Minggu ni macam juga cuaca di luar, suram dan galau mengiringi hati. Hujan berhari-hari. Aku pun jadi lemau. Alasan. Haha. Tetapi, siapalah aku yang biasa-biasa je tanggungjawabnya merasa galau berbanding Tom. Kesian aku tengok dia, mesti stress betul. Mujurlah sejenis happy go lucky. Minggu lepas kitorang meeting dengan John hari Isnin dan kena tibai. Dia siap bawa masuk Alvin je sebab taknak Senior Engineer lain tengok dia kena tibai dekat bilik meeting. Bulan lepas, dia bawa Hew, Ahmed dengan Alvin. Lepas dah habis meeting, esoknya dia kata dengan aku memang nak amik cuti sebab dia buat forecast ni sampai kerja hujung minggu for the past two weeks. So dia nak spend masa dengan wife dia pergi lunch esok sebab anak-anak dia dekat daycare. Comel je Project Manager aku ni. Esok paginya, aku still terima email dari Tom minta update summary. Sebelum dia pergi lunch dengan wife dia, dia still kerja. Huhu.
Hari Rabu pula, ada meeting dengan Simon pula. Aku lupa meeting tu dan pagi tu aku pergi naik bas ke Rosehill site. Dah satu kerja nak datang balik station street. Chin suggest aku pergi dengan Tom. Alamak, apa aku nak borak dalam kereta ni? Aku ingat nak pergi naik uber je, tapi Tom minta aku update something dan Alvin pun tanya aku benda. So, aku lewat juga siap dan bagitau Tom aku nak tumpang dia je. Aku siap text Mira tanya nak borak apa, Mira kata senyap je. Haha. Member introvert, bolehlah. Aku ni segan pula kalau senyap je dalam kereta. Dahlah menumpang. Lantaklah, borak je pasal family ke, kerja ke aku kata dalam hati. Aku fikir-fikir nak tanya dia berapa lama dia kat sini, berapa lama dia dah kerja sini, dan lain-lain. Bila dah sampai masa nak gerak, dia kata sorry dekat aku sebab kena join meeting dalam kereta. Haha. Selamat. Takyah borak. Dia meeting back-to-back. Sampai dekat parking baru habis. Aku baca doa makan dalam hati, Alhamdulillah ada parking. Dia kata, biasanya dia naik atas tingkat empat lima baru ada parking. Kali ni, dia turun B1, terus ada parking.
Sampai dekat station street, kitorang terus meeting dengan Simon. Simon mengamuk sebab ada overrun. Pastu dia marah kitorang yang dah lama dengan projek ni, takkan tak buat apa-apa dengan overrun ni? Dia tanya Commercial Director, Chin, Hau Wei semua. Dia tak percaya ada movement lagi lepas last February dah overrun. Aku geram je dengar. Ko yang tukar Evan dengan Tom, Tom nak kena study balik kot. Dia masuk April, nak kena tengok UGS04 dengan UGT, banyak giler kot. Lepas Simon cakap macam mana dia nak explain kat Steer-Co semua, Hau Wei potong dan defend Tom. Dia kata, sekarang nak kena verify samada figure Tom ni betul ke tak. Yang dah lepas tu, takyah tengok. Pastu Tom pula defend diri dia. Tom kata, dia perlu masa untuk study semua 120 cost code, yang ni last batch yang dia kena tengok untuk workers. Dia tak tau dulu ada movement berapa, tapi bila dia amik, dia memang tak declare overrun pun kecuali 213 dengan defects. Lepas tu dia bagitau, dia kena study semua sampai dia tak buat 90% benda yang dia kena buat iaitu pergi site sebab tengok forecast ni je. Aku waktu dengar tu, mata dah bergenang. Dalam hati kata, janganlah jatuh airmata ni. Sebelah kiri aku Tom, sebelah kanan aku Hau Wei, depan aku Simon. Tom memang pernah cakap dengan aku sebelum ni, dia tak suka buat forecast, sebab dia tak boleh mingle dengan engineer dia. Dia kena mengadap je. Dia nak borak-borak dengan engineer dia macam yang dia buat kat Westmead. Pastu Tom defend lagi, dia boleh buat forecast tu sampai stabil macam yang dia buat Westmead sekarang. Memang takde overrun lepas David Leaver amik. Aku yang tengok kerja keras dia tu, jadi sedih. Dalam hati kata, 'Janganlah tukar Project Manager lagi, penatlah nak adjust ways of working ni.'
Geram je aku tengok Simon hentam semua orang. Aku dahlah kurang respect kat dia sebab dia pernah sent email ke semua staff WTP dan cakap terima kasih dekat one of the PM (mention nama sorang je, tak mention pun team yang buat) lepas berjaya handover satu portion ke client. Walhal PM tu baru take over dan engineer kerja keras giler kot sebelum tu untuk handover. Dia join site tu, terus dapat kredit. Site Nga, tu yang aku tau cerita. Dan PM tu pun bukan bagus sangat. Mengikut kata engineer, cost controller, QC dan planner yang jaga site tu, semua bercerita ketidakbagusan orang tu. Semua sumber tu orang Malaysia. Takkanlah semua sekepala kata member tak perform ye dak? Haha.
Kesian kat Tom masa meeting tu dan aku pun tak boleh tolong banyak. Aku memang jadi patung cendana sambil gerakkan mouse untuk presentation je. Oh, aku doa Nabi Musa a.s dalam hati semoga Tom, Chin dan Hau Wei lancar dalam bercakap untuk meeting tu. Dan Simon tak marah sangat. Haha. Semoga sedikit usaha aku untuk diorang dilihat Allah.
Lepas meeting tu, kena revise lagi submission. Nak kena justify betul ke figure tu. Chin minta aku buat burn rate untuk setiap cost code. Lepas aku submit semua pending payment schedules aku, aku fokus buat tu. Alhamdulillah berjaya settlekan hari tu juga. Esoknya Chin come out dengan top level punya burn rate. Pergh, aku tak faham camne dia dapat. Aku nak study, tapi aku punya kerja banyak nak kena settle. Huhu. Setiap kali meeting, aku join, tapi aku takleh nak faham camne dia come out tu. Kitorang rupanya ada minta external party verify cost kitorang masa overrun bulan Feb25 masa tu. Memang external party tu ada allocate risk untuk budget kitorang dan figure dia lebih kurang sama dengan figure yang Tom present sekarang. Figure diorang lebih $2million. Hebat aku punya Project Manager ni. Tom siap kata dia nak letak narrative tu dalam presentation dan bagitau Simon bukan salah dia. Go Tom, i'll support you.
Tadi pagi Rabu, dia macam dah rileks2 sikit, so aku borak kejap dengan Tom. Tak tau camne borak, sampai kepada tajuk dah berapa lama dia kat sini? Haha. Benda yang aku nak tanya masa aku naik kereta dengan dia masa tu. Dia dah 13 tahun kat sini . Dia dari England, tak tau side mana. Aku tanya kenapa dia datang sini? Study sini ke? Dia kata, dia datang sini kerja sambil bercuti dengan wife dia then decide nak stay. Which is best decision ever. Kat England weather gloomy dan cepat gelap. Pastu pagi-pagi winter kena scrap ice. Dia tak suka. Cuaca extreme. Dekat sini, just nice. Lagi pula dia dengan wife dia active, so banyak benda boleh explore dekat sini. Aku setujukan sebab kau boleh hiking, cari aurora, swimming dan buat banyak benda walaupun banyak musim. Anak dia pula nak start surfing nanti sebab dah besar sikit. Enam tahun kot umur anak dia yang sulung tu. Lepas tu dia kata kat England tu, life diorang Pub je which is kalau boleh tahan pun sehari dua je ar dia kata. Pastu bosan dah. Dekat sini banyak pilihan nak buat apa. Aku tinggalkan dia lepas ada orang tunggu nak explain kerja dekat dia. Aku kata kat, 'Now I understand why you said you can't do works here. There will be a lot of people want to talk with you.' Dia senyum je. Sebab dia pernah bagitau aku dia nak wfh sebab nak settlekan forecast. Dia kata, kalau dia datang office semua orang nak cari dia.
![]() |
Meeting post forecast |
![]() |
Meeting lagi |
Aku refleks dengan diri sendiri cerita dengan Tom ni. Ada dalam beberapa kali masa aku jalan sorang-sorang dekat sini time nak balik rumah ke, nak pergi kerja ke, balik Westfield, airmata aku tiba-tiba mengalir. Syukur sangat sebab Allah bagi peluang aku datang sini kerja. Australia ni memang bagi peluang orang kerja dekat sini dan ubah hidup. Dalam kes pagi ni, Tom dan keluarga dia. Ramai gila bukan orang local dekat sini. Tahun pertama aku dekat sini, Evan sorang je Australian yang aku kenal. Yang lain, dah dapat PRlah cuma origin or ethnicity tu dari England, China, India, Middle East, Indonesia, etc. Aku bersyukur atas nikmat Allah ni walaupun dalam hati, banyaknya benda aku nak kena improve sebab Allah bagi nikmat banyak sangat. Takkanlah hidup ni nak segini-gini je? Perlawanan hati dan nafsu tu memang susah saingannya dan biasanya nafsu aku menang. Aku masih lagi berusaha untuk perbaiki tu. Semoga aku berjaya dan istiqamah.
Love..
No comments:
Post a Comment