Sunday, November 17, 2024

Sulayman dan Fatimah

Kak Fareen dengan mak dia dah sampai Sydney. Alhamdulillah, segala puji untuk Allah atas nikmat ni. Aku seperti biasa, MBTI orang yang tak merancang, memang jauh plannya. Jadi, Kak Fareen rancang sendiri plan dia. Hehe. Sabtu minggu dia datang tu, kitorang pergi Featherdale Wild Park. Sejam naik train dan bas ke situ dari Parramatta. Dah selamat tengok kangaroo, kaola dan semua binatang yang ada kat Austalia ni. Hehe

Pastu kitorang singgah solat dekat Auburn. Tengah tunggu Kak Fareen settle kerja dia sebelum cari makan dan balik, seorang makcik ni tegur mak Kak Fareen. Jalan dengan orang tua bertongkat ni, ramai orang nak tegur. Borak punya borak, Fatimah ni dari Turki. Duduk sini dah 30++ tahun. Husband dia beli gereja dan jadikan masjid. Pastu dia panggil husband dia sebab aku tanya macammana operational cost masjid tu sebab dia tak boleh nak jawab. Sulayman ni cerita semangat betul. Extrovert. Dia kata, hasil sumbangan orang ramai, diorang dapat bangunkan dan maintain masjid tu. Sulayman ni kira second generation duduk dekat Australia. Ayah dia dulu pun beli church dekat city dan tukar jadi masjid. Inspiring betul dengar cerita dia. Wife dia tak pernah kerja. Duduk jaga anak je empat orang kat rumah. Cakap english pun tak pandai sangat, tapi faham je. Cuma bila nak balas balik tu, dia minta husband dia yang cakap. 

Lepas borak-borak nak balik, dia nak hantar kitorang pergi station. Dia sebenarnya cadang nak hantar balik Parra, tapi ada orang meninggal, dia kena balik nak uruskan. Hujung jumpa tu, dia ajak datang rumah dia. Aku yang dah umur-umur macam ni, dah malas nak tambah kawan. Mula-mula ingat akan berlalu pergi je ar macam Dita. Sekali Kak Fareen kata, okay juga kalau pergi rumah dia sebab dia bukan orang biasa-biasa. Dia beli church jadikan masjid kot. Haha. Betul juga. Orang macam ni nak kena selalu dekat. Kan sahabat2 kita cerminan kita. 

Menjadi kenyataanlah kami ke rumah Sulayman. Bila kami beritahu nak pergi, Sulayman nak ambil kami dari rumah. Saya menolak kerana tidak jauh rumahnya. Cuma setengah jam dari rumah saya jika menaiki train. Semasa sampai di train station, dia masih mahu mengambil kami. Tetapi, kami sudah berjalan kaki. Sesampai di rumahnya, kami berselisih dengannya yang memandu kereta. Rupanya, dia mencari kami untuk menjemput. Tetapi, tidak berjumpa kerana kami melalui jalan lain. Masih mahu bersusah-susah demi kami. Huhu. 

Rumah Sulayman sungguh cantik. Kemas dan bersih. Saya perhatikan kurang barang. Cuma benda asas saja di rumahnya. Dua tingkat dan ada basement. Katanya, dia menyewakan kepada orang ruangan basement. Dapatlah membantu membayar ansuran rumah. Tingkat atas pula diduduki oleh anaknya. Juga membayar sedikit sewa kepadanya. Katanya gelak. 

Fatimah isterinya memasak untuk kami nasi. Saya cuma makan sahaja. Haha. Katanya mahu membuat dessert pagi tadi, tetapi pot yang digunakan meletup. Alhamdulillah tiada kecederaan. Selepas makan nasi, kami solat maghrib dan Isyak berjemaah. Eh, mereka melakukan solat sunat dua rakaat sahaja. Dahulu Dita pernah menceritakan kepada saya, mazhab hanbali mereka melakukan minima empat rakaat. Ada berbeza juga di dalam mazhab ni. Samalah seperti kita mazhab syafie. 

Selepas solat, mereka menjamu kami dengan teh dan aiskrim. Sudah hampir jam 10 malam dan mereka masih rancak bercerita. Mak kak fareen dah memberi hint untuk pulang dan saya pun melihat jadual waktu train untuk pulang. Walaupun sudah dapat merasakan yang dia akan menghantar pulang, tetapi tidak terlalu menunjukkannya. Haha. Ya, seperti dijangkakan, dia dah Fatimah menghantar kami pulang ke Parramatta. 

Banyak benda yang kami belajar dari pasangan ini. Meletakkan Allah melebihi segalanya. Tawakal yang tinggi atas semua rezeki Allah kerana Fatimah tidak pernah bekerja seumur hidupnya tetapi mereka mampu tinggal di rumah landed tiga tingkat. Berlumba-lumba membuat kebajikan apabila mahu mengambil dan menghantar kami. Mempunyai perancangan untuk ummah. Katanya selepas masjid, mereka sedang mungusahakan rumah orang tua dan kemudiannya universiti. Meraikan tetamu dan menghormati orang tua. Kedua pasangan ini sudah kematian ibu bapa, maka mereka sangat meraikan emak kak fareen. Bersyukurlah kita yang masih mempunyai doa ibu dan ayah sekarang. Alhamdulillah. 




















Love..

No comments: