Allah Yang Maha Kaya
Memberi semua untuk kurasa
Sebelum ini, aku yang suka
Kali ini dia pula yang mula
Seperti biasa
Untuk semua aturan perkenalan, aku cuma berkata ya
Dan memberikan satu klausa
Jangan terlalu berharap sempurna
Jika ya, proses ini pasti tidak ada
Aku percaya sahabatku pasti memilih juga
Tidak akan memperkenalkanku dengan siapa-siapa tak kenal budinya
Kisah kita pun bermula
Selepas dua minggu perkenalan melalui suara
Kita sambung dengan bersemuka
Kau datang untuk berjumpa
Biasanya berakhir selepas perjumpaan pertama
Tetapi kita ada yang kedua, ketiga dan seterusnya
Dan kita selesa bertukar cerita
Terlalu selesa sehingga kau bertukar rasa
Kau yang mula
Kata kau tidak ada yang dikejar di dunia
Cukuplah jika ada orang sudi terima
Untuk bersatu membina keluarga
Aku perlukan masa
Banyak sahaja benda yang tidak kena
Aku nyatakan semuanya
Politik, perilakumu dan isu semasa
Banyak benda kita berbeza
Katamu itu perihal orang di luar sahaja
Janji kita berdua selesa bersama
Aku setuju juga
Kau selalu mengalah dan mendengar kata
Aku tidak perlu risau atas apa jua kata-kata
Jika tidak selesa aku beritahu sahaja
Dan kau terima
Aku berkongsi semua tanda tanya
Dari hutang, simpanan, dan kerjaya
Mahu isteri bagaimana
Bolehkan masak hujung minggu sahaja
Cara didikan anak atas tangan siapa
Aku mahu begini, dan kau setuju saja
Pelbagai soalan aku tanya
Beberapa jawapanmu membuatku teruja
Ya, tidak susah dengan dia
Hati kecilku berkata-kata
Setelah bercerita perihal bekeluarga
Kerap pula keluar berdua
Sehingga aku terlepas masa
Mengaji bersama keluarga
Maka
Kuletakkan syarat pertama
Sepanjang kita bercinta
Sehingga hujung tahun ini, kau perlu ke rumah keluarga
Tidak perlu bawa apa-apa
Cuma perlu bertegur sapa
Tanda hormat yang kekasihmu ini punya ibu bapa
Yang perasaan mereka perlu diambil kira
Susah rupanya
Walaupun kau yang pertama mula nak jumpa
Dan aku bergaduh dengan mak kerananya
Selepas itu beberapa kali kau mengingkarinya
Menyelesaikan perihal kerja
Aku diamkan saja
Faham dengan situasi peniaga
Sepatutnya aku persetankan semua
Merajuk saja
Sekurang-kurangnya dapatlah tahu bagaimana
Cara kamu mahu memujuknya
Masa yang ditunggu semakin tiba
Kita masih berbual mesra
Cumaku ingatkan syaratnya
Kau terima dan berjanji mencari masa
Walaupun di masa aku bekerja
Aku iyakan saja
Malas mahu memaksa
Sehari sebelum tempohnya
Selepas kita berbual mesra
Kau menyepi tanpa berita
Aku fikir kau sibuk bekerja
Dan mengatur acara berjumpa
Aku pun diamkan saja
Sedikit risau juga
Hanya berdoa pada Dia
Tergerak membuka muka bukunya
Kulihat sudah ke Perak sampainya
Bersama geng motor yang biasa
Kita pernah berborak mengenainya
Juga semasa kau ke tempat lain juga
Sedikit lega
Dia masih bernyawa
Tidak ada apa-apa
Geram sahaja hati ini rasa
Di muka buku boleh bercerita
Kepada aku, kau sudah lupa
Kegeraman bertambah berganda
Melihat muka buku keesokan paginya
Kau cerita pula perihal berniaga
Maka
Aku letakkan syarat di dalam kepala
Jangan mula
Biar dia saja
Sampai hujung bulan ni pula
Jika tiada, maka tiada
Rasa itu semakin tiada
Ditambah geram semua
Tidak mencari pula
Aku pernah berkata dahulu semasa bercinta
Kau sibuk dengan kerjaya
Sehingga tidak sempat membalas pesanan si manja
Yang rasa ini boleh berkurang ya
Jika tiada berita sehari dua
Dia meminta aku memahaminya
Kataku, sekurang-kurangnya beritahu di mana dan buat apa
Supaya tidak risau dan berfikir yang ada-ada
Kau lupa agaknya
Sampai sebelas hari lamanya
Baru agaknya merasa
Aku penting dalam dirinya
Malangnya cuma
Hantar pesanan tulisan sahaja
Meminta maaf dan berkata
Semoga faham masalahnya
Berjanji tidak akan mengulang cara
Langsung tidak mendengar suara
Itu sahaja yang aku terima
Aku merajuk
Dan membalasnya semula
Kau ambillah semua masa yang ada
Menyelesaikan masalah yang bertimpa-timpa
Tanpa perlu memilih aku atau kerjaya
Dan kau terima semua
Lantas terlupa janji-janji lama
Untuk menghalalkan kita dan duduk bersama
Dalam sekelip mata
Manusia
Berbagai ragam dan cerita
Berputar-putar bak roda
Gembira, suka dan duka
Atas, bawah, tepi dan di mana saja
Kisah kehidupan seorang adiwarna
Alhamdulillah
Untuk semua rasa
Yang Allah cipta
Dan campak di hati kita
Tanda kebesaran Yang Maha Esa
Kekuasaan Sang Pencipta
Semoga kita baik-baik sahaja
Masih di dalam lindungan Dia
Bercinta atas nama Dia juga
Terima kasih kerana pernah hadir. Walaupun kita bukan takdir
Masa dengannya sudah tamat dan kamu tak pernah tersilap. Dia cuma jalan bukan tujuan - Hafizul Faiz
Smile is the best make-up |