Monday, March 14, 2016

Mari Menulis Artikel bersama ZF Zamir

Saya berkesempatan berguru dengan Cikgu Zul Fikri Zamir untuk satu kelas dua jam sebulan yang lepas. Memang berkeinginan untuk menulis artikel selepas menghadiri kelas tersebut. Bertepatan dengan suka bercerita perihal diri di blog, maka saya perlu menggunakan kelebihan saya di tempat yang betul. Keinginan untuk menghadiri kelas itu selepas Miera memberitahu yang di blog perempuan hanya perihal kosong sahaja tanpa ada ilmu atau benda yang boleh diaplikasi menyebabkan keinginan yang tinggi memasuki kelas tersebut. 




Selepas menghadirinya, semangat ingin menulis meningkat, tetapi kekangan waktu dan skil membaca yang masih lemah (kata Cikgu, sebelum menulis sesuatu artikel seboleh-bolehnya kita telah membaca mengenai topik itu dari 10 sumber untuk menghasilkan artikel yang boleh 'menghasut' orang supaya berfikir) menyebabkan saya masih menangguh menulis satu pun artikel. Sudah ada dua tajuk di dalam kepala saya, cuma masih memerlukan waktu untuk membuat research dahulu. 

Baru-baru ini, cikgu membuat (membentuk?) satu whatsapp group untuk semua yang hadir pada sesi pembelajaran yang lepas. Bertujuan untuk follow-up sesiapa anak muridnya yang telah dan akan menulis artikel. Di dalam seramai 40 orang, 5 orang telah berjaya menulis. Pecahannya 1/10, kira masih okay lagi. Semasa kelas tempohari, dia telah membayangkan yang murid-muridnya akan ada 4 orang yang akan menulis 30 artikel dan sekurang-kurangnya 2 orang bakal menulis buku sendiri. Nampak tak dia punya cita-cita lagi bercita-cita daripada orang yang telah menghadirkan diri? Hehe. InsyaALLAH, saya juga bakal menulis 30 artikel (sekarang, semua cita-cita akan diblogkan supaya lebih jelas dan sedar diri untuk berbuat sesuatu bagi merealisasikannya) pada masa akan datang. 

Miera juga merupakan ahli di dalam kumpulan whatsapp group itu. Dia memberitahu saya bahawa namanya juga dimasukkan di dalam kumpulan itu.


Saya : Haruslah. Miera datang masa itu. Dia masukkan semua yang datang.
Miera : Nak buat apa? 
Saya : Nak follow up dengan student yang dah datang tempohari. Siapa-siapa yang dah buat artikel ke, boleh tunjuk kepada dia. Tapi, kalau Miera nak leave group pun boleh. Dia bagi sahaja. 
Miera : Hehe. Dia ni tak tahu ke saya datang tu sebab saya sayangkan Nadiah Zainal sahaja. Bukan nak menulis pun.


Saya terdiam dan terkagum dengan perkataan itu. Memang tahu Miera sayangkan saya. Tetapi dengan lafaz itu. Allah. Segala puji hanya untukMu ya Allah. Tuhan seluruh alam. Alhamdulillah. Kebahagiaan di sebalik kesederhanaan.


Sayang Miera juga

Zul juga ada membuat kelas untuk menulis buku. Saya perlu menyiapkan artikel dahulu, kemudian baru berfikir mengenai buku pula. Diberi kesempatan berguru dengan beliau merupakan satu kurniaan. Orang yang berfikir mengenai orang lain dan bertanggungjawab membuat sesuatu ke atas masalah itu memang seorang yang diadmire. Mendengar kisahnya dari seorang guru dan bertukar kerjaya memang menginspirasikan. Perlu selalu berada di kalangan ruang lingkup orang yang memberi manfaat kepada orang lain, supaya Allah gerakkan juga hati saya memberi manfaat kepada orang lain.  




Love..

No comments:

Post a Comment