Wednesday, October 29, 2025

Busu Saniah - Lui

Nek Busu ni, adik bongsu arwah atok Bujang. Adik-beradik atok yang terakhir. Isnin lalu telah pergi menemui penciptaNya. Ayah dan emak sempat menziarahi kerana memang dalam perjalan pulang dari kampung. Acik Oya juga pergi melawat bersama Fahmi (melalui text di dalam group Geng Haji Bujang)

Nek Busu, semasa sihatnya rajin menyantuni kami acap kali kami singgah di rumahnya di Lui dalam perjalanan ke Lanchang setiap tahun semasa raya. Kami akan singgah makan tengahari di rumahnya sebelum makan malam di rumah Mak Ngah. Dulu keluarga kami besar, takde makan luar. Dan nenek-nenek suka masak kalau orang nak datang. Sekarang, kalau ada pilihan makan dulu sebelum datang rumah orang, mungkin kita akan makan dulu. Datang sebab nak melawat je sebab, dahlah keluarga ramai, nak masak untuk kau pula. Hehe. Tengok keadaan. 

Kitorang akan makan tengahari, rehat-rehat sikit sebab dari Melaka pagi-pagi, pastu solat siap-siap sebelum meneruskan perjalanan ke Lanchang. Kadang-kadang dapatlah selelap dua sambil mak ayah sibuk berborak. Oleh kerana rumahnya ditambah-tambah, jadi agak luas. Kami adik-beradik akan melepak di ruang tamu bahagian depan sambil orang tua bercerita di bahagian tengah rumah. 

Ayah dengan emak ni, benda yang kena belajar daripada diorang adalah rajin merapatkan silaturahim. Kira memang saudara dekatlah, makcik saudara. Walaupun tak selalu pergi (kadar kekerapan adalah setahun sekali), tetapi sedikit yang berterusan itulah yang terbaik. Mungkin saya patut mengikut langkah itu. Meneladani makcik-pakcik saya setahun sekali (balik bulan Dec25). Kena buat jadual untuk melawat diorang ni. 

Seingat saya, kali terakhir saya beraya di Malaysia, kami sudah tidak ke rumah Nek Busu dalam perjalanan ke Lanchang. Masa tu Nek Busu tiada di Lui, di rumah anaknya yang lain barangkali. Selepas kematian anaknya yang tinggal bersamanya di Lui, di tinggal di rumah anak-anaknya yang lain. Selang dua bulan, berganti-ganti rumah anak. Memberikan pahala sesama mereka.

Dalam beberapa minggu lepas, Kak Cik dan Ijam membawa emak dan ayah melawat Nek Busu yang sudah tidak bermaya. Acik dan Nenek juga sudah pergi beberapa hari sebelumnya. Memang sudah uzur tua. Tidak lama kemudian, pergi meninggalkan kami.

Berbahagialah Nek Busu di sana. Saya saksi beliau seorang yang selalu menggembirakan dan memudahkan orang. Semoga syurga tertinggi untuknya. Dah berjumpa arwah Atok Bujang agaknya. 

Melawat di rumah Kak Suria

Melissa ponteng school

Ayah singgah melawat, tak sempat jumpa jenazah
Dengan sepupu-sepupu ayah.

Love..

Monday, October 27, 2025

Finale Breakthru

Alhamdulilah, segala puji hanya untuk Yang Maha Berkuasa. Semalam selesai final breakthru untuk TBM di Australia. Bagi Gamudalah. Lepas ni nak kena demob semua machines, construct lagi beberapa cross passages dan habislah project kat sini. Tu pun target sampai bulan July 26 nanti. Kalau ada rezeki, boleh stay sini lagi. Kerja aku memang akan sampai waktu tulah. InsyaAllah. Lepas tu Alice kata ada kerja kat Melbourne. Tapi pedalaman sikit. Dalam tiga jam dari bandar. Aku dengar, sejuknya Melbourne. Tapi takpe, kita tak fikir dulu. Lama lagi bendanya.

Diorang yang engineer2 ni tengah risau, visa dah nak mati bulan April tahun depan, tapi proses nak sambung visa or nak buaf PR pun tak sure lagi. Nga dengan Yeaw nak kena masuk temder kalau nak sambung PR. Engineer tunnel macam Mohan, Andrew tu tak tahu lagi. Moga yang baik2 jelah untuk semua. Firdaus dah dapat kerja kat Melbourne, rezeki dia keluar dan company tu akan sponsor application PR dia. Sebab Gamuda tak dapat project kat sini lagi. Diorang target nak project Station Box. Dalam November baru tahu result dapat ke tak. Project ni besar sikit skala dia. Kalau dapat, semua yang kerja kat WTP ni boleh sumbat. Tapi tak sure, jadi semua macam kena pergi project kecik-kecik. Ain pun nama dah letak kat project jalan. Dua tahun start awal tahun depan. Ain citer, dia target satu lagi project besar, pastu nak balik Malaysia. Kalau dapat Station Box tu, dia nak minta join balik. Aku tak pernah fikir pun nak kerja project besar ke kecik. Janji ada kerja. Walaupun memang join mega project je sebelum ni. Double Track, MRT 1 dengan MRT 2. Sebab project besar nilah aku kena bertahan sampai akhir project. Orang lain project kecik-kecik 20-30 project dah buat. Aku tiga project je baru seumur hidup. Haha. Lantak situ. 

Masa breakthrough kali ni aku tak heran sangat sebab tunggu kat bawah tu sampai sejam. Dahlah tak minum kopi dan amik sarapan lagi. Lapar. Pastu ada kawan-kawan borak lagi. Memang takdelah nak tengok je machine tu keluar. Sebelum ni, 10 minit kitorang turun terus TBM dah sampai. Aku terfikir, memanglah kau kena appreciate je setiap saat yang kau dapat tu. Sebab benda tu takkan berulang. Walaupun perkara yang sama dan dengan orang yang sama. Aku rasa seronok lagi masa sebelum ni. Mungkin juga sebab aku laparrrr. Haha. 

Lepas dah bergambar-gambar dengan seronok kat bawah tu, kitorang naik atas makan. Aku datang dengan Pei Wen dari Parramatta. Nilah laluan Pei Wen pergi kerja. Dia Cost Controller Westmead. Kitorang borak, Pei Wen kata dia sekarang dah buat tender. Cost dia, 40% dari corporate. 60% charge kat WTP. Aku tak tau benda ni. Memang banyaklah kerja dia sekarang. Aku satu project pun dah pening kerja nak sakit hati je dengan Chin sebab dia bagi aku kerja banyak. Rupanya Pei Wen lagi banyak. Betullah kau kena tengok orang yang lagi susah dengan kau, baru kau rasa ujian kau ni tak susah mana pun Nadiah. Tapi... Kerja banyak!! Haha






Love..

Sunday, October 19, 2025

Kes bunuh di Malaysia?

Tidak habis mencerna kes rogol, datang pula berita kes bunuh pelajar di Malaysia. Dan kemudian beberapa kes rogol juga. Teringat pula kes buli di sekolah sehingga mengakibatkan kematian. Walaupun sekolah sepatutnya menjadi tempat yang selamat, tidak sangka sekarang ia sudah menjadi tempat yang boleh meragut nyawa manusia. 

Kita sepatutnya bertenang dan cuba mencari akar umbi permasalahan ini. Di mana silapnya dan apa yang kita boleh lakukan. Janganlah kita terlalu laju memaki guru atau pihak pengurusan sekolah atas kejadian yang berlaku ini. Sebagai seorang kakak yang mempunyai adik seorang guru dan kebanyakan ahli keluarga merupakan cikgu, tugas sebagai guru tidak mudah yer. Satu kelas ada lebih 40 orang pelajar, satu tingkatan ada berapa kelas pula yang nak diajar. Belum lagi masuk perlu mengajar di beberapa tingkatan yang lain. Tidaklah ganjaran pahala yang banyak untuk semua guru-guru atas kerjaya ini. Tidak semua orang boleh melakukannya. Saya pastilah tidak. Ingin mengajar anak buah juga sudah pening, inikan mengajar beberapa kelas seramai-ramai budak. Terima kasih semua cikgu untuk pengajarannya. Walaupun itulah pekerjaannya dan dibayar, tetapi saya masih salute kepada semua guru. Moga syurga untuk semua. 

Semalam saya berborak dengan emak saya dan kemudian mak menanyakan saya mahu memberi apa kepada anak buah saya yang mendapat top 7 dalam sekolahnya yang hampir 500 orang pelajar SPM. Hebat betul anak buah sayan ni. Telefon bertukar tangan kepada Akmal. Akmal tidak mahu apa-apa. Saya sempat bertanya jenis kawan-kawannya sambil berkata, 'Jangan buat macam-macam yer dengan anak dara orang. Jangan kawan dengan kawan yang pelik2.' Dia mengangguk dan berkata 'Ya.' Itu jelah yang saya mampu. Apa lagi nak cakap? 

Kemudian telefon bertukar kepada Nafisah pula. Kami berborak tentang fokus dan saya menceritakan yang fokus saya semakin rendah jika selalu melihat tik-tok. Saya kurang melihat sekarang ini. Sumber maklumat saya lebih kepada twitter dan hiburan saya lebih ke youtube dan instagram. Saya perasan jika saya melihat tik-tok, saya akan menonton youtube dengan speed 1.5x atau 2x. Jika saya tidak melihat tik-tok, saya boleh menonton dengan speed biasa. Nafisah memberitahu saya untuk meningkatkan fokus, kita perlu membaca - nasihat ZRA. Saya yang sudah dewasa ini juga menghadapi masalah itu, apatah lagi kanak-kanak kalau kita tidak membendungnya. Nafisah memberitahu, dia pernah mengajar di hadapan dan anak muridnya berkata bosan. Sebab dah biasa dengan pergerakan yang laju. Pergh. Macammana kalau saya menghadapi tu? Menangis rasanya. Tak semua orang boleh jadi cikgu. Semoga kuat cikgu Nafisah. 

Jangan salahkan cikgu yer kalau awak tak pandai nak ajar anak. Adik saya hebat kot kalau bagi anak awak dia yang jaga. Dulu anak buah kami solat awal waktu, hafal surah Al-Mulk dengan Al-Kahf, mandi sebelum pukul 7 malam, bangun-bangun kena sarapan, kena buat kerja dulu baru boleh main dan jadi imam solat tau. Walaupun sekarang tak tau ingat lagi ke tak surah tu dan jadi imam lagi ke tak, sekurang-kurangnya ada dalam memori diorang pengalaman tu. Ke diorang macam Alang, tak ingat? Sebab tu Alang tulis. Hehe. Sekarang tengah cuti sekolah Deepavali, Nafisah balik rumah mak. Rindu nak duduk sama-sama dan borak sambil masak or makan. Tapi, kita tak boleh dapat semua bendakan? Nak dapat keluarga, tak dapat duit. Semoga yang baik-baik dan gembira je keluarga saya. Kita jumpa bulan December nanti. InsyaAllah. 





Love..

Wednesday, October 15, 2025

Kes Rogol di Malaysia?

Baru-baru ni tular kes rogol dan rekod di kalangan budak sekolah menengah di Melaka. Saya jarang indulge dalam cerita-cerita seperti ini kerana akan menyebabkan saya rasa sedih dan saya pasti saya tidak dapat membuat apa-apa pun. Dari dahulu lagi, saya tidak suka melihat adegan merogol dalam cerita melayu atau sebagainya. Saya dapat merasakan bahawa mangsa tidak dapat membuat apa-apa dalam keadaan begitu. Walaupun cuma dalam drama, saya tidak suka dan akan sedaya upaya untuk menghindar menontonnya dengan menukar channel lain.

Bila mendengar Reina di dalam tik-toknya, berita ini tular selepas video itu tersebar. Selepas video tersebar? Mungkin mangsa takut untuk membuat laporan selepas kejadian atau sudah membuat laporan dan tidak tular. Entah. Betapa bodohnya perbuatan pesalah itu apabila tidak lagi membezakan satu kesalahan dengan menyebarkan video itu. Mungkin bagi mereka, itu satu kejayaan. Bodoh! Saya semakin sedih dan risau dengan ahli keluarga sendiri. Saya mempunyai anak buah yang sedang bersekolah menengah dan yang masih kecil dan akan bersekolah. Tidaklah saya tahu bagaimana hubungan mereka dan kawan-kawan. Saya cuma mampu berdoa Allah menjaga ahli keluarga saya dan menjauhkan dari benda-benda yang tidak diingini dan tidak disukai oleh Allah ini. 

Saya dahulu di sekolah, ayah dan emak saya jarang menasihati saya untuk berkawan dengan kawan-kawan yang elok. Mereka sibuk mencari nafkah untuk membesarkan kami seramai lapan orang adik-beradik. Alhamdulillah, saya boleh kata kami adik-beradik berjaya melepasi zaman sekolah tanpa kes-kes yang pelik. Adalah kes Kak Mi dulu masa sekolah. Waktu tu, semua orang pun terlibat nak selamatkan. Keluarga belah ayah dengan mak pun terlibat. Dah besar ni, okaylah jadi manusia Ami tu. Anak-anak pun okay. Aku rasa antara sebab kitorang jadi 'orang' ni sebab doa ayah dan emak dan mungkin amalan emak dan ayah. Malam-malam ayah bangun tahajud kot. Mestilah termasuk dalam doanya untuk keluarga. Jika di atas kapasiti kami sendiri, mungkin akan terpesong sedikit. Sebab sekarang pun dah tersasar-sasar sedikit kadang-kadang. Haha. 

Untuk adik-beradik saya, semoga diberikan kekuatan dan kepandaian untuk mendidik anak-anak mereka menjadi manusia. Dunia sekarang sungguh mencabar. Adalah kenapa saya tidak berkahwin dan mempunyai anak. Mungkin tak mampu. Diri sendiri pun tak mampu jaga. Nak jaga anak? Apa yang mampu saya buat dari jauh adalah sentiasa berdoa untuk ahli keluarga saya. Saya belajar dari seorang sepupu saya, apabila berdoa tu kita sebut semua nama-nama orang dan bukan secara general. Sebutkan nama adik-beradik, ipar duai dan semua anak buah saya. Personalisekan doa dan nama. Saya pernah buat ketika doa pada bulan Ramadan dahulu. Tetapi dah lama tak buat. Sepatutnya kena buat setiap hari. Kena plan doa juga sekarang. Itu senjata yang paling kuat untuk orang Muslim. 

Mendoakan ketabahan untuk mangsa dan keluarga. Juga diberikan keadilan untuk mangsa.Semoga diberikan hukuman yang setimpal untuk pesalah dan menjadikan pengajaran untuk mereka berubah menjadi lebih baik. Juga kepada orang ramai, sila fokus kepada masalah dan tidak menyalahkan mangsa dengan komen2 bodoh seperti 'Tak menjerit ke minta tolong?' Bodoh tu simpan sikit, jangan pekat sangat. Semoga baik-baik je Malaysia. 


Love..