Tuesday, July 22, 2014

Berjumpa lagi Aisyah Kamilah

Kecil sahaja dunia ini. Sabtu lepas setelah membuat rawatan gigi bulanan di Klinik gigi Zahida di Shah Alam Seksyen 8, saya singgah di surau berdekatan untuk solat zuhur. Seorang ustaz dari Johor sedang menyampaikan kuliah zuhur. Sungguh hidup surau tu. Lepas zuhur ada tazkirah. Jemaah lelaki juga agak ramai manakala jemaah wanita dalam 5 orang.

Ustaz memberikan tazkirah mengenai empat golongan yang Allah suka dan golongan yang Allah benci. Tapi saya sempat catit hanya tiga.

Tiga golongan yang Allah benci :-
1- Orang fasik, tapi lagi benci orang tua yang fasik.
2- Orang yang kedekut, tapi lagi benci orang kaya yang kedekut.
3- Orang yang sombong, tapi lagi benci orang miskin yang sombong.

Golongan yang Allah suka :-
1- Orang yang bertaqwa, tapi lagi suka orang muda yang bertaqwa.
2- Orang yang pemurah, tapi lagi suka orang miskin yang pemurah.
3- Orang yang tak sombong, tapi lagi suka orang kaya yang tak sombong.

Selepas habis tazkirah ustaz berpesan supaya membuat banyak kebaikan di dunia ini. Kerana kita tak tahu amal kita yang mana akan diterima Allah. Katanya lagi, saya tak pasti kuliah saya ini diberi pahala atau tidak, tetapi yang pasti saman dah menanti. Dari Johor tadi dah terasa macam ada orang tangkap gambar. Hehe. Semoga tidak disaman ustaz. :)

Menutup tazkirah petang itu dengan mahu meminta derma atas tiga perkara. Yang pertama kata ustaz, untuk keluarga susah di Batu Pahat. Anak-anak yatim yang bijak dan sekarang sedang belajar di Jordan, untuk sekolah yang dibangunkan ustaz dan lagi satu sudah lupa. Apa yang menyebabkan saya berkata dunia ini kecil adalah kerana kata ustaz, jika banyak derma dia akan bahagi tiga. Jika tidak, dia akan memberi sumbangan derma itu kepada anak yatim yang belajar di Jordan itu Aisyah Kamilah. Allah. Saya kenal budaknya. Pernah menulis mengenainya dahulu di sini. Allah. Sudah menyambung pelajaran di Jordan dia. Alhamdulillah. Duit saya pada hari itu tidak banyak, saya mahu menyumbang lebih dan cuba menghubunginya di facebook, tetapi masih tidak berhasil. Saya mendoakan semoga Allah mempermudahkan hidup kamu Aisyah di dunia dan pastinya di akhirat. 

Love..

No comments:

Post a Comment