Masa untuk pulang. Kami berjalan sejauh 8km untuk keluar dari Camp 5. Kali ini, masa yang diperlukan lebih pendek. Berbanding sebelum ini selama hampir 3 jam lebih, Kami berjaya dengan 2 jam setengah sahaja. Mungkin tenaga pagi masih banyak lagi. Kali ini kami ditemani seorang pakcik. Haha. Fareez, merupakan engineer M&E di Alor Setar. Dia berjalan bersama-sama kami hampir keseluruhan perjalanan pulang. Selebihnya masa diambil untuk membakar jantung bersama-sama kawannya. Nampak banyak tak gambar kami berdua? Jika tidak, saya akan mengambil gambar Faezah dan begitulah sebaliknya. Terima kasih Fareez. Jumpa kau bulan sembilan nanti di South Gate. Dia juga bakal ditukarkan ke South Gate kerana double track sudah sampai ke penghujungnya.
Semakin ceria Faezah.
Kamera Faezah berkabus. Kami masih lagi tersenyum.
Kami sampai awal ke hotel, maka kami dibenarkan menukar pakaian dan mandi di bilik air berdekatan swimming pool di sana. Lega dapat membersihkan diri. Sementara menunggu mahu ke lapangan terbang, kami makan tengahari dahulu. Sepatutnya kami dijangka sampai ke KLIA pada jam 10 malam hari Isnin. Ayah akan mengambil saya. Kelebihan bekerja sendiri atau jika kamu sudah menjadi bos kelak. Boleh tolong keluar dan ambil anak yang baru balik bercuti di airport. Hehe.
Tempat makan tengahari kami.
Sesampai kami di lapangan terbang, kami diberitahu bahawa penerbangan pagi tadi dibatalkan kerana keadaan cuaca tidak mengizinkan kapal terbang dari Miri bergerak. Untuk penerbangan kami, masih tiada berita. Tetapi, setelah hampir dua jam dan beg juga sudah di check-in, kami dimaklumkan penerbangan kami dibatalkan dan akan bertolak pada keesokan hari. Oleh kerana MAS, maka kami ditempatkan di hotel yang sama dan dibiayai sepenuhnya oleh MAS. Katanya kerana kami membeli bersama insuran.
Sementara menunggu pembahagian bilik. Kami, bersenang-lenang dahulu.
Gembira. Tak dapat balik hari ini. Haha.
Encik Saiful Bahrin merupakan bos besar Gamuda Land. Tetapi perangai sempoi sangat.
Keesokan harinya, bersarapan. Hari Selasa dan tidak berada di pejabat. Heaven gila.
Budak kecik yang kuat ini. Memang mengagumkan saya.
Ini mungkin merupakan kali terakhir kami melakukan aktiviti mencabar seperti ini. Kata saya kepada Joshua, jika selepas ini saya mendaftar untuk program-program seperti ini, sila pangkah nama saya dan Faezah siap-siap. Hehe. Tetapi, ia adalah pengalaman yang SANGAT menarik. SubhanALLAH. Berjalanlah di muka bumi ciptaan Allah ini. Terlalu kerdil rasa diri bila berada di sana. Semua penggantungan hanya kepada Allah sepanjang perjalanan. Alhamdulillah untuk pengalaman ini.
Love.
Assalam..blh sy tahu cik menginap di hotel apa sewaktu di mulu?
ReplyDelete