Saturday, October 28, 2023

Detik akhir Busu

Hari Sabtu malam, busu dah tenat
Kami buat bacaan yassin lepas maghrib
Kak Mi dan kak cik balik selepas itu

Ayah, mak dan aku telah pulang minggu lepas
Jadi kami tidak ikut
Lagi pula ada program Ahadnya
Mak ada kenduri
Aku nak jumpa En Anuar dengan mamat

Pagi Ahad Kak Fisha call ayah ajak balik
Ayah yang banyak memudahkan orang setuju
Ayah dan emak pulang selepas kenduri
Mamat ajak aku juga pulang 
Selepas melawat En Anuar
Aku juga setuju

Sampai di kampung lepas Asar
Ayah sampai lebih awal
Sempat baca surah Ar-Rad katanya
Aku sempat melihat busu sekejap
Kemudian mahu pergi mengambil Nek Som
Dalam pada merancang mahu keluar
Busu telah pergi 
Bersaksikan nenek, moksu, acik, anak2 dan saudara yang lain
Lebih kurang jam 5.30 petang

Dalam jam 6.45 petang jenazah di bawa ke masjid
Selepas maghrib nak mandi katanya
Kami solat maghrib di rumah
Dalam 7.30 petang kami ke masjid
Jenazah telah mula dimandikan
Umair masuk membantu

Setelah siap, kami dibenarkan melihat untuk kali terakhir
Jenazah diangkat ke ruangan solat saat azan Isyak berkumandang
Selepas Isyak
Ayah menjadi imam solat jenazah 
Kemudian jenazah di bawa ke tanah perkuburan
9.30 malam, semua urusan busu selesai 
4 jam sahaja semua urusan 
Saya kira terlalu pantas
Mudah. Terlalu mudah
Perjalanan terakhir busu

Rezeki juga
Rezeki ayah melihat adiknya 
Rezeki saya melihat busu
Rezeki berada bersama keluarga
Saat-saat itu

Dan kembali menginsafi diri
Mati itu pasti
Bagaimana akhir kita nanti
Bekal apa kita siapi









Love..

Wednesday, August 23, 2023

Tunjuk Ajar

Afifah dah rajin ikut makcik-makcik dia berjalan. Minggu lepas, lepas mengundi, kitorang nak pergi shopping cari kasut Fisha dan telekung aku, dia nak ikut. Kitorang okay je. Bolehlah nasihat-nasihat sikit lebih kurang. Akukan pernah ada moment, dalam kereta adalah masa untuk ko memberi nasihat. Sekarang dah bukan zaman. Baik aku dok tenang-tenang je drive. 

Minggu ni, dia ikut kitorang g bundle kat tepi highway exit Subang tu. Bondoru ke apa entah nama dia. Malas nak google. Pastu dia cari baju dengan seluar. Sukalah sebab ada size dia. Pau makcik dia belanja. Aku layankan je ar. Dia nak baju satu, seluar satu. Aku kata, aku bayarkam satu. Dia pun bayar sendiri duit baju. 

Tengah que nak bayar, dia minta aku bayarkan dan nak bagi duit cash kat aku. Aku tanya nape? Dia kata cashier tu banyak tanya soalan. Haha. Sebab Muzakir bayar kat depan, cashier tu tanya, ada member? Nak pakai cash ke kredit kad? Comel betul anak buah aku ni. Memang taklah Alang nak bayar. Bayar sendiri. Alang ada kat belakang ko kot. Apa2 tanya je ar. 

Aku citer masa makan sarapan esoknya pasal Afifah tu. Kak Cik kata, biarlah dia bayar. Pastu Kak Mi menyampuk, Eh memang Alang ko akan suruh dia bust sendiri. Kalau Anaqi boleh buat sendiri pun, dia suruh buat sendiri. Haha. Bongek Ami tau. 

Tapi, memang nak bagi experience je kat budak-budak ni. Salah takpe, boleh betulkan. Janji buat. Kak cik siap bagi Melissa buat keputusan lagi. Nak bagi mummy solat dulu ke, nak bagi Melissa makan dulu. Dia pilih, makan dulu. Pastu bila aku tanya, Nak Alang solat dulu ke, Melissa makan dulu? Dia pilih, Alang solat dulu. Sebab aku tak bagi pun dia makan. Mummy dia yang bagi. Bijak sungguh. 

Membesarlah Afifah dan Melissa. Menjadi muslimah penyejuk mata, penawar hati semua orang. Alang love you. 


Dah lapar dan penat. Malas layan

Dua orang kak long



Telefon aku dah macam telefon dia

Love..

Saturday, June 24, 2023

Kenduri Khariani

Dua minggu lepas, sebab takde apa-apa hujung minggu, aku balik kampung. Kawan sekolah menengah dulu buat kenduri aqiqah anak dia. So, aku janji dengan Shamini nak jumpa dia. Janji juga dengan Alin nak jumpa dia nanti sebab nak celebrate birthday aku.

So, Jumaat petang lepas ofis aku drive balik kampung. Singgah drive-thru nak beli coffee budget ngantuk konon2. Alhamdulillah membantu. Fisha mesej kata nenek minta tidur esok malam so dia takyah tidur rumah Acik. Aku mesej Alin, dia kata okay. Sempatlah sampai rumah dia sebelum meeting post-warkah. Beberapa perbincangan untuk aku take note lepas ni. Al-maklum, lepas ni aku editor. 

Tidur malam Jumaat rumah Alin, esoknya janji dengan Sham pergi rumah Khariani sekali. Dia jemput aku kat rumah Alin. Lama giler tak jumpa. Pastu dia singgah rumah mak dia kejap nak tukar baju. Mak dia relaks camtu juga dari dulu sampai sekarang. Punyalah aku lost contact dengan Sham lepas kitorang SPM. Aku tak sure dia sambung study ke tak. Tapi, merata juga dia kerja. Mahkamah kat Shah Alam, kat Melaka, buat decorations majlis kematian, besarkan anak empat orang, dok rumah mak mertua. Laki tak balik rumah. Toughlah life dia. 

Pastu kitorang singgah Jasin Point nak beli benda bawa pergi rumah Khariani. Aku cari buah, dia cari jajan. Apollo, sumi dan koko crunch yang mini pack tu. Laju yer budak-budak tu ambik jajan. Dapat borak dengan Ani dan Sham, jumpa mak Ani memang menggamit kenangan. 

Balik dari rumah Ani, aku tidur jap kat rumah Alin sebelum petang tu pergi rumah nenek Rammelah. Tengok nenek dan Mak Chah tengah siap nak pergi haji. Muhammad dengan Mus'ab pun dapat juga. Moga aku dapat pergi dengan mak ayah pakej dua tahun lagi. Tengah kumpul duit ni. 

Lepas tu, pergi rumah nenek Saabah dan pergi rumah Busu lepas Maghrib. Banyak dapat buat kalau balik kampung ni. Rasa macam kena masukkan aktiviti balik kampung sebulan or dua bulan sekali walau takde apa-apa occasion. 

Esoknya masak mee goreng untuk sarapan dan kari ayam untuk tengahari. Borak-borak dengan nenek, soalan kasih sayang yang dia tanya pastinya pasal aku takde ke berkawan dengan siapa-siapa ke? Bila borak sorang face to face dengan nenek ni, mesti sebak. Aku sampai doa kat Allah, kalau doa aku pun tak makbul sebab aku banyak dosa, makbulkan doa orang yang nak tengok aku kahwin ni. Fisha pun dia risau juga. Semoga ada rezeki nenek tengok aku dan Fisha kawen. 

Pastu aku dan nenek melawat Mak Chah nak berangkat pergi rumah Muiz. Diorang akan gerak dari sana ke KLIA. Nenek Rammelah dah siap-siap masak lauk sebab Amirah tengah pantang. Hebat betul nenek tau. Lepas tu aku gerak balik KL.

Jalan clear, aku santai-santai je drive. Balik tu singgah beli dapur kat Giant, shopping sikit kat Bintang Fashion, cuci kereta dan enjoying myself. Alhamdulillah untuk nikmat sihat, kereta, masa, saudara, duit dan semua yang Allah berikan. Moga aku sentiasa bersyukur dan memberi kebaikan yang banyak untuk orang sekeliling.

Tak tau terlebih manja nape

Penuh yer bonet


Nenek borak dengan Dak Wan





Lalu belakang, singgah jap bergambar.


 Love..

Tuesday, June 13, 2023

Sinking Fund - Korban 2023

Sebab dah follow Nafisah Amran, haruslah praktikkan apa yang dia ajar, sinking fund. Untuk perbelanjaan besar-besar seperti raya, mula sekolah, percutian, servis kereta dan yang kamu rasa kalau nak keluar duit sepelepuk agak sukar. Maka, kita menabung secara bulanan. 

Sinking fund sekarang dah senang. Boleh buat tabung je kat Maybank 2u. Pastu auto deduct siap-siap sehari lepas gaji. 

Raya korban kali ni buat kat Malaysia. Tahun lepas, kak cik kata tempat dia ramai orang tak dapat daging sebab tak ramai orang korban kat situ. Tempat kak cik kira tempat orang susah juga. Jadi, aku tanamkan azam tahun depannya nak buat korban kat Golden villa. 

Alhamdulillah syukur, tahun 2023 dapat buat kat Malaysia. Mak tolong tanyakan Cik Ina sebab dia yang uruskan. Cik Ina kata okay. Memang nak cari lebih dari dua ekor pun sebab tak berbaloi sangat kalau dua ekor je. Semoga dapat lebihlah. Kak cik pun korban kat situ juga. 


Walaupun kena top-up seratus, takde masalah, ada tu rezeki lain. Alhamdulillah. Bayaran ni memang boleh dapat dua bahagian kat luar negara, tapi takpe. Ada rezeki nak bagi orang Malaysia. 

Love..

Monday, April 10, 2023

Berbuka Puasa 2023

Setelah dua tahun berehat disebabkan COVID, mak meneruskan tradisi menganjurkan acara berbuka puasa di Klang tahun ini. Walaupun dah setiap tahun buat, masih ada lagi kerenah dan kepenatan sebelum kenduri yang perlu dilayan yer. 

Tetapi, tidak terkira banyaknya pahala yang InsyaAllah diganjarkan Allah akibat memberi makan orang yang berpuasa. Juga bersama-sama merapatkan silaturrahim sesama ahli keluarga. Semua kepenatan itu telah minus melihat kegembiraan oleh kedatangan dan senyuman saudara-mara sebab dapat berkumpul sekali. Bak kata Pak Long, 'Kalau buat pun orang tak datang, tak berjaya juga.' 

Sedikit kegembiraan :-
1. Melihat Mubarak dan Sobri borak sesama diorang. Sebab diorang pun tak selalu jumpa.  🥰🥰

2. Nenek datang dengan Masyitoh dan Rahman dari kampung. Mamat ni kira third home dia lepas rumah ummi dan nenek. So, tak kira. 😜😜

3. Serunding dari Kelantan selamat diagihkan di minit2 terakhir kenduri. Aizat dah pesan kat aku dah. Aku terlupa. 🤭🤭

4. Tak tau samada orang dah ramai atau kitorang salah estimate, tapi hampir semua makanan habis. Roti jala habis, pizza Lina bawa pun tak sempat rasa dan kek aiskrim pun selamat dihabiskan. Maaf untuk yang kurang yer.🫰🫰

5. Masa solat terawih, sebab imam takde mic, Pak Busu kuatkan suara bila nak tukar rukun. Mudahkan kami yang solat kat dalam rumah ni. 

6. Walaupun takde kaitan, tapi gembira juga. Pak Chim dah duduk tempat pemandu. Husni dah boleh bawa kereta masa diorang nak balik. Seronok. Sebab aku suka perasan boleh bawa mak dengan ayah ni. Dulu masa kita kecik, ayah dah bawa. Jadi, bila ada peluang dah besar ni, aku akan cuba bawa.  🤗🤗

7. Ahadnya Kak Cik dengan Fisha pagi-pagi dah kemas pinggan mangkuk masuk balik dalam almari. Efficient. Semua dia dah kemas. 👍👍

8. Lepas tu aku pergi buat spec dengan Kak Fisha dan Mina sambil kak cik layan Acap main Saidina. 

Nikmat keluarga ni memang aku syukur banyak. Segala puji hanya untuk Ya Rahman dan Ya Rahim. 









Love..

Wednesday, April 5, 2023

Beriftar adik-beradik

Dua minggu lepas, kecuali Kak Fisha, semua anak ayah buka puasa kat Klang. Kak Mi sepatutnya bukan turn dia, tapi dia balik juga. Lupa nak tanya kenapa. Dia balik sekali dengan Kak Mina yang kerap juga balik kebelakangan ni. Alhamdulillah, banyak juga update cerita-cerita terbaru kami. Kalau nak harapkan cerita dari Insta aku dan blog ni je, mahu kena gelak setiap kali bercerita sebab ko tak tau cerita. Haha.

Daus sebenarnya taknak balik, Ami telefon dan paksa dia balik. Kuasa kakak konon-kononnya. Buka apa yer masa tu? Oh, Ami goreng meehun. Macam-macam makanan sebenarnya. Muzakir bawa lagi. Sejenis orang yang datang rumah, mesti bawa barang. Bak kata Daus, yang melenggang atau bawa baju kotor balik Klang tu anak mak. Kalau bawa balik makanan ke benda ke, tu menantu. Haha

Malam tu Ami ajak solat terawih je kat rumah. Aku pun okay je. Pastu, ayah panggil masuk dalam bilik dengan mak. Aku pun pelik, nak minta aku jadi bilal ke? Rupanya ayah nak minta buka tingkap sebab masing-masing batuk masa solat maghrib tadi. Kitorang dok pasang air-cond yang memang guna time weekend orang datang je. Rumah ni memang tengah tak sihat masing-masing. Kak Fisha siap kena influenza B lagi minggu lepas. Muhammad pun ayah tak bagi datang sebab takut bawa ke nenek.

Tapi, kitorang batuk tadi sebab Ami goreng sambal ikan bilis untuk anak kesayangan dia time kitorang solat. Member tak solat. Memasak. Siap, semua batuk. Lepas explain, ayah pun okay. Comel je ayah aku ni. Malam tu, dia jadi imam kitorang. Laju juga ayah baca sekarang ni. Dulu time kat rumah tepi sungai, siap ada sujud lama-lama nak minta doa. Haha. Imankan ada turun naiknya. Percaya je taqwa ayah dah tinggi. Nanti kat syurga, orang kat tingkat bawah, panggil naik level sama mak dengan ayah tau. :P

Dulu pernah terfikir or Alin pernah tanya yang kalau kita masuk syurga, tapi tak sama level sebab lain orang kan lain amal dia, camne nak jumpa mak ayah balik? Mak Ngah kata, cuba je ar masuk syurga dulu. Masuk tu pun dah susah. Betul. Islam ni kan kata kerja. Kena kerja nak masuk syurga. 

Tadi, dengar Dr. Omar Suleiman cerita pasal Jannah season ni sempena Ramadan, menarik betul. Boleh jumpa mak ayah kita, boleh jumpa atok nenek moyang kita, ex kita. Boleh kalau nak kawin, nak rasa mengandung, nak rasa melahirkan, semua boleh dapat kat syurga. Dia tak rasa sakit macam kat dunia, tapi boleh minta kalau nak rasa. Pastu takde cemburu ke dendam ke kat ex sebab tu semua sifat kat dunia je. 

Menariknya kalau boleh kumpul ramai-ramai balik kat syurga. Moga Allah kumpulkan kita semua. Kata Amin..

Boleh tonton kat sini. 


 

Gigih Acap

Trend tangkap gambar kata Akmal

Yang selebet tu ko

Satu lagi harta dunia



Imam saya

Anaqi sayang

Melissa sayang 

Geram

Geram 2

Geram 3. Tengok telefon je masing2

Love..

Friday, March 17, 2023

Berjalan-jalan di Kuala Lumpur

Hujung minggu lepas, pergi KL nak bawa kak mina mencari tudung. Di samping untuk mencari baju raya Nafisah dan Naziha. Perancangan awal Kak Cik nak tinggalkan Melissa dengan Ijam kat Klang, entah macam mana kitorang terbawa sekali pergi berjalan KL. 

Budget kitorang boleh tolong jagalah, tapi Melissa nak dengan mak dia je kat sana. Mujurlah kesabaran kak cik tinggi. Layan jelah Melissa tu. Kadang-kadang kitorang tolong juga jaga sikit-sikit, tapi most of the time nak dukung dengan Kak Cik juga. 

Kegembiraan dapat bawa Melissa haruslah untuk Kak mi dan kak Mina. Dapatlah masa diorang bersama dan Melissa nak diorang. Selain dapat beli baju raya Melissa. 

Mula-mula sampai tu, kitorang pergi Muaz cari baju. Murah betul baju kerja. Pastu ada baju Plus size. Ajak kak Mina datang sini beli baju. Sebab biasanya baju kak Mina mahal kalau kat luar. Dapat yang kat sini, berpatutan dan cantik juga. Dapatlah sepasang dua baju kerja kitorang.

Pas tengah tunggu, kak cik dengan Nafisah nak pergi Sogo makan Texas chicken. Aku pun okay je. Habis bayar, aku, Kak Mi dengan Kak Mina pergi Sogo. Rupanya, diorang singgah kedai lain OTW ke Sogo tu. Hehe. Dapatlah baju Afifah. 

Lepas makan, kitorang pergi One City tempat parking kereta sebab nak cari tudung dengan telekung. Dekat sana, baru Melissa tidur. Dapatlah kak cik berehat sambil mencari tudung. 

Untuk tahun depan, samada Melissa tinggal dengan daddy atau kita duduk dekat hotel KL pastu boleh pergi shopping tenang-tenang. Hehe. 

Masa ni, kalau nak kata stress, kak Mina dengan Ami gaduh sebab salah baca waze, kak fisha tak dapat baju raya dia lagi, kak cik kena dukung Melissa, tapi Alhamdulillah semuanya tenang. Perang mulut ya, bagi je kak mi cakap apa dia nak cakap, kita senyap je kat tepi. 

Bila aku rasa macam down or apa yang aku nak tak dapat, or rasa apa nak jadi dengan life aku ni? Keluarga nilah penguat. Aku pergi je kat Instagram aku dan rasa betapa bahagianya kehidupan aku. Tak perlu ada semua dan aku ada semuanya. Alhamdulillah. 








Dah tidur 










Ladies day

Dua ketul ni paling eksaited sebab Melissa nak diorg. Haha

Baju raya Melissa 

Acap tengah tunggu orang amik

Pasang almari kak mina

Ayah cuba sauna

Mak cuba sauna


Dok serabut bangun tidur pun comel
Love..