Wednesday, February 12, 2014

Cuti Raya Cina di Kampung

Buat julung-julung kalinya rumah nenek sebelah ayah saya penuh cuti kali ini. Acik Oya saya telah membuat satu pengumuman di laman sesawang fb untuk menjemput semua saudara mara kami pulang ke kampung. Tujuan utama adalah untuk bermesyuarat mengenai hal pertunangan Dolah, anak kedua arwah Pak Ngah saya. Setelah lama tidak pulang ke kampung disebabkan menjaga mak di Pahang, kali ini Mak Ngah berjaya mengikut program kami. Pada hujung tahun yang lepas, arwah mak Mak Ngah telah kembali ke rahmatullah. Semoga arwah diampunkan dosanya dan ditempatkan bersama orang-orang yang beriman. Maka, setelah lama tidak pulang ke Melaka, Mak Ngah datang. Kami siap-siap dah booking Mak Ngah raya di Jasin sahaja tahun ini. Hehe. 

Sebelum bermesyuarat, nenek berhajat membuat doa selamat sedikit. Alang-alang semua sudah ada, maka kenduri sesama kami sahajalah. Pun sudah penuh rumah. Macam raya pula. Rindu raya. Ayah selaku Abang Long, mengetuai bacaan doa selamat.

Suasana begini biasanya pada hari terakhir Ramadhan.
Inilah pemimpin dan penjaga kami ahli keluarga Bujang. :D

     Yang ini adalah bidadari yang pandai memasak di dapur yer. Tetapi bukan semasa tahlil. Ni sesudah makan.

Yang dua orang kenit berbaju ungu tu, pangkat pakcik saudara dan anak buah tu. Kak Mi gatal lebih, kawin awal. Maka anaknya dah hampir sebaya dengan anak Pak Busu kami, Adi Mulhim. Hehe.
Ketua mesyuarat, Nafisah. Haha. Orang kuat tu. Tahu kisah percintaan Dolah sebab selalu berjumpa Dolah yang tinggal di Bangi juga. Tarikh tunang ditetapkan pada 8hb Jun ini di Perlis.

Semasa tahlil. Gambar tonggang terbalik susunannya seperti tuan punya blog. Hehe.

Makan-makan.
Keesokan harinya, kami ke Melaka. Mandi pantai!! Aktiviti bersarapan berdekatan dengan rumah Pok Teh kami di tepi pantai. Ketua perancangan adalah Acik. Alang-alang dah ada semua, jomlah kita ke pantai katanya. Rehat-rehat. Acik sekarang dah rajin jalan sikit. Kalau dulu, cuti je nak duduk rumah. Katanya, "Kata cuti" Hehe.  Sekarang dah rajin dah berjalan, masa tu ke Vietnam. Kata selepas ini mahu ke China pula. Menariknya! Saya suka berjalan. Kami memasak sedikit nasi impit dan menggoreng nugget dari rumah. Kemudian kami order nasi lemak dan dari kedai Pok Teh.  

 Tikar tertinggal kat rumah semasa sedang kelam-kabut bersiap.
                                                       
Nenek kesayangan! Kali ini balik dah tak tanya pasal kahwin. Mungkin sebab hal kahwin Dolah lebih diutamakan. Hehe.

Tikar dah banyak. Ambil dari rumah Pok Teh

Bersosial.
Walaupun tak nampak, saya sedang memetik gitar ya. Haha. Safwan punya. Bila nak belajar main ni?


Nampak tak bertuala bagai? Kanak-kanak riang nak mandi laut tau. ;p

Pak Busu dan Mak Usu saya.

Comel je Mak Lang ni. Kata buat peace, terus buat.

Pengacara malam gala keluarga Bujang. Anisah, diam-diam merancang game untuk makcik-makcik malam semasa BBQ. Hadiahnya berupa wang tunai  yang dikumpul sesama sepupu-sepupu. Thanks Nisa.
Kanak-kanak lagi riang mandi sampai biru-biru bibir. Pipah.

Adik-adik perempuan saya yang saya sayangi.

Santai-santai di tepi pantai. Division Zainal Bujang. Hehe. :D

Ayah dan cucunya. Asyraf taknak jalan atas pasir. Tapi, bila sampai kat air, gembira gila kot. 


Pasangan menunggu hari. Sepupu saya Ani Masturah sedang mengandung. Semoga selamat semuanya.

Mak Ngah dan Timah. Saya telefon Timah nak pesan bawa ikan patin dari Lanchang. 

Acara bola tepi pantai. Bola ini memang universal. Letak je sebijik. Hampir semua saudara-mara lelaki saya bermain.

Sebelum pulang. Bergambar dahulu. Keluarga ayah saya yang semakin ramai dan semakin kerap berkumpul. Alhamdulillah.

Suburkan hati-hati kami dengan kasih sayangMu Ya ALLAH.

Saya pernah terdengar Ustaz Pahrol memberitahu satu doa yang diajarkan oleh Rasulullah S.A.W kepada sahabat beliau dan sempat saya salin dan tampal di meja kerja. Doa yang berbunyi,

" Ya Allah, berikanlah cinta-Mu kepada-ku. Jadikanlah orang yang mencintai-Mu, mencintai-ku dan jadikanlah aku mencintai segala sesuatu yang membawa kepada kecintaan-Mu." 

Juga,

"Ya Allah, bantulah aku mengingati-Mu, bantulah aku mensyukuri nikmat-Mu dan bantulah aku untuk memperbaiki ibadah kepada-Mu."

SubhanAllah. Alhamdulillah. AllahuAkbar. Terlalu banyak nikmat yang perlu saya disyukuri. Jadikan kami hamba2-Mu ini orang yang bersyukur Ya Allah. Amin.  

Love..

No comments:

Post a Comment