Saturday, February 1, 2014

Makan Malam Bersama Sze Zee

Setiap tahun, saya dan Sze Zee akan meraikan diri sendiri dengan bonus. Kami akan keluar berdua untuk makan malam. Tahun-tahun sebelum ini kami pernah ke Kenny Rogers, Manhattan Fish Market dan Johny's. Tahun ini, kami ke Jepun pula. Atas permintaan Sze Zee, kami makan sushi di Sushi Tei. Saya pernah makan makanan Jepun si Sakae Sushi bersama Alin. Di sini, saya tidak pernah lagi. Kami ke Tropicana Mall sahaja. Lebih tenang kerana kurang orang dan dekat dengan rumah kami. 

Saya di sini masih makan nasi juga. Dasar mulut melayu. Nak pekena nasi juga. Hehe. Sze Zee hanya makan mee sahaja. Sushi juga kami pesan untuk memasukkan elemen Jepun itu. Sekarang Sze Zee memang menjaga kesihatannya. Hanya makan mee sahaja di waktu malam. Selain itu, dia makin rajin ke gym. Harus jadikan dia sebagai idola ni.  Lebih ceria dan cantik saya rasa. 

Biasa tahun-tahun sebelum ini, kami akan bercakap (sila baca : mengumpat. Hehe..) mengenai senior kami. Sekarang sudah matang. Hanya 10% perbualan kami berkisar dia. Kami berborak mengenai kesihatan, perkahwinan, agama dan tujuan hidup. Memang membuka minda berborak dengan orang yang positif. Sze Zee juga mengakuinya. Jika dahulu dia lebih tertekan apabila memikirkan kerja dan senior kami. Sekarang dia lebih mengambil pendekatan tidak mahu terlalu mengambil berat. Yang bermasalah adalah senior kami, dan bukannya kami. (Selamba je kata orang bermasalah. Haha.) Maka, dia kata kami perlu lebih menghargai benda-benda di sekeliling kami. Dia pernah terlepas beberapa tahun sebelum ini kerana terlalu sibuk memikirkan bebanan kerja. Jadi, dia lebih matang sekarang. Saya setuju! 

Kemungkinan tahun ini merupakan tahun terakhir kami makan bersama begini atas alasan mahu berbelanja bonus kami. Kami mendengar yang team kami akan dipindahkan ke projek lain dalam pertengahan tahun. Atau jika tidak, Sze Zee seperti mahu berpindah ke tempat yang lain. Mahu mencari pengalaman lain katanya. Beraninya dia saya kata dalam hati. Atau mungkin keberanian saya telah sampai dan saya juga berpindah ke tempat lain. Hehe. Saya tidak pasti.

Mula-mula tanya orang kedai itu, halal ke tak. Orang tu angguk kata ya dan senyum. Ok, masuk. ;)

Sedap!!

Wish you and me a very good luck for this coming year dear. :D

Love..

No comments:

Post a Comment