Sunday, July 28, 2013

Iftar Perdana : Klang

Bertempat di rumah ayah saya di Klang, kami telah mengadakan majlis berbuka puasa seperti tahun-tahun sebelumnya. Alhamdulillah, masih dapat meneruskan tradisi yang mulia ini. Bersilaturahim, tazkirah dan solat berjemaah di bulan yang penuh mulia. Semoga diterima amal ini.

Majlis dimulakan dengan tazkirah ringkas oleh Achik Didi. Berkongsi mengenai Surah Al-Asr, Demi Masa. Sesungguhnya, manusia di dalam kerugian. Kecuali mereka yang berpesan-pesan dengan kebenaran dan kesabaran.


Di bahagian luar rumah.

Ahli keluarga lelaki

Di dalam rumah.

Ahli keluarga wanita. 

Dan kanak-kanak di dalam buaian


Selepas tazkirah, masih mempunyai kelapangan waktu sementara menunggu waktu berbuka, maka kami mengadakan tahlil ringkas. Kami berbuka ringan-ringan dahulu. Kurma dan hanya minum air untuk menunaikan solat maghrib dahulu. Solat Maghrib kami berimamkan imam dari Afrika. Muhammad Hanif Hashim. 

Kategori yang ringan-ringan dahulu.

Kategori yang berat-berat pula. ;p

Sepupu baru saya di dokongan Alin. :D

Sebahagian keluarga gembira.

Pak Long.

Kanak-kanak riang gembira. Termasuk yang belakang tu. Eh. 

Menunggu solat isyak dan terawih.

Imam emakku dan imam kami adik beradik. Ayahhhhhhhh....

Imam solat terawih. Akak doakan dipermudahkan urusan kamu di Jordan Khairul Amir. :D

Masing-masing sudah mahu pulang. Terima kasih saudara-maraku. 

Berakhir Iftar perdana di rumah saya. Kami kirimkan lauk untuk bersahur keesokan harinya. Inisiatif ayah saya yang mahu memudahkan para ibu supaya tidak perlu bersusah sangat payah keesokan harinya kerana lauk utama telah dibekalkan oleh mak saya. Cuma mungkin tinggal masak sayur sahaja dan nasi. Sungguh prihatin ayah saya itu.  

Sudah masuk hari ke 10 kedua bulan Ramadhan. Saya mendoakan kita diberikan kekuatan memecut untuk beramal ibadah kepada Allah untuk melipatgandakan pahala kita. Teringat seorang Ustaz di radio IKIM menasihati supaya melakukan ibadah wajib dan memperbanyakkan ibadah sunat kerana ganjaran pahala dilipatkaliganda semasa bulan Ramadhan. Pahala-pahala kita ini InsyaALLAH dapat membantu kita ketika timbangan Mizan kelak. 

Ustaz membayangkan yang jika di Akhirat kelak semasa timbangan Mizan, amalan kita memberat ke kanan iaitu amalan kebaikan. Tetapi, setelah diperiksa rupa-rupanya kita pernah mengumpat si polan. Maka pahala kita akan diberikan kepada orang itu. Makin banyak kita mengumpat, makin banyaklah pahala kita diberikan kepada orang yang kita umpatkan itu. Takut-takut pahala kita habis kerana memberikan kepada orang lain. Sehingga masih ada lagi orang yang kita umpat itu meminta pahala kita tetapi, pahala kita sudah habis. Maka, dosa orang itu pula akan diletakkan ke atas tanggungan kita. Allah. Muflis kita di Padang Mahsyar kelak. Nauzubillah. Makanya, dengan semua keberkatan dan janji Allah sempena bulan Ramadhan ini, marilah kita berazam untuk meninggalkan semua sifat mazmumah dalam diri. Susah, tetapi tidak mustahil InsyaALLAH. Mujahadah itu payah, kerana syurga itu manis. 
  
Love..

No comments:

Post a Comment