Tuesday, September 30, 2025

Birthday Grace

Minggu lepas sambut birthday Grace seharian. Dari makan tengahari korean BBQ, pergi makan dessert kat city, pastu jalan kat park Circular Quay. Dahlah pagi tu, aku pergi morning walk dengan Nicole. Haha. 20k++ steps aku hari Sabtu tu. Balik, melepek. 

Aku borak dengan Grace dalam keretapi, tanya dia, dia call mak dia tak? Dia kata mak dia dah wish semalamnya pukul 12 malam. Which is, kat sini pukul 5 pagi. Jadi, masa kitorang keluar tu, India tengah tidur. Dia tak call mak dia lagi. Pastu aku katalah, kali ni aku punya birthday, aku cakap terima kasih kat mak sebab dah lahirkan aku. Tapi, mak aku ni sejenis yang takde perasaan sangat. Kalau aku kata I love you, dia bukannya pandai nak reply love you balik. 

Grace kata mak dia okay, mak dia akan reply balik kata love you too. Aku pun tanya berapa umur mak dia? Dia kata 42. Haha. Wei, muda aku dua tahun. Dia kira dah masuk zaman-zaman akulah. Jenis memang boleh cakap I Love You. Masalahnya, aku tau umur mak dia tu, terus rasa macam Grace ni dah pangkat anak wei. Haha. 





Esoknya aku pergi keluar makan dengan Bushra pula. Dia wife engineer aku. Diorang nak balik Malaysia dah. Borak-borak, dia tanya umur aku berapa? Aku malas nak bagitau sehab dulu dah pernah bagitau Jiha, dia nak panggil aku kakak. Tapi, beria member tanya aku pun bagitau. Dia kata, dia panggil Ain Kak Ain, walhal Ain umur dia beza tiga tahun dengan aku.  


Entahlah, asal tak rasa tua? Tapi, bila borak-borak camni rasa dah tua sebenarnya. Kalau umur-umur camni tak bertaubat lagi, jalanilah kehidupan sebelum ni sama je. Allah, minta tetapkanlah hati ini dengan Iman dan Islam. 


Love..

Sunday, September 28, 2025

Farewell Tam Do

Ada sorang budak enviro ni dulu duduk sebelah aku time workstation kitorang dekat site Rosehill. Dia extrovert so, rajin menegur aku pagi-pagi. Ada sekali, dia tengok lauk lunch aku, dia kata menarik. Ayam masak merah yang aku guna paste readymade. So, aku bagilah dia satu bekas sebab aku dah pack siap-siap esoknya. Pastu dia kata nak masak untuk aku juga sebab mak dia suruh balas baliklah. 

Kitorang pun set sehari selasa malam dan aku ajak Shweta, safety aku dulu datang sekali nak buat farewell Tam ni. Dia dah tender resignation nak balik Melbourne dapat kerja kat sana. Alang2 tu, aku ajak Grace sebab dia tak pernah datang rumah aku, dah dua kali dia datang makan rumah mira. Lagi pula dia gen-z sama dengan Tam ni dan pernah keluar sekali dulu tengok wayang. Aku ajak Layla sebab rumah dia kat atas je. Aku dah confident sikit ajak orang makan walaupun masak biasa-biasa je. Haha. Aku pun masak tom yam ayam dan goreng telur. Tam dia buat egg drop dengan rebus ayam. Beberapa kali dia cakap dia guna ayam halal. Haha. 

Ni kat rumah Mira last Ahad

Malam tu kitorang borak, tiba-tiba terkeluar pasal sorang budak safety ni gay. Aku dahlah suka budak lelaki ni. Sebab dia chinese yang baik dan soft-spoken je bila cakap. Ramai kawan chinese aku kan camtu. Yeaw dengan Nga. Aku tak sangka dia gay. Dia lahir dekat Australia. Ethnicity dia dari Hong Kong. Ko Asian kot, asal boleh melencong ni? Haha. Lepas tu, kitorang borak camne yang orang boleh jadi gay? Sebab kalau dulu, mungkin trauma childhood ke, ada case tak best dengan different gender ke. Tapi sekarang macam kau takde trauma pun kau boleh gay. I is confused.

Shweta cerita dia ada kenal sorang lelaki ni, pious, rajin ngaji, solat semua, tapi gay. Husband Shweta ni Islam. Diorang dari India, so boleh kawin dengan perempuan bukan Islam. Shweta bukan Islam. Aku pun cerita, aku pernah nampak lalu kat ig page aku, lelaki ni solat, puasa, ngaji semua, lepas tu dia gay. Caption dia, ‘Even syaitan was confused.’ Haha. 

Ujian betul sekarang ni. Aku teringat Achik Iza pernah cerita dia ada kawan professional jugalah yang gay dan kahwin dengan perempuan. Bodoh betul orang yang pentingkan diri macam ni. Kau nak rosak, rosak sorang-soranglah. Tak memasal, orang lain pun tersangkut sekali.

Aku ni okay je orang tu dia interest ke same gender atau different gender as long as dia happy. Sebab aku percaya, orang happy ni dia akan boleh bagi banyak lagi kebaikan kepada orang keliling dia. Tapi, benda ni kan dilaknat oleh Allah, adalah sebab kenapa Allah larang benda ni. Kita benci perbuatan itu, tapi tidaklah pelaku itu. Moga dia diberikan petunjuk ke pangkal jalan. Minta dijauhkanlah dari semua ahli keluarga aku dan orang-orang yang aku sayang. Eh, jauh dari semua oranglah. Huhu. 

Grace, Layla, Tam, aku dan Shweta




Love..

Wednesday, September 10, 2025

Makan-makan Perempuan Cantik

Beberapa minggu lepas, Ain dengan Mira tak sihat. Ain siap balik Malaysia sebulan lepas sebab luka tempat operate perut masa tu bernanah. Ingatkan balik sini, dah okay. Rupanya masih penat dan demam pula. Aku pula sibuk dengan forecast. Pastu hujung minggu tu pun nak ajak Mira pergi Blue Mountain, dia kata dia tak sihat. Seminggu sebelum tu aku memang tak text dia sebab busy dan memang jarang text orang pun. Dan dia pun tak text aku sebab tak sihat. 

Aku dok terfikir, camne nak catch-up dengan diorang ni supaya kalau sakit tu, boleh tahu. Sebab aku jarang message2 orang ni. So, aku terfikir nak ajak buat makan-makanlah. Dapatlah jumpa setiap dua minggu sekali. Memang nak buat pun sebab aku suka je masak untuk orang ni. Dulu pernah kagum dengan orang yang pandai masak dan boleh bagi orang makan. Aku seperti biasa, part menolong je ar. Tapi, tak confident nak ajak orang makan lauk aku. Aku masak dan aku rasa semua sedap. Haha. Ayah pernah komen aku masak lauk sedap. Boleh repeat masak lagi camtu. Aku kata, tu ‘ter’sedap je tu. Kali seterusnya masak, tak sure rasa apa. Dahlah selalu derhaka dengan resepi. Haha. 

Nak dijadikan cerita, ada sekali kawan aku kat sini ajak Layla dengan aku datang rumah dia makan tengahari. Aku tak expect apa-apa ar. Kalau sedap, makan banyak. Kalau tak sedap pun aku makan juga. Turns out dia masak biasa je wei. Ada rasalah. Tapi, biasa je. Aku makan habis juga. Tapi, effort nak panggil orang datang rumah dan borak-borak tu jadi inspirasi. Aku suka datang rumah dia sebab boleh tahu banyak benda yang ko susah nak cakap bila ramia-ramai. Dia rasa intimate. So, aku pun confident sikit nak ajak orang datang makan walaupun masak so so je. Haha. Terima kasihla sebab bagi inspirasi. 

Maka, terhasillah jadual untuk makan2 sampai hujung tahun nanti nak balik Malaysia. Tak pasti jadi macammana nanti, at least ada plan. Aku sekarang macam dah berplan orangnya. Aku suka sebab banyak benda boleh control dan buat. Tapi, tulah kadang-kadang tak ikut. Macam kena baca buku setiap hari 15 minit, exercise tiga kali seminggu dan kurangkan tengok youtube hari-hari. Haha. 

Sebab aku yang ajak, haruslah aku rumah yang pertamakan?
 
Jadual aku buat

Tema korea. Walaupun seaweed tu bahasa korea, aku dah check halal dia pakai apps

Kali dua resepi yang biasa aku buat

Gigih pakai tudung sebab nak bergambar

Malam tu, lepas semua selesai aku letak kepala kat bantal je tertidur. Haha. Walaupun tak boleh kata sebab penat, sejenis Nadiah yang memang letak kepala kat bantal terus tidur. Tetapi puas. Alhamdulillah Allah mudahkan. 

Love..

Wednesday, September 3, 2025

Manusia Biasa

Kembali semula kita dalam rancangan "Minggu Forecast Ni Jadi Apa?" Haha. Minggu ni dah masuk minggu forecast. Meeting back to back. Hari ni dah selesai tiga kumpulan. Esok ada satu lagi dan Jumaat ada satu lagi sebelum nak submit petang Jumaat. Masa Tom email untuk book meeting, ada hari Jumaat, aku tanya dia boleh ke nak buat? Sebab hari tu nak submit. Tom kata, Ahmed kata no movement, so dia okay je. Aku pun okay je. 

Semalam ada meeting burn rate dengan Chin. Aku, Chin dengan Tom je yang meeting. Tom nak buka file excel dekat laptop dia. Pastu hang. Tiba-tiba dia hempas laptop tu. Terperanjat aku kat tepi. Tapi, Chin rileks je. Lepas buka balik laptop tu, dia sengih je. 'It won't make any different right?' Pastu Chin kata, 'You should crash it harder. So, you can get the new one from IT' dan kami gelak sama-sama. Tom ni nampak macam tenang je. Hew pernah kata, Tom okay, tenang je walaupun ambik shit orang. Tapi ye ar, dia manusia biasa sebenarnya. Aku jadi sedih sikit sebab dia orang yang baik. Tak bestnya kalau ada problem. Aku doa yang baik-baik je untuk dia. Semoga masalah yang membelenggu dia selesai dan dia diberikan ketenangan.

Hari ni meeting dengan engineer, Tom bagitau 'Alvin is packing up his bag.' Orang kuat dia masa mula-mula dia datang sini. Alvin memang very helpful ke dia untuk semua urusan TBM ni. Dia pun bawa masuk Alvin je dalam meeting forecast dengan management. Aku terfikir, mungkin dia agak stress sebab Alvin letak surat kot semalam. Walaupun dia boleh manage semua, mestilah terasa sikit orang kanan dia nak resign. Dahlah kena bantai last month. Takde pula orang support dia. Sebenarnya adalah orang lain. Tapi, dah selesa dengan Alvin. Mungkin ini kot sebab dia stress. 

Aku dok terfikir, setiap bulan pun ada je isu-isu TBM ni. Dalam pada aku baru nak fokus kerja, ada orang resign, overrun lebih banyak, PM kena tukar, TBM stop sebab 213, aku kena amik kerja oranglah. Dia macam takde stop benda-benda yang jadi tu. Apa lagi nak jadi bulan depan? Aku tunggu je ni. Haha. 

Lepas tu, aku pun teringat ayat Allah ni. 



Aku tak kata benda ni mudah, tapi Alhamdulillah boleh hadap. Dan alih2 dah setahun sembilan bulan duduk sini. Banyak lagi orang yang impi untuk duduk tempat aku. Jadi, aku syukur je apa-apa yang jadi. Untuk semua ujian dan kasih sayang Allah ni, marilah jadi Muslim yang lebih baik dan bagi manfaat kepada orang ramai. 

Update : Aku borak dengan Mira, dia kata memang engineer TBM tak sambung visa sebab kitorang takde projek kat sini. TBM ni akan habis hujung tahun ni. Cross-passages akan habis bulan April tahun depan. Sorang engineer TBM yang rapat dengan Mira bagitau. So, actually bagus juga pergi cari kerja tempat lain kalau nak stay kat Australia ni. 

Love..