Wednesday, March 19, 2025

Cerita Bulan Ramadan

Isnin minggu lepas kena marah dengan Ian sebab aku salah buat kerja. Dia siap reject kerja aku dengan comment panjang giler. Entahlah, aku pun tak tahu camne aku boleh terlepas pandang benda tu. Aku jadi geram dengan Ian ni sebab dia jarang cakap dengan aku, tapi setiap kali cakap je, time aku kena tegur sebab salah buat kerja. Tapi, aku nak marah-marah pun tak jadi apa. Salah sendiri juga. Lepas tu, aku pun malas nak layan. Sebab Ian ni, kalau aku buat kerja bagus, dia kata good job. Aku jarang deal dengan dia actually, biasa buat hal sendiri. So, dia memang akan tegur kau kalau kau bagus, dan akan marah kau kalau kau buat silap. Cuma kita biasalah manusia, highlight yang salah je. Haha. 

Sebab tu bila kena kerja bawah Chin ni aku syukur banyak. Aku ni takdelah tak pandai buat kerja. Aku boleh buat kerja with minor supervision. Aku tak boleh buat kerja takde bos. Tahun lepas, berdendang-dendang aku buat kerja tak report ke bos aku. Sebab takde isu besar sangat, so dia tenang je. Memang buat kerja aku je ar. Tahun ni, bulan Feb masa tu, overrun sampai $20 million, aku rasa lost. Aku rasa macam aku tak perform. Walaupun memang bukan salah aku pun. Aku tak pegang budget tu. Cuma dia macam menghentak kepala. Apa yang aku buat kat sini? Takkan takde benda yang aku contribute? Luckily, aku dah buat kerja bayar payment ke subcon. Tu yang salah sampai Ian bagi comment panjang giler. Aku rasalah berguna juga kat sini. Bila direct dengan Chin ni, bolehlah kurangkan sikit kena marah sebab dia dah biasa dengan Ian.  

Bila aku rasa macam tak berguna, ayat-ayat Allah keluar je time baca kat mana-mana. 
Dan janganlah kamu lemah dan janganlah kamu berduka-cita, karena kamulah orang-orang yang paling tinggi jika kamu (memang) orang-orang yang beriman (Al-Imran : 139)
Aku bersyukur aku sampai kat sini. Dapatlah share sikit-sikit rezeki ni dengan orang keliling. Cuma, mesti ada benda lain aku kena buat bila dapat peluang ni? Takkanlah aku masih macam tu je? Sebenarnya, kat sini time kerja memang aku buat kerja. Sebab takde orang nak borak. So, basically InsyaAllah gaji tu berkat. Sebab tu orang lain dapat. Kalau tak, dia pergi ke tayar pancit ke, salah beli tiket ke, atau benda-benda yang Allah tolak sendiri. 

Sekarang masalah aku adalah terlalu banyak masa kat luar. Out of works, tu memang sangat takde plan. Banyak masa aku tengok telefon je. Aku memang nak plan sesuatu, tapi nak melawan hawa nafsu tu memang Astaghfirullah, susah sangat. Banyak masa aku habis kat telefon. Sangat banyak sampai aku pening. Esok dah masuk sepuluh malam terakhir. Aku ada je plan nak buat apa, tapi once aku buka telefon, memang akan stuck. Aku siap dah sign out insta tapi masuk juga kejap-kejap. Dia jadi kurang sikit sebab bila nak tengok tu kena masukkan password bagai. Kurang sikitlah aku melagha kat situ. 

Pas dah tak ke insta, aku pernah stuck kat youtube. Tengok shorts tu pun sejam dua habis. Mengarut! Aku ni punya struggle takdelah susah mana. Nak kena tahan diri je. Ada orang struggle siap sakit tak dapat beribadah. Nak kena jaga anaklah, lakilah, neneklah. Aku ni duduk sorang-sorang pun tak gunakan masa tu. Huhu. Mujur sekarang buat buka puasa sama-sama dengan budak-budak ni, adalah pahala extra bagi makan orang berbuka. Kalau tak, kau macam tu je ar. 

Semoga masuk 10 malam terakhir ni, aku akan dapat kawal diri aku dari tengok telefon, beribadah kepada Allah, baca Quran banyak-banyak, tadabbur juga dan mengharapkan keampunan dan kecintaan dari Allah. Sesuai dengan sabda Rasulullah s.a.w ;
Dari Abi Hurairah ra, dari Nabi Muhammad saw bersabda: “Siapa yang menghidupkan malam laylatul qadar dengan keimanan dan mengharapkan pahala dari-Nya, maka dosa-dosanya yang telah berlalu akan diampuni, barangsiapa yang berpuasa di bulan Ramadhan dalam keadaan iman dan mengharapkan pahala dari-Nya maka dosanya yang telah berlalu akan diampuni”. (HR. Bukhari)

Mendoakan semua ahli keluarga, sahabat-handai, guru-guru, jiran-jiran dan muslimin muslimat mendapat laylatul qadar dan keluar dari madrasah ramadan menjadi Muslim yang lebih bertaqwa. 


Family in Sydney

Confident jalan2 opis dgn patch jerawat 

Rindu kembar

Love..

No comments: