Tuesday, January 31, 2023

Derma Darah 2022

Kesihatan adalah nikmat Allah yang saya sangat syukuri. Tahun ni berjaya menderma tiga kali. Walaupun beberapa kali, tak lepas hemoglobin. Sekarang dah pandai makan ferrous fumarate bila ada niat nak derma.

Mungkin atas faktor usia, terkena jarum suntikan lebih sakit kali ini. Semoga saya masih dapat bertahan dengan rasa sakit dan masih mahu menderma lagi di masa-masa mendatang. 

Sudahlah, derma darah yang sebelum ini saya muntah-muntah dan cirit-birit selepas menderma. Kali ini, sakit perut sahaja, tidak cirit juga. Kemudian, luka tempat cucuk sedikit lama sembuh. Hijau sahaja tempatnya. Apapun, Alhamdulillah. Sedikit risau jika sudah tidak dapat menderma. Apa je yang saya rugi jika saya menderma ini? Moga dapat membantu golongan yang memerlukan dengan sedikit usaha saya ini. 






Love..

No comments: