Dalam cerita Siputman ni, pelakon dia melakonkan enam watak. Bertukar karekter melalui props yang terhad iaitu sikat, kerusi dan kain pelikat sahaja. Hebat kamu. Mereka hanya berlatih selama dua bulan sahaja jika saya tidak silap. Tetapi mampu menghasilkan karya sebegitu. Tahniah Revolution Stage dan Bilik Sempit. 

Melihat penonton malam itu dan malam-malam seterusnya, tidaklah seramai mana. Tetapi, mereka masih meneruskan pementasan. Minat yang mendalam, tidak menyebabkan mereka tidak membuat yang terbaik walaupun kehadiran penonton yang kurang. Membuat sesuatu yang kita suka, mana fikir orang lain. Buat untuk diri sendiri. Mahu belajar aplikasi itu untuk menyiapkan final quantity Wai Fong dalam lima bulan akan datang/ Target lima bulan sahaja. Dalam bulan August dah siap ya. Lama juga tu sebenarnya. Tetapi tak mengapa, buatlah sehabis baik. Gambate Kudasai Nadiah! 

Love..

No comments:

Post a Comment