Dua minggu lepas, sebab takde apa-apa hujung minggu, aku balik kampung. Kawan sekolah menengah dulu buat kenduri aqiqah anak dia. So, aku janji dengan Shamini nak jumpa dia. Janji juga dengan Alin nak jumpa dia nanti sebab nak celebrate birthday aku.
So, Jumaat petang lepas ofis aku drive balik kampung. Singgah drive-thru nak beli coffee budget ngantuk konon2. Alhamdulillah membantu. Fisha mesej kata nenek minta tidur esok malam so dia takyah tidur rumah Acik. Aku mesej Alin, dia kata okay. Sempatlah sampai rumah dia sebelum meeting post-warkah. Beberapa perbincangan untuk aku take note lepas ni. Al-maklum, lepas ni aku editor.
Tidur malam Jumaat rumah Alin, esoknya janji dengan Sham pergi rumah Khariani sekali. Dia jemput aku kat rumah Alin. Lama giler tak jumpa. Pastu dia singgah rumah mak dia kejap nak tukar baju. Mak dia relaks camtu juga dari dulu sampai sekarang. Punyalah aku lost contact dengan Sham lepas kitorang SPM. Aku tak sure dia sambung study ke tak. Tapi, merata juga dia kerja. Mahkamah kat Shah Alam, kat Melaka, buat decorations majlis kematian, besarkan anak empat orang, dok rumah mak mertua. Laki tak balik rumah. Toughlah life dia.
Pastu kitorang singgah Jasin Point nak beli benda bawa pergi rumah Khariani. Aku cari buah, dia cari jajan. Apollo, sumi dan koko crunch yang mini pack tu. Laju yer budak-budak tu ambik jajan. Dapat borak dengan Ani dan Sham, jumpa mak Ani memang menggamit kenangan.
Balik dari rumah Ani, aku tidur jap kat rumah Alin sebelum petang tu pergi rumah nenek Rammelah. Tengok nenek dan Mak Chah tengah siap nak pergi haji. Muhammad dengan Mus'ab pun dapat juga. Moga aku dapat pergi dengan mak ayah pakej dua tahun lagi. Tengah kumpul duit ni.
Lepas tu, pergi rumah nenek Saabah dan pergi rumah Busu lepas Maghrib. Banyak dapat buat kalau balik kampung ni. Rasa macam kena masukkan aktiviti balik kampung sebulan or dua bulan sekali walau takde apa-apa occasion.
Esoknya masak mee goreng untuk sarapan dan kari ayam untuk tengahari. Borak-borak dengan nenek, soalan kasih sayang yang dia tanya pastinya pasal aku takde ke berkawan dengan siapa-siapa ke? Bila borak sorang face to face dengan nenek ni, mesti sebak. Aku sampai doa kat Allah, kalau doa aku pun tak makbul sebab aku banyak dosa, makbulkan doa orang yang nak tengok aku kahwin ni. Fisha pun dia risau juga. Semoga ada rezeki nenek tengok aku dan Fisha kawen.
Pastu aku dan nenek melawat Mak Chah nak berangkat pergi rumah Muiz. Diorang akan gerak dari sana ke KLIA. Nenek Rammelah dah siap-siap masak lauk sebab Amirah tengah pantang. Hebat betul nenek tau. Lepas tu aku gerak balik KL.
Jalan clear, aku santai-santai je drive. Balik tu singgah beli dapur kat Giant, shopping sikit kat Bintang Fashion, cuci kereta dan enjoying myself. Alhamdulillah untuk nikmat sihat, kereta, masa, saudara, duit dan semua yang Allah berikan. Moga aku sentiasa bersyukur dan memberi kebaikan yang banyak untuk orang sekeliling.
Lalu belakang, singgah jap bergambar. |
Love..
No comments:
Post a Comment