Friday, April 23, 2021

Makan-makan di rumah mak

Mak memang suka buat makan-makan. Biasa setiap tahun mak memang buat buka puasa ajak adik beradik mak dengan pak Lang. Tahun lepas covid, jadi tak buat kenduri. Dah gian, mak nak buat sambut an sempena perkahwinan mak yang ke-40. SubhanAllah. Lama betul dah kawen mak ayah ni. Semoga berkekalan hingga ke syurga. Kita jumpa sana yer. 

Kali ni, fisha takde sebab kat Sarawak. Yang lain semua anak mak, ada depan mata. Alhamdulillah untuk nikmat adik beradik yang depan mata ni. Bila kenduri boleh tolong masak sambil bergaduh. Biasa gaduh-gaduh ni. Cara mengeratkan kasih sayang gitu. 

Mak masak ayam kampung lemak cili padi, sayur campur, goreng ayam, sambal belacan dan masak nasi. Haha. Awal lagi dah masak. Tu pun, ada lagi tak settle last minute. Gaduh masa masak? Standard. Tapi, semakin tenang menangani konflik. Masing-masing dah besar. 


Ayam kampung masak lemak cili api

Team kemas depan

Menantu yang boleh diharap

Anak yang boleh diharap juga. Lol

Tengahari panas lit lit 

Kanak-kanak

Anniversary mak ayah ke-40


Sweet ke idok? Hehe


Gerammmm.. 

Sambung gerammmm.. 


Tengahari nak buat tu terik gila, SubhanAllah. Ayah buat juga tahlil dengan kedatangan Pak Lang sekeluarga. Yang lain tengah on the way. Lepas tu makan je. Sempoi-sempoi je kenduri ni. Mekna belikan kek untuk anniversary mak dengan ayah. 

Mak Long, Pak Long, Mak Ngah, Pak Chim dan Pak Busu datang memeriahkan majlis. Sebenarnya lebih kepada melepaskan gian mak nak buat kenduri, kami layankan. Dapat bagi saudara makan dan berkumpul pada masa yang sama. Dalam covid-covid ni, doakan je semua terselamat daripada virus ni. Terima kasih kepada semua adik-beradik mak yang memeriahkan majlis dan adik-beradik saya yang membantu. 

Geram lagi.. 


Pun geram gak. Hehe

Syukur kawen sayang.. :p

Captured by Pak Long 

Daus, selamat Hari Lahir. Semoga rajin. :p


Semoga wabak ini diangkat ke langit. Nikmat tenang dan seronok kenduri tidak dapat kita rindui jika tiada covid ni. Selama ni, tak pernah terfikir untuk semua perbuatan begitu terbatas. Mahu pulang ke kampung, mahu kenduri, berjumpa keluarga, bersalaman semua benda yang diambil mudah sebelum ini. Sekarang, semua itu punya consideration yang tinggi. Takut kita menjadi pembawa kluster baru pula. Virus sudah mula merebak di komiti kita. Moga Allah selamat kita semua dan ahli keluarga dari virus covid ini. Dan semoga Allah mudahkan urusan mereka yang terkesan dengan virus ini. Juga kepada mereka yang mengambil kesempatan ke atas kesusahan orang lain, moga Allah beri kan petunjuk kepada kamu. Ayah pesan jangan doa diorang masuk neraka. Walaupun rasa macam nak doa camtu. Haha. 

Love..

Sunday, April 18, 2021

Kisah Anak buah

Afiq

Biasa kalau semua balik rumah mak, aku takde bilik. Jadi menumpang bilik Ami. Anak bujang Ami tidur luar. Tak larat sangat malam mak buat kenduri tu, aku terus baring kat tilam dan terlelap. Afiq yang sedang mencari selimut untuk tidur di luar, mencampak selimut lebih ke aku. Syukur giler dapat selimut sebab Asyraf jenis pasang kipas kuat kot. Aku pula, haiwan berdarah sejuk. Boleh je tidur kalau takde selimut, cuma kalau ada tu, lebih nikmat. 

Walau apa pun alasan Abang bagi Alang selimut tu, terima kasih. 

Hari pertama masuk sekolah vokasional Klang


Akmal 

Tengah semua orang ambil wudhu nak solat maghrib, aku tengah makan kat kerusi depan. Datang Akmal cakap depan aku dengan muka berlagak dia, 'Amik wudhu, solat.' Bangga dapat tegur Alang dia lambat amik wudhu. Biasa orang bising kat dia je lambat. Haha. Aku memang cuti solat masa tu, jadi bagitaulah dia, aku cuti. Muka tu yang tak boleh blah. Nikmat untuk Akmal nak tegur tu, masih aku rasa nikmat. Sebab Akmal sekarang dah jarang cakap. Lebih banyak cakap dengan telefon berbanding cakap dengan orang. Kita yang kena tanya banyak kat diorang ni. 

Dah sekolah menengah. 

Asyraf

Tengah-tengah lepak habis kenduri, Asyraf datang kat aku nak cakap, 'Alang, boleh keluar main basikal ke?' Waktu tu belum pukul enam lagi. Pukul lima rasanya dan panas gila kot hari tu. Tak hujan. Dahlah penat masak-masak kenduri pagi tadi, nak keluar layan dia pula. Aku budget-budget dia lupa ar sebab petang tu, kitorang nak bakar-bakar. Pukul enam, dia datang kat aku lagi ajak keluar main basikal. Haha. Aku bab Acap ni, kalah sikit ar. Kalau tak, takdenya Astro kat rumah ni yer. Aku pun layankan juga dia. Dia bawa basikal dengan Hasif, aku naik motor dengan Afifah. Pusing-pusing dekat TNB dengan kunci air. Acap kemahin banyak tanya dan bercakap. Dia adalah Akmal dulu. Yang penuh dengan curiosity dan pertanyaan. Satu masa, masa tu akan pergi juga. So, ko layankan ke ar sekarang ni. 

Jenjalan kat tangki air

Captured by Afifah 


Afifah

Dia tengah main telefon, aku tengah tengok TV. Alih-alih datang kat aku, bagi tau : 

Afifah : Alang, Lara dah dapat adik. 
Alang : Ha?! 
Afifah : Lara dah dapat adik. 
Alang : Ooo. Lara Alana. (Scha baru lepas bersalin, so Lara dah dapat adik) Adik perempuan ke lelaki? 
Afifah : Entah. (Standard jawapan) 
Alang : Cuba kakak cari, mesti dia ada bagitau. 

Dia godek-godek telefon dia, dia pun bagitau. 

Afifah : Perempuan Alang. 
Alang : Ooo

Dia sambung tengok telefon, aku sambung tengok tv. Sambil otak aku berfikir. 'Wah, orang yang anak buah ko ni look forward Lara Alana. Susah nak lawan ni kalau nak ikut lifestyle ke, sekolah ke, anak Awal kot. Mencabar betul hidup dalam zaman sekarang. Role model tu very fragile. Artislah, anak artislah.'

Anak buah aku sorang ni. Hehe. 

Yang ni senyum je pun Alang dah cair

Pernah borak dengan ayah, macammana ayah besarkan kitorang sebab zaman sekarang macam susah je nak besarkan anak-anak. Ayah kata, doa. Dia pun takde belajar mana-mana cara nak didik anak, doa je ar. Haha. Aku gelak je. Ko tengok pula maqam ayah ko nak doa, anak dia Alhamdulillah menjadi juga. Walaupun takde hafiz dan belajar sampai phD, InsyaAllah setakat ni okay. Dan semoga dengan doa mak ayah, kitorang masih okay sampai mati nanti. 

Tapi, untuk ko, doa doa juga, ikhtiar pun kena juga. Sebab maqam ko tak macam ayah. Jenis solat pun tak jemaah, lewat plak tu, ngaji pun kena paksa, hati tu kena jaga lagi, bab bagi  duit tu InsyaAllah okay lagi sebab tak banyak, puasa sunat pun tak selalu, sabar pun tak tinggi mana, kerja nak bertekak je dengan Mak. Haha. Kena belajar improve diri, parenting skill, jadi itqan, skillful dan macam-macam lagilah. 

Buat anak buah Alang, semoga Allah sentiasa memelihara kalian, menetapkan iman, dan menunjukkan jalan yang lurus dalam mendepani dunia yang semakin mencabar ni. Alang sayang korang, LillahiTaala. 

Love..

Saturday, April 17, 2021

Nikmat ipar

Hari ni hari Jumaat. Langsung dari pejabat, pulang ke Klang. Alhamdulillah traffic beri kerjasama. Tidak hujan dan tidak jem, maka saya sampai jam 6.45 petang. Semua sedang sibuk di dapur menyiapkan makanan. Apa bila saya ke dapur, Afiq sedang memotong buah, emak sedang menggoreng mee, kak cik sedang mencuci pinggan dan Ijam sedang menggoreng nugget. Along dan Afifah ke bazar. 

Hal Ijam masuk ke dapur itu tidak pelik ya. Pernah sekali hujung minggu, mak dan ayah akan makan di kenduri, maka mak menugaskan saya masak. Oleh kerana mengikut masa makanan sendiri, maka saya ke dapur agak lewat. Sudah sampai di dapur, tidak juga mula memasak. Masih melihat telefon. Tiba-tiba Ijam datang mahu membantu. Katanya, tak dengar bunyi apa-apa pun. Haha. Dah tengok telefon, memang senyaplah. Kak Cik tak larat sangat membantu kerana alahan. Tapi, selepas itu, Kak Cik juga datang juga membantu memotong-motong. Benda yang saya belajar dengan nenek Saabah dan saya rasa Kak Cik pun buat benda yang sama adalah bersama-sama membuat kerja. Kalau dia lipat baju, diorang lipat sama-sama. Alhamdulillah jenis boleh dengar kata dan mudah terhibur Ijam ni. Senang kami minta tolong dan membuli pada masa yang sama. Haha. 

Dua minggu lalu, mak membuat makan-makan dengan adik-beradik mak. Petang itu, Muzakir dan Ijam buat bakar-bakar. Muzakir dah ada geng masak-masak. Kami sekeluarga memang tidak suka sangat bakar-bakar ni. Leceh. Haha. Kalau orang initiate, kita tolong. Tapi, nak kita mula, memang tidaklah. Sebelum bakar-bakar, geng-geng hero ni pergi Mydin nak beli barang-barang perap. Adik, Afiq, Akmal, Ijam dan Muzakir. Seronok adik bagi gambar kata, hero-hero shopping. Hehe. 

Menantu lelaki kesayangan mak ayah. Ni je yang ada. Haha


Geng bakar

Yang ni Alang geram.. Hehe. 

Abang Afiq dah besar

Adik amik gambar ni. 

Nikmat dapat ipar yang menambah nilai tambah dalam keluarga ni amat saya syukuri. Terima kasih Kak Cik dan Mina yang membawa jodoh yang menggembirakan mak dan ayah. Semoga jodoh saya juga memberi kegembiraan kepada mak, ayah, adik-beradik dan anak buah saya. Selain berdoa saya dan adik-beradik yang bujang dipertemukan jodoh yang menjadikan kami lebih baik, saya juga berdoa jodoh mak ayah, Daus, Mina dan Kak Cik kekal sehingga ke syurga.

Love..