Wednesday, October 15, 2025

Kes Rogol di Malaysia?

Baru-baru ni tular kes rogol dan rekod di kalangan budak sekolah menengah di Melaka. Saya jarang indulge dalam cerita-cerita seperti ini kerana akan menyebabkan saya rasa sedih dan saya pasti saya tidak dapat membuat apa-apa pun. Dari dahulu lagi, saya tidak suka melihat adegan merogol dalam cerita melayu atau sebagainya. Saya dapat merasakan bahawa mangsa tidak dapat membuat apa-apa dalam keadaan begitu. Walaupun cuma dalam drama, saya tidak suka dan akan sedaya upaya untuk menghindar menontonnya dengan menukar channel lain.

Bila mendengar Reina di dalam tik-toknya, berita ini tular selepas video itu tersebar. Selepas video tersebar? Mungkin mangsa takut untuk membuat laporan selepas kejadian atau sudah membuat laporan dan tidak tular. Entah. Betapa bodohnya perbuatan pesalah itu apabila tidak lagi membezakan satu kesalahan dengan menyebarkan video itu. Mungkin bagi mereka, itu satu kejayaan. Bodoh! Saya semakin sedih dan risau dengan ahli keluarga sendiri. Saya mempunyai anak buah yang sedang bersekolah menengah dan yang masih kecil dan akan bersekolah. Tidaklah saya tahu bagaimana hubungan mereka dan kawan-kawan. Saya cuma mampu berdoa Allah menjaga ahli keluarga saya dan menjauhkan dari benda-benda yang tidak diingini dan tidak disukai oleh Allah ini. 

Saya dahulu di sekolah, ayah dan emak saya jarang menasihati saya untuk berkawan dengan kawan-kawan yang elok. Mereka sibuk mencari nafkah untuk membesarkan kami seramai lapan orang adik-beradik. Alhamdulillah, saya boleh kata kami adik-beradik berjaya melepasi zaman sekolah tanpa kes-kes yang pelik. Adalah kes Kak Mi dulu masa sekolah. Waktu tu, semua orang pun terlibat nak selamatkan. Keluarga belah ayah dengan mak pun terlibat. Dah besar ni, okaylah jadi manusia Ami tu. Anak-anak pun okay. Aku rasa antara sebab kitorang jadi 'orang' ni sebab doa ayah dan emak dan mungkin amalan emak dan ayah. Malam-malam ayah bangun tahajud kot. Mestilah termasuk dalam doanya untuk keluarga. Jika di atas kapasiti kami sendiri, mungkin akan terpesong sedikit. Sebab sekarang pun dah tersasar-sasar sedikit kadang-kadang. Haha. 

Untuk adik-beradik saya, semoga diberikan kekuatan dan kepandaian untuk mendidik anak-anak mereka menjadi manusia. Dunia sekarang sungguh mencabar. Adalah kenapa saya tidak berkahwin dan mempunyai anak. Mungkin tak mampu. Diri sendiri pun tak mampu jaga. Nak jaga anak? Apa yang mampu saya buat dari jauh adalah sentiasa berdoa untuk ahli keluarga saya. Saya belajar dari seorang sepupu saya, apabila berdoa tu kita sebut semua nama-nama orang dan bukan secara general. Sebutkan nama adik-beradik, ipar duai dan semua anak buah saya. Personalisekan doa dan nama. Saya pernah buat ketika doa pada bulan Ramadan dahulu. Tetapi dah lama tak buat. Sepatutnya kena buat setiap hari. Kena plan doa juga sekarang. Itu senjata yang paling kuat untuk orang Muslim. 

Mendoakan ketabahan untuk mangsa dan keluarga. Juga diberikan keadilan untuk mangsa.Semoga diberikan hukuman yang setimpal untuk pesalah dan menjadikan pengajaran untuk mereka berubah menjadi lebih baik. Juga kepada orang ramai, sila fokus kepada masalah dan tidak menyalahkan mangsa dengan komen2 bodoh seperti 'Tak menjerit ke minta tolong?' Bodoh tu simpan sikit, jangan pekat sangat. Semoga baik-baik je Malaysia. 


Love..

No comments: