Punyalah lama dah tak membaca buku yang panjang, aku habiskan baca webtoon cerita ni dalam sehari. Cis sungguh Nadiah ni. Gigih pula aku tanya Alin nak baca webtoon takyah bayar. Maka, jumpalah aku laman web ni. Aku habiskan dari pukul 10 malam macam tu sampai pukul 2 pagi rasanya. Giler betul, takde ketahanan diri sendiri. Esok nak pergi kerja. Kalau buat test marshmallow tu, mesti gagal. Apa test marshmallow tu, yang ni. Dia test untuk delayed gratification. Aku gagal. Haha.
Cerita ni pula tayang dekat VIU. Haruslah aku takde akaun dia. Gigihlah aku tengok kat tik-tok. Kalau terus tengok sehari selepas official tayangan, sub-indolah yang aku jumpa. Kalau dua hari lepas macam tu, ada sub english. Gigihnya saya. Haha. Aku suka tengok Seohyun dalam cerita ni. Dia dah banyak beza dari We Got Married dulu. Lebih santai dan terbuka dan pandai berlakon juga. Improvelah lakonan dia berbanding cerita dia dengan IU dulu, Scarlet Heart Ryeo. Pastu aku pernah tengok satu cerita lagi dulu, Anti-fan apa benda entah. Pun tak berapa pandai berlakon lagi. Haha. Yang ni kira macam banyak juga screentime dia compare Taecyon. Pastu cerita ni pun laju juga sebab mungkin ada 12 episod je. So, dah dalam episod ke-6 ni dah banyak plot dari webtoon tu dah settle. Dalam webtoon tu siap ada dalam 84 siri. Pastu siap ada spin off bila diorang pergi honeymoon bagai. Tak tau macammana diorang akan masukkan ke tak dalam drama tu.
Watak Cha Sun Cheak ni comel tau. Sebenarnya dia watak sampingan je dalam novel, tiba-tiba dia jadi heroin pula. Mula-mula dia taknak, tapi lepas tu terima kenyataan yang hero tu memang nak dia. So, dia fight untuk jadi watak heroin. Biar sama layak dengan hero. Pada masa yang sama, dia baik je siap nak jodohkan heroin utama dengan second hero dalam cerita ni. Ada sekali dia mengaku dengan hero, dia tak nak hero tu ingat dia baik sebab tu dia taknak kawen dengan hero. Pastu hero tu kata, dia tak pernah anggap heroin tu baik, dia rasa heroin tu berlagak. Haha. Benar, kau boleh suka kat orang yang berlagak juga. Sini rujukan aku di masa mendatang. Haha.
Aku suka satu scene dalam webtoon, bila heroin rasa bersalah sebab asyik susahkan hero je. Bila dia cakap dengan hero, hero tu kata, dia okay dan suka je clean the mess yang heroin tu buat dengan gunakan kapasiti yang dia ada. Kat sini. Argh comel. Huhu. Memang saling melengkapkan. Walaupun drama je, aku suka.
Oh, cerita pasal marriage ni, aku macam dah lama tak bercerita perihal rumah tangga orang kat sini. Baru-baru ni igs isteri kawan aku macam banyak luahan hati. Aku tanya Faezah, dia pergi korek. Isteri kawan aku nak bercerai dengan kawan kitorang sebab dia curang dengan geng basikal. Bodoh punya jantan. Dulu time nak ngorat, sampai ke Korea kau pergi. Dah dapat, kau tak setia pula. Bila hari diorang decide untuk cerai tu, aku wish isteri kawan aku all the best dan tak kata apa-apa pun dekat igs kawan aku. Entahlah, di satu point sampai sini jelah jodoh diorang. Tapi, sebab kau tahu alasan tu sebab curang, aku jadi sedih.
Aku pernah dengar Ustaz Azlan pernah share satu hadis ke apa aku tak sure. Syaitan-syaitan ni buat report dekat ketua Iblis apa yang diorang dah buat kat bumi. Ada setan ni kata, dia dah buat orang mencuri, membunuh camtu ar. Iblis kata tahniah je. Ada sekor setan ni kata dia dah buat satu pasang suami isteri bercerai, ketua Iblis ni siap bangun dari singgahsana dan pergi peluk setan ni nak kata tahniah. Punyalah pencapaian yang terbaik setan ni kalau berjaya buat pasangan bercerai. Semoga dipermudahkan urusan isteri kawan aku ni dan semoga kawan aku belajar dari benda yang jadi ni.
No comments:
Post a Comment