Sunday, June 28, 2020

Balik Raya kat Kampung

Sebab PKP masa tu, saya tak berkesempatan pulang ke kampung lagi. Setelah habis Syawal, barulah dapat peluang. Kali ini saya pulang bersama Naziha, Fikri dan Aminah. Muzakir pulang pada hari Sabtunya selepas kerja. 

Apabila adik mahu mengikut pulang, saya bercita-cita mahu mengajarnya membawa kereta pulang dan balik dari kampung. Dah ada lesen, tak nak bawa. Kurang hasam betul. Kereta punyalah berlambak dekat rumah tu, kalau nak berlatih pun. Akak ni dulu, sampai pinjam kereta orang, punyalah giler stereng. Lagipun mudah lepas ni awak nak bawa mak ayah. Masa nilah nak gembirakan diorang. 

Bagitau pasal bawa kereta ni, kena seminggu awal. Nak kena mentally prepared katanya. Lepas tu, hari yang ditunggu pun tiba. Petang tu, Fikri mesej kata tak dapat balik awal, ada kerja. Okay. Balik lewat sikit pun takpe. Sekali dia mesej lagi, kata nak balik Sabtu. Haha. Cuak ar tu nak kena drive malam-malam. Takpelah, Kak Cik bawa balik ni. 

Kami gerak jam 11 malam. Sampai rumah nenek Saabah jam 1 pagi. Esoknya lepas Subuh nenek dah turun dari rumah Acik dah. Masa nak sarapan, Acik dengan nenek tengah borak kat pangkin depan rumah Acik. Aida dah masuk bilik bedah pagi tadi. Tapi, Fahmi tak dapat pergi tengok. Sebab covid-19 ni. Alhamdulillah. Selamat dah Fahmi jadi ayah. Tahniah Mi. Moga anak membesar jadi penyejuk mata penawar hati abah dan mananya. 

Lepas tu, aku pergi pejabat pos nak renew lesen yang mati 30 May lepas. Cepat je siap. Ada tiga orang je. Kalau buat kat Klang ke kat KL ni, mesti ramai orang. Nenek kirim beli barang dapur. Aku dengan Mina pergilah cari. Balik tu, nenek dengan Kak Cik dah siap masak. Udang masak lemak. Malam pula, Mak Usu beli satay dengan KFC. Moga murah rezeki semua. 

Lepas makan, baru pergi rumah nenek Rammelah. Untung dua-dua nenek ni dekat. Sekali jalan. Esok pagi-pagi, tolong nenek menebas ubi. Muzakir dengan adik. Okaylah. Belajar sayang. Beri manfaat pada orang lain. Aku suka je tengok Muzakir ni, senang masuk dengan family. Pagi tadi, dia siap pergi sarapan dengan Fahmi. Lepas tu, masih makan mee goreng nenek masak. Perbuatan kecik-kecik ni yang buat aku suka dan syukur diorang masuk dalam family aku. Terima kasih Kak Mina. (tau kau akan baca. :p) 

Sarapan

Hasil berbudi dengan tanah

Nenek bagi arahan je

Pahlawan kami


Lepas tu, kitorang pergi rumah Mak Chah. Tengok Mamat. Dia accident pagi tadi. Budak ni memang kental. Rileks je walaupun tangan dah bengkak, lebam, siap merah-merah darah lagi. Allah. Allah memang nak naikkan darjat kau ni Mat. Moga Allah ganjarkan pahala dan mudahkan urusan kau sebab dah banyak mudahkan urusan orang lain. 

Selepas masak, makan dan solat, kami pulang ke semula ke Klang. Dan masa yang ditunggu, adik bawa kereta. Mula bagi masa dekat highway. Agak cuak sebenarnya adik ni. Tak boleh nak fikir banyak benda sangat masa drive. Apa-apa pun, kami selamat sampai. Tahniah sayang. Cuba lagi sampai mahir dan boleh bawa mak ayah nanti. Akak bangga dengan awak. 



Fokus 110%

Love..

Tuesday, June 16, 2020

Adik-adik saya

Hari ini, Kak Fisha kembali semula ke Sarawak. Setelah berbulan-bulan di Klang, menghabiskan PKP , dapat menyambut Ramadan penuh di Klang, sempat beraya balik ke Melaka, maka tugasnya sebagai seorang guru bersambung. Secara official di Sarawak. Di rumah kami, beliau tetap seorang Cikgu Uda. Mendidik dan membantu anak-anak buah kami dengan mata pelajarannya. Subjek sekolah ataupun mata pelajaran ekonomi rumah tangga. 

Terlalu banyak yang Kak Fisha lakukan di Klang. Menceriakan rumah kami, membantu emak, memasakkan masakan yang sedap untuk ayah dan macam-macam lagi. Setiap kegembiraan, pasti akan ada pengakhiran. Tetapi, kita enjoy sahaja apa keadaan pun. Semasa di sini, di sana atau di mana saja. Oleh kerana tiket kapal terbang ke Miri jam 6.00 pagi, maka Kak Cik yang kebetulan cuti pada hari ini menghantar. Jika tidak, emak dan ayah akan menghantar. Tetapi, Allah mudahkan ayah, ada anak lain cuti. Sebelum balik ni pun ada drama sehari sebelum. Masa untuk masak makan tengahari pada hari Ahad. Nak masak nasi Arab. Haha. Emosi Kak Fisha dah tak stabil, masak pun jadi apa. Mujur ada Kak Cik tolong perbetul lauk ayam masak merah tu. 


Saya perlu bersyukur untuk nikmat dua adik ini. Yang rajin menasihatkan kakaknya yang seorang ini dalam mendepani kehidupan. Samada saya mendengar atau tidak, itu belakang cerita. Mempunyai seseorang yang boleh menasihatkan anda adalah nikmat Allah. Kita sering terlajak dalam kehidupan. Kadang-kadang tak sure apa yang kita buat, lost juga dan sepi. Sejenis yang suka bercerita seperti saya, saya perlukan mereka dalam kehidupan. Walaupun selepas ini, Kak Cik akan berkahwin dan doa yang sama juga untuk Kak Fisha, semoga dia berjumpa dengan suaminya tahun ini juga. Saya mensyukuri nikmat ini. Semoga tidak berakhir sehingga mereka berkahwin. Saya masih boleh mengharapkan mereka setelah itu juga. Bersama pasangan mereka, dapat memberi nilai tambah untuk keluarga kecil kami. Saya gembira sahaja Kak Cik nak kawin dan doa yang sama untuk Kak Fisha, adik. Kak Mi dan Kak Long. Semoga dipertemukan dengan jodoh yang menjadikan kita lagi baik dan dapat memberi kebaikan yang lebih banyak kepada ramai.

Benarlah, jika kita merasa cukup dengan apa yang kita ada, kita tidak akan cemburu dengan kegembiraan orang lain. Setakat umur 35 tahun ini, nikmat untuk saya tidak terhitung. Untuk nikmat ayah dan emak yang boleh mendengar, nikmat iman, nikmat Islam, geng makan di pejabat, geng di Gamuda lepas, saudara-mara, kereta, rumah, sihat, ilmu, anak buah, operation team yang membantu dan macam-macam lagi yang saya ada, bersyukur dengan kehidupan yang Allah berikan.

Terkesan sedikit dengan kematian seorang aktor India yang menggantung dirinya akibat tekanan, saya selalu berdoa dijauhkan dari benda-benda sebegitu. Mamat dan saya menonton cerita lakonannya tahun lepas. Cerita yang baik untuk tontonan dan mendapat rating yang tinggi. Benarlah kata Ustaz Azlan, dia dapat memberi semangat untuk orang lain, tetapi bukan untuk diri sendiri.


Untuk diri sendiri, adik-beradik, saudara-mara, orang terdekat saya dan juga semua, semoga kita dijauhkan dari perkara-perkara sebegini. Untuk membantu orang lain, kita perlukan ketenangan dalam diri, barulah lebih dapat memberi kepada orang lain tanpa memaksa diri. Untuk ketenangan itu, kita haruslah bersyukur dengan semua nikmat yang Allah berikan. Semoga kita semua tidak terlalu menderita di dunia yang hanya sementara ini. Banyak pengajaran untuk saya kutip di dunia ini. Semoga Allah lindungi saya di atas jalannya dan beri pengakhiran yang baik untuk kita semua. 

Dunia ini penuh tanggungjawab, usaha dan harapan. - Ustaz Hasrizal.

Dunia tempat untuk berlelah-lelah. Syurga jugalah yang kekal abadi. Itulah tempat asal kita.

Love..

Wednesday, June 10, 2020

Ai Tee dah jadi mommy

Finally. Semalam Ai Tee dah selamat menjadi ibu kepada seorang anak perempuan. Tahniah dan semoga mood Ai Tee takdelah selalu swing, emosi lebih terjaga, expectation tak tinggi sangat sebab dah fokus ke anak dan lebih gembira dari biasa. 

Tajuk tak banyak sangat cerita. Ni nak cerita pasal kerja pula. Minggu ni sepatutnya aku kena pindah pergi Blok A sebab diorang nak wujudkan social distancing dekat ofis. Satu team Ai Tee dapat pergi sana. Tapi, sebab takde network, aku tahan Choong Keat dengan aku dari ke sana. Cakap elok-elok dengan Sylvia. Aku tak pandai sangat bercakap sebenarnya. Bila dah kena cakap dengan ramai orang ni, baru aku nampak aku tak pandai sangat explain.

Nak cakap dengan Sylvia untuk takyah bawa Choong Keat pergi dulu pun dah gelabah gila. Entah apa-apa. Lepas tu, ada sekali nak cakap dengan Alice, dia siap bagitau, "I can't understand." Aku ulanglah balik. Lepas tu, dia ulang balik apa yang aku kata dan betul. Haha. Entah apa-apa. Satu lagi kes, Kobi call aku nak bagitau pasal SP Mega ada issue. Lepas tu dia nak minta Alice call Hunter. Aku dah tanya Kobi dah, nak call buat apa, tapi aku tak berjaya explain ke Alice juga. Alice call Kobi sendiri. Yang bagusnya Alice ni, dia tak blame orang pun. Siap dia bagitau Kobi, apa yang aku dengan dia dah discuss. Satu lagi bagus Alice ni, dia solve problem. Bila aku bagitau aku punya problem (kes lain), dia reply, 'Let me rectify.' Bagusnya. Nadiah, improve your communication skill and solve problem tu. Banyak benda nak kena explain lepas ni. Jangan harap semua benda lepas je. Walaupun Allah memang tolong banyak bagi orang tu faham. Banyak juga dapat pahala sebab sebelum jumpa tu, macam-macam baca. Okaylah. Tapi kena belajar improve juga ye.

Agaknya Nic dah seronok sekarang yer. Takpelah, aku gembira je. Actually, aku masih terkawal lagi sekarang ni. Mungkin takde issue besar-besar sangat seperti budget. So far, operation team pun very helpful. Kami tengah compile untuk MCO claim dan Mr Ti banyak support. Bila kau tengok team member yang support-support orang lain ni, satu kau kena syukur banyak. Dua, kau pun kena jadi macam tu. Support member. Lagi satu skil yang aku kena belajar adalah buat keputusan. Aku dah kena deal dengan orang dan kena buat keputusan. Malam ni, aku buat keputusan untuk stay kat Blok E untuk mudah aku buat kerja. Aku text Ai Tee untuk keputusan aku, then aku email Alice untuk request. Sebab sepatutnya aku kena pindah blok A. Jauh dari Alice. Tadi pun dah ada issue dengan SP Mega, then aku terus pergi ke Alice. Tak dapat bayangkan kalau aku kat Blok A. Semoga mudahlah semua. Tiada daya dan upaya aku melainkan dengan pertolongan Allah. Aku nak jadi lebih baik dan lebih memberi kepada orang. Pada masa yang sama bijaksana. 

Dahlah. Setengah jam berkira-kira nak hantar email. Ni aku lepas tekan butang send. Nak tidur. Tunggulah esok yang bersinar. Selamat malam dunia.

Alang rindu

Meeting with Peri via Microsoft Team

Love..

Tuesday, June 2, 2020

Dunia

Nadiah sayang,
Tidak dibiar keseorangan,
Tidak dilepas tanpa ikatan,
Tidak diletak tanpa bekalan,
Tidak ditinggal tanpa tujuan,
Tidak dibenar hati kesepian,

Teruslah berjalan,
Di depan itu harapan,
Untuk semua impian,
Yang Tuhan simpan,
Dan beri ikut pecahan,
Bila sampai aturan.


Love, 
Me.