Wednesday, January 29, 2014

Selamat Tahun Baru 2014

Selamat tahun baru 2014.

Sudah hampir habis bulan Januari. Dan entri terakhir adalah pada 1hb Disember. Berperang dengan masa dan kurang perancangan menguruskan masa, inilah jadinya. Tak sempat tulis blog. Yang nak baca blog sendiri nanti, diri sendiri juga. (-,-‘) Maka, terimalah sedikit cerita mengenai aktiviti dan ke mana perginya saya habiskan masa untuk usia yang makin sedikit ini. Semoga bermanfaat.

Lyza, Nad dan saya telah berjaya ke Big Bad Wolf di The Mines. Kali pertama untuk saya dan kali kedua untuk mereka berdua. Buat pertama kali, saya keluar malam dan balik pada jam 4 pagi di rumah sewa PJ. Ini barulah duduk Kay Ell namanya. Tahu mak saya, lari satu kampung dengan parang juga ni. Haha. Haruslah mak saya tahu. Gila apa tak bagitahu mak. Apa-apa jadi nanti, siapa nak menjawab? Untuk mengelak orang ramai, kami memilih untuk pergi di tengah malam. Berpandukan waze, kami selamat sampai ke sana setelah berpusing-pusing waze membawa kami kerana mahu mengelakkan kesesakan lalu-lintas. Sesak malam-malam buta, dah kenapa? Esoknya cuti sabtu. Pastilah. Sesampai di sana, masih ramai juga orang. Tetapi, masih tidak seburuk tahun lepas semasa Lyza pergi. Hampir lima novel saya beli dan masih tidak sentuh sehingga sekarang. Haha. Azamnya, selagi tidak habis membaca novel itu, tahun ini tidak akan pergi lagi ke sana. Semoga berjaya diri!

Kalau fokus kat baju yang kami pakai, masing-masing pakai baju yang balik nanti boleh terus tidur. Hehe.


Ini adalah screen capture dari video sahaja sebab budak yang kami minta tolong terambil format video.

Tahun ini, saya mempunyai keluarga baru. Keluarga usrah. Alhamdulillah. Hasil mengikuti Wardina Safiyyah di laman sosial, dia dan rakan-rakannya sedang membuka usrah di sekitar Lembah Klang. Saya berjaya mengikuti satu usrah di PJ. Walaupun berbagai cerita mengenai usrah yang saya dengar sebelum ini, dan fikiran saya yang entah apa-apa sebelum mahu menyertainya, saya tolak tepi. Niat saya untuk memperbaiki diri dan menimba ilmu untuk menjadi muslim/mukmin yang lebih baik saya tanamkan dalam hati. Allah sangat mudahkan urusannya. Memang dekat dengan rumah sewa saya. Usrah ini seperti peringatan setiap minggu kepada saya. Saya memang memerlukannya sekarang! Sudah tiada teman berbicara di bilik untuk menasihati dan mengingatkan saya. Saya rindukan masa itu. Kami mentaddabur ayat-ayat cinta Allah kepada kita. Saya pernah mendengar, jika kita mahu bercakap dengan Allah, solat. Jika mahu mendengar Allah bercakap dengan kita, bacalah Al-Quran. Selama ini, saya ada juga membaca maknanya, tetapi kurang memahami. Tetapi, dengan berbincang dan diterangkan oleh sahabat saya Syamira (kerana tidak mahu digelar naqibah/ustazah/cikgu/sister) sebagai ketua usrah kami, saya lebih faham dan lebih dekat dengan Al-Quran. Semoga Allah semakin mendekatkan hati-hati kita dengan Al-Quran.

Antara geng usrah saya. Mereka gelar support group instead of usrah. Sempoi tak? Waktu ni join big circle dekat Masjid Ampang. Mira ajak bergambar dengan Wardina. :D

Talk hari itu disampaikan oleh Dr. Harlina Siraj bertajuk Managing Diversity. Ketua usrah kami, Syamira yang berjubah merah itu. So lovely.

 Sahabat yang saya angkut ke mana sahaja tanpa banyak soalan. Lyza memang sangat best. Tiba-tiba dia free pula hari itu. Cadang saya dah tak pergi dah. Ampang jauh untuk saya seorang.

Selain itu, penjenamaan semula KAMY dan bermesyuarat semasa Ihtifal Taski Cik Leha pada Disember yang lalu. Jenama semulalah sangat. Lebih kepada pengaktifan semula setelah sudah lama tidak berprogram hasil kekurangan rajin setiausahanya iaitu Nadiah. Ish ish ish. Anak siapa yang comel tu? Encik Anuar mahu kembali mengaktifkan YPU. Maka, termasuk di bawahnya adalah KAMY. Hasil mesyuarat dan semangat jitu dan positif setiausahanya serta sokongan dari insan terdekat (mohon  doa tabah dan berterusan yer), maka program pertama merupakan perkongsian Mak Ina bertajuk 'Erti Hidup Pada Memberi'. Selepas itu KAMY berkolaborasi bersama team Dapur Jalanan – memberi makan gelandangan di Jalan Panggung KL pada 19hb Januari yang lalu. KAMY telah membeli keperluan asas untuk diberikan kepada gelandangan. Keperluan asas berjaya dibeli hasil carian sepupu kesayangan saya Alin dan saya di Mydin Subang pada cuti Maulidur Rasul yang lepas. Akan ada lagi program seperti ini bersama mereka selepas ini sebelum KAMY bergerak sendiri. InsyaALLAH. Anda digalakkan memberi sokongan dan sumbangan. Maklumat mengenai Dapur Jalanan di sini.

Mak Ina sedang memberikan perkongsian. 

 Encik Anuar menerangkan untuk mengaktifkan semula YPU.

 My support group untuk KAMY. Tulang belakang saya, Alin dan Muhammad.  

 KAMY join feed the homeless di Jalan Panggung. Bergambar bersama collegeless Adam Adli. I'm stucked with his 'bagi je.'. Omo! 

KAMY berjaya menyumbang ini kepada gelandangan sebanyak 130 set.

Macam comel je bungkusan ni. Macam comel je.

Yang ini seriously comel macam nak terbalik. Anak-anak buah saya juga turut ringan tulang bantu membungkus.

Saya juga berkesempatan bersarapan di Tasik Shah Alam bersama ahli keluarga Othman yang tinggal di Lembah Klang. Perancangan last minute dari Alin dan saya untuk mengajak kami berkumpul sebelum habis cuti sekolah yang lepas itu memang mengujakan. Perancangan awal mahu membawa sepupu-sepupu yang sedang bercuti ke pameran Doraemon di KL. Tetapi melihat yuran masuk mahal, maka plan A bertukar plan B. Kelebihan plan B adalah disertai lebih ramai orang dan lebih meriah. Bersama-sama membawa sedikit sarapan sesama kami, masa itu kami kemaskini cerita keluarga. Pak Long baru pulang dari percutian dan konvokesyen Arif di Australia, Alin bakal menghadapi temuduga UiTM selain Muhammad dan Muiz yang sudah menghabiskan pembelajaran mereka. Tahniah semua!

Ahli keluarga Othman yang tinggal di Lembah Klang. Pak Busu dah balik kampung masa ini. Mak Ina juga tidak dapat bersama kali ini. Gambar diambil tanpa kebenaran gambar dari fb Pak Long. Terima kasih Pak Long. :D
 
Teha dan Naziha sedang berpraktikal di Kuantan sekarang. Bertabahlah korang. Nafisah baru memulakan praktikalnya di Banting. Semoga dipermudahkan sayang. Kak Mi tengah excited nak memahirkan kemahiran membawa kereta. Lepas ni ada rezeki, dia pun nak bawa kereta juga. 

Saya juga sempat bercuti bersama keluarga di Janda Baik. Kak Long saya yang merancang semuanya. Saya bayar dan bawa sahaja. Walaupun dua hari semalam sahaja, sesekali dapat melarikan dari hiruk-pikuk kerja merupakan sesuatu yang sangat menarik! Lagilah menghabiskan masa bersama keluarga tersayang. Selama ini memang berjumpa sahaja di rumah, tetapi bila berkumpul di tempat lain, perasaannya adalah berbeza. Terima kasih Along. Selain itu, Pak Chim dan keluarga juga turut mengikutinya. Sofiya sakit telinga. Malamnya, Cik Lia dan Pak Chim tidak tidur kerana menjaga Sofiya. Waktu tu, saya memang menghargai sangat nikmat tidur dengan lena sebelum ada anak sendiri nanti. Haha.

 Balik dari Janda Baik, Pak Chim ke specialist ear, nose and throat (E.N.T) di Klang. Sebelum itu ke Bangsar tetapi sudah tutup. Sudah E.N.D. Hehe. Alhamdulillah berjaya keluarkan ulat di telinga Sofiya.

 Like mother like daughter..

Airnya adalah sejuk tapi bersih. Boleh nampak dasar. 

Bukan mandi pun, basahkan kaki sahaja. Hehe.

Pada malam setelah balik dari Janda Baik, Nafisah, Daus dan saya menyambut sambutan 2014 di Padang Kemerdekaan Shah Alam. Tahun ketiga untuk kami menyambutnya. Walaupun tiada Ustaz Azhar Idrus, saya rasakan program yang merupakan antara kempen anti-zina anjuran kerajaan Selangor ini masih berjaya. Penutupnya diiringi doa oleh Ustaz Don Daniyal itu memang menyebakkan. Saya teringat sepupu saya Amir, kami menyambutnya bersama-sama tahun lepas. Sekarang sudah berada di Jordan menyambung pelajarannya. Semoga dipermudahkan urusan kamu di sana Amir. Juga buat sepupu-sepupu saya yang sedang menuntut ilmu dan bekerja. Semoga dipermudahkan semua.

Tahun ini juga, saya punya baby bagak sudah berumur setahun. Syukur Alhamdulillah. Dah selamat memperbaharui road tax dan insurance bulan lepas. Telefon je orang yang hantar pesanan ringkas untuk memperbaharui lesen dan mereka hantar kepada saya di pejabat. Tetapi tahun depan mungkin boleh buat sendiri. Mudah sahaja kata Adli. Setahun perjalanan kereta itu, lima kali servis. Lasak betul penggunaannya. Oleh kerana ia adalah kereta buatan tempatan yang dipertikaikan kemampuannya, maka saya sedaya upaya mengikut jadual servis walaupun biasanya terlari. Selain itu, saya masih menghantar di pusat servis Proton terpilih. Setakat ini, hanya tayar pancit sahaja. Semoga masih sebegitu sehingga akhirnya. Amin. Nasib, nasib juga membeli kereta ini bak kata Pakcik saya.

Setakat ini dahulu. Semoga saya semakin rajin menulis selepas ini dan lebih merancang masa. Hehe. Selamat Tahun Baru 2014. Saya mendoakan keselamatan dan kesejahteraan semua pembaca blog saya. Semoga kita sentiasa di bawah limpahan rahmat dan kasih sayang Allah di tahun-tahun mendatang.

Love..

No comments:

Post a Comment