Friday, March 25, 2016

Siri Bersama Ai Tee - 4

Sepanjang bulan Januari masa itu, kami berhempas-pulas untuk mengeluarkan tender external works seperti landscape dan external lighting. Kami membuat central procurement untuk kesemua tujuh stesen MRT di bawah tanah. Banyak kerja yang perlu dibuat untuk mengeluarkan tender ini. Walaupun kerja-kerjanya dijangka bermula pada bulan May dan August, tetapi mengenali Ai Tee, beliau memang memandang ke hadapan. Kami memulakan aktiviti membuka tender, memanggil quotation, tender clarification, finalisation of tender sehinggalah telah berjaya mencari sub-kontraktor yang akan membuat kerja-kerja tersebut di Pasar Seni. Pengalaman baru untuk saya semua aktiviti mengeluarkan tender tersebut. Nak kena call semua sub-contractor memang kerja-kerja yang renyah. Certificate yang perlu saya issue, dua tergendala kerana membuat preparation ini. Mujur mereka tidak mengamuk duit tidak masuk untuk bulan itu.

Kerja kami sekarang hanya perlu mengeluarkan kontrak dokumen dan kerja-kerja filing sahaja. Jadi, saya pun sudah gembira kerana Ai Tee akan menjaga Pasar Seni sahaja selepas ini. Sekali saya pergi kepadanya menghantar kerja dan bertanya benda. Tiba-tiba dia mengadu dengan saya.

Ai Tee : I have a lot things to do. 
Saya : Eh, I thought semua benda sudah okay. Cuma nak award sahaja. I baru nak gembira-gembira at last you dah boleh fikir Pasar Seni.
Ai Tee : Ya lor. I pun cakap dengan Mr Lim like that. After landscape, we can rest a bit. But Michelle give me a new task. Michelle just come down from Level 8. She said have new task.
Saya : Ala.
Ai Tee : Go and settle your things.

Masih perlu belajar bekerja sendiri tanpa perlu manja-manja ni.

...........................................................................

Maluri Stesen sudah masuk ICU. Sudah 3 bulan mereka tidak membayar sub-contractor kerana tiada kuantiti yang boleh digunakan untuk pembayaran sedangkan kerja hampir siap. Sebelum ini mereka menggunakan percentage dari kontrak sahaja. Senior Manager kami tidak mahu menandatangani sebarang Interim lagi kerana dia takut jika kita terlebih bayar.  

Maka, hampir tujuh orang dipaksa masuk ke dalam bilik meeting untuk membuat measurement seluruh stesen semula. Nina dan Faezah juga termasuk dalam list membantu membuat measurement. Stop works order untuk semua kerja dan keluarkan kuantiti untuk pembayaran Interim yang selebihnya. Ai Tee sudah berpesan kepada saya. Jangan sehingga kami juga begitu. Jika hal itu terjadi, habislah reputasi management dia kerana tidak dapat handle Pasar Seni. Saya kata, "It will not happen." Nampak tak konfiden tu? Percaya sebelum berjaya. Haha.

...........................................................................

Nic (QS Wai Fong yang handle structure Pasar Seni) telah berjaya temuduga tempohari dan akan menyertai kami di Southgate Jun nanti. Saya punya dua bulan untuk menyelesaikan apa-apa yang patut sebelum dia handover kepada orang lain. Berita ini menggelisahkan saya (sehingga saya menangis) memikirkannya. Sudahlah Ai Tee banyak kerja, Nic pula mahu berhenti. Boleh tertekan memikirkan mampu atau tidak saya menyelesaikan structure Pasar Seni ini atau tidak. 

Di satu sisi lain, semua kejadian mengajar saya untuk melakukan kerja dengan cepat/teratur/lebih mengaturcara kerja dan tidak bermain-main. Saya perlu menyelesaikan final account dengan Nic sebelum dia ke sini. Dan juga harapan untuk saya finalkan sebelum kami masuk ICU juga tinggi. Allah lorongkan, atas saya mahu membuat dengan betul atau masih mahu bermain-main. Saya harus menyiapkan sebelum bulan May. Sekarang sudah mula membuat measurement base slab. Selepas ini akan ke level-level seterusnya. Saya perlu yakin ia mampu. Doakan kejayaan saya. Semoga Allah mudahkan semua urusan. 

"Ya Allah, tidak ada kemudahann kecuali Engkau buat mudah. Dan Engkau menjadikan kesedihan (kesulitan), jika Engkau kehendaki pasti akan jadi mudah"

.........................................................

Sekitar majlis perkahwinan teman sepejabat saya, Intan Anira dan Anwar di Putrajaya. 

Tahniah Intan. Moga berkekalan #tilljannah

Geng Luncheon tanpa Sity, Faezah dan Kerul.

Peneman ke sana ke mari. Miera

Mengambil kecomelan anak orang

Love..

No comments:

Post a Comment