Presentation Budget PEApr21 untuk Chan Sow Lin dah sampai. Tarikh presentation kami adalah pada 3th June 2021 at 3.00pm. Masa nak confirmkan jadual dengan operation minggu lepas, saya call Kobi nak tanya jadual dia. Dia okay masa tu. Lepas tu, dia tanya, slide dah siap? Giler. Haha. Ada lagi sebulan kot. Ingat saya ni apa secekap itu ke? Hehe. Saya plan untuk buat dalam minggu lepas. Perancangan kita pastilah mengatasi perancangan Allah s.w.t. Dalam pada saya nak pulun buat budget minggu lepas, anak Sity positive covid-19. Saya pula menjadi casual contact Sity kerana bercakap dengan Sity pagi Isnin itu. Malam Isnin Ai Tee telefon menyuruh saya mengambil laptop dan bekerja dari rumah. Aish. Dahlah tak percaya dengan diri sendiri kalau kerja kat rumah ni.
Hari pertama WFH, saya gagal memaksa potensi diri untuk membuat kerja. Malam tu pula, Ustaz Azlan menyampaikan podcast untuk HijrahEd untuk mengatasi kemalasan dalam mengejar malam Lailatulqadar. Saya membaca doa itu dan Alhamdulillah berjaya membuat kerja dengan produktif. Berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Abi Said Al-Khudri, Rasulullah s.a.w berjumpa dengan sahabatnya di dalam masid pada waktu bukan solat dan waktu sepatutnya orang keluar bekerja. Apabila Rasulullah s.a.w masuk dan melihat seorang sahabat bernama Abu Umamah di dalam masid. Beliau bertanya perihal sahabatnya yang muka seperti dilanda keresahan. Sahabatnya menjawab, 'Wahai Rasulullah, aku berada di dalam keadaan anxiety dan sedih memikirkan masa depan dan dikelilingi hutang-hutang'. Maka, Rasulullah s.a.w. mengajarkan sahabatnya dengan doa ini di mana bila kita membaca ni, Allah s.w.t akan menghilangkan perasaan anxiety, anxious dan Allah akan melunaskan hutang kau. Baca doa ini setiap pagi dan petang. Doa ini terdapat dalam Al-Mathurat.
Sumber : Fb HijrahEd |
Di bahagian akhir hadis ini, Abu Umamah menceritakan, 'Aku membaca doa ini dan Allah Azzawajalla telah menghilangkan rasa sedih dan anxiety dan aku telah berjaya melangsaikan hutang aku'.
Masih lagi dalam membuat budget, masih susah. Ini kali kedua saya membuatnya. Ai Tee punya expectation memang tinggi. Tidaklah saya menyalahkan dia untuk itu. Saya terpaksa mempush diri sendiri. Saya fikir mahu pulang ke rumah Jumaat malam, tetapi masih membuat kerja. Saya tunda ke hari Sabtu. Sesampai di Klang pada Sabtu, ayah dan mak mahu solat Asar. Saya join. Benda yang saya syukur dalam keluarga ni adalaah solat berjemaah untuk hampir semua waktu semasa covid ni. Kalau solat sorang-sorang ni, biasa lewatlah, tak fokuslah. Saya masih struggle lagi mengenai tu. Doalah banyak-banyak dengan doa di atas ni.
Selepas solat Asar, kami masuk dapur untuk menyiapkan makanan berbuka. Mak nak goreng meehon dan masak sup ikan untuk sahur. Kepakaran saya adalah membantu di dapurkan? Jadi, apa ada hal. Masuk dapur jam 5 petang, jam 6 dah siap. Masak je kuah untuk meehon tu, nanti nak buka, baru masukkan meehon. Siap dengan air buah lagi mak request. Saya dah settle masak, boleh keluar-keluar rumah sapu sampah bagai. Berkat sungguh masa petang tu.
Dah nak buka, siap boleh duduk depan makanan dan masih belum masuk maghrib. Saya memesan kepada Fikri yang bercuti hari itu supaya membaca Surah Al-Ikhlas tiga kali malam ni. Malam ni merupakan malam 27 Ramadan. Ayah bertanya. malam 27 yer? Bila saya mengangguk, ayah berkata, dulu yerlah, kita tengok malam ganjil. Sekarang memang buat je amal 10 malam terakhir. Saya pun teringat tadi pagi yang saya sempat mendengar ceramah Ustaz Rozaimi Ramle bersama Amin Idris. Di hujung-hujung ceramah Ustaz Rozaimi mengucapkan Selamat Hari Raya dan berpesan supaya teruskan beramal untuk malam-malam terakhir ni. Apabila Amin Idris bertanya adakah malam ini malam malam ganjil? Ustaz Rozaimi juga tidak pasti. Beliau beramal sahaja sepanjang 10 malam terakhir ini. Pergh, ayah dah sama dengan Ustaz Rozaimi ni. Hehe. Moga Allah ganjarkan malam Lailatulqadar untuk mereka yang mencarinya.
Kembali kepada budget, saya tengah buat di hari Ahad untuk present kepada Ai Tee esok ni. Doakan saya berjaya menyelesaikan tugasan ini.
Minggu lepas punya cerita |
Semoga mengurangkan sedikit beban |
Love..