Friday, August 29, 2025

Dinner dengan Eric kat Aussie

Semalam Alice ajak pergi makan dengan Eric. Bos kitorang masa dekat UG dulu. Dia sekarang jaga project Taiwan. Datang sini, business trip pergi tengok station2 yang ada. Sebab Pei Wen kata, Eric ada pergi Westmead. Tapi, dia laju je dan Pei Wen sibuk, tak sempat nak tegur. 

Alice message aku Isnin lepas, tanya aku free tak Rabu malam? Eric is in town, nak ajak makan. Comel je Alice ni. Ingat lagi dia kat aku yang jauh2 ni. Alice ni memang comel, aku tak rasa dia rasis pun. Dia selalu je take care aku. Dalam pada take care tu, pernah ajak aku pergi beli power ball. Haha. Beria dia kata, ‘Takpe kat sini orang tak judge punya. You bagi I $24 je. Nanti kita share sama2 untung.’ Dia nak aku kaya juga ar kononnya. Aku gelak je. Walaupun aku sejenis tak kisah, ko jangan sampai gadai benda Islam tu Nadiah. Moga Allah pelihara. Aku bagitau je, ‘Takpe, I bagi u all dapat banyak lagi. Share among urself je.’ Dan Alhamdulillah, masih terjaga. 

Masa tunggu Alice sampai, aku tanya waiter ni, daging kat sini halal ke? Aku boleh je makan seafood. Tapi, no harm, tanya je. Lepas dia check dengan kitchen, dia datang kat aku. Comel je dia kata, ‘Yes darling, the meat is halal.’ Apa lagi, memang makan dengan seronoklah. Dahlah orang belanja. Mahal pula tu. Pastu diorang order wine. Masa waiter tu nak letak gelas, sampai kat aku dia minta maaf, sebab takleh serve aku. Dia tanya nak air lain tak? Soft drinks ke juice ke? Aku kata takpe je. Tengah-tengah makan, dua tiga kali Eric minum wine dan terpandang aku minum air kosong je, dia minta aku order juice. Untuk elakkan pertanyaan lagi, aku order jugalah apple juice. Baru dia berhenti berbunyi. Haha. 

Alice ni memang baik. All this while memang very helpful. Masa aku jaga Chan Sow Lin time Ai Tee cuti maternity tu, dia memang jaga aku gila2. Siap call aku untuk meeting MCO sebab aku cuti pergi Kedah masa tu tengok Aida dengan Daus baru dapat Anaqi. Aku dapat datang sini pun jasa dia. Alhamdulillah dikelilingi orang baik ni. Aku harap aku boleh bagi value dalam company ni asbab diorang ni baik dengan aku. 



Lamb


Daging

Ayam

Masa tu aku interview KPI dengan Chin. Aku rasa aku dah perform habis dah sebab memang menggigih kerja kat sini. Rupanya, tidak di mata Chin. Aku takde trait critical thinking tu. Dia evaluate aku untuk post aku Cost Control. Memang aku tak banyak buat kerja untuk Cost Control ni sebab mostly engineer yang jaga cost diorang. Aku run summary je. Chin bagitau, aku boleh buat lebih. Dia ada setup satu burn cost untuk present kat Project Director sebab overrun $30million masa tu. Dia yang buat. Aku collect data je bagi dia. Dia yang come out dengan tabulation. Dia minta aku teruskan buat benda tu. Aku nak study benda tu pun takde masa sebab kena buat payment schedule yang ada sepuluh ni. 

Pastu dia mengadu lagi kata, dia kena involved banyak kerja aku macam nak bergaduh dengan subbie yang diorang tak setuju dengan rate kita. Dalam hati aku, ko bos aku kot, ko ar settlekan. Tapi, dia nak aku boleh buat sendiri. Lagi dia nak aku proactive sikit dalam meeting forecast, jangan dengar je. At least boleh bagi input dekat Tom. Dulu pei wen selalu nasihat Tom apa yang dia boleh buat dengan tak. Aku pernah dengar Pei Wen kata dulu, Tom memang banyak rely kat dia. Aku jadi cuak sebab aku yang banyak rely kat Evan. Turn out, okay je all this while. Cuma chin nak aku lebih amik responsibility atas kerja akulah. Time cakap dengan dia, memang dia objectivelah. Dia bagitu aku dulu pernah bagus time buat Forex sampai Evan pun puji. So, dia nak aku jadi camtu balik. Bagi value. Masalahnya, kerja aku banyak wei.. Payment Schedule ada 10. Haha. Tapi, aku tak rasa benda2 ni jadi untuk aku jadi biasa2 je. Mestilah ada sebab Chin bagitau aku tu. Sama macam Ai Tee nak minta aku naik pangkat dulu. Aku taknak. Aku tak reti jadi manager wei. Nak kena jaga budak lagi. Nak fikir kerja dia lagi. Sekarang aku nak jaga diri aku dulu. 

Malas nak fikir. Aku nak jadi hari ni lebih baik dari semalam je. Nak buat pun untuk Allah, bukan untuk Chin ke, untuk naik pangkat ke. Nak beri manfaat kepada orang Allahkan suka orang yang boleh bagi manfaat kat orang lain. Seronoknya jadi Islam ni, buat benda-benda ni semua kalau niat betul, InsyaAllah Allah bagi habuan dia. Tak kat dunia, kat akhirat. Untuk kes aku, Alhamdulillah kat dunia pun dah rasa syurganya. 

Syurga dunia akhirat

Syurga dunia akhirat

Love..

Wednesday, August 27, 2025

Peluang

Semalam aku lari balik rumah kejap dari site office. Nak hantar barang. Pergi balik aku naik didi-kira macam grablah kat sini. Masa pergi aku dapat sorang muslim lelaki dari Pakistan. Borak-borak, dia datang kat sini dengan student visa. Aku tanya dia, susah tak kat sini? Dia kata, Alhamdulillah Allah tolong. Dia baru habis kelas dan sambung kerja bawa didi. Dia plan nak bawa isteri dia datang sini. Tengah tunggu visa. Mari susah sama-sama sebelum nanti future InsyaAllah senang, dia kata. Dia kata lagi kat aku, duduk sinilah. Bawa husband datang sini. Sini bagus. Bila aku kata, aku tak kawen lagi, dia terus doakan aku jumpa lelaki yang baik di masa depan. Comel je. 

Lepas sampai rumah tu, aku makan2 dulu dan solat kat rumah terus. Senang aku nak buka tudung bagai. Makan pun, memang ada nasi dalam peti untuk seminggu. Lunch box yang aku bawa pergi ofis, aku simpan untuk esok. 

Nak balik site office pula, aku dapat naik dengan sorang lelaki dari India. Dia sekarang tengah TR-temporary visa. Dia datang sini study visa, dah habis, pastu tengah tunggu apply PR. Pada masa yang sama, tengah apply untuk sambung study lagi supaya dapat stay dekat sini. Memang strugglelah. Nak fikir kerja, study, benda-benda lain lagi. Aku dengar diorang ni, nak datang sini punya payah, aku semua company uruskan. Dua orang ni semua dok advise aku amik PR dan stay kat sini. Memang banyak peluang kau dapat buat kalau kau kerja kat sini. Alhamdulillah, dapat perasaan T20 bila balik Malaysia. Haha. Tapi, buat masa ni, aku masih nak balik Malaysia. Keluarga aku kat sana. 

Semoga yang baik-baik je untuk diorang dan masa depan. Struggle tu, moga Allah ganjarkan syurga dunia dan akhirat. Sebab masing-masing borak-borak dan macam susah kehidupan, aku bagi tips extra untuk diorang. 🤗

Three Sisters

Hutan

Tukang bawa

Love.

Wednesday, August 20, 2025

Forecast Meeting Lagi

Minggu ni macam juga cuaca di luar, suram dan galau mengiringi hati. Hujan berhari-hari. Aku pun jadi lemau. Alasan. Haha. Tetapi, siapalah aku yang biasa-biasa je tanggungjawabnya merasa galau berbanding Tom. Kesian aku tengok dia, mesti stress betul. Mujurlah sejenis happy go lucky. Minggu lepas kitorang meeting dengan John hari Isnin dan kena tibai. Dia siap bawa masuk Alvin je sebab taknak Senior Engineer lain tengok dia kena tibai dekat bilik meeting. Bulan lepas, dia bawa Hew, Ahmed dengan Alvin. Lepas dah habis meeting, esoknya dia kata dengan aku memang nak amik cuti sebab dia buat forecast ni sampai kerja hujung minggu for the past two weeks. So dia nak spend masa dengan wife dia pergi lunch esok sebab anak-anak dia dekat daycare. Comel je Project Manager aku ni. Esok paginya, aku still terima email dari Tom minta update summary. Sebelum dia pergi lunch dengan wife dia, dia still kerja. Huhu. 

Tom dengan anak-anak dia
Isteri dia, Olivia

Update mira, aku naik kete Tesla dengan Tom. Haha


Hari Rabu pula, ada meeting dengan Simon pula. Aku lupa meeting tu dan pagi tu aku pergi naik bas ke Rosehill site. Dah satu kerja nak datang balik station street. Chin suggest aku pergi dengan Tom. Alamak, apa aku nak borak dalam kereta ni? Aku ingat nak pergi naik uber je, tapi Tom minta aku update something dan Alvin pun tanya aku benda. So, aku lewat juga siap dan bagitau Tom aku nak tumpang dia je. Aku siap text Mira tanya nak borak apa, Mira kata senyap je. Haha. Member introvert, bolehlah. Aku ni segan pula kalau senyap je dalam kereta. Dahlah menumpang. Lantaklah, borak je pasal family ke, kerja ke aku kata dalam hati. Aku fikir-fikir nak tanya dia berapa lama dia kat sini, berapa lama dia dah kerja sini, dan lain-lain. Bila dah sampai masa nak gerak, dia kata sorry dekat aku sebab kena join meeting dalam kereta. Haha. Selamat. Takyah borak. Dia meeting back-to-back. Sampai dekat parking baru habis. Aku baca doa makan dalam hati, Alhamdulillah ada parking. Dia kata, biasanya dia naik atas tingkat empat lima baru ada parking. Kali ni, dia turun B1, terus ada parking. 

Sampai dekat station street, kitorang terus meeting dengan Simon. Simon mengamuk sebab ada overrun. Pastu dia marah kitorang yang dah lama dengan projek ni, takkan tak buat apa-apa dengan overrun ni? Dia tanya Commercial Director, Chin, Hau Wei semua. Dia tak percaya ada movement lagi lepas last February dah overrun. Aku geram je dengar. Ko yang tukar Evan dengan Tom, Tom nak kena study balik kot. Dia masuk April, nak kena tengok UGS04 dengan UGT, banyak giler kot. Lepas Simon cakap macam mana dia nak explain kat Steer-Co semua, Hau Wei potong dan defend Tom. Dia kata, sekarang nak kena verify samada figure Tom ni betul ke tak. Yang dah lepas tu, takyah tengok. Pastu Tom pula defend diri dia. Tom kata, dia perlu masa untuk study semua 120 cost code, yang ni last batch yang dia kena tengok untuk workers. Dia tak tau dulu ada movement berapa, tapi bila dia amik, dia memang tak declare overrun pun kecuali 213 dengan defects. Lepas tu dia bagitau, dia kena study semua sampai dia tak buat 90% benda yang dia kena buat iaitu pergi site sebab tengok forecast ni je. Aku waktu dengar tu, mata dah bergenang. Dalam hati kata, janganlah jatuh airmata ni. Sebelah kiri aku Tom, sebelah kanan aku Hau Wei, depan aku Simon. Tom memang pernah cakap dengan aku sebelum ni, dia tak suka buat forecast, sebab dia tak boleh mingle dengan engineer dia. Dia kena mengadap je. Dia nak borak-borak dengan engineer dia macam yang dia buat kat Westmead. Pastu Tom defend lagi, dia boleh buat forecast tu sampai stabil macam yang dia buat Westmead sekarang. Memang takde overrun lepas David Leaver amik. Aku yang tengok kerja keras dia tu, jadi sedih. Dalam hati kata, 'Janganlah tukar Project Manager lagi, penatlah nak adjust ways of working ni.' 

Geram je aku tengok Simon hentam semua orang. Aku dahlah kurang respect kat dia sebab dia pernah sent email ke semua staff WTP dan cakap terima kasih dekat one of the PM (mention nama sorang je, tak mention pun team yang buat) lepas berjaya handover satu portion ke client. Walhal PM tu baru take over dan engineer kerja keras giler kot sebelum tu untuk handover. Dia join site tu, terus dapat kredit. Site Nga, tu yang aku tau cerita. Dan PM tu pun bukan bagus sangat. Mengikut kata engineer, cost controller, QC dan planner yang jaga site tu, semua bercerita ketidakbagusan orang tu. Semua sumber tu orang Malaysia. Takkanlah semua sekepala kata member tak perform ye dak? Haha. 

Kesian kat Tom masa meeting tu dan aku pun tak boleh tolong banyak. Aku memang jadi patung cendana sambil gerakkan mouse untuk presentation je. Oh, aku doa Nabi Musa a.s dalam hati semoga Tom, Chin dan Hau Wei lancar dalam bercakap untuk meeting tu. Dan Simon tak marah sangat. Haha. Semoga sedikit usaha aku untuk diorang dilihat Allah. 

Lepas meeting tu, kena revise lagi submission. Nak kena justify betul ke figure tu. Chin minta aku buat burn rate untuk setiap cost code. Lepas aku submit semua pending payment schedules aku, aku fokus buat tu. Alhamdulillah berjaya settlekan hari tu juga. Esoknya Chin come out dengan top level punya burn rate. Pergh, aku tak faham camne dia dapat. Aku nak study, tapi aku punya kerja banyak nak kena settle. Huhu. Setiap kali meeting, aku join, tapi aku takleh nak faham camne dia come out tu. Kitorang rupanya ada minta external party verify cost kitorang masa overrun bulan Feb25 masa tu. Memang external party tu ada allocate risk untuk budget kitorang dan figure dia lebih kurang sama dengan figure yang Tom present sekarang. Figure diorang lebih $2million. Hebat aku punya Project Manager ni. Tom siap kata dia nak letak narrative tu dalam presentation dan bagitau Simon bukan salah dia. Go Tom, i'll support you.  

Tadi pagi Rabu, dia macam dah rileks2 sikit, so aku borak kejap dengan Tom. Tak tau camne borak, sampai kepada tajuk dah berapa lama dia kat sini? Haha. Benda yang aku nak tanya masa aku naik kereta dengan dia masa tu. Dia dah 13 tahun kat sini . Dia dari England, tak tau side mana. Aku tanya kenapa dia datang sini? Study sini ke? Dia kata, dia datang sini kerja sambil bercuti dengan wife dia then decide nak stay. Which is best decision ever. Kat England weather gloomy dan cepat gelap. Pastu pagi-pagi winter kena scrap ice. Dia tak suka. Cuaca extreme. Dekat sini, just nice. Lagi pula dia dengan wife dia active, so banyak benda boleh explore dekat sini. Aku setujukan sebab kau boleh hiking, cari aurora, swimming dan buat banyak benda walaupun banyak musim. Anak dia pula nak start surfing nanti sebab dah besar sikit. Enam tahun kot umur anak dia yang sulung tu. Lepas tu dia kata kat England tu, life diorang Pub je which is kalau boleh tahan pun sehari dua je ar dia kata. Pastu bosan dah. Dekat sini banyak pilihan nak buat apa. Aku tinggalkan dia lepas ada orang tunggu nak explain kerja dekat dia. Aku kata kat, 'Now I understand why you said you can't do works here. There will be a lot of people want to talk with you.' Dia senyum je. Sebab dia pernah bagitau aku dia nak wfh sebab nak settlekan forecast. Dia kata, kalau dia datang office semua orang nak cari dia.  

Balik dari Station St.

Engineers aku lepas kitorang habis forecast



Meeting post forecast

Meeting lagi

Aku refleks dengan diri sendiri cerita dengan Tom ni. Ada dalam beberapa kali masa aku jalan sorang-sorang dekat sini time nak balik rumah ke, nak pergi kerja ke, balik Westfield,  airmata aku tiba-tiba mengalir. Syukur sangat sebab Allah bagi peluang aku datang sini kerja. Australia ni memang bagi peluang orang kerja dekat sini dan ubah hidup. Dalam kes pagi ni, Tom dan keluarga dia. Ramai gila bukan orang local dekat sini. Tahun pertama aku dekat sini, Evan sorang je Australian yang aku kenal. Yang lain, dah dapat PRlah cuma origin or ethnicity tu dari England, China, India, Middle East, Indonesia, etc. Aku bersyukur atas nikmat Allah ni walaupun dalam hati, banyaknya benda aku nak kena improve sebab Allah bagi nikmat banyak sangat. Takkanlah hidup ni nak segini-gini je? Perlawanan hati dan nafsu tu memang susah saingannya dan biasanya nafsu aku menang. Aku masih lagi berusaha untuk perbaiki tu. Semoga aku berjaya dan istiqamah. 

Nak kena pindah sebab site office nak handover

Balik kerja lepas hujan

Berjalan kat park


Love..

Sunday, August 17, 2025

Sakit Perut - Penghapus Dosa

Semalam hari pertama period. Perut saya merasa tidak selesa. Tetapi, saya biarkan sahaja. Masih boleh menahannya. Hari pertama mungkin, kata saya di dalam hati. Walaupun jarang saya merasa sakit sewaktu period. Malamnya semasa tidur, saya terjaga jam 3 pagi kerana tidak selesa. Saya masih menahannya kerana percaya sakit ini akan mengurangkan dosa. Dosa dahlah banyak, asbab Allah sembunyikan, ramai orang nampak saya baik. Selepas bergolek di atas katil selama 15 minit, masih tidak dapat menyambung tidur. Saya terfikir, inilah agaknya perasaan deekay dan mamat yang tidak dapat tidur. Tidak best rupanya. Tidur jarang sekali menjadi masalah kepada saya, Alhamdulillah. Sejenis kata dalam hati nak tidur, memang dapatlah. 

Selepas 20 minit, saya masih tidak dapat tidur dan masih sakit, saya bangun dan mengambil minyak angin. Kesakitan saya waktu itu mungkin 2/10. Boleh tahan sebenarnya, cuma saya mahu tidur. Sudah habis bergolek kiri kanan, duduk, sujud dan semua posisi yang saya boleh, masih sakit. Jadi, walaupun mahu tahan, saya perlu membuat sedikit usaha dan menyerahkan hasilnya kepada Allah selepas itu. 

Selepas menyapu minyak di perut, belakang, kepala dan tengkuk, saya cuba untuk tidur. Masih tidak berjaya. 10 minit saya berzikir sambil mengurut badan sendiri. Selepas itu, saya berasa mual dan seperti mahu muntah. Saya bangun ke bilik air dan  muntah di sinki. Sambil mengurut-urut tengkuk dan perut untuk mengeluarkan lagi saki-baki muntah.

Rupanya saya salah makan dan sakit perut. Ingatkan period pain. Selepas muntah, saya kembali ke katil dan tidak sedar bila waktunya tertidur. Esoknya, saya tersedar jam 9 pagi. Haha. 

Saya jarang  sakit, Alhamdulillah dengan nikmat itu dan semoga Allah sentiasa memberikan kesihatan yang sempurna untuk saya dan kedua mak ayah supaya dapat beramal kepada Allah. Kekadang terfikir, bagaimanaka Allah mengampunkan dosa saya jika tidak melalui sakit? Tapi, kalau boleh taknak sakit sebab tak tau camne nanti sakit, sabar ke banyak mengeluh. Haha. 

Sebenarnya, banyak yer cara Allah nak ampunkan dosa. Ambil wudhu, istighfar, sedekah, sambungkan sillaturahim dan lain-lain. Semoga Allah mengampunkan dosa-dosa saya dan semua yang saya sayang daripada cara lain selain sakit. 


Sumber gambar : Amalan penghapus disa

Love..