Wednesday, September 3, 2025

Manusia Biasa

Kembali semula kita dalam rancangan "Minggu Forecast Ni Jadi Apa?" Haha. Minggu ni dah masuk minggu forecast. Meeting back to back. Hari ni dah selesai tiga kumpulan. Esok ada satu lagi dan Jumaat ada satu lagi sebelum nak submit petang Jumaat. Masa Tom email untuk book meeting, ada hari Jumaat, aku tanya dia boleh ke nak buat? Sebab hari tu nak submit. Tom kata, Ahmed kata no movement, so dia okay je. Aku pun okay je. 

Semalam ada meeting burn rate dengan Chin. Aku, Chin dengan Tom je yang meeting. Tom nak buka file excel dekat laptop dia. Pastu hang. Tiba-tiba dia hempas laptop tu. Terperanjat aku kat tepi. Tapi, Chin rileks je. Lepas buka balik laptop tu, dia sengih je. 'It won't make any different right?' Pastu Chin kata, 'You should crash it harder. So, you can get the new one from IT' dan kami gelak sama-sama. Tom ni nampak macam tenang je. Hew pernah kata, Tom okay, tenang je walaupun ambik shit orang. Tapi ye ar, dia manusia biasa sebenarnya. Aku jadi sedih sikit sebab dia orang yang baik. Tak bestnya kalau ada problem. Aku doa yang baik-baik je untuk dia. Semoga masalah yang membelenggu dia selesai dan dia diberikan ketenangan.

Hari ni meeting dengan engineer, Tom bagitau 'Alvin is packing up his bag.' Orang kuat dia masa mula-mula dia datang sini. Alvin memang very helpful ke dia untuk semua urusan TBM ni. Dia pun bawa masuk Alvin je dalam meeting forecast dengan management. Aku terfikir, mungkin dia agak stress sebab Alvin letak surat kot semalam. Walaupun dia boleh manage semua, mestilah terasa sikit orang kanan dia nak resign. Dahlah kena bantai last month. Takde pula orang support dia. Sebenarnya adalah orang lain. Tapi, dah selesa dengan Alvin. Mungkin ini kot sebab dia stress. 

Aku dok terfikir, setiap bulan pun ada je isu-isu TBM ni. Dalam pada aku baru nak fokus kerja, ada orang resign, overrun lebih banyak, PM kena tukar, TBM stop sebab 213, aku kena amik kerja oranglah. Dia macam takde stop benda-benda yang jadi tu. Apa lagi nak jadi bulan depan? Aku tunggu je ni. Haha. 

Lepas tu, aku pun teringat ayat Allah ni. 



Aku tak kata benda ni mudah, tapi Alhamdulillah boleh hadap. Dan alih2 dah setahun sembilan bulan duduk sini. Banyak lagi orang yang impi untuk duduk tempat aku. Jadi, aku syukur je apa-apa yang jadi. Untuk semua ujian dan kasih sayang Allah ni, marilah jadi Muslim yang lebih baik dan bagi manfaat kepada orang ramai. 

Update : Aku borak dengan Mira, dia kata memang engineer TBM tak sambung visa sebab kitorang takde projek kat sini. TBM ni akan habis hujung tahun ni. Cross-passages akan habis bulan April tahun depan. Sorang engineer TBM yang rapat dengan Mira bagitau. So, actually bagus juga pergi cari kerja tempat lain kalau nak stay kat Australia ni. 

Love..

No comments: